CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday 22 April 2008

Khas untuk dia



Dia : ” Bakpo takdop nukilan terbaru doh lo ni? “
Aku : ” Sebab lo ni hepi..dulu beso menulis maso tgh sedih, maso tu jiwo vulnerable..rapuh sgt2..jd lebih sene dpt ilham”

Alip.La.Alip.Sey = Alase = Alasan…eheheh…

Kondisi hati memang mempengaruhi penulisan cuma ia tidak sepatutnya menghalang seseorang dr terus menulis.

Mungin saja corak tulisan itu akan berbeza mengikut rasa yang sedang mewarnai hati orang itu.

Niat menulis cuma satu, supaya org yg membaca boleh menelah isi hati yang mungkin tak bisa diterjemahkan dalam bentuk perbuatan yang nyata di pandangan mata….semoga tulisan ini mampu membawa org2 yg membaca nya menyelusuri segenap ruang hati yg ingin aku kongsi dgn semua.

Seperti mana kesedihan & kepedihan boleh di rasai bila membaca Diary of A Young Girl(Anne Frank) ; seperti rasa bersemangat & ketenangan hidup yang memenuhi hati bila membaca Like The Flowing River (Paulo Coelho) ; seperti rasa manisnya cinta dr pandangan Islam bila membaca novel Ayat2 Cinta(Habiburrahman El Shirazy);seperti itu juga lah aku mau org yg sedang membaca entry kali ni dapat merasakan emosi2 yg terkandung dalam hatiku saat ini.


Aku mau “dia” tahu bahawa sejak “dia” hadir…aku hilang seluruh keupayaan untuk berada jauh dari laptop ku...betapa aku sentiasa mengharapkan wifi
bocor umah jiran (yg aku curi2 sedut) sentiasa online 24jam

“Aku lemah tanpa kamu..Ku inginmu dampingi ku…Aku fahami aku bukan terbaik…Tuk dirimu”-sampai syurga,faizal tahir 

Aku mau “dia” tahu bahawa sejak “dia” bertapak dalam hati aku…aku menjadi org yg tamak, mau dia hanya milik aku…tidak untuk di kongsi dengan sesiapa pon.. 

“Kaulah… belahan jiwaku…Kaulah… curahan hatiku…Kaulah… cahaya hidupku..Kaulah… segalanya” - DOT-Belahan Jiwa
Aku mau “dia” tahu bahawa sejak “dia” menghuni jiwa aku…aku jadi org yg kurang sifat sabar..lambat nya menunggu detik untuk pulang…detik dpt bjumpa dgn “dia”..detik utk di satukan...
“Sabarlah sayang,…Sabarlah ditakdirkan kita bersama,…Dan tiba masa tuk kita bersama.Usahlah bimbang,…Jangan kau fikirkan selalu,…Kerna masa kan berlalu,Sebentar sahaja…..Sabarlah sayangku,Tempat mu di sisiku,Kan tiba masa tuk kita bersama.” - Sad Angry Babies(S.A.B)~Sabarlah Sayang

Aku mau “dia” tahu bahawa sejak “dia” memenuhi segenap ruang2 halus dlm hati kecilku…aku jadi x keruan..x menentu..pandang mana2 sume nampak kelibat “dia”…
“wajahmu dimana2.. sering ku temui..ku pandang di langit biru,engkau di situ..ku gembira dikau ketawa..sedihmu dukaku..seolahnya dikau mengejar bayang2ku”- wajahmu dimana2(azlina aziz)

Aku mau “dia” tahu bahawa..ragam2 dan kerenah2ku selama ini …rajukan dan tangisan2 aku saban hari…semata2 kerana aku ingin untuk sentiasa merasa dekat dgn “dia”
” dekat padamu…arah ingin ku tuju…walaupun jauh akan ku tempuh..kerana hanya sunyi yang menemani hari semenjak kau pergi membawa diri” - yusry-dekat padamu

aku ingin “dia” tahu bahawa sejak aku ada “dia”…aku seakan mau menyalahkan kenyataan hidup yang menetapkan bahawa betapa selama ini kita dekat dimata tapi jauh di hati, dan sekarang kita jauh dimata tapi terlalu amat dekat di hati…
“dan selalu ku jaga cinta ini hingga hujung hidupku..dan ku selalu mencintaimu..ooo meski kita jauh…akan ku pastikan cintamu selalu, di dalam hatiku” - 6ixth Sense-Long Distance

Jadi, entry kali ni aku tujukan khas untuk “dia”…terima kasih kerana sudi membawa sesuatu yang tak pernah hadir dalam hidup aku selama ini…moga “dia” membaca entry ini…dan moga “dia” mengerti di setiap rongga dan liang2 kecil dalam hatiku telah dipenuhi dengan nama “dia” dan cuma “dia” untuk selamanya..insya Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...