Pages

Thursday, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Alhamdulillah, tahun ni puasa penuh lagi. Kalau tahun lepas I puasa penuh kerana mengandungkan baby SN, tahun ni pulak puasa penuh kerana menyusukan baby SN. Syukur juga sebab tahun ni I merasa pengalaman di manjakan waktu bersahur dan berbuka. "Di manjakan" kerana cuma seminggu sahaja kena bertungkus lumus memasak sendiri juadah bersahur dan berbuka *termasuk gak kunci 3 jam loceng untuk pastikan bangun sahur dgn incik hubby masa kat Jepun hari tu sengihnampakgigi hohoho*.

3 minggu selebihnya, I dikejutkan oleh umi di rumah KB ataupun oleh ayahcik di rumah Tumpat dan voila...segala juadah bersahur dah siap di sediakan. :inlove: Tinggal basuh tangan pastu suap je dalam mulut. Kalau tahun lepas, ayahcik masih bujang, I kena bangun awal2 pagi ber'perang' dengan tikus untuk sediakan sahur, tapi tahun ni ayahcik dah pon berkahwin, jadi sekurang-kurangnya makan pakai kami adik beradik di rumah Tumpat ada yang tolong tengok2kan.


Situasi di manjakan ni mengingatkan I pada arwah ma. Sedari dulu I memang susah nak bangun awal pagi ngantuk untuk masak jadi I amik turn untuk kemas2 lepas sahur tu. Memasuki fasa terakhir ramadhan 1430H, hati tiba2 di pagut rasa pilu. Kalau dulu, I bersemangat sediakan persiapan raya dengan ma; buat biskut raya dengan ma, menjelajah shopping mall mencari baju, kasut & tudung raya dengan ma, tapi tahun ini semangat ni macam down sikit. Baju raya pon I tak beli, pakai je baju kahwin yang buat tahun lepas ada lagi 2-3pasang yang tak sempat pakai *sebab lepas raya , hubby dah fly ke Jepun dah*. Petang sehari sebelum raya pulak arwah ma akan sibuk di dapur sediakan juadah untuk beraya dan I pulak akan amik tugas bakar 2-3biji kek untuk hidangan tetamu dan jugak untuk di hantar ke rumah nenek. Kalau di kenangkan kenangan pagi raya dengan suara ma memecah hening subuh, mengerahkan kami adik beradik bersiap, lepas sembahyang raya pulak beratur ikut susunan umur untuk salam dengan arwah ma & abah...sigh, semua tu memang manis senyum sangat. Tapi hidup mesti terus, I tak boleh terus hidup dalam kenangan dan mengabaikan momen2 manis love lain yang bakal hadir dalam hidup I, aite?.


Tahun ni persiapan raya banyak di fokuskan pada si kecik Shafiq Nazhan. Setiap kali keluar ke mall, ada je baju yang di beli untuk dia. Agaknya semua ibu2 lain pon macam I, lebihkan anak2 dalam persiapan raya berbanding time bujang dulu ... tak habis2 shopping untuk diri sendiri je yer dak?. Sekurang-kurangnya kehadiran Shafiq Nazhan boleh mendatangkan sinar dan keceriaan baru dalam kehidupan keluarga I. Cuma yang I tak boleh tahan ialah di kalangan sanak saudara yang jumpa dengan baby SN nanti akan cakap; "kesiannya dia, tak sempat jumpa tuk ma". sedih Sigh...walaupun I tahu diorang takder niat apa2 masa cakap macam tu tapi sedikit sebanyak kata2 tu buat I rasa rindu sangat dengan arwah ma...rindu yang teramat sangat sampai menitis air mata. nangih Tak perlu di kesiankan baby SN sebab baby SN dapat cukup kasih sayang seorang nenek dari Tok Umi cuma kesian lah dengan I sebab setiap kali mereka cakap macam tu, I kena pura2 senyum sedangkan jauh di sudut hati kecil I memang berharap ma masih ada untuk jadi saksi kedewasaan puterinya yang manja ini.


Seboleh mungkin I akan tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk tak tunjukkan perasaan sedih dan rindukan arwah ma ni depan adik2. I taknak diorang bersedih lagi tambahan pula tahun ni tahun ke-2 kami beraya tanpa arwah ma. I sedaya upaya bahagikan masa dan tenaga untuk sediakan juadah beraya di rumah Tumpat dulu sebelum ke rumah KB pada malam raya sebab pagi raya pertama kat rumah KB dulu, then raya kedua baru balik rumah Tumpat. Bukan apa, time cuti raya ni jarak 30minit dari umah Tumpat ke KB boleh jadi 2jam penangan traffic jam gigil kat atas jambatan tu huhuhuhu. Raya tahun lepas iaitu raya pertama tanpa arwah ma memang agak menyedihkan jadi I tak nak raya tahun ni adik2 bersedih lagi. Memandangkan kakak sulung I beraya di NZ, xpasti I kena ambil alih tugas selaku ibu rumah dan pastikan adik2 dapat beraya dalam suasana yang meriah dan gembira seperti dulu...hopefully.




Di kesempatan yang masih bersisa ni, I nak minta maaf kalau2 I ada mengguris hati dan perasaan kawan2 semua melalui penulisan I di blog ni atau pun mungkin selama kita berhubung di alam maya ini. Semoga kita semua di pertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Jangan malu2 malu untuk ambil e-kad raya dari blog I ni dan terima kasih di atas kiriman e-kad raya kalian juga. peace ~ Minal Aidil Wal Faizin ~


1) e-kad dari Kak Yong





3) e-kad dari
Cik Min


4) e-kad dari Mama Danish

5) e-kad dari MyLuvlyKitchen


6) e-kad dari Ummi Hanie

kad raya mayaku


7) e-card dari Mama Tisya

8) e-kad dari Nadiah



7)
e-kad raya dari Miela



8) e-kad raya dari Mama Qaseh



9) e-card raya dari Huda



10) e-card raya dari Mama Kyra


11) e-kad raya dari PadNani



Psssttt:
kalau ada lagi kawan2 yang bagi e-card kat blog and I tak kutip lagi, do let me know..nanti I update lagi
:eheh: okie dokie folks.

20 comments:

  1. selamat menyambut syawal. have fun. makan byk2 tp jgn sampai memudaratkan or menyebabkan seluar tokleh butang..hehehehe...

    ReplyDelete
  2. mommy SN,
    baca n3 ni buat air mata kakyong bergenang... :)
    well, selamat menjadi 'ibu rumah'.. bertuah dapat juga pulang ke m'sia berhari raya bersama keluarga...

    take care ya..!!

    ReplyDelete
  3. bertuah yatie dapat puasa penuh.. ida lak tahun ni sehari pun tak dpt posa.. masih dlm pantang.. jenuh nak ganti.. apapun selamat hari raya ye.. maaf andai tersalah kata..

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya to u & family. have fun!!

    ReplyDelete
  5. Yatie..meh pick up kad raya daku gak..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya
    maaf zahir batin gak dari ayu,sam n aqil...

    ReplyDelete
  7. e-kad raya saya pon ade gak..simple jer..

    Nway thn ni gak thn ke-3 kami beraya tanpa my PIL..same case gak utk baby Qaseh..sume cakap kesian Qaseh x sempat jumpe arwah tok..

    2 thn lepas sambut raya mmg amat2 sederhana kerana rasa masih baru lagi. Tapi thn nie baru nampak meriah skit..mungkin kehilangan itu terubat sedikit dgn kehadiran Qaseh..

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh sume muslimin dan muslimat yg telah pergi..amin..

    ReplyDelete
  8. sebok oghe baco. takpo deh, tabahkan hati tu. samat ari rayo maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  9. Salam,

    K.Nur pun sedih jugok. Sorryla tokleh join Ti dgn adik2 lg rayo ni. InsyaAllah bila Ti balik doh, kita raya sekali.

    ReplyDelete
  10. cntknye e-card..
    tiqah ambik tempek kat blog ek
    selamat hr raya...moga gembira sllu...
    kim slm kat baby SN

    ReplyDelete
  11. sebak baca entry ni..

    apa pun, selamat hari raya juga buat yatie sekeluarga. peluk cium shafiq nazhan utk kite ye!

    and tq for he card! ;)

    ReplyDelete
  12. sedih baca entry ni
    semoga tabah
    mesti sronok SN braya kat kelate :)

    selamat hari raya to yatie & family

    ReplyDelete
  13. huda nye e-card akak tak kutip lg :)
    btw, slmt hari raya juga :) jemput ke rumah di paka...

    ReplyDelete
  14. Cantik bangat kad raya tu sumer...

    Selamat HAri Raya

    ReplyDelete
  15. bnyak dpt kad raya.
    salam aidilfitri wat yatie sekeluarga.........

    ReplyDelete
  16. Yatiee.. salam aidilfitri
    syahdu baca entry awak kali ni
    anyway semoga syawal ini lebih bermakna dengan kehadiran SN ye
    p/s: Thanks banyak2 sangat syukata set tuu.. masa dapat pakai kan tak nak bukak dah 2-2 .. nyaris2 nak buat tidur teruss! hehehehe

    ReplyDelete
  17. Selamat hari raya Mokcik Tiey..

    Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap dalam berbicara..

    Salam Syawal,
    Jiey-Mien-Rayyan

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir batin.

    ikhlas,
    Bibi, Faiz & baby Aisya Zara

    ReplyDelete
  19. salam aidilfitri..mesti seronok beraya kt m'sia..maaf zahir batin yer

    ReplyDelete
  20. selamat hari raya aidilfitri. bertuahnya yatie dpt posa penuh, saya ni 1 je poteng..ingatkan dptla penuh..what to do :)

    pssttt ::
    sila la ambil kad raya dr kami :D

    ReplyDelete

Anda semakin chomeyl kalau anda memberi komen (^-*)