Pages

Monday, 12 October 2009

Dendang Perantau Fukuoka

Di hari raya, terkenang daku kepada si dia..
kampungku indah nun jauh di sana...ayah serta bondaku..

Tanyalah pada sesiapa pun yang berada di perantauan, mesti 99.9% akan menjawab pernah berasa syahdu :puppyeyes: tatkala mendengar lagu P Ramlee nih di musim Syawal saban tahun. Buat pertama kali nya I tak di rundung rasa sendu sewaktu lagu ni di putarkan pada Sambutan Majlis Hari Raya 2009 warga Malaysia di Fukuoka yang berlangsung pada Isnin (12/10/2009) bertempat di Ryugakusei Kaikan Imajuku. Percaya tak?. angkatkening Percayalah....... Ada beberapa sebab musabab kenapa tiada lagi perasaan sedih apabila mendengar lagu Dendang Perantau semalam. rindu Sebab2 itu ialah :-

1) Kemeriahan majlis dengan kehadiran orang ramai :hi:

Bilangan warga Malaysia di Fukuoka sendiri sudah mencecah 60 orang. Setakat ni ada 10 family dan 18 anak bujang yang menetap di Fukuoka nih. 7 daripada family tersebut ada 3-4orang anak, cuma I dengan Kak Nura jer ada sorang anak.... setakat ni lah
ihikhik ngeeeee.

[DSC_0045.jpg]
(kalau terer, sila cari sesuatu yang tersembunyi dlm gambar nih. teka2x)


Anak2 kecik pulak bermain tak ingat dunia sampai ada yang berdarah kat bibir, terperangkap kat tingkat 5 pastu meraung sebab tak tahu camner nak turun hoho, main kejar2 dan dalam masa yang sama memaksa abang2 dan kakak2 yg bujang untuk join diorang...kui3x.


(seranggggg...hohooho *siri membalas dendam kesumat Tanah Melayu*)


Di samping itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran warga Malaysia yang datang dari Kurume & Kitakyushu. Memang chomeyl betul naik keretapi sambil pakai baju melayu di hari cuti..siap bawak sate & kuah kacang lagik..cool habis. Sumpah I noticed ada sorang dak Kurume tuh muka cam Farid Kamil, tapi hubby tak snap pic dia plak..tsk3x. Untuk tak menghampakan u all, I tepek lah pic yang ada gambar dia dari sipi...sengihnampakgigi ngeeeeeee..

[DSC_0049.jpg]
(baik kan I siap buh anak panah merah utk u all senyumkenyit kui3x)


Majlis juga turut di meriahkan oleh tetamu2 VIP seperti Prof., tutor, jiran tetangga, dan sahabat handai dari kalangan Nihon-jin. Memang teruja tengok diorang makan makanan Malaysia dengan penuh semangat..pendek panjang kata memang semua juadah pun diorang puji sedap...ooisyiiiii. Siap ada orang Jepun yang jakun tengok air bandung, pastu tambah minum banyak kali macam tak pernah jumpa *eheh, memang tak pernah pun diorang jumpa sebelum ni*.




2) Juadah2 enak yang di tudung sajikan

Kalau tengok kat juadah2 tu memang tak sangka lah jamuan tu di sediakan di Jepun. Mana taknya untuk menu utama ada
ketupat daun palas, nasi kerabu chomeyl *obvious sgt I yang buat nih gatai eheh*, nasi minyak, nasi beriani, kuzi ayam, mee kari, laksa udon, ayam masak merah, ayam madu rempah suka-hati, spageti, sate ayam & daging, nasi impit dan kuah kacang.

[jamuan+raya+09.jpg]


Weh, tu baru menu utama tau....belum lagi I bagitau menu sampingan penggonyoh pencuci mulut. Dessert pulak ada kek puding karamel, dodol durian, agar2 hijau dengan sos chomeyl *okeh, gedik kan sengaja buh gitu nak bagi orang tahu I yang buat ngeee*, kek lapis sarawak, hati pari, kerepek2 dan segala mak nenek datuk moyang biskut raya terhidang di meja kudap-kudapan lapar hohoho.

[jamuan+raya+091.jpg]


Macamana lah perasaan sedih beraya di perantauan tu nak bertandang ke dasar hati bilamana diameter perut semakin membesar, ketebalan dinding usus semakin bertambah dan tatkala perut semakin senak, tertutuplah pintu hati daripada hal2 yang menyedihkan tsk3x. Ingatlah wahai insan sekalian, berhenti sebelum kenyang...*pandai jer cakap gitu, tak sedar diri sendiri 6x tambah makan gile ngeee*.





Perkara paling best ialah bilamana baby SN well-behaved sepanjang majlis berlansung. Merengek sikit masa lapar, so I sumbat botol susu MAM berisi susu-mommy-yang-lazat-sebab-baru-lepas-makan-nasi-kerabu-yang-lazat eheh. Tegukan sebanyak 170ml berjaya membuatkan mata baby SN menjadi kuyu dan putera chomeyl itu beradu dengan nyenyaknya dan memberi peluang mommy menikmati juadah2 tersebut dengan tenang dan tenteram
penat. Nasib baik I bawak stroller, senang I nak mentekdarah ngeeeeee.


(silalah rasa geram nak cubit pipi dan dagu berlapis baby SN)


3) Warna warni baju raya

Masing2 melaram baju raya tak kira design asli, moden, kontemporari, gothic malah ada yang datang dengan aksesori rambut ala Bob Marley ngeeee
:please: *pepandai je ckp aksesori, padahal memang rambut dia wat stail gitu..ampun dik, slmt hr raya*. Tidak lupa juga buat yang datang dengan memakai topeng wajah Farid Kamil *eh, diam lar Yatie..memang muka dia iras2 Farid Kamil lar*. Ceh, asyik2 duk sebut pasal Farid Kamil tuh, kang kena halau tidur kat luar malam ni padan muka I ahaks.

[DSC_0435.JPG]
(rujuk anak panah merah utk contoh aksesori farid Kamil & Bob marley, anak panah kuning utk design moden)


Ahli keluarga di tentukan dengan corak pakaian dan baju yang sama warna. Jadi kalau ada anak2 yang menangis tiba2 cari mak ayah dia, pastu kalau ada yang tanya.."eh, ni anak siapa nangis nih?", jawapannya mudah sahaja.."cari yang baju sama warna & sama corak dengan dia..mak ayah dia lah tu"..hehehe.

[edited+pics2.jpg]


(eh ni bukan family, tapi anak2 dara posing dengan anak2 bujang..mak budak tumpang 2 kaki ngeeee)


Hubby & I pakai baju yang jahit masa kahwin tahun lepas, cuma baju Nazhan jer lah yang beli baru nak bagi sedondon dengan mommy & daddy. Pastuh, sebab Nazhan takder songkok or kopiah, maka kami telah bersepakat mengenakan tengkolok kat kepala Nazhan. Chomeyl sangat..Hang Buah Tuah Nazhan pakai baju melayu warna peach lengkap bertengkolok putih...hoho, mana nak jumpa pendekar lagi dah zaman sekarang ni?. Kat Fukuoka ni jer ada peace ....haaaa,hebat kan?.


(abaikan capal kami yang hina yakni tak sepadan dengan baju huhuhu)



(calon2 yang bertanding jawatan Exco DUN Fukuoka ~ satu hijau, stau biru..sila pangkah untuk mengundi calon pilihan anda lalalala)


Itu baru 3 sebab utama belum lagi I cerita sebab2 kurang utama yang membuatkan kenapa tiada lagi perasaan sedih terhasil apabila mendengar lagu Dendang Perantau semalam. Agak2 kalau tak berapa puas hati dengan sebab2 yang I bagi, boleh lah jenguk blog Syamim untuk lebih gambar2 memandangkan dia photographer the day. Promosi sikit angkatkening : Syamim ni dah lah hensem, stylo, ada kamera Nikon D90, ada kereta Toyota Celica, bujang pastu kan..BERITA BAIK weh....dia tengah mencari calon...duit kahwin dah kumpul, calon jer takder lagi. Ahah, anda berminat?. Pi jenguk blog dia, pastu pandai2 lah ngorat sendirik jelir eheh.

[edited+pics3.jpg]
(Walaupun Farid Kamil muncul depan I..cinta I tetap untuk U..*ayat cover line ngeeee*)

Psssstt: Sebenarnya baju melayu Nazhan tu labuh sikit, tapi di sebab kan mommy tak berapa pandai menjahit serta kurang daya tahan kesabaran nak masukkan benang dalam lubang jarum yang halus tuh, maka tugas menjahit di serahkan pada daddy..huhuhuh..:blush: haru sungguh laki bini nih tsk.

28 comments:

  1. cutenye baby SN...hehe..mcm best lak kn beraya kat perantauan..haaaiii..tgh mnunggu mse nk further master kat overseas..berjayakah daku??? tesis degree pun x lepas lg nih...
    btw canthik la bju raya kak yatie...hehe
    mcm org nk kawin je..

    ReplyDelete
  2. wa... meriahnya raya kat jepun... lm lg kt sn?

    ReplyDelete
  3. hehehe...thanks kak!!!
    mmg cerita yg akak sampaikan betul2 dari A samapai Z :)BEST!!! blogger tulin!! :)
    selamat hari raye!!
    x sangka akak promote tul2!!! hahaha

    ReplyDelete
  4. wah...entry psl raya lg. huhu..jelesnya..

    ReplyDelete
  5. nasi kerabu comey :) nyum3..sedapnye..

    ReplyDelete
  6. wah wah...nampaknyer nasi kerabu tu dibawa dari hujung benua ke hujung benua...dulu nasi kerabu munich...skrang nasi kerabu fukuoka lak yer...ehehe

    ReplyDelete
  7. lah, dah balik jepun rupanya..
    anyway, slamat hari raya dari malaysia hik hik.. dah raya ke-25 baru nak wish..

    kim salam kat baby SN ekkk..
    chomey jer pakai tengkolok..

    ReplyDelete
  8. amboi cute la pasangan laki bini gambar kat bawah tu.....secocok

    ReplyDelete
  9. wah...mmg mcm farid kamil laaaa..

    hensem baby sn..dh mcm hulubalang jaman dulu2 hihihi

    ReplyDelete
  10. Atiqah >> mmg baju kawen pon, cuma baru pakai jer hehe

    AshAnas >> insya Allah lagi 3thn kat sini

    syamim >> akak promote sbg upah amik gmbr akak byk2 eheheh

    nadiah >> ala, jgn lar jeles..lgpon raya kan sebulan hoho

    ReplyDelete
  11. huda >> ntahlah sedap ke x..harap rupa je chomeyl kui3x

    umiNuha >> selagi boleh promote, mmg habis2an lah nasi kerabu di bawa kesana sini

    alycia >> baby SN pon wish slmt hr raya gak

    mama syaza >> mekaceh2x...cayang akak eheh

    tiey >> nak kenalan ke? ehem ehem..

    ReplyDelete
  12. salam kakak nak ytanya yang pakai bju hijau yang bergambar ngan kakak tu namanya atiqah er?

    ReplyDelete
  13. haaa macam lagi meriah ja beraya di perantauan dari beraya disini hehe..baby SN adalah sangat comel!! gerammmm

    ReplyDelete
  14. nasuha >> aah, atiqah..kenal ke?

    drama mama >> sekali sekala berkumpul, meriahlah jugak

    ReplyDelete
  15. okeh aku dah kawin tp takpe aku nak tau sapa nama yg lekai pakai cekak merah tuh!! hahahah mcm kawan aku je.

    ReplyDelete
  16. yg farid kamil 2, akak dh usha dlu weiii.. apa ke nm lupe lak.. org ganu 2.. bangga2x.. hiii
    nway... mmg sguh hina capalmu itew dek.. haha.. xpasan lak hr 2.. gara2 baju yatie yg vogue lg stylo maka capal itew xklihtn.. :O

    ReplyDelete
  17. wahh..9org bujang??menarik!tulun r ejah sore kakti..alos,nga spupu pn nk berkiro.hahaha

    ReplyDelete
  18. siapekah nasuha? cane ley kenal saya yang amat LOW PROFILE ni~ wakaka.. kakTi tiqah pun single (muahaha.. desperate gila bunyinya).. len kali tolong promote ek? tulis camni.. -tak perlu cincin and jewelleries untuk tunang @ nikah, cukup law dapat private jet sebuah- hehE.. kidding2.. ;)

    p/s: tak perasan langsung ade Farid Kamil haritu.. sebab dah nampak yang lain lagi beSt kot.. :p

    dec ni gi snowboarding jom!!

    ReplyDelete
  19. Jiji >> alamak, tak kenal gak dak tuh sbb dia duk kat bandar lain..hohoho

    k.liza >> ecece..usya gak tuh..ekekek..capal yg hina tu tenggelam di sebalik baju

    anish >> bulih2..nok hok lagu mano? oyat jah

    t-qah >> okeh, next time promote tqah plak. eh, camne leh x perasan farid kamil? rugi wooo

    ReplyDelete
  20. wahhhh....nampak mmg hapenning...

    ReplyDelete
  21. wah yatie....beraya dgn bdn slim melim...kesan BF ke?? takyah diet..jeles nyerr...macam anak dara lorrrr hikhikhik

    ReplyDelete
  22. firahadifa >> yup, mmg happening sesangat

    eila >> mmg x diet, in fact berat bdn jd kurang dr sblm preggy..huhu..baby SN kuat menyusu, untung mommy

    ReplyDelete
  23. Baby SN sgt comel la pakai itu tengkolok. Nampak sgt meriahla jamuan hari raya tu... kat sini pun tak semeriah tu. hehehe.. kim salam farid kamil ye.. sempat lagi tu dok ushar tu...

    ReplyDelete
  24. senior kita lah tu..slalu nampak dia kat blog kakak...huhu..cute baby sn..boleh chop tak/hahaha

    ReplyDelete
  25. jeri >> takdop songkok ngan kopiah, terpakso pakaikan tengkolok ekeke..nok kirim salam ko farid kamil retek? mulih2x

    nasuha >> oho, senior rupenye. nak akak sampaikan pesan kat dia ke? :)

    ReplyDelete
  26. amboi.. meriahnya...mcm2 ade...

    baby SN pun.. siap dgn tengkolok lagi.. kreatip la mummy SN..

    ReplyDelete
  27. tahu takk..org yg raya kat malaysia takde sekeping pun gambar raya uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  28. k.yong & ahkak fid >> ni gmbr raya tahun lepas (2009). sambutan thn ni x update lg...hehehe

    ReplyDelete

Anda semakin chomeyl kalau anda memberi komen (^-*)