Pages

Tuesday, 20 October 2009

Pergi klinik, dapat Ultraman (^-*)

2-3 hari lepas Nazhan di serang selsema. Hidung tersumbat, tidur pun terganggu bila mukus memenuhi rongga hidungnya. Kesian sedih sangat tengok hingus meleleh2 kat hidung dia pastu bila malam, tidur pun tak nyenyak sebab hidung tersumbat. Tersentuh hati I bila tengok dia takleh tidur tapi Alhamdulillah dia tak meragam cuma nak bermanja lebih dari biasa jerlah. Nak di pelukpeluk dan di dodoi sahaja sepanjang malam.

Risau dalam hati toksah cerita lah nak2 lagi di musim influenza kat Jepun sekarang ni. Bukan nyer influenza H1N1 tu tapi influenza yang selalu menular di musim sejuk kat sini. Jadi kami pun bawak Nazhan ke Klinik Pakar Kanak2 Hinoshita berdekatan dengan Imajuku ni. First impression masa mula2 masuk klinik tu, "aiseh, cukup tak duit nak bayar nanti?" rindu ..hohoho.. Interior design tip top ala2 lobby hotel 5 star, tu belum tengok dalam bilik Dr lagi. Siap ada hiasan daun2 pokok menjalar kat dinding klinik..*ternganga mulut*.


(posing kat depan kaunter klinik)


Lepas check, Dr cakap tak ada apa yang perlu di risaukan melainkan selsema biasa je. Lagipun suhu badan Nazhan masih normal. Alhamdulillah, penatlega rasa hati. Lepas check, kitorang di minta ke bangunan sebelah untuk ambil ubat di farmasi. Caj perkhidmatan untuk check tadi percuma je sebab baby SN ada insurans. Wah, best nih..klinik cam hotel, tapi takyah bayar...*tepuk2* tepuktangan. Sebelum balik, Nazhan dapat kad ultraman..eheh silap2x..kad nama yang ada gambar ultraman, chomeyl giler.




Bila masuk farmasi pulak, risau sekali lagi bertandang di hati. Aiseh, siap ada meja kaca berhias miniature teddy kat dalam kaca. Itu belum lagi hiasan teddy bermacam2 jenis kat dinding farmasi tu. "adoii, berapa lah duit agaknya caj ubat2 ni erk?" rindu.


( lawa giler meja nih, *berkenan sgt2*)


(I tengah ternganga tengok koleksi teddy kat farmasi)


Sambil lepak2 menunggu ubat Nazhan di sediakan, I pun snap lah gambar si kecik tu kat dalam farmasi yang lawa tu. Walaupun hingus meleleh2, bila nampak jer kamera di hala kan kat muka chomeyl dia..terus posing tersengih2 sengihnampakgigi ..photogedik betul anak mommy nih.


(dak kecik yang selsema, mata pun kuyu je)


(walaupun hingus meleleh, tetap nak posing chomeyl)


Bila ubat dah siap, kami di beritahu yang ubat2 tu pun percuma. Waaaaaaahhhhh, best2x. menariRupa2 nya kalau ada insurans dari kerajaan Jepun tu, bil hospital/klinik dan ubat2 untuk bayi ialah percuma. Lega rasa hati, terus rasa nak gi klinik tiap2 hari eheh. Di sebabkan Nazhan masih tak sembuh sepenuhnya, I dengan hubby gilir2 jaga Nazhan. Hari Jumaat lepas I cuti dari gi lab dan stay kat rumah dengan Nazhan, semalam pulak hubby cuti dan stay kat umah jaga Nazhan *hubby siap masak lagi bila I balik sekolah..sob sob..terharu*. Hari ni terpaksa gak hantar dia ke nursery semula huhuhu.


Psssttt: Tak sampai hati xpasti sangat nak tinggalkan Nazhan kat nursery dengan keadaan hidung dia yang masih berhingus tu. Rasa macam nak bawak Nazhan masuk lab sekali dengan I je huhuhu.

19 comments:

  1. ala sian bb sn selseme..jgn lupe mamam ubat k!

    ReplyDelete
  2. tapi kalau gi lab nnt takut mama dia yang selsema lebih...hihi

    ReplyDelete
  3. relax la k.yati...insya Allah xde pe2..selesema je..sy ni kl insyirah dmm pon terpks anta nursery,kn keje gak..isau bkn main lg..selesema xpe la,bdn xpns..kl dmm bdn pns, tu yg risau lbh

    ReplyDelete
  4. sedih yatikan..meninggalkan anak2..apatah lagi anak sakit, walaupun selesama..tak sanggup2..
    tapi nazhan bagus, lebar senyuman dia..macho lagi!

    ReplyDelete
  5. siannye baby SN..moga cepat sembuh ye..kak tiqah pun dok skt2 ni..

    ReplyDelete
  6. Alaaa seronok kita tgk packaging ubatan2 dia semua cartoon theme. Moga baby SN cepat sembuh k :-)

    ReplyDelete
  7. kalau tengah selsema, eloklah parents jaga dulu, at least kasi kurang sikit..selsema slalu lambat baik, kalau anak kita dah ok, anak ornag berselsema, jangkit kat anak kita balik..itulah hakikat hantar kat nursery...mmoga2 Nazhan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  8. apesal semua brg kat jepon ni comel2..sampai kad baby pon ade gamba otromen..jeles2! hahaha

    ReplyDelete
  9. itula kn musim2 sejuk ni takut nk bwk bb kuar sbb influenza ni. comel nazhan pakai mask. sian dia selsema. cpt2 sihat ye nazhan.

    ReplyDelete
  10. coolnyer klinik & farmasi kat sane. bile la nak sampai sane neh...

    ReplyDelete
  11. nazhan sangat comel la.ada rupa u la yatie. btw, kalau klinik first class camtu free, everyday i cari alasan nak pegi hahaha

    ReplyDelete
  12. cepat sembuh yer sayang...i kalau baby sakit cepat jer tersentuh..hehe..
    Bagusnya Jepun, mcm tulah free...superb

    ReplyDelete
  13. Baby nak minom botol ka?? Aku ni, Anis takmo ! meraung raung dia!!! Sipcup lagi laa. Sudu pon boleh kirim salam!

    ReplyDelete
  14. siannya dia kena selsema. hope cepat sembuh. safiyyah ari tu pun kena selsema gk. mmg kesian sbb baby bknnya reti nk hembus hingus. alhamdulillah skrg ok dh

    ReplyDelete
  15. huda >> baik aunty, nti sy makan ubat ;)

    sitisifir10 >> tu la pasal, mommy yg lebih2 selsema sayu syahdu nanti huhu

    ayurosni >> tu la, tpaksa wat2 relax wat2 cool wpon risau

    kak NB >> bila tgk dia senyum,lega rasa :)

    atiqah >> baby SN nak geng dgn kak tqah eheh

    ReplyDelete
  16. perfectlove >> tu la pasal, chomeyl kan sampul ubat dia

    Hanz >> tu la, i pon rasa dia jangkit dgn budak2 kat sana la tu huhuhu

    farah >> tu la pasal, chomeyl giler..rasa nak buh dlm album semua eheh

    Ina >> aah, skrg kan dh sejuk tu yg dh start influenza neh

    ReplyDelete
  17. azza >> meh la, i duk sini 3thn lg..smpt lg nk dtg hehe

    drama mama >> tenkiu2x..(^-*)

    nieda >> i pun x sangka cenggitu punyer 1st class tp free..best2x

    jiji >> nazhan dh ok minum botol kat nursery..kat umah takmo gak

    nadiah >> tu la,hr ni dh ok sket

    ReplyDelete
  18. risau bila anak2 kena sesema..pasal slalunya sesema..pastu batuk..bebudak tak reti nak kluarkan kahak...risau sgt....si kecikku pun sekrg ni tgh sesema n batuk ckit2

    ReplyDelete
  19. info tentang hidung tersumbat kat sini - Hidung Tersumbat.

    Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

    ReplyDelete

Anda semakin chomeyl kalau anda memberi komen (^-*)