Pages

Thursday, 12 November 2009

Memang tiada jodoh kita (T_T)



Sepanjang hidup I ni, dah beberapa kali I di kecewakan oleh beberapa orang lelaki. Ironinya kesemua mereka ialah pemain bola sepak ternama dunia. Aiseh, I tahu lah you tu player bola, takkan lah dalam love life pun nak player jugak. Sampai hati you kecewakan I..pecah berderai berkeping2 ... remuk redam hati I kerana perbuatan you. Demi mengenang kisah cinta tak kesampaian I dan mengelakkan gadis2 lain terluka di permainkan lelaki2 ini, mari I senaraikan lelaki2 panas hot yang pernah melukai perasaan I. gatai


(1) Michael Ballack

http://www.topnews.in/sports/files/michael-ballack.jpg
(pic source: from here)

Mula2 dapat tahu akan sambung belajar kat Munich, hati berbunga-bunga gembira sebab akhirnya dapat peluang berjumpa dengan Michael Ballack lepas bertahun2 menyulam kasih dari jauh. Sebaik menjejak kaki ke kota Muenchen itu, hati berbunga2 tadi dah jadi layu ibarat ranting kering adus bila mendapat tahu yang Ballack baru sahaja berhijrah ke Chelshit Chelsea dan meninggalkan I menanggung rindu tak keruan.

[IMGP0560_edited.jpg]
(Stadium Allianz Arena : Frottmaning, Schwabing, Munich)

Mujurlah kehadiran Lucas Podolski dapat mengubat luka itu. Walaupun Oliver Kahn teringin nak masuk jarum, tapi I tak layan. Dek kerana cinta yang menggunung untuk Podolski itu juga lah, I telah kehilangan passport semasa dalam perjalanan ke Bayern Munich FC untuk menyaksikan latihan pasukan tersebut. Aiseh, Darling Podolski punya pasal...hilang passport pun I redha ihikhik ngeeeeee.

[bola.jpg]
(Bayern Munich FC training session -Säbener Strasse)

(2) David Beckham

http://images.starpulse.com/Photos/pv/David%20Beckham-7.jpg
(pic source: from here)

Semua orang tahu yang Beckham ada affair di serata dunia tapi tapi tiada yang tahu tentang hubungan dalam diam kami *hubungan dalam diam lah, sebab I sorang je tergedik2 kat dia.. dia tak kenal I pun muahahahaha*. Memandangkan tahun kedua pengajian sarjana I akan di jalankan di Madrid, I pun bertambah yakinlah rindu terpendam I selama ini akan hilang bila dapat berjumpa buah hati I tu. Mendung sekali lagi berarak lesu dalam hidup I :bye: apabila Beckham pulak berhijrah dari Real Madrid ke LA Galaxy. Dang...pecah berkeping2 lagi hati ini.

(Stadium Santiago Bernabue : Avenida Concha Espina, Madrid)


(3) Lionel Messi


http://www.topnews.in/sports/files/messi.jpg
(pic source: from here)

Cinta I seterusnya berputik juga untuk Lionel Messi walaupun umur nya lebih muda 5 tahund dari I. Apa salahnya sesekali menaruh hati pada anak ikan ahaks. I pun buat keputusan drastik untuk ke Nou Camp stadium demi bertemu cinta baru I. Dorongan kawan2 senegara meyakinkan lagi hati I bahawa cinta ini pasti bersatu. love Maka berkelanalah kami dari kota Madrid ke kota Barcelona demi menyatukan dua hati yang terpisah. Ternyata bukan jodoh I dengan Messi kerana sesampainya kami ke Nou Camp stadium, yang ada hanyalah lampu dan pagar stadium yang sudah berkunci menyambut ketibaan kami. Oh, berakhirnya sebuah percintaan tragis hohoho.

[P1110540.jpg]
(Stadium Nou Camp, Avinguda Aristides Maillol, Barcelona)


(4) Raul Gonzalez


http://www.independent.co.uk/multimedia/archive/00019/raul_19298t.jpg
(pic source : from here)

Kesetiaan Raul yang telah bersama Real Madrid sedari muda sampai dah agak kertu sekarang ini meyakinkan I bahawa dia pasti sesetia itu dalam perhubungan kami. Sebaik menyedari perasaan masing2, kami mula bersepakat untuk melanjutkan hubungan itu ke peringkat lebih serius. senyumkenyit Akan tetapi sudah tersurat yang ternyata jodoh I bukan dengan Raul. Kali ini, I pula yang terpaksa melafazkan kata perpisahan memandangkan I terpaksa pulang ke tanah air dan meninggalkan Raul sendirian di bumi Sepanyol. Ternyata kemusnahan cinta kami sedikit menggangu tumpuan Raul terhadap kariernya sehingga pernah suatu ketika Real Madrid kalah kepada Atlentico Madrid. Owh, barangkali Raul terkenang saat2 manis sewaktu kami bercanda riang di sebuah taman berdekatan Stadium Vicente Calderon.

[IMGP2785.jpg]
(Stadium Vicente Calderon : Marques de Vadillo, Madrid)

Kekecewaan akibat putus kasih dengan player2 ini membuatkan I serik untuk bercinta lagi. Nasib baiklah incik hubby mengambil keputusan drastik untuk masuk meminang I dan meyakinkan I bahawa cinta selepas kahwin itulah yang terbaik untuk kami hehehe. Walaupun incik hubby tak sehebat mana bermain bola, ternyata itu bukan ukuran lagi untuk I jatuh cinta mabuk kepayang = sayang melimpah ruah untuk dia. Sekurang-kurangnya incik hubby memang peminat setia sukan bola sepak dan dia lah yang selalu menjadi informer I tentang perkhabaran terbaru semua ex-boipren I tu sengihnampakgigi ekekekek.


(selamat tinggal ex-boipren ku sekalian)


Nota patah hati : entry ini terhasil akibat kekecewaan melampau bila mendapat tahu final UEFA Champions League 2009 akan berlansung di Stadium Santiago Bernabeu pada 20 may 2010 nanti......aiseh, apasal bila I dah blah baru nak wat final kat situ?..huhuhuuh...sedih2x.

21 comments:

  1. tragis sungguh percintaan yatie dengan player2 ni :P

    ReplyDelete
  2. Salam..

    sblm ni jd silent reader saje...

    tp arini nk tepek komen sbb rase cam lawak btol entry kali ni..

    kekekeke..di opis..

    ReplyDelete
  3. sungguh menggelikan hati..tapi saya pon ada hati gak ngn RAUL..patut le x layan saya..rupe2 dia ada affair ngn awak..ish..ish..

    ReplyDelete
  4. yatie esok hubby hang buat senarai gadis gadis yang dia kecewakan kang aaa !!

    ReplyDelete
  5. eehhehe...kelakarla kak yatie..kalo org x knal kyatie msti igt real la punyer crite...eehehe...tp kalo kak yat kt madrid lg, nk pg ke?..mse nisa kt pisa..ade gak kt rome final mse tu..wah..tiket mahal glerr...dkt RM20ribu...kui kui kui...lps tu nk pg tgk match yg murah2 antara as roma n ac milan pn x dpt..uuhuh..

    ReplyDelete
  6. haha. takpa takpa sabar ya. nanti suh encik suami main bola kat padang belakang rumah, u ble tengok puas2 haha

    ReplyDelete
  7. Lawak seh.. :D eekkekek... hilang mood sangap ku ari ini!

    ReplyDelete
  8. hahaha...rupanya U orang ketiga antara I ngan Ballack....ooo...hahah

    ReplyDelete
  9. ahahahahaha........ ingatkan ape tadi.........

    ReplyDelete
  10. Hai YC
    ahkak komen sebab nak tinggal jejak...sekian..
    aci tak komen gini?dah la lari jauh dr topik

    ReplyDelete
  11. ekekekeke...

    lawak tu..

    nway salam perkenalan ye =)

    ReplyDelete
  12. eliss >> sedihkan? oleh itu jauhilah player bola ekeke

    cikpid >> lemkali kene tulis entry lawak2 ni bg cikpid memunculkan diri hehe

    mama qaseh >> aiseh, ambiklah balik si Raul tu, i dah takder hati kat dia hohoho

    jiji >> kalau dia buat, aku pi delete entry dia muahahahah *dasar bini kuat jeles*

    ReplyDelete
  13. nisa >> akak x g tgk game sbb arwah ma tak bagi..diorg kan bwk beer bertong2 tgk bola..sbb tu arwah mama tak bagi huhuhu

    drama mama >> weekend ada gak dia g main bola tp i tetap lyn bolaa kat tv je ngeeee

    hanz >> ngape tiba2 sangap ?

    ayu arjuna >> sumpah I tak tau u kapel dgn ballack, ambiklah balik..i mengalah demi u eheh

    ReplyDelete
  14. firahadifa >> mesti ingat i nak reveal kisah cinta betul2 neh ekekeke

    fid >> lari pun takperlah..asalkn ada gak jejak komen cik fid di sini ;)

    mysunshine >> okeh, insya Allah sy join nanti

    cheqna >> salam kenal gak (^_*)

    ReplyDelete
  15. Alahai..xseko pulok demo ada fair ngan set2 bola sepak luar negara..nga pemain Klate xdok pulok???

    ReplyDelete
  16. hehe...mmg sungguh takde jodoh :D

    ReplyDelete
  17. amboi..amboi...peminat Bola Sepak English ghopernyer...

    ReplyDelete
  18. wah tragis sungguh kisah cinta trpendam nih.....

    ReplyDelete
  19. zaila >> ngan player kelate xbrapo minat, sek dio pongoh muahahaha

    nadiah >> tu la pasal, takder jodoh langsung tsk3x

    aleyn >> owh sudah semestinya (^_^)

    nza >> mmg tragis..cinta tak kesampaian

    ReplyDelete
  20. Halamak, touching giler la citer nih.. lawak pun ade... cukup la sume perisa...bleh buat filem. Momma bg 5 bintang!!

    ReplyDelete
  21. momma mia >> klu camtu nti i bagi skrip ni kat david teo, muleh? ekekeke

    ReplyDelete

Anda semakin chomeyl kalau anda memberi komen (^-*)