CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 29 May 2009

The Journey of Giving Birth to baby SN (mommy's point of view)



I guess the journey on giving birth to baby SN started on Monday 25th May when I spotted small spot of pinkish blood before going to bed at 12a.m. I informed hubby about it and wanted to ask my MIL about that, but as she’s just fall asleep hubby said we should just wait and ask umi about it tomorrow morning. I start feels contraction at 3a.m that night so I woke up hubby but he just continue sleeping and ignores me. So I tahan jer lah sakit tu and waited until MIL bangun untuk sembahyang subuh. She touches my tummy and through her experiences, she said that baby’s head is still not engaging at the uterus neck. Plus, the strong contractions seem to fade away and I don’t feel the pain anymore so it may be a sign of false labor only.



As usual, I performed my routine duty every morning by preparing hubby’s o-bentou (bekal) on Tuesday 26th May. I started feeling contractions at every 20minutes and sometimes it hurts while at other times I just feel like nak terberak only. I was like confused..nak terberak ke..nak beranak nih? To avoid feeling nervous, I assume nak terberak jer lah so I just went to toilet and tried to poo-poo. *4x keluar masuk toilet..kali ke 4 baru terberak huhuhuhu*. Before hubby pergi lab, I asked his permission to bawak umi & mak andak jalan2 gi shopping kat Hakozaki that afternoon bcoz I macam kesian tengok umi & mak andak boring stayed at home doing nothing. Hubby said “no sebab I kept saying that I’m feeling the contractions continuously every 10minutes *dasar si buyung tak sedar diri, ada hati lagi nak gi shopping walaupun sakit muahahhaha*.



But then, right after hubby went to lab, the contractions jadi makin kerap like every 5 minutes. Tapi to be honest, takderlah rasa sakit sangat. Ada rasa sakit pinggang sikit, rasa sakit perut macam period pain tuh, rasa nak terberak sikit pastu tiba2..takder rasa apa2 pulak. So I just lay down on the bed and main laptop sambil update blog dan menjelajah ke blog kawan2 *macam biasa lah rutin harian daku hik3x*. While umi & mak andak were having breakfast, I kept lying on the bed. Bukan tak lapar, tapi each time I berdiri..ada rasa macam ada benda nak terjatuh. Jadi rasa malaslah nak bangun..baring jer lah atas katil…tapi tiba2 umi cakap “baik makan dulu, nanti kalau nak bersalin takde tenaga pulak nak teran”. Cepat2 bangun gi dapur dan makan cereal 2 mangkuk *aaa tau takut..kalau tak, duk ngadap laptop je kije nye hik3x*.



Lepas makan I continue lay down on the bed sambil urut pinggang sendiri sampailah masuk waktu zohor kul 12, so baru teringat tak mandi lagi. Alih2 masa nak mandi I spotted another spot of bleeding which is slightly thicker than last night. Tak jadi mandi, I quickly told umi and also I asked hubby to come back home. Masa ni dah rasa sakit yang semakin kerap tapi still leh tahan lagi. Elok2 je keluar dari rumah nak gi klinik, management apartment ajak wat photoshoot untuk masukkan gambar kitorang dalam newspaper Jepun nih…sigh…dah sakit nak terberanak sangat2 nih…cakap pun bukan diorang faham,. Jadi ikutkan jer lah, dengan muka berkerut2 tahan sakit…gi lah photo shoot dulu kat depan apartment…gamaknye tak chomeyl dah lah muka ni sebab berkerut2 dahi tahan sakit contractions yang masa tu it was like every 3 minutes dah huhuhu. Mak andak siap cakap “bertuah baby ni, baru nak keluar dah masuk dalam suratkhabar”. .. owh baby SN mestilah femes…macam mommy dialah kan hik3x :p



We arrived at the clinic at 1p.m and I was admitted directly to the NST room to check on the contractions. True to what I was feeling, the contractions were continuous during the 30minutes the test was carried out. Upon checking on my cervix opening, Dr Nagano informed me that it was opened 3cm already. Lepas tu tiba2 rasa diri ini terkencing dengan banyaknya…hairan2x…rupa2nya Dr Nagano pecahkan air ketuban dan nurse terus pakaikan pad yang size super jumbo dan bawak naik kat tingkat 2 masuk kat bilik berehat dulu.



Sumpah…lepas pecah air ketuban kul 2p.m tu baru rasa sakit sangat2. Dalam masa 2 minit rasa contractions 5x…macam nak pecah perut *ok, tipu jer part pecah perut nih..saja nak takut2kan orang2 bujang yg tengah baca muahahhaha*. Tapi tak tipu part sakit tu cuma masa ni still buat2 cool macam tak sakit jer depan Atiqah & Kak Yati walaupun masa ni dalam hati dah fikir: "tak nak dah sakit macam ni, cukuplah seorang anak jer kot" *ceh dulu konon2 cita2 nak anak 6 orang*. Sambil sakit tu sempat lagi makan kurma dari Mekah yang Kak Yati bawak dan minum air zam2 yang mak andak bawak. *tips utk ibu2 hamil --> makan kurma insya Allah dapat beri tenaga untuk push walaupun tak sempat nak makan nasi.



(kat bilik berehat …masa ni masih wat2 cool walaupun sakit, siap join borak dgn a-t-qah & k.yati lagi)



Midwife asyik cleaning and checking on the cervix opening tu bila rasa sakit tu makin kerap dan rupa2nya dalam masa 2 jam bukaan tu dah jadi 9cm. Terus di papah masuk bilik LDR (Labor & Delivery Room), kelam kabutlah midwife & nurse semua siapkan katil dan alat2. Masa ni midwife asyik ajar suruh breathing properly..geram btol la..orang sakit nih, nak breathing properly pon tak ingat macamana dah. Padahal, each time if I managed to breathed like how she instructed me, the pain will be less *dasar si degil..nak melawan cakap mak bidan pulak huhuhu*.



Hubby and Kak Yati were asked to join me on the LDR. Kak Yati kat sebelah kiri and hubby kat atas kepala. Masa ni sakit memang takleh wat2 cool dah…..siap jerit2 “itttaaaaiiiiii” (sakit) …memang kagumlah dengan diri sendiri sebab tiba2 terror cakap nihon-go hik3x. Tapi sebenarnya, * tips lagi utk ibu2 mengandung dan yang bakal mengandung la kan (sila baca dengan nada serius) --> menjerit takkan membantu hilangkan sakit pun..tapi akan buat jadi lagi tension je. Nasib baik midwife keep asking me to follow her to breathe properly untuk kumpul tenaga yang cukup untuk push, kak Yati pulak bagi semangat dan siap bacakan ayat2 Quran kat telinga kiri nih..and hubby pegang kuat2 kat bahu sambil selawat kat telinga kanan. It helps me a lot, so I kept telling myself..jangan jerit lagi..so I baca doa nabi Yunus kat dalam hati sambil ikut instructions dari midwife to push baby SN.


(sila focus muka dua2 midwife kat kiri & kanan yang bersungguh2 ajar breathing techniques)



Mula2 push, baby macam nampak kepala sikit pastu masuk dalam balik…maybe sebab I didn’t put so much energy on the pushing (ada la dalam 3-4x push dah masa ni). So, midwife try another method dan suruh bengkokkan badan bentuk C and suruh I push kuat2 sambil tendang hip dia. Wah…masa ni tiba2 excited sebab dapat peluang tendang orang free dan tak kene marah (mana nak dapat peluang macam ni weh?)…terus I push 2x kuat2 sambil tendang2 mak bidan tuh*siap tertendang perut dia lagi..sian mak bidan tuh isk3x*. but the method’s really work as this time baby’s head dah leh nampak keluar dah. Cepat2 Dr Nagano datang untuk sambut baby and this time I dah set dalam hati…I nak baby keluar jugak..tak tahan dah sakit nih….so, mak bidan ajar untuk wat 2 push. One small push untuk tolak kepala dia…and one long & strong push untuk tolak baby keluar sepenuhnya.



Akhirnya, tepat kul 4.52 p.m, baby SN selamat di lahirkan selepas mommy dia bertarung breathe-push-kick hampir 50minit dalam labor room untuk keluarkan dari dalam perut nih. Mula2 keluar dia nangis sikit je..tapi bila Dr Nagano tepuk2 terus wah…suara lantang penuh dynamik gitu keluar, kalah suara Anuar Zain hik3x . Midwife terus lapik baby dan bagi I pegang. Masa ni memang I nangis sebab tak sangka dah jadi mommy dan semua rasa sakit tadi hilang sekelip mata *terus rasa nak bagi adik kat baby SN muahahhahahah sengal sungguh*.


(posing wat2 chomeyl lepas dah siap di ‘bersihkan’ oleh Dr dan nurse2)



Alhamdulillah, sakit untuk melahirkan baby SN tak lama sangat dan rasanya agak di permudahkan kelahirannya oleh Allah. Ini semua berkat doa keluarga & kawan2 plus segala tips2 yang telah di kongsi bersama sepanjang kebuyungan daku selama ini. It really helps… Terima kasih untuk semua..luv u all sooooooo much!



Owh by the way, untuk yang tertanya2…what does the SN stand for …. SN stands for Shafiq Nazhan. Shafiq means penyayang dan Nazhan means jauh dari yang di keji. Hubby and I selected this name sebab kami nak baby SN sentiasa menyayangi orang2 di sekelilingi dia dan harap2 baby di jauhkan dan di lindungi dari perkara2 yang di keji ..insya Allah…amin.



Hai .. sayalah baby SN yang di tunggu2 tu



Psssttt: I’m updating this entry by writing it at the hospital sebab tetiba dapat detect wifi ngeh3x *giler semangat yang amat…duk spital pun masih ada hati nak berblogging muahahahhaha*.



# UPDATE #: I'm using this entry to join the "share your story contest" organize by ibu Addin & Nisa. Think your story is interesting too? Come and join the contest to grab this prize.


Wednesday, 27 May 2009

Our Little Handsome Boy

Tong...tong....tong....

Untuk pengetahuan sanak saudara, sahabat, dan kawan-kawan semua tak kiralah dimana anda berada, semalam 26 May 2009 pada pkul 4.52 ptg isteri saya (yatie chomeyl) telah selamat melahirkan cahaya mata kami yang pertama.

Syukur kehadrat Illahi dengan berkat dan rahmatnya, isteri saya telah melahirkan baby SN kami dengan cara normal.

Insyallah, nanti akan saya share kronologi dan juga perasaan ketika sebelum, semasa, dan selepas bersalin di negara jepun ni.





Our Little handsome S***** N*****


pssstt: terasa berat untuk memikul amanah dari Allah ini, doa2kan agar kami dapat mendidik, menjaga, dan membesarkan amanah Allah ini.


Tuesday, 26 May 2009

~Pregnancy and me (part 13) : 38th week ~


Readers are advised to read those entries before proceeding on reading this entry to alleviate mental sickness symptoms caused by the misunderstanding in the contents & issues discussed in this particular entry mrgreen
----------------------------------------------------------------------------------------------------

38th weeks pregnancy check-up


DATE:
23rd May 2009

VENUE: Nagano Sanfujinka (Obstetrics & Gynecology) Clinic, Nishi-ku, Fukuoka-ken, Japan


For this 38th weeks check-up we went a bit late but thankfully there's not so many people at the clinic this week. So we don't have to wait for so long before being called up for check-up. Usual check-up on my weight, blood pressure, urine test were carried out by the nurse. My weight is 59.1kg (I have to make sure that my weight didn't exceed 60kg if I wat to get back to my anak-dara-bergetah-shape again after giving birth to baby SN heheheh). As predicted, baby SN has gain his weight and he is now 3.1kg! blur which means that he's gaining 100g within a week sampai my gynae cakap "really good growth of your baby".



baby SN : 38th weeks 5days



NST test was again performed by a nurse where as usual the nurse will straps two devices to my belly: One monitors my baby's heartbeat and movement; the other records contractions in my uterus. The outcome result of the NST test shows that there were 4 contractions occured within the 30 minutes the test was carried out. *see, baby SN memang aktif dan tak sabar nak keluar dah ni*.




However, upon internal examination to my cervix (the neck of my uterus) to see if effacement (thinning) and dilation (opening) have begun, Dr Nagano informed me that my cervix was still closed!. When hubby asked Dr Nagano when will baby SN come out, Dr Nagano said "mada" (not yet). So, he asked us to come again next week for the same check-up of baby SN in his 39th weeks. *baby SN memang dah nak keluar tapi nampaknya cervix mommy pulak tak nak bagi die keluar..hairan2x siul*.


(mak buyung cam-whoring time menunggu turn jumpa gynae while incik hubby siap study lagi huhuhu)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

38th weeks symptoms


1) Heartburn
There are time when I'll feel heartburn (pedih ulu hati) like I have some kind of flamethrower weapon stationed in my chest. This will caused me uneasiness to sit properly so mak buyung kene nyandar sampai melengkung belakang ala2 gymnast gitu hik3x.


2) Leg cramp
If few months ago it occurs only at night, but these days I've been suffering leg cramps even during the day *tiba2 je jadi kejang, takleh nak gerak*. Eventhough I didn't suffer for foot swelling, but still I have to deal with this leg cramp that will just strikes anytime tambah2 bila mak buyung berdiri lama2 time memasak...huhuhu...sakit wooo time tarik tuh...adeh adeh.



I am writing this entry to make sure that I'll always remember each and every lovely moment that I have encountered during my pregnancy. I hope that one day, whenever I'm pregnant for my next baby( 1st baby pon tak keluar lg, dah sibuk2 nak fikir next baby hihiihi)......this experiences that I'm having rite now will remain as a memorable experience in my life.



Enjoy reading this entry? Try reading other entry under this label: arrow ~pregnancy and me~

Monday, 25 May 2009

Ketibaan Yang Dinanti

As I've been announcing for the past few weeks, MIL and hubby's aunt finally arrived at Japan on 24th May 2009 approximately at 8 a.m ..yippeeee...yabeddaaa beduuu.... Hubby and I didnt sleep after performing our Subuh prayer at 4.30a.m as we might fall asleep and going to be late to pick them at airport. Seronok sangat bila nampak muka umi & mak andak kat arrival gate tuh... rasa nak berlari2 wat citer hindustan kat situ. Memandangkan daku ialah dalam kategori 'kenderaan berat' sekarang ini, maka hasrat itu dikuburkan sahaja lah..hik3x ihikhik.


I totally agree bila orang cakap 'kasih sayang ibu tiada sempadannya' love ...why? Memang takde sempadan la weh sebab luggage umi penuh dengan barang2 untuk kitorang je... ada sempadan ke kalau semua barang2 yang di idam2kan dalam mimpi selama ini sudah berada di depan mata. Bukan setakat barang2 dari umi, malah pak2 sedara, mak2 sedara & tok wan turut menyumbangkan barang2 kiriman tanda sayang. Tidak di lupakan kiriman barang hasil sumbangan kasih adik2 mak buyung dan jugak adik2 hubby.... owh, I almost cried...*sedih sob...sob sangat terharu occay*.

(Fukuoka International Airport, 24th May 2009 )


Tanda kasih dari kampung di penuhi dengan segala jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan2 yang sukar di dapati di bumi Jepang nih. Siap dengan akar2 sekali untuk tanam kat sini hik3x...dasyat x?. Tidak di lupakan bebrapa jenis ikan kering untuk santapan mak buyung makan time berpantang nanti dengan lada hitam dengan botol2nya sekali ... huhuuh .. sudah terbayang di ruangan mata ini makanan2 time berpantang nanti.

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/Desktop2-1-2.jpg
(marilah kita bercucuk tanam mulai hari ini)


Tanda kasih dari adik2 pulak ialah baju kelawar kesayanganku yang tertinggal di umah beserta extra tudung ekin tu *leh pakai kat klinik time bersalin nanti kot hik3x* dan jugak yang paling best ialah hadiah untuk baby SN. Cayangggg korang semua sangat2....cium muuaaaaaahhhhhhh.

(dari aunty & uncle baby SN)


Tapi kan..mak buyung sebenarnya nak bagitau la ni kan... barang yang paling di nanti2 oleh kami berdua sebenarnya kan kan kan ialah.... jeng jeng jeng..... *drum roll*



ni bekas dia, cantik kan? -->
















dan ini lah dia yang kami
paling nanti2kan -->















Muahahhaha..tahukah kalian sekalian betapa kami berdua jadi sangat jakun dapat makan ayam KFC lepas hampir 6 bulan tak makan ayam KFC? Ye la, mana nak cekau ayam KFC halal kat Jepang nih, jadi kami mentekedarah sampai kekenyangan tahap ikan buntal *siap takmo makan nasi sebab takut kenyang tak leh nak habiskan ayam*. Walaupun cuma beberapa ketul je yang di bawa, tapi nikmatnya Ya Allah....tak terucap dengan kata2x....huhuhuhuhu... benarlah kata orang "hargailah sesuatu perkara itu semasa ia berada di depan mata". tanduk


Nota kaki wangi : Geng2 Malaysia di Fukuoka, sila berkunjung ke rumah daku dengan kadar segera kalau nak apa2 dari gambar di atas kerana di khuatiri stok akan kehabisan dalam masa terdekat. jelir


Pssssttt : lepas pick up umi & mak andak, terus bawak diorang g jalan2 kat Dazaifu Open Air Market, will update about it later...nak gi makan buah salak dulu nih...daaaaaaaaa. sengihnampakgigi

Sunday, 24 May 2009

Penghargaan Terindah a.k.a Award (version 5)

Macam biasa, hujung minggu ialah hari menunjuk-nunjuk menempek award yang di terima dari kawan2 blogger sekalian. Award kali ini datangnya daripada Ummi Salsabila.

Kalau korang nak tahu, lagu Yassin yang tajuk Salsabila tu wat khas untuk dia la....hehhehee...mari nyanyi sama2 "Salsabila... buatku gembira.....Salsabila... sayang sentiasa...Salsabila... ditimang dimanja"...*owh..harap hubby US tak jeles pulak kui3x*.





Tenkiu...US. Mak buyung pulak nak bagi dan sebarkan award ni kat semua kawan2 yang lain yang saban hari sudi menjengah blog chomeylku ini. Tolonglah amik yea kawan2 walapun mak buyung tak specified nama korang stau persatu kali ni. Bukannya apa, mak buyung tengah kalut nak bersiap gi airport nih *nanti incik hubby bebel kalau mak buyung mekap lama2*. Kitorang nak menjemput Umi (my MIL) & Mak Andak (my hubby's aunt) yang mendarat kul 8pagi ni kat Terminal 1 Fukuoka Airport. Yehaaaa yabeda beddu.....syiok2x...dapat ngutip barang2 kiriman dari Malaysia dengan umi nanti.


Psssttt: luggage umi penuh dengan barang2 yang kitorang request je, sian umi dapat anak ngan hantu menantu ngada2 cenggini isk3x...



Saturday, 23 May 2009

TAG Heuer : Tanda2 Anda....



Dah agak berkurun jugak mak buyung di tag oleh Hannin yang sekarang ni berada di bumi Egypt. Baru sekarang ada kesempatan nak mengerjakan tag ini..Hannin, jangan marah ye, lama sangat kak chomeyl peram tag Hannin nih hik3x...sket lagi nak jadi pekasam dah.gatai


TANDA-TANDA

1-tanda kamu badmood ? --> senyap tiba2..lansung taknak bercakap merajuk

<-- ngah bad mood sebab lapar time nih

2-tanda kamu marah?? --> jeling2 mata marah

3-Tanda2 kamu malu --> rasa panas kat pipi..kadang2 sampai blushing malu

4-tanda2 kamu sedang cemburu
--> mulut muncung men cam itik serati

5-tanda2 kamu sedang sedih
--> air mata berjujuran nangih, hingus meleleh2

6-tanda2 kamu gembira --> tersengih2x sengihnampakgigi pastu wat2 muka chomeyl je memanjang


APA

1-Apa warna baju kamu pakai sekarang --> merah

2-Apakah kamu termasuk dalam orang yang suka shopping? --> owh...apakah jenis soalan ini? sudah semestinya lah ye! *tapi sekarang kena jimat2 dah sbb xde income sendiri cam dulu sob sob sob sedih*.

<-- suspek bersama bahan bukti

3-Apa ingin kamu lakukan sekarang?
--> lahirkan baby SN hik3x..*bila la baby nak kluar ni, mommy tak sabar nak cium2 pipi baby cium*

4-Apa rase di hati kamu sekarang?
--> hepi menari sebab ada hubby yang baik dan bakal jadi mommy

BILA

1-bila pertama kali kamu dilahirkan di dunia? --> 21 november 1982 (kawan2 sila ingat tarikh ni ye rindu hik3x)

2-Bila saat terindah dalam hidup kamu?
--> saat di ijabkabulkan dengan incik hubby love

3-bila kali terakhir kamu dimarahi ibubapa
--> tak ingat la soal

4-Bila kamu akan married? --> already married peace...22 august 2008


BAGAIMANA


1-Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit ati? --> selalu je..wat tak tahu je kalau orang tu tak rapat dengan diri ini xpasti. kalau orang yang rapat, majuklah aper lagi

<-- mulut moncong time majuk


2-Bagaimana jika ada orang cakap kamu lawa/hensem? --> senyum2 chomeyl sambil cakap "eh takderlah..biasa2 jer" * gatai poyor giler jawapan muahahhaha*

3-Bagaimana jika ada teman kamu meninggalkan kamu? --> people come and go, accept the fact tiada yang kekal dalam dunia ni gigil

4-Bagaimana jika ada orang tidak sukakan kamu? --> we cannot pleased everybody at everytime..terima saja lah, senyum nak wat camne.

5-Bagaimana jika kamu bangun tido, kamu di kelilingi api? --> cari incik hubby dulu *mestilah sebab incik hubby tidur di sebelah daku saban hari hik3x*..pastu lari la, tunggu apa lagi kat situ takbole

6-Bagaimana jika kamu keseorangan? --> sunyi la putuscinte tapi life has to go on kan?

<-- awas..kesunyian boleh membunuh!



SIAPA?

Semua yang tengah baca sekarang nih, semua kawan2 yang blognya tersenarai kat sidebar blog chomeyl nih......haaaaaaaaaaa...jangan tipoooooooo...dosaaa aaa kalau tipooooo


Pssssttt: yea yea..tak sabar tunggu my MIL & hubby's aunt sampai sini esok...sonotnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...