CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 31 July 2009

Kisah & Lagu : Selamat Tinggal Ibu ku


Selamat Tinggal Ibuku - Soutus Sofwa


Pertama kali I mendengar lagu "Selamat Tinggal Ibuku- Soutus Sofwa" ini ialah pada 11 tahun yang lalu sewaktu masih bersekolah dalam tingkatan 4 di SMIP. Dendangan nasyid ini di lagukan oleh seorang sahabat yang sedikit kurang sempurna anggota jari tapi cukup sempurna mata hati dan punya suara yang sungguh lunak. Sejak itu saban hari I akan mintak Azie nyanyikan nasyid ni time lepak2 kat kerusi batu sambil mencuri pandang pada pelajar2 Aspura yang sedang bermain takraw.


Seterusnya sewaktu menyertai Pertandingan Persembahan Aspuri, ahli dorm Siti Khadijah telah sepakat untuk membuat persembahan lakonan anak derhaka dan sebagai penutup kepada persembahan kami, nasyid ini di dendangkan tanpa iringan musik dan sorotan lampu spotlight menyuluh kepada Azie yang tanpa gagal melagukan nasyid ini sehingga mengundang air mata buat kebanyakan penonton. Juara persembahan malam itu milik dorm kami dan I tak nafikan dendangan syahdu dari Azie merupakan faktor terbesar yang menyumbang kepada kemenangan kami.


Itu cerita 11 tahun lampau, tapi kini bila mendengar lagu nasyid ini, hati I terasa semakin sayu malah bagai di robek2 kesedihan. Lagu ini mengingatkan I pada arwah ma.. mungkin kerana bait2 liriknya yang amat bermakna dan berkait rapat dengan perasaan I pada arwah ma.

selamat tinggal ibuku



Bila Mama Manja mewar-warkan tentang penganjuran contest ini, hati I berbelah bagi untuk join sebab I tahu bila I dah start mengarang tentang arwah ma, I akan di landa perasaan sayu dan membuatkan blog yang chomeyl ini menjadi gloomy. Forgive me for that kerana sampai saat ini, rindu I pada arwah ma tak pernah surut.

Doa restu ku utuskan untukmu ma
Semoga diri ma bahagia

Di akhirat yang kekal abadi


Psssttt: peritnya menaip entry ini tapi I tetap nak join contest ini untuk mengingatkan anda2 yang di luar sana yang masih punyai ibu di sisi, "sayangilah ibu anda semasa hayatnya". Jangan lupa untuk selalu mengungkapkan "I Love You" buat ibu anda..kerana itulah ucapan yang paling berharga buat seorang ibu.

Thursday 30 July 2009

Yeay.....yippee...menang lagik..

I was just informed by Ibu Addin & Nasa that I am one of the winner for the consolidation prizes for the Share Your Story contest...yeayyyy..yippeee....:ayuk: *meh lompat2 sama2 dengan I*..hik3x
Hadiah saguhati adalah milik ibu-ibu bagi anak-anak ini:

Shafiq Nazhan

The jury for this contest (Abah Addin & Nasa) has to go through deep reading of 40 entries which contain stories on "the experience of giving birth to my first child". Alhamdulillah, my entry that I've wrote upon giving birth to baby SN 2 months ago was selected as one of the winner which means I am entitle to receive this hand theraphy lotion by Crabtree & Evelyn. yeaayy..yippeeee....:woooh: *sambung lompat2 lagik*.


Psssttt: semakin berkobar2 nak join contest lagik..dan lagik..dan lagik..dan lagik...kui3x..

Wednesday 29 July 2009

Peristiwa berdarah

Pagi tadi masa nak mandi, I ternampak darah kat pantyliner I. So, sekarang I konfius...ni darah apa? Nifas ke haid? soal


Hari ni masuk hari ke 65 selepas I bersalinkan baby SN. Darah nifas I dah stop dalam 2 minggu lepas which means I pon dah mula solat 2 minggu lepas. Nak kata ni darah haid, I tak rasa sengugut macam dulu2 time anak dara. Takkan sebab I dah beranak rasa period pain tu terus hilang kot?. Haisssy...konpius neh...rindu


I ada tanya Kak Nur tadi pastu Kak Nur cakap memang darah nifas lambat gak nak habis. Tapi I dah stop hari ke 50 then tiba2 hari ke65 ada darah balik, leh erk camtu? fikir. My sis cakap, period pun jadi tak berapa nak betul selepas melahirkan sampai sesetengah ibu ambil supplement untuk dapat period yang teratur macam sebelum mengandung.


I ada baca tentang perbezaan darah haid & nifas kat artikel kat sini, tapi still konpius gak. Konpius garupale sampai rasa nak mandi berendam lama2 dalam bath tub .. eh tapi takleh berendam lah pasal ada darah keluar ... aaaaaa lebih kurang gitulah rasa konpius neh *macam takde kaitan je*. Anyone out there willing to share your wisdom opinion regarding this matter?. nerd



(haisyy...nak mandi sungai pon dah takleh kui3x)



Psssssttt: Malam tadi baby SN nangis kuat2 masa mommy & daddy tengah solat Isyak. Bila dah siap solat, daddy dukung pon dia continue nangis, bila mommy dukung terus dia diam. Daddy kata baby SN manja sangat tapi sebenarnya mommy dapat rasa 'sesuatu yang jeng jeng jeng' masa tengah solat tu..lepas solat baru hilang rasa 'sesuatu yang jeng jeng jeng' tu...huhuhuuhu....woooosssyyy.....:tsk:

VOTE for Baby SN goes sunbathing (*-*)

This is s STICKY MODE ENTRY until 30th JULY. Please scroll down for latest entry.
Ratuhati has launched a photo contest i.e Pertandingan Foto : Julai 2009 - Bayi Cinta Alam . Macam biasa I selaku mommy yang gila kentang join contest telah terhegeh2 meng-upload pic baby SN sewaktu sun bathing kat seaside momochi.


http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/Fullscreencapture714200972053PMb-1.jpg

So, if you think baby SN has what it takes to win the contest, feel free to vote for Baby SN. You can do so by register as Ratuhati member, login to the gallery and click on baby SN photo. There will be a button to vote by choosing rate 1(poor) to 5 (good).

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/Fullscreencapture714200973220PMbmp.jpg


Voting period ends on 29th July 2009. Thanks for those who voted. Baby SN loves you..muaaccchhhh!. cium

Pssssttt: kalau sudi, vote untuk mommy sekali ye sebab mommy join ibu hamil menawan gak sengihnampakgigi.. hehehe..


Tuesday 28 July 2009

Hakata Port (Bayside Place)

Last Sunday (26th July 2009), my little cutie hero has turn 2 months old peace. Thus, hubby decided to bring baby SN for a cruise ride to celebrate his birthday. *wah, lifestyle mengalahkan Donald Trump, celebrate birthday kat atas cruise ship bagai kui3x siul....tak baik tipu wooo yatie chomeyl, dosa wooo*. Occay2x, actually during this summer season, there's a special 80-minute cruise that departs from Hakata Port (Bayside Place) and runs along the shores of Noko Island, Odo, Marinoa, Seaside Momochi, and Nishi-koen. Plus, we were damn bored staying at home rindu during the weekend after the supposed to be a-trip-to-Ultraman-land was cancelled due to heavy rain & thunderstorms that strikes Fukuoka for the whole week.


(Hakata port jetty)


With the hope that we could enjoy the enchanting night views of Hakata Bay on the cruise, that will cost us only 1000yen(RM37) duit per person, we went to the Hakata port. Upon arriving at the port, we were greeted by the view of a bunch of young people wearing yukata and jinbei.








It is quite unusual to see youngster wearing yukata except on some event because nowadays yukata was usually wore by old people living in the rural area only. We found out later that those people were actually going for Yukata Party at an island. So, baby SN and I took the opportunity to snap a picture with them senyum *macam biasa lah, I memang suka bab2 enterframe nih ngeeeee*.


(baby SN di apit 3 pompuan kawaii) encem


Although we were a bit distracted by those people, we were still stick on to our main intention of celebrating baby SN's birthday on the cruise ship *hahahha..tipu pinokio lagi, padahal mommy & daddy yang jakun dan tergedik2 nak naik cruise ship*. However, our dreams has shattered into pieces upon arriving at the ticketing counter when we were informed that we should call first to make a reservation as the cruise does not operate everyday. putuscinte Long sigh.....haisssyyyy..there goes baby SN's 2nd month birthday celebration..*hahaha, in denial mode lagi...tak dapat terima hakikat tak dapat naik cruise masa ada harga murah cenggitu huhuhuhu*.
(tak dapat naik cruise ship, amik gambar kat jetty pon bolehlah) gelakguling


(cubaan untuk mengubat kekecewaan baby SN. *sebenarnya kekecewaan mommy & daddy*jelir)



In order to coax baby SN's dissapointment (*hahah tipu lagi, padahal baby SN tak kisah pon, siap syok bantai tidur dalam stroller*) jelir, we decided to spent some time at the port and as usual snap pictures to prove that at least we were there. At least when baby SN has grown up, he wont blame mommy & daddy for not celebrating his 2nd month birthday on a cruise ship ngeeeeee.








Psssttt
: baby SN's 3rd month birthday will be celebrated on a plane
angkatkening *perghhh , dasyat tak baby SN?..kui3x..padahal terpaksa gi Tokyo naik flight untuk wat passport dia ngeeeee*.



Friday 24 July 2009

10 perkara menjengkelkan dalam cerita Melayu

Memandangkan I ni peminat setia drama2 dan filem2 melayu, I terpanggil untuk menulis tentang adegan2 yang I rasa agak annoying menjengkelkan yang terdapat dalam cerita2 Melayu. Hopefully kalau ada penggiat drama & filem Malaysia terbaca entry ini, diorang akan tahu apa yang penonton2 tak suka ye tak?...ecececcece..*I ni komplen je tau,ingat senang ke nak produce drama or filem*


1) Babak : baru bangun dari tidur
Occay, I sangat2 hairan *lebih kepada jeles sebenarnya*, macamana pelakon wanita tu boleh bangun dari tidur dengan muka bermekap lengkap, berbedak siap blusher dan tak lupa eye shadow berkaler2 tertepek di muka tanpa setitik pun air liur basi di pipi lapar ..kan...kan..kan?.


2) 90% dari babak2 dalam drama atau filem Melayu ialah di meja makan minum isk3x.... Apakah ini menunjukkan rakyat Malaysia memang kuat makan ataupun cuma waktu makan je waktu yang sesuai untuk berbincang? ... *tak tahu ke tak elok bercakap masa makan* hehehe.


3) Babak : bos dalam ofis
"Awak tak nampak ke saya sibuk ni?", kata bos dengan garangnya. Tapi kan, keadaan meja & skrin komputer langsung tak menunjukkan bos tu sibuk. Meja kemas je.. nerd fail bersusun elok kat almari belakang meja. Skrin komputer cuma tunjuk wallpaper desktop je...ceh..kot ye pon, tunjuklah paparan Microsoft Project ke, nampak la ala2 buat kerja sikit kan kan kan?


4) Ayat2 yang di guna kan tu skema gila2 sampai teringat masa belajar BM time SPM dulu. Kalau lah di praktikkan betul2, sure leh dapat A1 nerd hehehe.

Contoh ayat :- "Kenapa awak sanggup mempermainkan perasaaan dan cinta suci saya selama ini?. Tidak cukupkah pengorbanan dan kesetiaan saya selama ini terhadap awak?. Mengapakah madu yang saya beri, racun yang awak beri sebagai balasan?."...ceh padahal kalau kat real life, tak sempat lah nak fikir ayat skema camni time gaduh kan..kan..kan?


5) Bagi menunjukkan kekayaan seseorang itu, setiap cerita mesti kena ada orang pangkat Dato, Datin, Tan Sri segala lah. Padahal ramai je orang2 kaya di luar sana yang tak berpangkat cenggitu malahan kadang2 orang2 yang takde gelaran ni lagi kaya dari the so-called dato tu..kan..kan..kan?


6) Kadang2 bunyi persekitaran ataupun soundtrack music lagi kuat dari suara pelakon2. Macamana nak menghayati cerita tu kalau bunyi2 tu dah menenggelamkan suara...potong stim btol..kan..kan..kan?


7) Annoying sangat bila mendengar pelakon yang cuba2 bercakap dalam loghat yang mereka kurang mahir cam loghat utara ataupun loghat qelate. tanduk Sila la practice betul2 sebelum nak guna loghat2 tu kan..jadi takder lah nampak canggung sangat..kan..kan...kan?


8) Rumah semua mewah yang amat walaupun kerja jadi salesgirl je. Interior design ala2 casa impian gitu..pastu rumah pulak kat kawasan elit je. encem Tak leh ke kalau berlakon kat rumah flat ataupun rumah teres biasa, real sikit...kan..kan..kan?


9) Babak : dalam bilik tidur
Sebelum tidur, si suami mesti pegang buku dan baca kat atas katil. I tak tahu lah family orang lain, tapi incik hubby I memang tak pernah baca buku atas katil sebelum tidur. ngantuk Banyak lagi benda lain leh wat contohnya surf internet ke...kan..kan...kan?


(gambar hiasan semata2 ekekeke)


10) Untuk babak masa makan, makanan & lauk pauk mesti 5-6jenis sampai penuh meja walaupun untuk 2 orang makan je. Tapi bila perhatikan betul2, kat dalam pinggan pelakon tu cuma ada nasi putih dengan lauk sikit je. ..uiks, produser kedekut ke tak bagi sentuh lauk2 tu? siul kui..kui..kui.


Bukan semua cerita melayu ada perkara2 annoying macam ni sebab dah banyak penggiat drama & filem Melayu yang berfikiran luas dan teliti dalam menghasilkan karya mereka. contohnya macam cerita2 Afdlin Shauki, Yasmin Ahmad, Mamat Khalid. Ini cuma sebahagian perkara2 yang I perasan dan rasa mengganggu sewaktu menonton cerita2 melayu...apapun, I tetap enjoy tengok cerita2 tu sebab dapat memenuhi masa terluang I dan dalam masa yang sama menjadikan I orang yang kritis untuk mengkritik hehehe.


Psssssttt: Doakan yang terbaik untuk kesihatan Yasmin Ahmad, pengarah filem & iklan yang selalu berfikir out of the box walaupun karyanya kadangkala kontroversi.

Pssssssttt lagi : Have you watched blogger boy?. I rasa blogger2 tegar sekalian akan enjoy watching blogger boy tu kan? hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...