CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Sunday 31 October 2010

(VIDEO): Final Piala Malaysia 2010 ~ Kelate VS Nogori ~

Yeay..yeay..yeayyyyyyyyyyyyy.....:senam: yabeda beduuuuuuuuuu.... :nggaya:

Sumo ore 1 Melesia tahu doh Kelate mene final Piala Malaysia 2010 male tadi. Pasukan KELATE lamo doh duk ngide nok pege title ni, ni lah kali pertamo pasuke KELATE mene sejok 89 tahun lepas.
celebrate



=- KETUA pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin bersama rakan sepasukan menjulang Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Turut kelihatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri), Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan). – MINGGUAN/IDZHAM JAAFAR-Utusan Online-=

Kecek banyok takdop guno, meh laye gol2 maso game male takdi.

Gol pertama: NS 1- 0 Kelantan



Gol kedua : NS 1- 1 Kelantan



Gol kemenange : NS 1- 2 Kelantan



Pergghhhhhhhh...feeling maso Kelate mene male tadi lagi masyuk feelingnnyo berbanding dengan feeling bilo Man Utd pun mene 2-0 lawe Tottenham Hotspurs male takdi. Sero nok joget2 dan berarak keliling Fukuoka hahahaha.
Kat bawoh ni ambo letok gambar2 suasano sebelum perlawane male takdi start, di cilok dari FB saing ambo Cik Rahimah.



=- kaler janggut + rambut -=





=- Alhamdulillah, solat tetap tidak di lupakan-=



Sedak weh ore2 kito di Kelate mugo hari ni cuti, pastu hari khamis ni pong cuti lagi untuk ngundi di DUN GALAS nuh. Gapo2 pong ambo nok oyat ambo banggo la jadi rakyat Qelate, biarpung ambo jauh beribu batu dari Kelate; hati ambo tetap setio pada mu wahai negeri ku..peluk ceewahhhhh.

Friday 29 October 2010

I ♥ iPhone + GoogleMAP ~ penting bila sesat jalan

Hari Isnin yang lepas ada function sempena Commemoration of National Day 2010 yang di adakan di Solaria Nishitetsu Hotel, Tenjin, Fukuoka. Memandangkan function tu bermula pukul 6 petang, dan jatuh pulak pada hari Isnin...hubby & I decided to go to the hotel separately.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgubYSuNIXvvC3mnwtNsLRhgpI5R1PS9A4AQ-ke_Li-LYsySVjnSqd_lV2b05juOISYERcP5hbu7sskNiOV2gEWPlyF5r1qc_LRaI9iUA57DWW1NvGoj3AqMed24s4zvOBZ8nITNV5xhhlI/s1600/DSC_0017.JPG
=- Commemoration of National Day 2010 at Solaria Nishitetsu Hotel, Fukuoka -=

Hubby fetch baby SN at his nursery and both of them go to the hotel by train. While, I was supposed to drive on my own from my campus to the hotel. Mulalah rasa resah gelisah sebab jenuh nak fikirkan route nak menuju ke hotel tu kan, siap print berhelai2 kertas untuk jadi panduan sepanjang perjalanan dari kampus ke hotel.

Tapi kalau dah drive sorang2, memang tak sempat lansunglah kan nak belek kertas2 peta yang dah print tu. I dah mula gelabah, rasa nak menangis tapi tak leh nangis sebab nanti tak chomeyl pulak, rasa nak terkucil tapi tak leh gi toilet sebab takut lewat sampai ke tempat yang di tuju pulak, rasa nak pitam tapi tak leh pitam nanti tak reti nak cakap jepun bila paramedik datang nak tolong I nanti.....huhuhuhu...complicated ni, apa mahu buat?. I terus stop kat tepi jalan, tarik nafas panjang2...hembus. I remind myself that I have to stay calm walaupun I hampir sesat.

Tiba2..BLING2!..TING2!...TOING2!..keluar mentol kat kepala, apasal la sengal sangat tak nak guna kan kemudahan yang ada depan mata kan.
Dengan kadar segera I guna apps Safari kat iPhone tu, then terus mintak direction untuk ke hotel tu dengan gunakan apps MAPS. Berpandukan route yang di tunjuk kat iphone, I pun berjaya sampai ke hotel tu walaupun agak lambat. Nasib baik orang tak start makan lagi, jadi tak lah I rasa ralat sangat walaupun lambat sampai ...phew, lega!.

http://www.fquick.com/images/articles/28091.jpg
=- pic source: fquick -=


Bila I sampai, nampak la geng2 Malaysian yang lain duk melepak je kat luar ballroom. Rupanya, kat dalam ballroom masa tu tengah ada ucapan dari Malaysian Ambassador in Japan; Dato’ Shaharuddin Md Som. Baby SN pun duk main kat ruang legar kat luar ballroom tu dengan budak2 lain. Tapi bila nampak je mommy sampai, terus tinggalkan kawan2 dan menerpa ke arah mommy. Ingatkan baby SN rindu mommy, rupanya menerpa laju ke arah mommy semata2 sebab ..............."
nak nek"~ *baby SN's way of saying nak nenen huhuhu* ~terpaksalah mommy cari nursing room untuk BFkan dia dulu.


=- baby SN main dengan abang2 -=

Sambil nyusukan baby SN, sambil mommy bebel2 kat daddy sebab pakaikan baju ntah apa2 la kat baby SN; kasual sangat dan tak berapa sesuai dengan majlis. But then he reminds me of how little time that he have in order to fetch baby SN's from nursery + go home and changed baby SN's attire + walk from our home to the train station = tak sempat pilih baju ikut standard yang mommy tetapkan. Fineeeeee....mommy diam jer lah bila daddy jawab macam tu.


=- anak beranak yang berpakaikan agak selekeh ke hotel -=

Both hubby and I pun tak sempat nak melawa berjangok stylo mylo sebab terus datang dari kampus, so pakaiankami pun tak derlah vogue macam orang lain.lagipun bukannya kami orang penting pun on that day kan, pergi hotel tu pun semata2 nak makan sedap2...errrrrrrr tak2x; maksud I; kami semangat pergi hotel sempena nak meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang di sambut oleh Fukuoka-Malaysia Friendship Association
*ada orang percaya ke ayat ni? gatai ngeeeeeee*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMyb31gvCOmMJ85p-r4PPYEmjqDd9bDa3g5QTZYx3_wLmMA56G9XWfWuu3yIp_76VKcxDwhZYbEHRiSRHxF-74_7QqglN381fODYrvq047xRlK-UZ7yd0wsDRPv6-xRorWkFYCrxglyox0/s1600/blog6.jpg
=- the yummyliscious food -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijxfohnSVz6pfeRIQOgHB4dbR4rA3IRsYy9SYjoDUrc1C9Gtant61Lu0Yj-w3VQGWrNQInahKd7jTTSveDa_Jz0TaUYweRj3yjFi-266SMKDiCLDukvuRKnaXWyIAy0bc1QwllfzlHN_J0/s1600/DSC_0046-1.JPG
=- the guest -=


Sambutan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ini di hadiri oleh warga Malaysia di Fukuoka dan jugak2 orang2 Jepun ahli2 kepada Persatuan Fukuoka-Malaysia. Sambil makan, sempat jugaklah sembang2 dengan diorang; tapi I sembang dengan yang boleh conversed in English je lah. Kalau sembang dengan yang conversed in Japanese tu, lepas sembang dua tiga patah terus buat2 sibuk layan baby SN; sambil mintak excuse "sumimasen"..gatai kui3x.


=- memang sehati sejiwa semuncung sekuat makan anak beranak -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIdmBGMlK9AcpUlUPRw7YadPPE-WnxiQNtKbmCLNORHXo6jSvA0NkiaREbGVqgx2XHp5SHI49aakX4yZvc4CSd5negjX-kOIeF5RwyEcU_qTo-wDKea_SsIwAi1su1FVoNYE6Sp_rWIvfM/s1600/DSC_0049.JPG
=- makcik baju putih tu leh cakap English, so I banyak borak dengan dia jer -=

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1qlxOclOgBzGKGT_Xolbj9oAU-m8hCBm2qxydNDhI1POMS62-hm_hAtpSEfc6aCHmcX1uqicveVLBMwJW9GAevtD0L_FAKEwbIf0hb2nJ5GKP9vG4y_rB3XoBJjYSXHaRjfBa1Y6CBUTL/s1600/DSC_0044.JPG
=- makcik baju merah ni tahun lepas pernah ajak kiotarang join BBQ kat rumah dia, refer: Beramas Beramah mesra dengan Nihon-jin -=

Macam tahun lepas jugak *refer: Commemoration of National Day 2009*; orang2 Malaysia kena buat persembahan. Macam biasa, bujang2 teruna akan perform dua lagu melayu. Tahun ni diorang nyanyi lagu Doa untuk Kekasih dan jugak lagu Dalam Kenangan. encem I pun naik syeh nyanyi2 jugak kat belakang sambil makan2..errr, tapi sebenarnya I lagi kusyuk makan. Nasib baik hubby sempat amik video , jadi dapatlah tengok diorang perform.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1iBWs4nO6E6UpI-ikLhpwzAJy1VJq3r1UOt9i-kEqKH-VPf2sC7a3go5x2vGG-YZLKWV8lpSv7DemStrG-aaiSjAP8cwYE-UsqwljxpZ265G7Mh5BPYtQsiwkJ99tjFqZnOhxIHK-Sexj/s1600/DSC_0062.JPG
=- the bandboys with their manager + Tadahiro Wakabayashi-san -=

Persembahan yang menarik malam itu juga ialah nyanyian di iringi petikan gambus dari seorang pakcik jepun bernama Tadahiro Wakabayashi. Wahhhh, kagum gila bila tengok orang Jepun boleh main gambus sambil nyanyi lagu "pak ketipak ketipong, suara gendang bertalu2x...". Sebagai menaikkan semangat pakcik jepun tu, orang2 Malaysia pakat ramai2 tepuk tangan masa dia nyanyi. Kalau ikut hati, I siap nak buat tarian piring kat depan pentas tu sebagai tanda memberi sokongan kat pakcik Jepun tu..errrr, tapi sayang pulak nak tinggalkan makanan kat dalam piring di tangan I....gatai ngeh3x.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAlFEfaonbnq-eoZRqvkdM_H2MXnmC-ROjhxAo5N4hsTzXgpoOWXzu2U9ng9j3oFq3LLi1tW_7IcbqOS2D2dkExgcBuKMDIUf1HXlkIEAEPDUczGeCqf08H39acBEHrgR7RBWBxjdYN-eT/s1600/DSC_0063.JPG
=- SN's family with Tadahiro Wakabayashi-san -=


Bila dah selesai persembahan2 tu, orang2 Malaysia di Fukuoka ni ambil peluang borak2 dengan Ambassador and his wife. Masa ni lah pun boleh nak jumpa dan sembang dengan Dato' Ambassador kan, sebab kalau tak..diorang kan kat Tokyo..jauh la sikit dari kami di Kg Fukuoka nih hehe. I dengan gediknya posing jugak sedas dua dengan his wife, Datin Norasikin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhM2vHe0nVrZ3Y0jBy4S2OaGLnfFrEV0reNmm_cXKTt88HbE_R1ftJXStqsp5DI8q1vUt6T7IViBVY8waCH7jdiBpVHoP60HVUdfJy_ErTFlcnKZXkYZTsay2X72_Do7VRZg2b0tRBc5g-/s1600/DSC_0057.JPG
=- Datin Norasikin with soon-to-be-Datin Yatie Chomeyl *baby SN buat muka boring terpaksa temankan mommy posing* -=

Last sekali, acara bergambar beramai2 sebelum bersurai. Kesimpulannya, I rasa smart phone ni memang sangat2 berguna di saat2 kecemasan (read: sesat jalan) macam yang I alami hari tu. Ececece, siap ada kesimpulan pulak. Bukan apa, ayat tu lebih kurang nak menjawab soalan MommyLyna kat dalam her previous entry: Smart Phone Perlu Atau Tidak?. Jawapannya bagi I perlu, sebab I selalu sesat dan tak tahu jalan kalau drive sorang2. Bila ada iPhone ni, kebarangkalian untuk sesat berkurangan sikitlah.

http://i996.photobucket.com/albums/af84/sluangdsamudra/DSC_4067.jpg
=-Sebahagian warga Malaysia di Fukuoka : pic credit to A.Nuri -=

Pssssssttt : bulan depan I dah start ada kelas di hari Sabtu, arghhhhhhhhhh tidak. Rosak program jalan2 travel around Jepun untuk kami sekeluarga nanti..hohohohoo..sadisnya.

Thursday 28 October 2010

Tanda Kasih yang Chomeyl dari kalian

First of all, I would like to say :- Thank you so much ~ domou arigatou gozaimas ~ muchas gracias ~ Danke schön ~ Syukran Jazilan ~ Syukria ~ Xie Xie ~ Toche ~ Merci beaucop ~ Grazie ~ Maraming Salamat ~ * tuuuu dia, habis keluar macam2 bahasa *


I really appreciate all those spirit booster words of encouragement from you guys in my previous entry Bila rasaKU ini rasaMU. Serius I rasa sangat2 terkesan dengan sokongan dari kawan2 semua. Membaca satu persatu komen2 itu membuatkan I rasa tidak berseorangan dalam melalui semua jerit perih ini. I've always have lots of kind and caring people around me.

Walaupun kebanyakan dari korang semua cuma kenal I through blog je, tapi bila baca kata2 semangat dari kawan2 semua buat I rasa macam whenever I'm down, I'll always get full support from all of you. Terima kasih tidak terhingga untuk kata2 semangat dari anda semua --> e.l.i.s.s.m.i.e ,mast@work ,@e_da ,nieda , anNA ,Ummu Sofea, reitak ,Fana Flora, Ummi Alisya ,lailasani ,ddiini ,CuppyCakeMommy, syayassir ,Atiqah , AKUOKU ,Nadiah Sidek, Affieza, zietyrahman, Aliaa, kak nur ,=*NuRo0L* =, kakyong ,MAMASYAZA ,xeea, Bibi Intan Suraya ~Tulip~ ,Min Aina Ila Aina , Princess danAyuArjuna. You guys have really made days.

Bukan senang nak terus bangkit bila dalam hati dah rasa tidak yakin dengan diri sendiri. So, I decided to print out kata2 semangat yang kawan2 bagi kat I dan lekatkan kat tepi CPU I so that bila2 rasa MALAS dan rasa GIVE-UP itu ingin bertamu, I akan cepat2 dapat menghalaunya pergi menjauh. I jugak print out gambar2 insan2 kesayangan dalam hidup I dan letakkan lirik lagu Insya Allah by Maher Zain as suggested by kak lailasani .

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNcImranz-q1J8cfntkkdXLiuk7R8s0h_8PSwIFhxpAvOUiDppxpODk4pRSYxo6qWL5TNZ1MdEb0knNADJ4XDfnhZOZfBdA3HuCoRu6lSAoljCkEV-PUu0yAw8_W_bjgJy42qsojVC9Y0E/s1600/IMG_0817.JPG
=- kata2 semangat dari kawan2 semua -=


=- kesayangan2 di hati -=


=- meja yang berserabut -=


I jugak rasa semakin bersemangat bila ada yang cakap I menjadi sumber inspirasi mereka. I tahu I ni tak sehebat mana, jadi bila ada orang yang memandang tinggi pada I, I took it as a compliment and I must work harder in order not to let you down. Masa I sekolah dulu, I selalu akan simpan keratan akhbar tentang best student dan orang2 yang hebat dalam pelajaran, dan jadikan mereka sumber inspirasi I untuk berjaya dalam study. Kalau diorang yang jadi sumber inspirasi I give up masa tu, mesti I takkan dapat baca kisah kejayaan mereka kat paper kan?. Jadi, kalau I give up di tengah jalan, macamana kisah I nak keluar kat paper jugak..kan..kan..kan? *cit, ada hati kah nak keluar paper jugak? ngeeeeeeeeeeee*.


Dalam usaha mencari semula semangat yang hilang, I bertemu dengan video last lecture of Randy Pausch, a Professor from Carnegie Mellon. He was dying from pancreatic cancer; and before he left this world on 25 July 2008(47 years old), he talked about the lessons he learned and gave advices to students on how to achieve their own career and personal goals.

This video was premiered in Oprah Show and his speech title was "Really Achieving Your Childhood Dreams,". So, kalau korang pun ada rasa kurang bersemangat nak jalani hidup ini, I syorkan korang tengok video nih. Memang akan menaikkan semangat supaya kita lebih menghargai hidup ini.



=- Randy Pausch in Oprah Show -=


=- Randy Pausch's last lecture at Carnegie Mellon -=


After watching the video, it reminds me of my childhood dreams. I wanted to be a medical Doctor, but as I grew up..I discover that I jenis orang yang I jenis rasa ngeri bila tengok keadaan luka teruk sampai I boleh rasa loya dan nak pitam. Dari situ, I tahu yang I tak mungkin boleh jadi medical Doctor, so I set in my mind that I'm going to get the title 'Dr' by doing my PhD studies.

~ Insya Allah I'll work hard to achieve my childhood dream ~
"bekerja seperti kamu hidup 1000 tahun lagi dan beribadah seperti kamu mati esok"

Tuesday 26 October 2010

Bila rasaKU ini rasaMU


Kadang2 dalam hidup, kita akan sampai ke satu tahap di mana kita rasa macam :-
  • tak nak buat2 apa2 lagi dah, nak jalani hidup sebagaimana adanya.
  • abaikan semua mimpi2 yang di impikan sekian lama, dan terima apa sahaja yang ada sekarang
  • biarkan usaha tergantung sekerat jalan dan lalui masa hadapan dengan apa yang termampu


Tak faham?. Mungkin status FB ni boleh buat u all lebih faham.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOsIUsm-IziYidLJuVVd8TQZ1ORi-bf4p_cRY_MleVaaY-7b3KNASvXIm93demh9D-jDG34pNAPcUZypu2fpc1CRKVT9JFcppof-qVWLOHRSd6ccgN2oKzpOl_CU0aNR0NZTT2vEA_0WRa/s1600/Fullscreen+capture+10262010+25232+PM.bmp.jpg


Nak kata PMS pun, baru je lepas menstrual cycle tu 2 hari yang lepas.

Nak kata tension pun, mungkin jugak kot sebab banyak kerja yang kena buat, tapi semua kerja pun tersangkut tengah jalan..cuit kerja tu sikit, cuit kerja ni sikit, last2 takde satu pun yang betul2 complete lagi.


Kalau dulu, bila2 I rasa down dan malas study, I akan call arwah Ma dan mintak kata2 dorongan dan semangat. Tiap2 kali I rasa sedih dengan result exam, I akan ngadu dengan arwah Ma. Tiap2 kali sebelum masuk dewan exam, I akan call arwah Ma dan mintak ampun segala dosa + mintak halalkan segala makan minum + mintak ma doakan kejayaan I. *refer entry: MA---I LOVE you*

Sekarang bila arwah Ma dah takde, semangat untuk bangkit semula setiap kali tersadung di pertengahan jalan hampir tiada. Nak ngadu kat hubby, tapi rasa malu pulak bila tengok hubby dah banyak present paper dia kat conference sana sini sedangkan I masih terkial2 in my study.

Bila I tengok semangat hubby dalam belajar dan juga bila I kenangkan masa yang baby SN terpaksa spend di nursery instead of being with me at home, I cuba kuatkan keazaman dan cuba untuk kembali berdiri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhZYxqOlOEW1yV_pzJ_siJRRrF1Vb9jz_Go360_1TVli-EX0ClM2e-2wovWcnsM47APnRwJWe_wFRBtdcphDjNeFMa3wmrzXzmQpKq4t3pTlhsekhfkx7dqLQJWsov62RxFfv-Y8ckdyo9/s1600/IMG_0816.JPG http://www2.worthingtonlibraries.org/teen/blog/Image/To_study_by_alma_lunar_1.jpg

Tapi, kejap je...lepas tu bila angin MALAS bertiup kencang.....angin itu turut menerbangkan semangat I pergi menjauh; dan I kembali 'jatuh' malah hampir tersungkur.



Okeh, sekarang nak tanya u all pernah ke rasa macam apa yang I rasa?. Kalau pernah, sila lah atau lebih tepat, TOLONGlah doa beri kata2 semangat yang boleh boost up my energy level untuk study betul2.

I have another 2 years to go; but I have soooooooooooooooooooooooooo many things to be done in this sooooooooooooooooooo little time. Maka, tolonglah bagi ubat semangat yang paling mujarab untuk bantu I melangkah terus sampai akhirnya I dapat menyiapkan tesis: AIR QUALITY ASSESSMENT AT AIRPORT and AVAILABLE INITIATIVES TO REDUCE AIRCRAFT EMISSIONS dan akhirnya menggenggam PhD in Aeronautical Engineering.


Psssstttt :
jalan ini terasa semakin berliku dan menyesakkan huhuhu.

Monday 25 October 2010

Resepi Spanish Food : Churros

Hari ni I nak share resepi makanan Spain yang agak senang nak di buat iaitu Churros. Resepi ni I dapat dari Mama Miya . Kebetulan dah lama jugak I duk teringat2 kelazatan dan keenakan Churros. Untuk yang tak tahu, Churros ni lebih kurang a donut like strip yang di celup di dalam coklat pekat...sedapppp woooo.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRRFJXTPZmyXxQKTgVUZiK4T2CWGnHjvom57rtT1fo5BljbsXCCBz4YL-BJDugktPYdRptXuN9eyP1ZvOwAuzl6APdOhvzhQf39evvjW5Y4q_HFKy8eLeGSv5_3X49N3xpgpXfFDL5Zi5A/s1600/IMGP4743.JPG
=- Choco con Churros served at San Gines Churreria -=


Kali pertama I makan Churros ni masa study kat Madrid dulu, di kedai ‘San Gines Churreria’ dekat city center of Madrid; station Metro: Sol. Kedai San Ginés ni dah beroperasi dari tahun 1894 dan memang sangat2 terkenal di kalangan pelancong; memang kedai ni selalu penuh dan kena beratur panjang lah kalau nak makan kat sini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMXq-n_GbviI3GSjIH3WveaXWJT_LYT88xJKi_UzNaSy3GHpikoVYKJS9_ofldeHhRBNvkU3YsllMAkvpcp-PBxnylTz4_pS-bOQBGfOPRj9eRrRUrdVYT5aleGTra8jyQpnIODQps8xUM/s1600/IMGP4744.JPG

=- from left: Chiew, Pei Lai, Wani & I di kedai San Gines Churreria(Madrid); Jan 2008 -=


Kedai San Ginés ni popular sebab rasa Churros nya memang fresh sebab di goreng panas2 lepas di order. Coklat pekatnya pulak di tuang kat dalam cawan kopi, dan memang puas hati lah dapat celup Churros tu sampai meleleh2 coklatnya...perrgrgghhhhh celebrateserius shedappp weh.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjbrY70Ssckh_pmmsr-sa0vsrwrM5kzN4V5FyqUKjJmoHt2RRhk8v84lpSS6bNkwAqQuDrkTDUixN8dbHgqH9OaOcYL5kMCsA75dqS_Nga0jOrGDSDqZuIboU_1fY6iIhcXJuHld6o3b0_/s1600/IMGP4748.jpg

=- muka puas hati masa menikmati Churros di San Ginés-=


  • Bahan2:

    • minyak sayur/minyak zaiton
    • 1 cawan air
    • 1/2 cawan margarine/butter
    • 1/4 sudu teh garam
    • 1 cawan all-purpose flour
    • 3 biji telur
    • 1/4 cawan gula
  • Cara2:-

    1) Sediakan doh churro dengan cara - panaskan air + margarine + garam + tepung dalam kuali lain. Sentiasa kacau pada suhu rendah sampai campuran tu membentuk macam bola, (about 1 minute)-- lepas tu remove from heat.

    2) Pukul telur semua sekali dan masukkan dalam kuali yang ada aduna bahan2 tadi sambil kacau perlahan2 sampai sebati.

    3) Sendukkan adunan tadi dalam cake decorators' tube; yang muncungnya bentuk large star tip. Picitkan 10cm adunan doh tadi panjang2 dalam kuali yang di dah panaskan minyak.

    4) Goreng sampai nampak warna golden brown. Lepas angkat boleh lah tabur dengan gula kalau suka.


    Chocolate for Churro Dunking

    • 100g dark chocolate, potong kecik2
    • 2 cawan susu segar
    • 1 tbsp tepung jagung
    • 4 tbsp gula

    1) Masukkan coklat + 1cawan susu dalam kuali - panaskan dan kacau sampai coklat mencair.

    2) Campurkan tepun jagung dalam 1 cawan susu lepas tu masukkan dalam kuali jugak.

    3) Masak dalam api perlahan dan selalu kacau sampai campuran tadi pekat.

    4) Jangan curahkan coklat ni atas churros tu, tapi makan dengan cara mencicah Churros dalam coklat....sedapnya tak terkata tau~


    # resepi cilok dari http://www.xmission.com/~dderhak/recipes.html


Senang je kan nak buat? Lagi senang dari nak buat donut hehe. Walaupun rupa churros yang I buat ni tak sechomeyl churros yang di jual di Spain, tapi rasanya dah memang sama sebijik. I makan sambil pejam mata dan bayangkan diri I kembali ke kota Madrid...sengihnampakgigi ngeeeee. I tak buat chocolate for dunking tu tapi guna chocolate syrup dan picit ats churros tu masa nak makan.



=- not so chomeyl Churros made by Yatie Chomeyl -=

Friday 22 October 2010

Menjadi Muslim di negara asing

Lumrah bagi ibu bapa kalau dapat tahu anak2 dapat tawaran sambung belajar ke luar negara, mesti diorang akan terfikir .."kuatkah anak aku nak mengharungi dugaan2 di negara orang?", "akan tergugatkah iman dengan berbagai macam cubaan dan dugaan yang tak terduga?", "kat mana nak cari makanan halal?", "macamana nak tahu arah kiblat?"...dan banyak lagi lah persoalan2 yang timbul di fikiran. Kat entry hari ni, I rasa nak share sedikit pengalaman yang di tempuh sepanjang I berada di negara bukan Islam 4 tahun kebelakangan ini.


(1) Solat

Masa mula2 sampai ke Germany pada tahun 2006 tu, I ulang alik dari kelas ke apartment untuk solat zohor. It took about 20minutes jugak naik train dari kampus Technical University of Munich (TUM) ke apartment I di Studentenstadt. Bila jadual kelas semakin pack, Wani (another Malaysian & Muslim in my class) & I akan solat kat dalam kelas sewaktu pertukaran sujek. Biasanya kami solat kat bahagian belakang2 dalam kelas dan kawan2 sekelas pun memang dah faham tentang tuntutan solat yang perlu kami jalani sebagai orang Islam.


=- Wani & I on our graduation day -=

Kat dalam lab I sekarang ni pon, I solat di ruang antara meja I dengan dinding. Labmate pun dah faham bila I diorang nak adakan seminar, diorang akan check dulu waktu solat takut2 I terlepas solat nanti. Malah kawan lab I iaitu Ueno-kun siap install lagi AthanPro Software kat pc dia untuk pastikan waktu seminar tidak akan menggangu waktu solat I..Alhamdulillah.

Kekurangan ilmu dan kesedaran tentang solat kadang2 membuatkan ramai yang mengabaikan solat sewaktu di dalam perjalanan. Ramai jugak yang tidak solat sewaktu di dalam penerbangan sedangkan penerbangan itu melewati waktu solat untuk 3 atau 4 waktu solat. Padahal, kita boleh solat di tempat duduk kita sahaja. Solat di atas kenderaan menuntut kita menghadap kiblat sedaya yang mungkin saja kerana hukum solat dalam kenderaan yang bergerak tidak mensyaratkan kita mempastikan arah kiblat dengan tepat kerana kenderaan itu sentiasa bergerak dan kiblat boleh berubah dengan serta-merta.

Malah, kalau anda jenis yang ada air sickness yakni mabuk-pening-muntah2 macam I bila naik kapal terbang, anda di bolehkan solat tanpa wudhuk. Jika tidak ada air untuk berwuduk dan tidak ada debu untuk bertayammum maka wajib juga megerjakan solat dalam keadaan yang semampu mungkin tetapi wajib qadha bila sampai ke tempat yang boleh bersuci. Hendaklah solat juga dalam waktu itu kerana ditakuti dalam ruang waktu solat yang singkat dan anda tidak dapat menunaikan solat maka solat ini dinamakan solat menghormati waktu. Solat menghormati waktu ini dikerjakan bagi menghormati waktu solat fardhu sama seperti solat fardhu biasa disebabkan tidak ada wudhuk tetapi selepas itu hendaklah di qada'kan solat tadi. Jika ada wudhuk, maka solat tadi sah dan tidak perlu diganti (qada') walau dalam keadaan solat duduk dalam kapal terbang/train. (sumber dari: Ustaz Azhar, e-zakat.com, SINI , SINI, SINI dan SINI)


Bila keluar jalan2, mula2 memang rasa tak biasa nak solat di depan orang ramai. Tapi dah lama2 jadi lali dah. Solat boleh di lakukan di mana2, sebab kalau nak tunggu cari masjid ataupun surau..memang tak solat lah kita jawabnya. Yang penting sentiasa bawak alas bersih untuk solat dan kompas arah kiblat (boleh beli kat Mydin, RM5 je pun). Tak perlu bersiap dengan telekung ke apa, cukup kalau pakaian tu bersih dari najis dan menutup aurat. Kelebihan bagi yang tinggal di negara yang ada musim sejuk ialah kita akan sentiasa pakai stokin dan jaket; yang juga boleh di gunakan untuk menutup aurat dengan sempura untuk mengerjakan solat.

Pictures of  Kompas Petunjuk Arah Kiblat

Mungkin mula2 akan rasa malu dan tak biasa untuk solat di depan orang bukan Islam ni sebab khuatir merek atak faham apa yang kita tengah buat. Jadi biasanya orang2 Islam di negara asing ini akan solat di kawasan yang tidak menjadi laluan ramai orang, contohnya macam kat celah2 pokok2 merimbun di taman, kat tepi kereta di kawasan parking, babies nursery room mahupun kat dalam fitting room di shopping mall. Islam itu mudah dan tidak membebankan, kalau kita tahu cara beramal dengannya, kan?.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgppP2QjzRuZRDTZ3gtE7k2ClMZM0TY32ZyFBRkhzSIpsw0E6po6IYHZOOi19k_9BwNbeift5tSdlMEYdcCHveAeiz7OzePP45hodyBJHvBwv0QNvClTc8t39dMp1g3xweoAE6GWCfnABA7/s1600/DSC_0234.JPG

(2) Wudhuk

Bab wudhuk ni dulu, I pernah kena tegur dengan makcik cleaner di universiti yang tak suka keadaan sinki jadi basah bila I guna untuk berwudhuk. Yerlah, I siap angkat kaki kan untuk basuh kaki kat sinki, orang2 kat Europe mahupun Jepun ni biasanya memang tak suka tandas basah dan berair sebab nampak kotor. Penyelesaiannya, I akan wudhuk di paip untuk basuh mop yang mana sinki nya lebih rendah, jadi air tak terpercik merata.

Bila I dah kat Jepun ni, kawan2 kat sini bagitahu tentang bolehnya berwudhuk atas kasut/stokin. Secara ringkasnya, syarat2 untuk berwudhuk atas kasut ialah :-
  • Ambil wudhu’ seperti biasa.
  • Ketika dalam keadaan masih berwudhu’, pakai kasut, sandal atau selipar bersama stokin.
  • Apabila wudhu’ telah batal dan anda ingin perbaharui wudhu’, berwudhulah seperti biasa. Perbezaan hanya pada kaki, iaitu anda hanya perlu menyapu di bahagian atas kasut dengan jari-jari atau tisu yang lembab.
  • Cara ketiga di atas boleh diulangi selama sehari semalam bagi orang yang bermukim, tiga hari bagi orang yang bermusafir.
  • Jika telah tamat tempoh, ulangi dari langkah pertama di atas
Untuk bacaan lanjut tentang cara2 berwudhuk di atas kasut/stokin, boleh baca di iluvislam, rantauan.com, nihonE dan juga di SINI.

Cara lain yang selalu kami buat juga ialah sentiasa bawak botol air mineral dan ada jugak yang bawak botol spray berisi air supaya senang nak wudhuk bila2 masa dan dimana2. Bagi kaum wnaita pulak, tak perlu sampai nak bukak tudung untuk berwudhuk; memadai kalau basahkan tangan dan masukkan ke dalam tudung untuk bahagian kepala dan telinga. Ini berdsarkan syarat wudhuk sah di sisi 4 imam di mana perbezaan bagi basuh kepala:
  • Imam Syafi'e: 3 helai rambut
  • Imam Hanafi: 1/4 kepala
  • Imam Hambali: seluruh kepala
Sapu telinga bagi Imam syafi'e adalah sunat,Imam Hanafi dan Hambali adalah wajib (rukun wudhuk) ~ sumber dari SINI.



(3) Makanan halal

Yang ni memang kegusaran paling utama untuk orang2 yang akan ke luar negara. Biasanya di mana2 negara bukan Islam pun, memang akan ada komuniti Islam. Dari situ akan ada lah pihak yang akan membekal bekalan daging halal yang di semebelih mengkiut syariat Islam. Masa di Munich dulu, I beli di kedai Iran. Biasanya memang akan terus beli untuk stok 2 minggu sebab kedai tu agak jauh dari rumah. Macam tu jugak masa di Madrid, bekalan daging halal I beli kat kedai orang Morocco dan orang Bangladesh. Kat sini pulak, bekalan tu kami beli untuk stok 2mingu jugak dari orang Bangladesh dan jugak kedai Indonesia. Kadang2 kalau malas nak gi beli, order je kat internet..senang sekarang ni, semua di hujung jari je.

Bila keluar jalan2, biasanya memang akan siap sedia bawak bekal sebab payah pulak nak cari makanan kat kedai halal dan memenuhi selera tekak. Jadi, kalau nak selamat kena lah bawak bekal makan ke mana2. Tapi kalau dah lama2 menetap kat tempat tu, mesti lah kita dah tahu kedai mana yang boleh makan dan lepas tu dah tak jadi susah sangat dah nak cari kedai walaupun masa tak bawak bekal.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipGAgyR7OAAvT7W89WtRXmbCqMV6cPW_7xChSXf06WPzuojSIsytk4NAgUdcXrAJ5aMUwTHpjLwOZdfJuL4f3IUdwTjFFMgaXQN7iFiYJ12U5p3jXvl7k3gqy-hjOBjb8_UrhJ8nrKRmPE/s1600/DSC_0150.jpg

=- menikmati bekal di taman *refer: Hanami (flower viewing) at Reisen Koen*-=


Sewaktu membeli groceries, kena sentiasa hati2 jugak, dan kena selalu baca ingredientsnya betul2. Contohnya: Bukan semua roti dan kek boleh di makan. Kalau kek biasanya akan ada kedai yang letak wine untuk preserve rasa buah dalam kek. Roti pulak kadang2 ada letak Emulsifier yang mungkin dari tumbuhan dan mungkin juga dari haiwan. Jadi, untuk yang nak datang ke Jepun, boleh lah rujuk Portal Info Halal untuk mendapat makluman lanjut. Boleh juga dapat info di Japan Halal Food List dan JunjungBuih.


(4) Cara hidup

Secara peribadi I rasa, cara hidup I di luar negara lebih baik berbanding sewaktu I di Malaysia sendiri. Ramai juga yang I perhatikan kawan2 I yang lain pun , bila masing2 terpaksa berdikari menjaga diri sendiri di negara asing, Alhamdulillah mereka menjadi semakin baik hari ke hari. Bila dah jauh macam ni, tiada lagi suara ibu bapa nak tanya dah solat ke belum, jadi terpulang pada kekuatan diri sendiri untuk mengamalkan ajaran2 yang telah di terapkan oleh ibu bapa.

Cabaran jugak dari segi bukan semua orang boleh faham dan terima agama kita macam yang terjaid kat I dalam kes Yatie Chomeyl dah jadi Yatie Tak GLOBAL). Tapi I rasa orang2 macam tu tak perlu di fikirkan sangat, ramai lagi orang yang lebih open minded dan memahami contohnya labmate I dan supervisor I sendiri yang faham tentang makanan2 yang I takleh makan,kewajipan berpuasa, kewajipan bersolat dan menerima tanpa banyk soal.... .Alhamdulillah.

Memang I tak nafikan ada jugak yang bila balik dari luar negara, lupa diri; lupa agama; lupa keturunan dan asal usul dari tanah. Sebenarnya terpulang pada individu cara untuk menjaga diri masing2 walau di mana pun kita berada kan?. Didikan agama telah di berikan sebaiknya oleh ibubapa; jadi pandai2 lah kita nak aplikasikan dan buat pegangan di dalam diri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnuva8bkbZSEBnmBRU3NKSbsDopYAxP0GcfEJLHZ_dQ-344h_nHnBbM-_TGTs4l1iy4mRr578FmGsBjsMle73mB_aNl0dYpOp0yiluvqYCNud115z25EojrcBuo2s_wPijmsQGLzYa8cwL/s1600/DSC_0036.jpg
=- sebahagian muslimin di Fukuoka -=

Pssssstttt : takde niat nak tunjuk alim atau perasan ustazah bila tulis entry macam ni, sekadar berkongsi pengalaman dan cerita sebab ada kawan yang baru sampai Jepun ni tanya. Lagipun berkongsi ilmu di hari Jumaat; semakin chomeyl jadinya kita nanti kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...