CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday, 29 June 2011

SN reads hijaiyah letters @ 2 years old



Alhamdulillah, my little caliph was able to read and know some of the hijaiyah letters especially from Alif to Dal at the age of 2 years old.



I didn't really give him any real formal teaching regarding to this at first as I thought it was too early to introduce this to him. Apparently this all happens about two weeks ago in the weekend as he was getting bored to play with his toys and request for his "You-Tu.be time". So I decided to let him watch hijaiyah letters video in YouT.ube.


Next thing I know, he was glued to the screen and gave his full attention to the videos. Children are not known for their long attention span, but SN seems to be be mesmerized by the videos that he was able to have longer periods of intense concentration watching it.

+- these are the videos that SN watched to learn alif ba ta -+


After about 4-5 times watching it, SN was able to remember few letters so I decided to record it not for the sake of parental bragging that my 2 year old can read but more on the thoughts that he enjoy reading in his early age.
Plus I wanted to share with other parents out there on how great a toddler's brain can act with just little stimulation.


Here's SN video on reading alif ba ta using flashcards that I printed *sebab kat sini tak de jual buku Iqra*. Towards the end of the video, he refuse to be recorded
*zuhud anak mommy ni,
senyumkenyit takut ada sebesar zarah sifat riak dalam hati pulak kalau orang tengok dia hafal alif ba ta*. Mommy then forced him to say "I LOVE YOU" before signing off.



So, basically those "I LEBBU" wish by SN is for those who's been watching this video of Imam Muda SN especially untuk aunty2 yang ada anak perempuan umur <2 years old.
*mommy cakap kalau nak ngorat anak dara orang, kena ambil hati mak nya dulu*...
sengihnampakgigi eheh.

http://1.bp.blogspot.com/-LL9kTQQCmyM/TgnHGkbbs3I/AAAAAAAALTc/bGl3ZL3_DN8/s1600/SN%2Bsolat.jpg
+- Imam Muda SN tengah solat, pinjam kopiah daddy. yang berdiri kat hujung gambar tu ialah mommy, bukan cik ponti ye gatai -+


Psssssttt: I never "forced" SN into reading but he's been loving it on his own will, Alhamdulillah. I hope he enjoy reading through the rest of his life ~reading rocks!~.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Tuesday, 28 June 2011

Nausea and vomiting



I was not feeling well since yesterday afternoon thus today I'm staying at home. I'm down with nausea and vomiting after having my lunch yesterday at the university.



When I updated my current health status at FB last night, here's the responses that I received from my friends.


http://4.bp.blogspot.com/-hdKgFy0Eihs/TglrjKpEN4I/AAAAAAAALTU/jDDYH-asRGs/s1600/Fullscreen%2Bcapture%2B6282011%2B23232%2BPM.bmp.jpg


Hahaha, it's very funny when most of my friends jump into ONE ULTIMATE conclusions after reading the status and even congratulates me for being pregnant. LOL.

Sorry to disappoint you guys, but apparently that was not the case.



I was actually having nausea and vomiting; which are actually common and aren't so serious to be worry about. In my case, this vomiting and diarrhea go away within 2 days, though I must say the first few hours of having it has dragged me into weakness and fatigue that last for the whole day.


I was feeling nausea an hour after I finish eating my lunch. I took one tablet of paracetamol to subdue the headache away but it wont go anywhere. I believe it is caused by food poisoning, which I most probably get from my home-cooked food that I brought yesterday to campus for my lunch. As it is summer season now, the food can be easily spoil if it is not quickly refrigerated. I was supposed to eat cooked food that have been out of a fridge no longer than 2 hours.

Apparently, although hubby eats the same food as I do and eat it at the same time he didn't experience any food poisoning symptoms as I do.


I was heavily sweating though the air condition was set at 20deg Celsius to cool me down. I even have abdominal pain, cramps, diarrhea, headache, dizziness, and chills. I called hubby and asked him to fetch me but he got lots of works to do so I must drive the car on my own to went home.


Although I was having all those
abdominal pain, cramps, diarrhea, headache, dizziness, and chills; I managed to drive the car slowly. While driving, I feel the urged of vomiting. Nasib baik memang ada plastik dalam kereta. *jangan baca kalau tengah makan*. I puked all the lunch foods that I ate and it wasn't even coming out from my mouth only; but the waste matter were also coming out from my nose too...and yet I am still driving while vomiting *imagine that*.

http://rlv.zcache.com/puke_bag-p1497846468458545922ih2s_400.jpg
+- puke bag. pic source: here -+


Alhamdulillah I managed to arrived home safely. Itupun I naik highway dan tak ikut jalan biasa sebab I rasa pening setiap kali tekan brake pedal. The vomiting has leave me dehydrated and fatigued. I lost my appetite as I'm afraid that I might ejected the foods that I take from the stomach through the mouth again.

http://www.clipartguide.com/_named_clipart_images/0511-0810-2317-3371_Woman_About_to_Throw_Up_clipart_image.jpg http://www.topyaps.com/wp-content/uploads/2011/05/vomiting-cartoon.jpg
+- nausea and vomiting *these was how I looks like yesterday* -+
pic source: here and here



Hubby has to finish his work to meet some important datelines that he wasn't able to look after me last night and had to leave SN under my supervision although I'm not feeling well. SN wasn't being at his best last night because mommy was not playing with him like always. He was crying and being cranky for no reason and couldn't really understand why mommy don't want to play with him. After few hours, he decided to do his own 'thing' as long as mommy was sitting next to him.

Photobucket
+- SN ambil kesempatan angkatkening sepahkan toys sebab mommy tak larat nak bebel suruh kemas -+



One thing that I learned through this series of vomiting is that its better not to take over the counter anti-nausea or anti-diarrhea medication for 24 hours, unless a doctor advises it. I took paracetamol to ease the pain but apparently I think it just making thing worse. Masa muntah tu, dengan paracetamol tu satu tablet keluar balik, tak sempat hadam pun lagi ubat tu.


As for today, I just eat a piece of honey roasted chicken without rice. I lost my appetite a bit but Alhamdulillah the
abdominal pain, cramps, diarrhea, headache, dizziness, and chills are not bothering me anymore.


I just hope that I'll be feeling better so that I can go to the university tomorrow. I took this as a reminder for me not to eat any food that looks or smells spoiled (perut ni extra sensitive, maybe untuk perut hubby food tu OK, tapi untuk perut manja I ni food tu dah tak OK) .


Whatever it is, this is just a small test from Allah to remind me of Him not only when I'm sick but also when I'm healthy.
As for now I am just going to get plenty of rest until all the symptoms are completely gone. peace


Pssssttt: menaip entry ini sambil baring sebab masih lagi rasa pening kepala.


~ Thanks for reading this (^-*) ~


Monday, 27 June 2011

Friendly match



Hari Ahad 2 minggu lepas (on father's day) berlansungnya friendly match untuk badminton between Malaysia VS Indonesia di Fukuoka ini. Match ini anjuran geng Indonesian kat Fukuoka ini dan pelawaan itu di sambut baik oleh geng Malaysian. Kata orang, "musuh jangan di cari, lawan badminton jangan di tolak"!. Occay, sebenarnya tak ada orang yang kata macam itu, I pandai-pandai kata sendiri. sengihnampakgigi


Well anyway, maka bertolak lah kami dari rumah dengan semangat membara-bara untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia *poyo*. The match was held at Maedashi Campus, Kyushu University. The match was supposed to be started at 12 but as usual *janji Melayu di Jepun lebih kurang sama dengan janji Melayu di tanah air*, the warming up time was dragged until 2:00 before the match was finally begin to take place.


Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan dari wakil Malaysian in Fukuoka dan juga wakil Indonesian in Fukuoka. Kemudian, di susuli pula dengan sesi bergambar. I terpaksa ambil alih jawatan belakang tabir untuk hari itu to be the photographer of the day. Selalunya I dengan SN posing depan kamera je, kali ni hubby & kawan2 dia pulak yang posing.


+- wakil Indonesia (merah) dan wakil Malaysia (biru) -+


+- pemain-pemain yang mengambil bahagian -+



+- team Malaysia -+


Selesai sahaja sesi bergambar, maka bermulalah perlawan pada hari tu. Hubby pair dengan A/Hafizal untuk match pertama. SN & I bersemangat bagi sorakan semangat kat daddy, siap guna kon buat jadi pembesar suara OK.


+- perlawanan bermula ~ A/Hafizal & hubby-+


Imemang over kalau bab-bab jadi tukang sorak ni. Teringat masa I jadi pom-pom girl untuk pasukan bola sepak course I masa kat USM dulu, dengan tak malunya I dengan Deja je dua orang perempuan kat tepi padang. Deja terpaksa temankan I yang semangat nak sokong kawan-kawan lawan bola. Kali ni, I terjerit-jerit kat tepi court sampai SN pun pelik tengok mommy. Tapi sebab nak cover line, bila jerit tu..I jerit "GO Daddy GO!". Konon-kononnya I wakilkan SN lah untuk jerit sebab SN tak berapa pandai nak cakap macam tu lagi, walaupun menjerit tu memang kepakaran SN.


+- SN ketap bibir sebab malu dengan perangai tak tahu malu mommy dia sengihnampakgigi -+



Berkat jeritan dan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi itu, hubby & A/Hafizal berjaya memenangi game tersebut. Nampak tak kat situ yang "suara yang menjerit di tepi court, boleh membuatkan suami menang perlawanan" (inspirasi dari peribahasa "tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia").


+- muka ceria lepas menang -+


Daripada 11 perlawanan hari tu, team Malaysia berjaya memenangi 2 perlawanan.




Lagi satu double yang menang ialah team A/Azizi dengan Hasan. Itu pun I rasa berkat dari sokongan padu tidak berbelah bagi Cik Norai terhadap suami tercintanya. Nasib baik baby Hana pun bagi kerjasama penuh, masa mama dia tengah menyokong tu..Hana nyenyak je tidur.


+- regu A/Azizi & Hasan -+


+- Cik Norai yang bersemangat menyokong suami beliau -+


Double lain kebanyakan nya kalah tipis sahaja dengan team Indonesia. Cuma satu regu sahaja yang kalah straight set, yang lain semua main sampai rubber set tapi nasib tidak menyebelahi kita. Beza satu-dua mata macam itu lah. Memang suasana masa kat dalam dewan itu dah macam perlawanan Piala Thomas gitu lah. Semangat membara ditunjukkan oleh setiap pemain tanpa mengira penat patut di beri pujian *ayat poyo tak boleh blah*.


+- macam-macam gaya ada -+


+- regu Wan & A/Azli -+



+- regu A/Mokhtar & Shahrul -+


+- regu Aziz & Halim -+


Sebaik berakhirnya perlawanan itu, I dapat buat 2 kesimpulan di atas kekalahan team Malaysia pada kali ini. Teori kekalahannya ialah :-

(1) Sokongan padu dari orang tersayang sangat penting untuk membantu kemenangan. *konon-kononnya nak bagitahu yang kesungguhan Norai & I menjerit-jerit menyokong sorak hubby masing-masing itulah yang membuahkan kejayaaan. padahalnya memang dah hubby berusaha bertungkus lumus nak menang*.

(2) Mengambil kira yang ini ialah 'friendly match'; maka team Malaysia memilih untuk memberi kemenangan kepada team Indonesia lah. Kata kawan kan, mengalah tak bererti kalah. Biasalah kita mengalah dengan kawan-kawan, nak jaga hati member. tanduk. *alasan orang kalah, cenggitu lah eheh*.




+- lepas habis game, berpeluh masyemm -+



+- barisan isteri2 dan ibu2 penyokong setia -+



Walaupun kalah tipis, pasukan Malaysia pulang dengan senyuman manis terukir di bibir masing-masing kerana yakin dan percaya bahawa kekalahan itu memberi kebahagiaan kepada team Indonesia, kerana kami berpegang kepada prinsip "Sometimes a small thing you do can mean everything in another person's life".

"That's what I consider true generosity. You give your all, and yet you always feel as if it costs you nothing." - Simone De Beauvoir

Pssssttt: this coming weekend pun ada badminton match juga, untuk perempuan pun ada sekali. I macam nak join, tapi I yakin dan pasti hubby takkan terjerit-jerit tepi court untuk sokong I. Nanti mesti I kalah sebab tak ada orang nak jerit-jerit sokong I, tak semangatlah nak main *alasan*.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Friday, 24 June 2011

Cintamu Milik Siapa?



Minggu lepas salah seorang dari
adik I telah mengadu yang dia baru sahaja kecewa dalam bercinta. Dia mengadu tentang betapa sakitnya hati,betapa peritnya pada jiwa dan betapa kecewanya dia di atas perhubungan yang terputus di tengah jalan itu.

Mula-mula membaca luahan hati dia kat YM tu, I rasa macam agak lucu dan I senyum-senyum sahaja dengan hubby. I anggap apa yang
adik I alami itu sebagai salah satu sisi dalam kehidupan yang perlu dia lalui untuk mendewasakan diri.

I cuba bagi kata-kata semangat untuk dia yang putus cinta bukanlah pengakhiran kepada segalanya. Malah ia sebenarnya ialah permulaan kepada diri dia yang baru. Sejujuranya I tak berapa berkenan bila adik bagitahu yang dia tengah rapat dengan seseorang dan menganggap gadis itu istimewa di hatinya.

I kenal sangat dengan adik I yang seorang ini, dia jenis orang yang setia (tak macam kakaknya yang 'boyanita') dan hatinya sangat rapuh dan sensitif. Tetapi dia meyakinkan I yang dia ikhlas dalam perhubungan itu dan bersungguh-sungguh menyatakan yang gadis itu mampu memahami hatinya dan boleh membantunya mengatasi masa-masa sukar apabila berjuahan dari keluarga terutama sekali selepas pemergian arwah Mama.

I cuba untuk memahami gelora jiwa muda di hatinya seperti mana yang pernah I lalui dulu. I cuba untuk mengurangkan sifat over-protective dalam diri I dan menerima keputusan adik I itu dengan hati terbuka. Tapi bila perhubungan mereka berakhir tidak seindah seperti yang di harapkan, ingin sahaja I nyatakan pada adik I yang "kan Kak Ti dah cakap dulu!."..huhuhu.

Tapi kemudiannya akal I bertindak untuk mengatasi emosi dan I menyedari bahawa ia memang fitrah manusia untuk di cintai dan mencintai. Secara emosinya, sebagai seorang kakak yang chomeyl menyanyangi adik-adiknya, I memang kecewa dengan gadis itu kerana telah mengecewakan sekeping hati milik adik I.

Tapi selepas membaca artikel
Indikasi Cinta Milik Siapa di iluvIslam; ia membuatkan I berfikir semula tentang pemilik asal cinta dari setiap insan.

Indikasi Cinta Milik Siapa

Cinta Melahirkan Rindu

Bayangkan kita seorang pelajar yang jauh dari dakapan keluarga, sudah pasti rasa rindu akan timbul dikala terkenangkan mereka. Bahkan tangisan kerinduan mampu mengalir kerana rindunya kita kepada mereka.

Bayangkan pula kita seorang suami, sudah pasti merindui si isteri jika lama ditinggalkan. Lebih-lebih lagi bagi si isteri, yang lembut hatinya menangisi perasaan rindu yang bermain di hati.

Begitu juga anak muda yang dikaburi dengan kerinduan kepada kekasihnya, sehingga tidur tak lena, makan tak selera, mandi tak basah, solat tak khusyuk (kalau solat), hidup bagai tidak menentu.

Bayangkan pula kita sebagai ibu bapa, sudah tentu merindui gelagat anak-anak yang kita sayangi. Anak-anak yang jauh dari pandangan sentiasa bermain di fikiran kita, sentiasa memikirkan keselamatan mereka, sentiasa memikir kebahagian mereka, dan yang pasti sentiasa merindui untuk ketemu mereka.

Mengapakah rasa rindu mampu muncul di hati sanubari kita?

Cinta. Ya, Kerana cinta.

Cinta yang melahirkan rasa rindu, kerana kerinduan tidak akan lahir tanpa ada kuasa cinta yang mengikatnya.

Inilah ketenangan yang pasti menghiasi hati kita ketika mengingati sesuatu yang kita cintai. Apatah lagi ketika mendapat tahu kita bakal menjumpainya, bahkan jika couple sekarang, cukup hanya terdengar nama si dia, terus tergetar hatinya.

Apabila terus menerus diingatkan tentang sesuatu yang kita cinta, rasa cinta dan rindu akan terus bercambah dan makin kukuh.

Persoalannya disini, jika teringat ibu bapa, anak-anak, suami atau isteri, kekasih hati, mengapa kerinduan mampu timbul dan kebahagiaan kononnya dirasai?

Sedangkan ketika kita menjauh dari Allah Ar-Rahim, tiada pun rasa rindu seperti rindu kita pada lainnya?

Adakah kita lebih merindui sesuatu yang lain selain Allah?

Ketika mendengar ibu dan ayah akan datang menziarah kita, atau mendengar suami atau isteri sudah ingin pulang, mengapa terasa bahagia sungguh mengenainya.

Sedangkan ketika nama Allah yang dilaungkan tidak terasa apa-apa di hati kita, ketika perkara mengenai Allah disampaikan juga seperti ianya berlalu begitu sahaja, ketika kita mendengar ayat-ayat dari-Nya, tidak bertambah rasa cinta dan rindu kepada-Nya?

Namun, bila cinta yang lain datang menyapa, makin bertambah rasa cinta dan rindu di hati kita?

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." - [QS Al-Anfal, 8:2]

Muhasabah Cintamu....


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/18476_221318199495_40569674495_2988410_5333987_n.jpg

Tangisan Kerana Cinta

Berapa ramai antara kita bersedih dan menangis ketika kita makin jauh dari ibu dan ayah, menangis ketika anak-anak makin jauh dari kita, menangis ketika meninggalkan keluarga kita, menangis ketika kehilangan sesuatu barang yang dicintai, menangis ketika wang ringgit kita makin berkurang, ketika harta dan perniagaan makin merugi, bahkan banyak lagi kepentingan dalam kehidupan kita yang kita menangis tatkala ia makin menjauh.

"Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan." - [QS Al-Fajr, 89:20]

Namun, pernah tidak kita menangis kerana kehilangan cinta Allah, menangis ketika mengingati Allah, menangis ketika membaca ayat-Nya, menangis ketika makin menjauh dari Allah, menangis ketika bermaksiat dihadapan Allah, menangis ketika tidak mampu berkorban untuk Allah dan menangis kerana merindui Allah?

Tidakkah kita merasa hina kerana lebih sanggup menangisi sesuatu keadaan atau perkara, namun bila mengenai Allah kita tidak mampu menangis? Adakah cinta kita kepada yang selain dari Allah melebihi dari tahap cinta yang digariskan Allah?

Katakanlah: "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." "Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." - [QS At-Taubah, 9:24]

Cukuplah mencintai sesuatu yang lain melebihi cinta kita kepada Allah, Rasul dan Jihad.

Sedarlah cinta kita milik siapa yang paling utama. Bukan kepentingan kita, keluarga kita, kerjaya kita, kenderaan kita, rumah kita, masa rehat kita, tenaga kita dan harta kita, lebih kita pentingkan sehingga mengorbankan kepentingan cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad.

Kita wajib berkorban demi kepentingan cinta Allah, Rasul dan Jihad, bukan mengorbankan kepentingan cinta Allah, Rasul dan Jihad untuk kepentingan yang lainnya. Berkorbanlah demi cinta-Nya.

Tangisan cinta yang paling utama milik Allah, usahakan tangisan kerana Allah lebih kita utamakan berbanding tangisan kerana ciptaan-Nya. Seperti para sahabat yang bercucur air matanya tatkala tidak dapat berjuang, berjihad di jalan Allah.

"Dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu" lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan.." - [QS At-Taubah, 9:92]

Inilah tangisan yang sepatutnya, menangis ketika tertinggal tahajjud kita, dhuha dan quran kita, menangis ketika tidak dapat berkorban masa dan tenaga kerana Allah, menangis ketika cinta kita dirampas selain cinta kepada Allah.

Muhasabah Cintamu...

Kebahagian dan Ketenangan Cinta

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." - [QS Ar-Ra'd, 13:28]

Inilah kebahagian dan ketenangan yang sepatutnya, jangan sampai hati kita lebih tenang ketika mengingat selain dari Allah.

Ramai antara kita lebih bahagia dan tenang ketika mengingati keluarga, harta kekayaan, kerjaya, pujian dan sanjungan manusia.

Takutlah hati itu sudah dikotori, sudah dinodai dengan kebahagian lain yang tidak hakiki, yang pada pandangan manusia dan dunia pasti membahagiakan, namun pandangan Allah itu lebih utama.

Kebahagian dan ketenangan sebenar hanya akan hadir bila kita mendekati Allah.

Kepekaan hati kita mungkin sudah makin cair ditelan arus keduniaan. Kekadang dosa yang dilakukan dianggap hanya seperti lalat yang singgah dan mampu hilang hanya dengan dikuis begitu sahaja, sedangkan kita seharusnya menganggap dosa dan maksiat itu laksana gunung yang bakal menghempap kita ketika melakukannya, laksana gunung berapi yang bakal membakar kita.

Inilah kepekaan hati yang perlu kita asah bersama, hatta dosa kecil itu lebih kita takuti.

"Dosa kecil lebih aku takuti dari dosa besar kerana ia tidak dapat dirasa kerana kekecilannya." - (Ibn Qayyim)

Jangan turuti hawa nafsu yang mengundang kepada dosa dan maksiat, yang mengundang kepada futurnya cinta utama dan yang akhirnya menumpulkan hati kita.

"Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka." - [QS Muhammad, 47:16]

Indikasi Cinta Milik Siapa

Setelah bersama menghayati rindu dan tangisan kerana kecintaan. Mari tepuk dada, tanya iman. Siapa sebenarnya cinta paling utama?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakdan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)." - [QS Al-Imran, 3:14]

Adakah manusia lebih kita cintai dari Allah?
Adakah harta lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kerjaya lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kehidupan dunia lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kenderaan dan kediaman lebih kita cintai dari Allah?
Adakah keseronokan hiburan lebih kita cintai dari Allah?
Adakah kenyamanan tidur lebih kita cintai dari Allah?
Adakah waktu rehat kita lebih dicintai dari Allah?

Apa yang paling kita rindu bila kehilangannya?
Ke mana tangisan kita sering dicucurkan?
Inilah indikasi cinta kita milik siapa.

Ayuh ikhwah dan akhwat sekalian, tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan.

Tanamlah azam dan kesungguhan kearah yang lebih baik dan sentiasalah tingkatkan ia.

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan usahakan esok hari agar lebih baik dari hari ini.

Mari muhasabah cinta kita bersama, letakkan kepentingan cinta yang lebih utama, nikmat-nikmat yang diberikan kepada kita perlu dicintai, tapi yang perlu dicintai adalah cinta kita kepada Pemberi Nikmat yang lebih utama.

Muhasabah Cintamu...

- Artikel iluvislam.com


Kadang-kadang kita terlalu taksub mencintai manusia sedangkan cinta yang sebenar ialah pada Yang Maha Penyayang; yang cinta dan kasihNya buat kita melimpah ruah.


i-love-allah


Artikel ini I tujukan buat diri sendiri dan buat semua yang sedang bercinta tidak kira cinta pada suami, pada isteri, pada anak-anak, pada keluarga atau pada Seth Tan sekalipun.
ihikhik

Mari kita sama-sama muhasabah cinta kita dan letakkan lah perasaan cinta itu di tempat yang sepatutnya. Insya Allah cinta pada Allah tidak akan sesekali mengecewakan kita.


http://ramadanreminders.org/wp-content/uploads/2009/11/love4allah1.jpg


Pssssssssttt: hari ini genap 3 tahun arwah Mama pulang di sisi Sang Pencipta. Cinta dan rindu I pada arwah mama tak pernah pudar dan ingatan I pada arwah Mama tak pernah hilang walau sedetik pun. Tapi I redha yang Allah lebih menyayangi arwah Mama; semoga roh arwah Mama tenang di sisi Allah dan semoga Allah sentiasa memberikan kasih dan cintaNya buat arwah Mama di alam sana. Ameen. ~ Al-fatihah

~
Thanks for reading this (^-*) ~

Thursday, 23 June 2011

Whatever happened, JUST STAY IN YOUR CAR!



I was blog-walking to Irin Putri's blog yesterday. Upon reading her latest entry Just Stay In Your Car!; I feel the urge of sharing this story with all of you out there especially ladies in Malaysia. Please take some time to read this entry and feel free to share it with your friends.


Just Stay In Your Car! by

I was at the sound dub studio last week to do voice over for Bersamamu when our audio editor, Vijay, shared a freaky incident that happened to him that afternoon.

Vijay is a very tall and fit guy with a goatee. One look at him, no one would wanna mess with him. Apparently that isn't necessarily the case.

He was driving and stopped at the red light at the Bangsar slope. An Indian guy on a motorbike knocked on his window. He was about equal size and built as Vijay, dress like a foreman with grease all over his clothes.

He said in Tamil,"
there's smoke coming out from your tyre".

Being tall, Vijay just peeked through his window and true enough there was smoke. But he also noticed the guy had an eye-mo sized bottle hidden in his hand and was squirting some kind of liquid to his tyre.

Realizing something fishy was gong on, he didn't get out of the car and told the man that he will look into it.

The man was trying to be helpful by saying,"
I think your breaks are leaking. Do you have a jack? I can take a look."

Vijay said,"
what's that in your hand?"

That was enough to make him flee and beat 3 red lights ahead!

Upon further inspection, he found out the guy squirted black oil to his breaks. When oil hits hot surface it will naturally produce smoke.

So I wonder, if people can attempt a scam on someone like Vijay, what about us girls? I believe some would panic at the sight of smoke and welcome any kind of helping hand. And then who knows what would happen?

Be extra cautious on the road, people. Always keep the doors locked and never get out of the car when a stranger approaches you even when there you experience technical problem. Wait for help to arrive or if possible, drive to a safer place.



That was pretty scary rite?.

Then, there's a comment from someone name Puteri who has telling almost the same story; about her friend who has been robbed in Federal Highway.

http://4.bp.blogspot.com/-MjrcEKByOCA/TgHrgm-CDQI/AAAAAAAALS8/bPaBAfwmfsY/s1600/Fullscreen%2Bcapture%2B6222011%2B101232%2BPM.bmp.jpg


My advice is no matter what happened to your car, be it smoke coming out from the back of your car, punctured tyre, bumping incident or whatever; just stay in your car and lock your car.

It is best to just drive your car to the nearest police station before you go out and check on your car especially when you are driving alone.

If the person who knocked your car run away, than be it. The scratch on your car can always be fix, but your safety is the most important thing to consider first.


Please remember to take note or jot down the registration no of the car/motorcycle that hits you so that if anything bad happens, at least you can provide some crucial information to the police officer.

If you have to travel alone, make sure that you are extra cautious about the things and people that are going on around you. Jangan asyik sangat duk menyanyi dan berkaraoke sorang-sorang dalam kereta sambil memandu sampai tak sedar yang kita sedang di ekori oleh penjenayah.


Most important thing is, don't forget to recite doa to ask for Allah's help to protect you from any harm and danger. Take care people.


بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Ertinya : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui"
Baca sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)- sumber: sini


Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.

(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari) - di petik dari Islam2U.


Pssssttt: kawan-kawan dan family ku sekalian, please please please be extra careful ye.
~

Thanks for reading this (^-*) ~


Tuesday, 21 June 2011

Pavlova for Daddy & A Phone Call for Abah



Father's day for the year 2011 was celebrated all over the world on Sunday, 19th June 2011. As we have other plan for Sunday, I decided to celebrate SN's daddy's day on Saturday. *yeah, I memang macam tu..suka hati I sahaja tukar tarikh celebration ikut sesedap rasa*.



Nothing much for the celebration except we have home-made pavlova cake baked by yours truly. Macam biasa, dont judge my cake by it's appearance as the pavlova cake that I made does not look like the same as the one that you can find in the bakery. Nevertheless, the taste of delicate crisp crust and soft sweet
marshmallow in the center of the cake make you go speechless.

http://2.bp.blogspot.com/-18VxN9TAPWo/Tf9Nv9e5sFI/AAAAAAAALRs/JNJo87gq6-Q/s1600/DSC_0004-4.JPG

For those, who would love to try it; here's the recipe. Source: Joy Of Baking.

Bahan-bahan:

(1) Untuk Pavlova:

putih telur dari 4 biji telur

• 1 cawan (200 g) gula superfine (castor)

• 1/2 teaspoon pure vanilla extract

• 1 teaspoon white vinegar

• 1/2 tablespoon tepung jagun

(2) Untuk Topping:

• 1 cawan (240 ml) whipping cream

• 1 1/2 tablespoons (20 g) gula

• 1/2 teaspoon esen vanila

• Buah-buahan segar - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice

Cara-cara :-

(1) Untuk Pavlova:

• Panaskan oven ke 250 degrees F (130 degrees C).

• Lukis bulatan 7 inch (18 cm) atas baking sheet.

• Pukul putih telur sampai jaid macam ada tanduk *meringue*.

• Tambah gula ssedikit demi sedikit dan set mixer dengan kelajuan high speed, sampai meringue kental (rasa dengan jari adunan itu kalau nak pastikan gula dah betul-betul sebati. The meringue should feel smooth, not gritty. If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers).

• Masukkan esen vanilla. Taburkan vinegar dan tepung jagung atas meringue itu dan kacau sebati guna spatula.

• Curahkan dan ratakan meringue di dalam papan pembakar ikut bulatan yang dah di lukis tadi. Ratakan hujung nya, pastikan hujung meringue tu tinggi sikit dari yang di tengah. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.)

• Bakar 60-75 mins atau sampai outside is dry and is a very pale cream color.

• Tutup oven dan buka pintu oven untuk pastikan meringue sejuk. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.)

(2) Untuk topping

• Pukul whip cream + gula sampai kental

• saukan whip cream atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan.

• jangan letak awal-awal whip cream ni, masa nak makan baru letak.




Masa tengah makan pavlova tu, I wish lah kat hubby "Happy Father's Day"; then SN pun imitate what I just said and wish his daddy "Epi Yayes Dei" eheh. So cute. Besides that, SN ada bagi hadiah juga untuk daddy yang dia buat dengan sensei kat nursery. Hadiah itu ialah carrot yang SN tanam sendiri dan daddy kena jaga carrot itu sampai tumbuh.


http://3.bp.blogspot.com/-_cRaAT6UFZI/Tf9Klp23xII/AAAAAAAALRk/1ycCCGlAEEU/s1600/edited%2Bpics3-2.jpg


Lepas sesi makan pavlova tu, daddy and SN lepak-lepak kat toys room and have their daddy-son time together while I keep myself occupied with a show named Islam Itu Indah yang ada Ariel Peterpan. Kebetulan pulak, topiknya ialah "Ayah dan Anak". Sesuai lah dengan sambutan hari bapa. Walaupun gaya Ustaz yang bagi ceramah tu agak pelik sikit lah mula-mula tengok, tapi cara dia cakap itu buatkan jemaah yang mendengar tak mengantuk.




Tenang saja nampak wajah Ariel dan suara nya masa menyanyi lagu buat Ayah tu sangat merdu dan gemersik sampaikan bait-bait lirik lagu itu tepat menusuk ke jantung. Terus buat I rindu pada abah I.

While watching the video, there are some important points that I gather from it untuk memperbetulkan diri I sendiri:-
(1) kalau ayah dengan anak ada pentengkaran, ANAK lah yang harus mengalah

(2) Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."[ Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.]

(3) seorang anak Tidak Boleh Membenci Dan Memutuskan Hubungan Dengan Ibubapa walau seburuk mana pun bapa mereka sebaliknya hendaklah sentiasa berdoa supaya di buka kan hati bapa nya untuk berubah ke arah lebih baik.


(4) kamu dan hartamu adalah milik ibu bapa mu


• Rasulullah SAW pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. “Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

“Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

“Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

“Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

“Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan.”

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu.” � (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)



Air mata mengalir laju bila mengenangkan perangai I terhadap Abah, especially lepas arwah mama dah meninggal. Walau apapun yang abah dah buat yang pernah melukakan hati I, ia takkan mampu menidakkan hakikat yang tanpa abah, I tak mungkin ada di dunia ini.



A friend of mine pernah berpesan yang "kita ni dilahirkan tanpa ada apa-apa. darah dan kulit yang membalut tubuh kita ni pun bukan kita punya. itu hak mak dan abah kita. jadik walau ke mana kita pergi mak dan abah akan sentiasa dengan kita. Janganlah berkecil hati sebab abah kita pun manusia jugak tapi tanpa abah, kita tak ada di sini".


So I called abah to wish him "Happy father's Day". He was delighted to hear my voice. We had a short 5 minutes conversation; bertanya khabar dan cerita perkembangan terbaru pasal my family & I kat sini. I mengadu dengan abah how malas I am right now to proceed with my study and the feeling of giving up keep coming to my mind every now and then. So abah promised me that he'll perform solat hajat for me. "Nanti male ni abah semaye hajat dan doa untuk Tie".



That reminds me of my good old time back in USM (2002-2006). Everytime sebelum masuk dewan periksa, I akan call abah dan minta abah doa kan supaya I dapat jawab soalan exam dengan baik. Thus, bila abah janji nak solat hajat dan doakan agar study I kat sini berjalan lancar, sama macam apa yang abah selalu buat dulu....I realized that abah is still the same abah that I used to have although arwah ma is no longer with us.




Despite the fact that abah now has new wife, he is still my abah dunia akhirat. I'm thankful to Allah for I still have abah and he'll always be my abah dunia dan akhirat.



I hope that SN will learn and realized that no matter how hurt the child are towards his parent, the child has no right to hurt his parent's feelings. Thus, I pray to Allah that SN and his daddy will stay together through thick and thin even though if I might be no longer with them.

I hope they'll stay together during the good time



and don't fight with each other during the bad time




And I hope that hubby will be the best daddy for SN and his other siblings *Insya Allah*.


Happy Father's Day to abah, hubby, abah hubby (FIL), Abg Arif (BIL) and Pein (my brother).

Pssssttt: walaupun video ceramah itu panjang, tapi ia sangat menyentuh hati. Kalau ada masa, I sarankan korang untuk tengok video itu dan ambil pengajaran dari ceramah tersebut.


~ Thanks for reading this (^-*) ~


Sunday, 19 June 2011

Untuk yang merindui Seth Tan


Minggu lepas drama Nora Elena yang meletup itu telah pun berakhir dengan happy ending.


Hari ini I nak share video interview team tonton.com.my dengan Aaron Aziz a.k.a Seth Tan. Dalam temuramah selama 50 minit ini, beliau bercerita tentang lakonan dalam drama itu, chemistry antara beliau dengan heroin drama itu, penjelasan tentang episod akhir drama tersebut dan juga tentang saiz baju beliau.


Kalau tak silap I, temuramah ini di buat sehari sebelum episod akhir drama tersebut di siarkan *kalau tak silaplah*.





Harap-harapnya terubatlah rindu peminat-peminat Aaron Aziz a.k.a Seth Tan bila menonton video ini.


Kalau video ini tak cukup buat pengubat rindu, saksikan pulak drama Stanza Cinta lakonan Aaron Aziz yang dah pun menemui penonton mulai malam tadi (Ahad 19 Jun 2011). Drama ini di arahkan oleh Along Kamaruddin, bersiaran setiap Ahad pada jam 9 malam.Drama Stanza Cinta ini pun ialah adaptasi dari novel. Sinopsisnya boleh di baca di sini(klik).


Sebagai penutup entry, I nak share satu persoalan yang I utarakan di FB selepas berakhirnya episod akhir Nora Elena minggu lepas.

http://3.bp.blogspot.com/-4BKRZQs_F7k/Tf67VgF41BI/AAAAAAAALQ8/4V0XvNdUFlM/s1600/Fullscreen%2Bcapture%2B6202011%2B121104%2BPM.bmp.jpg



Renung-renungkan dan selamat beramal Winking smile.


Psssttt: TV3 patut ambil kira waktu siaran yang lebih sesuai untuk drama 'meletop' mereka, ye tak?.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...