CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 29 June 2012

Kepimpinan melalui tauladan



Walaupun dah duduk sini 3tahun lebih, tapi jarang2 benar I tengok dan baca berita2 Jepun ini. Bila ada berita2 besar baru ambil tahu. Tapi minggu lepas rasa tertarik pula bila membaca petikan berita ini tentang Fukuoka City Mayor. 

Minggu lepas, Fukuoka City Mayor iaitu Soichiro Takashima mengumumkan yang dia tak akan mengambil gaji bulan July atas rasa bertanggungjawab terhadap masalah drunk driving and other crimes committed by Fukuoka City staff recently. Korang bayangkan eh, bukan dia pun yang buat salah dan bukan ada siapa2 yang suruh, tapi Mayor sendiri yang sukarela berbuat demikian atas rasa tanggungjawab sebab staff dia yang buat salah. 

Bacaan lanjut boleh baca di SINI -->  Soichiro Takashima, Fukuoka City Mayor, announced on June 19, that he will not receive his salary for the month of July. He’s doing this to take partial responsibility for the drunk driving and other crimes committed by Fukuoka City staff recently. The three Deputy Mayors will take a 30% salary cut for the same month. These are all self-appointed punishment. Source: http://www.nishinippon.co.jp/nnp/item/308423 
 


Bila baca berita ini, teringat pulak kat MB negeri tanah tumpah kelahiran I. Semenjak dulu lagi, Tuan Guru Nik Aziz memang hidup serba sederhana despite his status as MB :-

1. Rumah kediaman dan pakaiannya jelas tidak berubah, malah beliau menjadikan kediaman rasminya untuk kegunaan rakyat yang memerlukan , seperti rakyat yang dilanda bah.

2. Keengganan jiwanya untuk menjadi Menteri Besar sehingga terpaksa dipujuk dan akhirnya beliau menerima dengan penuh tanggungjawab dan menganggap jawatan itu sebagai "kesengsaraan di dunia dan penyesalan di akhirat" dan seringkali pula mengingatkan rakyat supaya "tolong sebut kepada saya, di manakah yang tidak sesuai dengan Islam selama saya memimpin Kelantan ?"

3. Memotong elaun Menteri Besar baginya sehingga 40% untuk Tabung Serambi Mekah, dan 5% untuk "derma kepada partinya".

4. Menghapuskan peruntukan kepada menteri Besar bagi elaun berbuka puasa dan sambutan hari raya.

5. Meneruskan kegiatan kuliah subuh dan kuliah mingguan yang menjadi amalannya sebelum menjadi Menteri Besar. Ikuti kuliah Jumaat bersama TGNA di Kelantan TV.



Terbaru pulak, ramai yang mengagumi kepimpinan baru yang menerajui Mesir iaitu Dr Mursi. Walaupun ada yang skeptical menyatakan ini cuma permulaan, tetapi bukankah "kejayaan yang besar itu bermula dari langkah yang kecil?".


Semoga lebih ramai pemipin yang bertindak mendahulukan kepentingan rakyat berbading kepentingan mereka sendiri. Pemimpin yang baik akan melahirkan rakyat yang baik, Insya Allah.

Pssssttt : Ini bukan entry politik, sebarang komen berbau negatif akan di tapis.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Thursday 28 June 2012

Baby SN Jr likes to eat DURIAN



Almost all expectant mothers experience food cravings during pregnancy i.e. the sudden urge for a particular (and particularly unusual) dish. Masa mengandungkan Abg SN dulu, I suka sangat makan udon i.e Jap-food. Kalau boleh hari2 nak makan mee/laksa Jepun ni. 

As for this pregnancy with baby SN Jr; if last month that little human inside my tummy requested for Onde-Onde; but as for this month..that little fella asked for DURIAN!

Where the hell in Fukuoka would you find a fresh Durian, rite?. Well, apparently it is sold at a supermarket nearby to my house. So I asked hubby to buy it for me even-though it is a bit pricey *compared to the one in Malaysia*. It was sold for 1580 = RM 63 sebijik!.

+- nampak sungguh menggiurkan -+

Mengikutkan permintaan mak buyong, hubby pun belikanlah sebijik. tapi malangnya putik weh. Nampak je macam masak tapi rupanya tak!. Sadis betul, adus dah la mahal. 

Lepas tu, 2-3 minggu jugaklah mak buyong tahan mengidam kat durian ni sebab hubby suruh sabar sampai balik Malaysia nanti baru boleh makan. Tapi yang sebenarnya memang tak menahan weh. Lepas tu jadi semakin tak boleh tahan bila tengok rancangan JJCM TV3 tu, episod yang tayang diorang pergi makan macam2 jenis durian. Adoyaiii masa tu memang meloncat-loncat air liur dalam mulut gigil so mak buyong mengadu domba kat FB. 

Then ada sorang kawan kat sini yang kesian kat mak buyong terus offer nak bagi lempuk durian sikit. Pucuk di cita ulam mendatang, terus mak buyong dengan muka tak tahu malu cakap NAK eheh. Maka dari lempuk durian pemberian kawan tu, dapatlah mak buyong buat pengat durian 2x. 

+- makan pengat durian dengan pulut. masak seperiuk, then I bedal makan sorang2, lansung tak offer kat hubby & SN -+


Then, ada pulak kawan yang bagitahu ada durian yang dah siap kupas dan buang biji di jual kat Kedai Asia : Azhar. Di sebabkan kedai ni agak jauh dari rumah, kitorang pergi hari Ahad je lah tapi tutup pulak masa kitorang pergi tu. Maka terpaksalah mak buyong dengan muka tak malunya mintak tolong hubby Kak Ida i.e. A/Azli tolong belikan sebab rumah dia agak dekat dengan kedai tu. Nasib baik lah diorang ber2 kesiankan mak buyong dan sudi untuk tolong belikan siap dengan penghantaran terus ke rumah mak buyong lagi.


Satu bekas 400gm berharga 750 円 = RM30. Dalam satu bekas tu, mungkin ada dalam 6 ulas lah kot. Beli 2 bekas, perghhhhhhhhhhhhhhh nikmatnya memang tak boleh nak di nyatakan dalam bentuk perkataan.

 
+- durian import dari Thailand yang dah siap kupas dan dibuang biji -+ 

Kali ini bukan mak buyong sorang yang mengidam, dengan bapak budak sekali tak menahan. Sebaik sahaja durian tu sampai kat tangan, terus dia tanya "pulut ada lagi tak?". Bila I cakap dah habis, dengan muka tak mandi, laju2 incik hubby gosok gigi --> capai kunci motor --> ambik helmet --> pergi supermarket beli pulut gatai waakakakaka. 

Tak sabar2 dah padahal sebelum tu dia yang beria suruh I sabar, tunggu balik Malaysia nanti baru makan durian cettt pooodaaaah jelir . Dengan bersemangatnya juga hubby tanak sendiri pulut tu eheh.






+- Pulut durian kelantanese style : durian + pulut + santan + gula -+

2 hari berturut-turut hubby & I makan pulut durian sampai satu rumah berbau perfume durian. Try jugak suap kat SN tapi dia tak suka..isk3x,rugi anak weh..hilang satu nikmat dunia. Cuba tengok mommy & daddy laju je makan, pukul 6 pagi lagi kitorang ber2 dah bertenggek kat meja makan dan menyuap durian itu laju ke mulut kami..burrpppppp Alhamdulillah *sendawa pun bau durian, nasib baik makan masa weekend. Kalau tak, pengsan budak2 kat lab tu gatai hahaha*

Psssstt : masa makan durian ni tak peduli dah banyak mana kalori yang di ambil, janji dapat makan apa yang mengidam. *bacaan lanjut tentang durian & kehamilan, klik SINI*

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Wednesday 27 June 2012

(WW 28) : Abang BOTAK

  

Baru je bulan lepas Daddy 'bojeng'kan kepala SN tapi minggu lepas rambut dia dah panjang balik. Daddy cakap dah macam cendawan, Cik Amah pulak cakap dah macam Abu Bakar Ellah gatai . Malam2 masa tidur berpeluh2 kepala, masyam bau nya rambut bila bangun pagi. 

Walaupun mommy lagi suka rambut SN yang panjang beralun tapi Daddy tetap menggunakan kuasa vetonya lalu mengambil mesin rambut dan bojengkan rambut SN. Kali ni takde trim sikit2 dah, terus pakai mata pisau yang paling pendek...zap zap zap...hampir botak dah jadi nya.

+- gelagat SN masa daddy potong rambut. Kali ni dah tak takut macam masa 1st time dulu. Mommy cover six pack Abg SN tu, takut bila dia besar dia malu pulak tengok gambar dia tak pakai baju tersebar di dada2 internet ehehe -+


Jadi sekarang ni, dah tak de lah rambut beralun Abg SN. Daddy siap bagi nickname baru kat Abg SN i.e. Abang BOTAK...haiyohhhh sabar je lah.

+- Abg SN yang dah botak tetap maintain posing buat peace sign -+

 Psssttt :  bila botak ni terus nampak SN macam budak besar, tak nampak cute dah la.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Tuesday 26 June 2012

Kaki Gori tak setanding ABC



Hari ini rasa nak bercerita pasal salah satu dessert kat Jepun ni yang cuma di jual di musim panas iaitu KAKI GORI, baca betul2 ye..bukan kaki kena gari OK!.

Kakigōri (かき氷) is a Japanese shaved ice dessert flavored with syrup and sometimes condensed milk. Senang cerita, KAKI GORI = Ais Batu Campur (ABC) kat Malaysia. Tapi Kaki Gori tak ada segala mak nenek inti macam ABC kat Malaysia, sebaliknya ia cuma ada pelbagai perisa sahaja.



Popular flavors include strawberry, cherry, lemon, green tea, grape, melon, "Blue Hawaii," sweet plum, and colorless syrup. Some shops provide colorful varieties by using two or more different syrups. Kaki Gori is famous during summer as the hot humidity of the Japan summer afternoon started to take its toll. Masa musim2 lain memang lah payah nak jumpa, ko gila tengah sejuk2 nak makan AIS???? *ayat ponen sangat, bunyi macam Azwan Ali dah gatai hahaha*.



The traditional way of making kakigōri uses a hand cranked machine to spin a block of ice over an ice shaving blade. Even though electric ice shavers are most often used, street vendors can still be seen hand-shaving ice blocks in the summer. Kebanyakan hand cracked machine ni chomeyl gila, sumpah tak tipu kawaiii sangat. If korang berminat nak beli, kawan I ada jual; check it out at ZH shop.


+_ hand cranked KAKI GORI machine sold at ZH Shop -+


First time kitorang makan kaki gori ialah 2 tahun lepas masa pergi jalan2 tengok ladang Sunflower kat Yanagawa. SN pun baru2 umur 1 tahun 3 bulan masa tu, tapi dah pandai makan shaved ice tu hehehe.



=- menikmati kaki-gori perisa orange in August 2008 -=

I’ve been wishing for more kakigori every since.  So last week we went to a shop nearby to our home and ordered this mouthful kaki gori in ichigo (strawberry) &mango flavours.  Tapi masa kitoang pergi tu actually dah malam and hari tu pulak hujan. So tak feeling sangatlah makan kaki gori di kala hujan kan, dah sah2 sejuk. Hubby siap cakap it had gave him headaches if he eats too much of kaki gori masa sejuk2 tu; so indirectly TERPAKSA mak buyong yang habiskan. SN pun tak makan banyak sangat so mak buyong tak toleh kiri kanan...scoop the spoon into the kaki gori..nyum nyum slurp...aghhhh nikmatnya!.


So if you get to visit Japan during the summer season don't forget to try this famous Japanese dessert. But to tell you the truth, kelazatan ABC berganda2 lagi best dari Kaki Gori ni. Bersyukurlah korang kat Malaysia sebab boleh makan ABC bila2 masa tak payah tunggu bulan June-August sahaja. Oleh itu, sila mensyukuri nikmat yang ada ye *mode Ustazah Pilihan*.

Sebagai membuktikan kenyataan yang ABC kat Malaysia jauh lebih sedap dari Kaki Gori, I tinggalkan korang dengan gambar SN yang terpegun bila pertama kali mommy perkenalkan ABC Malaysia kat dia....terpana sampai membuntangkan mata. Masa gambar ini di ambil, SN baru berusia 1 tahun 1 bulan.

+- siap telan air liur lagi dia, tak padan dengan kecik -+

Pssssttt : rindu kat pipi tembam SN masa kecik, sekarang dah tak gebu.tak best nak cubit.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Monday 25 June 2012

Mandi yang tak berapa manda

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif  
Hari Ahad 2 minggu lepas cuaca agak panas. Matahari memancar terang dari pagi sampailah ke petang. Jadi dengan bersemangatnya I ajak hubby untuk bawak SN mandi manda kat Keya Beach, which is about 30 minutes away from our home. Lagipun dah lama jugak janji nak bawak SN "mandi ocean", so bawak je la. 

Walaupun dah pukul 5.30 petang masa kitorang sampai tu tapi matahari masih agak terik, so mak buyong macam biasalah feeling puteri lilin...capai sunglasses & topi; diva sangat!. Mula2 Daddy tak nak mandi, so mommy lah yang terkedek-kedek bawak SN masuk dalam air..tapi sebab kan I pakai dress labuh dan tak nak bagi basah; I angkat la tinggi2; tak sedar dah angkat sampai lutut. Terus kena sound setepek kat hubby, so I serahkan tugas2 jaga SN dalam air kat Daddy dia je lah.

+- Daddy tolak SN masuk air -+

+- SN and Daddy -+

This is the 1st time for SN untuk mandi manda kat beach guna pelampung biasa. Last time masa bawak mandi manda kat Melaka and Cherating masa balik Malaysia hari tu, kitorang guna pelampung yang ada tapak tu, so kadar ketakutan tu kurang lah sikit.

+- pelampung SN masa mandi manda kat Melaka & Cherating hujung tahun lepas -+

Tapi pelampung tu dah kena tinggal kat Malaysia, so kali ni guna pelampung biasa tu je lah. Plus SN pun dah besar, so ingatkan dia dah OK la. Rupa2nya, takkkkk OK!. Agaknya dia rasa tak selamat kat dalam pelampung tu, so pantang Daddy jauh sikit dari dia ..cepat2 dia bangun mengekor pungg*ng Daddy gatai hik3x.

 
+- nampak tak tu, mengekor Daddy je...lansung tak jauh dari Daddy -+

+- SN : alamakkk Daddy dah jauh, cepat kejar Daddy -+

Lagi satu masalahnya ialah daddy ni suka menyakat, SN pulak kan manja kededek. Merengek-rengek lah SN kat dalam air tu bila daddy buli dia. Mommy tak boleh nak tolong sebab tak nak basahkan baju mommy. Maka menjerit-jerit lah buah hati pengarang jantung Mommy kat situ bila Daddy buat sesi latihan nak menambah confident level dia dalam air.

+- tengok muka SN yang tengah menjerit-jerit ketakutan -+

Last2, SN lari cepat2 jauh dari Daddy dan duduk kat tempat yang cetek je gatai ekeke.



Itupun sekejap je lah SN masuk berendam, lepas itu dah mengadu sejuk. Ingatkan tipu, rupa-rupanya memang sejuk air tu. Suhu hari tu pun 23
°C, memang sejuk jugak lah nak berendam lama2.

+- muka budak yang dah kesejukan, siap suruh ambik gambar jari yang kecut *tak lah kecut sangat pun, drama je lebih -+

+- bila suruh "Smile" pun dah senyum pelik sebab tengah ketap gigi menahan kesejukan -+


Maka begitulah al-kisahnya mandi tak berapa manda SN di Keya Beach. Tak berapa manda sebab lansung tak basah kepala, basah pun sampai kat pinggang je. Last2 main pasir je yang lebih. Nevertheless, we did enjoy the evening at the beach. At least dapat lah mommy release tension sikit bila tengok air laut yang tenang dan mendamaikan *sambil2 posing sedas dua*
siul dan at least dapat lah SN tambah keberanian untuk berendam kat air laut *walaupun masih takut2*.

 
+- yang penting mak buyong dapat posing sedas dua pun OK lah kan? ngeee -+

 +- SN's family @Keya Beach : 20th June 2012 -+


“It’s hard for me to put into words why I like the beach so much. Everything about it is renewing for me, almost like therapy...Beach Therapy.” ~ Amy Dykens

Pssssstttt : kalau suhu  23°C kat pantai2 kat Malaysia, agak2nya sanggup tak korang berendam? encem.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Friday 22 June 2012

Rindu yang tak pernah padam

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Rindu yang tak pernah padam buat Arwah Ma berkunjung lagi. Biasanya kalau tengah stress dengan study, rindu itu semakin membuak-buak sebab selama ini Arwah Ma lah penguat semangat untuk terus berjuang dan mencapai kejayaan. Semangat yang Arwah Ma beri kadang2 bukan sahaja melalui kata2 pendorong tapi jugak paling penting dari segi doa yang tak pernah putus. *refer entry yang ditulis pada tahun 2007 sewaktu di Germany: MA---I LOVE you*

Lagi satu penambah semangat ialah bila I bayangkan kegembiraan di wajah dia setiap kali anaknya ini bercerita tentang kejayaan I dalam pelajaran. Terpampar jelas kegembiraan di wajahnya, dan kemudian berita gembira itu akan Arwah Ma kongsi dengan mak2 saudara dan mak2 sepupu yang menjadi teman borak di waktu petang. Priceless..bukan sebab dapat bagi Arwah Ma modal untuk membanggakan diri, tetapi seronok melihat Arwah Ma mahu ibu2 yang lain turut sama berusaha gigih dalam mendorong kejayaan pelajaran seorang anak.


Jujur, ada ketikanya dalam perjalanan yang hampir ke penghujung ini dugaan dan cubaan yang datang seakan terlalu menghimpit. Saat itu, rindu pada Arwah Ma memang tidak terbendung. Mujur Allah kurniakan suami yang selalu berfikiran positif dan selalu mengangkat diri ini tatkala terjatuh.

Sebagai pengubat rindu buat Arwah Ma, cuma Al-Fatihah dan doa sahaja yang mampu di berikan. Moga Allah temukan kami di syurgaNya kelak dan moga Allah kurniakan lebih kekuatan pada diri ini untuk mengharungi semua ujian yang mendatang dengan lebih kesabaran dan ketabahan, Ameen.



Psssttt : sesekali entry "mendung" menjengah blog, biasalah mak buyong kan tak stabil dari segi emosi. Kejap sedih, kejap gembira..layankan je lah labu.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...