CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 26 February 2009

~resepi kek karamel epal~

1st time posting resepi dlm blog ni utk memenuhi special request dr A-T-Qah, Ain and Kak Nura ( maybe la kot2 ada orang lain teringin nak try wat gak).

Resepi ni di cilok dr MyResipi hasil sharing dr Fendi. Jom ramai2 masak kek karamel epal ;)

Bahan-bahan (kek ukuran 18 cm )

  • *** Karamel epal***
  • 1 biji epal(leh guna epal merah @ hijau, bgantung pd selera mentekedarah sdn bhd) :p
  • 30g gula
  • sedikit serbuk kayu manis (optional)

  • *** Kek*****
  • 50g gula halus
  • secubit garam
  • 2 biji telur
  • 150g tepung
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 50cc susu segar
  • 90g mentega - dicairkan

  • http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/DSCF1804.jpg
  • (sila abaikan cadar katil yg terjuih..sila fokus kat bahan2 je ye :p)

Cara-cara

1) *** Cara2 Buat Karamel:

Kupas kulit epal. Buang biji dan potong dalam 3-5 cm atau ikut suka.Panaskan gula atas api sehingga jadi karemal. Kemudian masukkan epal. Biar sehingga epal lembut atau air kering. Padamkan api.



http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/DSCF1803.jpg <---- cenggini rupa karamel epal (no 2) tu..lg kuning gula tu,lg sedap. time ni wat x manis2 sgt tkut kencing manis plak.



2) ** Cara2 utk kek pulak **

Masukkan gula, garam ke dalam mentega yang telah dicairkan. Kacau sehingga gula hancur.



3) Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga berbuih.



http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/DSCF1802.jpg

4) Masukkan tepung yang telah diayak dengan BP . Kacau sebati

5) Campur susu. Kacau biar sampai lembut/sebati



6) Masukkan karamel epal tadi. Kacau sebati



7) Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit mentega utk mengelakkan kek dr melekat. Bakar pada suhu 170 degree selama 40-45 minit



http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/DSCF1805.jpg
(top view kek karamel epal)

8) Bila dah siap boleh wrap dgn plastik wrap. <--- ini utk mengekalkan "ke-etnik-kreatif-an" (keaslian) rasa kek sblm di simpan dlm peti sejuk.
Dah sejuk boleh simpan dalam peti ais. Lagi lama simpan , lagi shedappppppp :)



http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/DSCF1808.jpg
(view setelah di terbalikkan & di balut dgn plasyic wrap yg dibeli dr kedai 100yen :p)



senang kan nk wat? meh ramai2 pakat buat!



**nota dr dapur chomeyl: lebih enak & chomeyl jika rajin di hiaskan dgn ising...itupon kalau penyakit Malas tidak melanda :)

2 words of wisdom & comments:

mazni_azis said...

tepung apa yg ucu gunakan..(tidak dinyatakan dgn jelas...angah yang tak prnh buat kek ni tak tahu ler...)
Nmpk cam menarik tapi tak ckp kelengkapan untuk membuatnya...huhuhu

yatie chomeyl said...

guna tepung gandum angah. kalau nak lg sedap, guna tepung kek pon bulih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...