CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 20 October 2008

S.E.P.I

Perkataan dengan 4 huruf tu membawa makna cukup besar dlm hidup seseorang. Entry ni bukan nak mengulas pasal filem SEPI yg x laku sgt di panggung (tp still one of my feveret muvi), cuma lebih pada erti SEPI dlm kamus hidup aku.


Aku betul2 mengenali erti SEPI saat aku mula2 menjejakkan kaki ke kota Munich,Germany pada 4 oktober 2006. Saat itu merupakan saat paling getir dlm hidupku selama 24thn. Itu lah saat pertama kali dlm hidup bila mana aku terpaksa hidup betul2 berdikari dan bersendirian. Seiring dengan peredaran masa,aku belajar menerima kesepian itu dan menerima dengan hati terbuka.


SEPI bertamu lagi dalam hidup bila mana ma meninggalkan aku buat selama2nya. Aku akur dgn takdir yang tersurat, aku redha yang Allah lebih menyayangi ma. Tempoh 25tahun 7bulan + 9bulan dlm kandungan ma, sudah cukup di pinjamkan buat aku. Samada mahu atau tidak, itu ketentuanNya yang aku harus akur.


Kehadiran Solah sedikit sebanyak mengusir rasa sepi itu jauh2. Kenalan yang aku kenali dari usia 18thn dan sama2 mengharungi arung kehidupan sebagai student KMM dan USM,akhirnya selamat menjadi suami aku. Takdir Tuhan dan berkat restu arwah ma juga, aku di anugerahkan lelaki yang selama ini menjadi pooooojaaaan hati aku dlm diam. :)


** [thanks to uteh & angah for reminding me of those time when I admired Solah so much in matrix-----> "kene habiskan makanan ni,baru dpt suami solah (instead of suami soleh) ] ^(*_*)^

private_1_1d2cced6e1b1751a0d0abf-1.jpg

DSCN4346.jpg

(gmbr masa buka posa geng2 praktikum aku+ praktikum hubby kat Village View,Bangi –> kredit to Imah for organising it!)


Aku beruntung punya suami yang supportive, penyayang, penyabar, handsome (bonus), baik hati dan semua2 yg baik2 je lah(xkan nak kutuk laki kot,nanti dosa..ekekkeke) . Dan keberuntungan itu aku anggap bonus atas kepercayaan aku selama ni pada restu ayah bonda.

Namun kini, SEPI bertamu lagi. Kali ini lebih dasyat rasanya..kerana suamiku jauh berjuta batu dari ku dan aku sudah x punya ma lagi utk berkongsi rasa yang ku alami. Tapi Allah itu memang Maha Pemurah, kerana mengurniakan aku ibu bapa mertua yang menyayangi aku selayaknya anak mereka. Dan lebih pemurah lagu, bila mana dia mengurniakan ’seseorang’ utk menemani aku sepeninggalan suamiku.


Semoga SEPI yang menghuni hati aku akan menjauh pergi pada tanggal 6hb december nanti.


Walaupun SEPI itu perasaan yang membuatkan jiwa terasa kosong, ia juga akan membuatkan kita lebih menghargai insan2 di sekeliling kita. (^-*)

DSCN4319.jpg

gmbr hubby aku tgh main game PS2, he loooooooook so much like yusry in this pic (*_^)

p/s: entry kali ni jiwang lantaran ia terhasil usai aku menonton filem SEPI…hihiihihi

0 words of wisdom & comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...