CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday 30 November 2011

SN budak bertuah



Orang tua-tua selalu kalau membebel kat anak2 mesti nak cakap "anak bertuah!". I pulak nak cakap SN budak bertuah sebab selalu jadi model untuk mommy join contest dan selalu jugak membantu mommy merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan.


Hujung bulan 10 hari tu I sempat join Contest Gaya Si Comel Berhari Raya 2011 organized by BabyIbu dan Azzamoro . Result nya pun dah di umumkan last Tuesday cuma I je yang lambat check.


Alhamdulillah, juri berkenan untuk memilih SN bagi mendapat hadiah saguhati. Keputusan penuh boleh tengok kat SINI.


Ini gambar SN yang I pertaruhkan untuk join contest ni.


 SN


 10 Pemenang Hadiah Saguhati

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5OZ7O17WM6reReB7t6s7EsqnoOImLs-7m_jVTWIPwTAvZPJJO5szvCo6pvFTi4-2HelNZCu-acxsyGvnYLg5EPlvWhLIIaCGae3zKYTovLKJfoUr_UYlMcLLAZNyKcSSmUcd364KmEQ3D/s1600/pemenang.jpg 

Hadiah Saguhati - Environsax Bag bernilai RM30
 



Yeay, terima kasih SN sebab sudi posing untuk mommy. Tahun lepas (Gaya Si Comel Berhari Raya 2010) untuk contest ni SN dapat no 2; tahun ni dapat hadiah jugak walaupun bukan hadiah utama..mommy tetap happy. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQLrEjQ_sgwWMm9ake45RCrD9tfT7DBxl4QHm5-xNUHFJJWeeG-JzWQq3yo6yLOL1loSt2Q8uqE8WaZ8WrfPsWHhShuQIY_EYm1x7htRSk4LYDDacMs3LnAVBhvXKmQKzPwfJlD_4oEJYU/s1600/boys1.jpg 

Memang bertuah lah SN kan sebab tahun lepas dah dapat bawak balik hadiah untuk contest ni, tahun ni pun dapat lagi. Eh , tapi tahun depan agak-agak SN boleh join lagi ke tak ye?. Macam dah lebih umur je nak join.


Nampak gayanya kena cepat2 bagi adik kat SN, baru lah senang nak join contest gambar2 baby ni. Adik SN nanti pun akan di latih posing bermula dari dalam perut lagi ihikhik eheh.

#Update: 
Terbaru sekali, tengahari ini bila I check result My Super Kids Love Water!  pulak, sekali lagi SN si budak bertuah dipilih sebagai 5 pemenang untuk hadiah saguhati. Keputusan penuh, boleh tengok kat SINI.


Gambar yang di pertaruhkan dan telah menarik hati juri ialah :


super kids


Untuk kemenangan ini, tak tahu pulak hadiahnya apa. Tapi mesti hadiah best jugak sebab hadiah-hadiah ditaja oleh Vitamin Shoppe, My Super Vitamins, Sihat.Ceria.Bahagia, Dapur Aulad, Kedai Triple S dan Vitamin Best Deal. Syukur Alhamdulillah.

Pssssttt : Budak bertuah ni demam sejak kelmarin, malam tadi suhu badan dia mencecah 40deg. Tak pasti demam sebab kena hujan ataupun demam rindu kat daddy..huhuhu.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

(WW 9): My COACH birthday cake



WW: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no or little  words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea  is that the photo itself says so much that it doesn’t need any  description.


This is my 29th (21st Nov 2011) birthday cake.

 


 

 
Nasib baik it wasn't as pricey as the actual handbag itself. 

Psssttt : rindu nak update panjang2 macam selalu tapi keadaan tak berapa mengizinkan, layan lah wordless wednesday dulu ye.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Wednesday 23 November 2011

Autumn in our heart



Tahun 2011 ni autumn agak lambat memunculkan diri nya di Fukuoka berbanding tahun-tahun lepas. Dah lah suhu pun tak tentu, kadang-kadang panas macam summer dan kadang-kadang sejuk macam dah masuk winter. Confused di buatnya. Paling confused ialah menunggu daun-daun bertukar warna dari hijau ke kuning/oren. 


Tunggu punya tunggu..alih-alih tengok2 daun maple dah pun gugur..aiyark. Memandangkan I agak sibuk kebelakangan ini, so tak sempatlah nak berphoto shoot beria dengan maple leaves macam tahun lepas pergi Kokonoe. Lagipun daddy dah balik Malaysia, tak ada orang nak bawak kitorang pergi tempat yang jauh sikit untuk posing.


Weekend 2 minggu lepas, I busy siapkan paper untuk conference so tak boleh bawak SN and aunty dia jalan-jalan. End up I angkut diorang sekali ikut I pergi lab sebab kat kampus I daun-daun kat pokok maple dah pun cantik kekuningan. Bukan setakat SN and aunty dia kena angkut ikut mommy ke lab, tapi kawan I dengan 2 orang anak dia pun I angkut sekali pergi lab.


 +- SN and Darwisy -+

  
+- superb view, Subhanallah -+


So posing la diorang kat kampus I je. Lagipun kat situ memang cantik jugak, macam yang I pernah share kat beraya dengan maple leaves. Seronok la SN sebab Darwisy and Ayra ada untuk jadi geng posing dan geng kejar-kejar kat dalam taman tu. On the way balik rumah, tiga orang budak tu tertidur keletihan dalam kereta.

+- baju sama tapi warna kulit je lain eheh -+

+- 3 budak comel main kejar-kejar...geram nak cubit2 -+

+- dah macam cover magazine gitu -+


"Everyone must take time to sit and watch the leaves turn".  ~Elizabeth Lawrence


Pssssttt : Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi di panjangkan usia untuk merasai autumn tahun ini dan masih lagi di beri nikmat untuk menikmati pemandangan yang indah ini. 

 
~ Thanks for reading this (^-*) ~

 

Friday 18 November 2011

Adab Isteri di rumah


Perasan tak sejak dari dulu lagi di dalam drama Melayu kan, selalu di tunjukkan situasi di mana isteri itu macam suka sangat  melawan cakap suaminya. Kita membesar dalam budaya yang menunjukkan bahawa seorang isteri itu lebih 'berkuasa' dalam berkata-kata berbanding suami yang lebih banyak diam. Sedar atau tidak, budaya 'isteri menjawab cakap suami' ini di anggap perkara biasa di dalam mana-mana rumahtangga. 


Bila terbaca artikel Adab Isteri Melayan Suami ini, terus rasa bersalah membuak-buak dalam diri bila merenung kembali perilaku diri ini terhadap incik suami. I feels like sharing this article in my blog to remind me of the right way to treat my hubby.


23 panduan dan tatatertib bagaimana seorang isteri harus berkelakuan ketika bersama dengan suami dirumah :
  1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
  2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.
  3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.
  4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.
  5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.
  6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking
  7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.
  8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.
  9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T
  10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.
  11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.
  12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.
  13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”
  14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.
  15. Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.
  16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja
  17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
  18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.
  19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.
  20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.
  21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??
  22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan
  23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.


Please jangan ada yang komen cakap, "takkan isteri je nak kena layan suami baik2?". Well, the fact is memang macam tu pun!. Walaupun ada yang cakap kadang-kadang kalau isteri baik pun, suami tak hargai jugak. It doesn't matter because at the end of the day, redha suami ialah redha Allah. 


sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam);
“Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”[sumber]


 +- gambar kenangan 2008 dan 2009 -+


Pssssttt : kena selalu cermin diri sendiri, tambah2 lagi bila suami jauh di mata ni...tergambar semua salah silap dengan incik hubby..sob sob..sob..."ampunkan salah silap dinda..lap yu so strong".

~ Thanks for reading this  ~

Thursday 17 November 2011

164cm is consider pendek meh?



One of the common things about being a post-graduate student is that you have to prepare a paper and present it at academic conference, where it'll be attended by many other super-genius Prof who's waiting eagerly to bombard you with bombastic question that you can never think of!. Pretty exaggerated explanation, yeah I know....but somehow that was what on my mind whenever I had to attend any academic conference * not that I've attended many so far*.


I wasn't required to attend any conference while I was doing my master because it was course-work based where I only had to attend classes, pass my exams, complete the final thesis writing and present it during viva. That's all I had to do to get my M.Sc in Mechanical Engineering (majoring in Aeronautics and Space Technology).


As for getting my "Dr" title, my supervisor told me that I have to attend at least 2 conferences to present 2 papers and submit 1 peer reviewed journal in order to complete my PhD study. *I highlighted the word "at least" in case you didn't noticed it*. As you know in PhD, it all depends on your SV. One of my friend even graduated his PhD without having the need to attend any conference to present his paper; but he has to spend lots of time doing experiments. 


As I told you in the entry Perumpaan cuti sekolah dan SPM dalam kehidupan; I've attended academic conference here in Fukuoka last Monday.  When many of my friends are happy to go all around the globe to attend conference, my SV loves me so much that he can't bear to miss me if I went to a conference in other countries so Fukuoka it is * nevertheless I'm thankful for that as I don't have to be bother about leaving SN if I had to go to other foreign country*.


Although this is an international conference, most if the participants are from Kyushu University. There were 9 scopes covered in this conference which are (1) Urban environment, (2) Low carbon society, (3) Food risk and assessment, (4) Aqueous environment and hydrology, (5) Deserti cation prevention, (6) Atmospheric environment, (7) Marine environment, (8) Environmental chemistry and (9) Environmental planning and management.



I was assigned as the 2nd speaker in the Atmospheric Environment slot.   My co-SV was the 1st speaker and my lab mates was the 3rd and 4th speakers. Only the 5th speaker is from other laboratory. So it made me feels less nervous compared to the first symposium I've attended earlier this year ( symposium) because I can see familiar faces around me.



15 minutes were allocated for the presentation while 5 minutes were allocated for Q&A session. I prepared 50 slides and able to finish presenting all the slides within that allocated time. Phew...can you imagine how fast do I speak when I'm super nervous...that my friend is equal to 18 seconds per slide

15 minutes surely feels long when you are required to talk about academic stuff but it seems less shorter if you spend 15 minutes to talk about gossips, fashions or some other laghaaa stuff jelir.

 +- 12th minutes: 1 ting bell, 15th minutes : 2 tings sounds, 20th minutes: times over - 3 tings sounds -+

 
 +- tengah kelentong pung pang pung pang -+


5 minutes for Q & A sessions do feels lot longer than those 15 minutes as you have to prepare yourself to be killed in front of others *literally*. I was asked 4 questions and to be honest I didn't really understand the first question but I just hentam and give the Prof whatever answer that I have in my mind. I could see that he's not satisfied with my answers but hey who cares, next questions please!
ihikhik hahahaha.



Alhamdulillah, with Allah's help I was able to answer the other 3 questions better than my first question. Only Allah knows how relieved I am when I heard the ting ting ting sounds from the timekeeper. That's it folks, no more questions..lega already.



After that, I sit down behind my co-SV and both of us pretend like we were listening to my lab-mates presentation when we were actually checking out mails, surfing the nets and of course updating status at FB ihikhik. I guess that's what others were doing when I'm presenting too. Damn, I shouldn't have been nervous if I knew that earlier. 




At the end of the day, my SV was satisfied with our presentations, so that's all what matter. He even continued on the discussions with the Prof who seems to be interested into our papers and asked the 4 of us questions during our presentation. 



We took group photos before leaving the conference room. Note that in the picture I look short despite my 164cm height. I shouldn't be standing in the middle, I guess it's optical illusion kot..reality is I'm not that short, really *tak sedar diri pendek*.



+- from left: Takahas*hi-kun, co-SV Assoc. Prof Uchi*da, your truly, SV Prof Oh*ya and Nakamu*ra-kun -+


Also, do you noticed that in both pictures my SV and I have the same pose i.e. broad smile showing teethes and fake smile for formal pictures. Yeah....we are sweet like that, selalu nak sehati sejiwa gitu ihikhik eheh.


Pssstt : My next conference will be in Malaysia and my SV would be attending it as well, kan I dah cakap..my SV memang sangat understanding. Dia bagi I pergi conference yang I tak perlu susah payah tinggalkan SN.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Wednesday 16 November 2011

(WW 8) : Perempuan gila dalam kedai kain



WW: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no or little  words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea  is that the photo itself says so much that it doesn’t need any  description.


Saja nak share gambar perempuan gila....eh bukan perempuan gila as if orang tak siuman tapi perempuan yang jadi separa siuman bila nampak kain Japanese cotton bertimbun depan mata. Terus rambang mata, tak tahu nak ambik mana satu...semua pun nampak cantik dan indah...weeeehuuuuuuuuuuuuuu.

+-mulut duk pot pet cakap "kain ni cantik, kain tu lawa, kain ni meriah, kain tu menarik" -+


Dua orang perempuan ni konon-kononnya nak singgah Mina Tenjin setengah jam saja, end up duduk berkampung dalam kedai tu sampai 2 jam. 


Sebelum berpisah, terimalah reaksi melampau dari perempuan yang gila shopping ni.

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x



+- siap dengan mata bersinar-sinar Sin-chan merenung kain, gigi kapak tersembul mewakili reaksi terlalu girang serta cengkaman jari jemari bertulang kering memegang erat kain2 itu tanpa menghiraukan pandangan orang di keliling beliau -+


Psssstt : Nasib baik SN tidur, senang sikit urusan mommy & aunty nak shopping jelir.



## Update : untuk kawan2 yang bertanya kat mana boleh beli Jap-cotton ni, I nak suggest blogshop kawan2 I kat Jepun ni i.e. ZH Japanese Cotton dan Berry Berry Tomodachi. Apa tunggu lagi? Cepat dapatkan kain yang menjadi kegilaan ramai ini sekarang jugak!.



~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

Tuesday 15 November 2011

Kuda belang VS Nautical stripes


Have you ever heard of FashionValet.Net?. I'm pretty sure most of you knew this site. FashionValet.net steals the spotlight as Malaysia’s hottest Online Shopping Website with ready-to-wear garments, accessories and handbags, from chic classics to edgy statement pieces. FV.net carry the best of Malaysia's brands and designers. 




I always go cuci mata at this site but never did any attempt to buy anything because darling hubby feels that there's no need for me to wear any designers clothes for the time being..haisyyyy. So when FV announced that they are organizing FV Story T Shirt Competition for 20 consecutive days excluding weekends, I was so eager to grab the prize which offers RM 50 voucher for shopping at FashionValet.Net.



Contestants were required to continue the sentences from the previous day and making it as creative and out of the box as you can possibly be! and keep it funny :). The first sentence was "I was pushing my shopping cart across the street........". 


I cracked my mind and tried my best every single days but to no avail. Then on the 7th day of the competition; finally I was selected as the winner of the day. Yeay yippeeee seronok sangat2 sebab dah lama tak menang contest since I pun dah tak berkesempatan nak join contest2 kat blog & FB macam dulu2 *perasan busy*.



I continue the story with --> I was thinking...."time for revenge!".






Here's the final outcome of the FV Story T Shirt Competition.



I was so delighted when they announced that I'm the winner so without further ado I quickly use the voucher that have been sent to my e-mail. I choose this Zaza Striped Top in Navy worth MYR 59.90 *so I cuma tambah lagi RM10 je la plus RM7 for shipping fee*.



Zaza Striped Top in Navy
+- Pic source: FV.net -+


Note how nice the tops is with the thin stripes. Navy and white stripes are a must for my wardrobe collections as it is the latest trend in Japan and all over the world right now. I love the horizontal stripes as it'll makes me look bigger than I am actually are. So, this nautical stripes tops from FV is the latest addition to my stripes-collections along  with the reds stripes cardigan, the nautical stripes t-shirt and black stripes jacket..perfecto!.



 

"For those fashionistas who are nautically inclined in 2011 the classic navy and white colour palette should be worn as dominant stripes. The real key to take on nautical stripes is that they dominate the outfits because it draws attention to the stripes above all else in the outfit". - Fashioning.com


Pssssssttt : agak2 kalau I jalan2 kat zoo, ada orang confused tak yang mana satu zebra dan yang mana satu I? ihikhik.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Friday 11 November 2011

Perumpaan cuti sekolah dan SPM dalam kehidupan


Salam buat semua di hari Jumaat yang mulia ini. Tengah agak sibuk menyiapkan power point presentation untuk conference hari Isnin depan, tapi masih sempat lagi menjengah blog dan FB kejap masa lunch hour. Just wanted to share these 2 valuable quotes yang I ternampak kat FB with you guys.

"Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun-duyun balik kampung, alhamdulillah. Tapi sedarkah kita, bila tiba kita di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang Kelantan tidak boleh balik Kelantan, orang Terengganu tidak boleh balik Terengganu. Semuanya kekal di akhirat sahaja tanpa dapat balik semula. Beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak dibenarkan lagi balik ke kampung lagi.." ~ Nik Abdul Aziz Nik Mat (khutbah di Masjid Kota Kubang Labu, 4 Jun 2010).

"Bayangkan, kita tgh jawab SPM, then masa habis, pengawal periksa tu rampas kertas kita tak bagi kita tulis jawapan seterusnya. Bayangkan pula bagaimana pula dgn solat kita? Jika kita sengaja melewat-lewatkan sehingga habis waktu? Bukan pengawal periksa yang nilai, tapi Yang Mencipta diri kita yang menilai". ~ Jkkk Fan Club

  http://melayukini.net/wp-content/uploads/2011/09/cuti-sekolah-malaysia.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFbfQ3dDZx3Yzqnhr24CYlYumlKEuVAsMv3UJDCXlv7Y4y0AOX7PP4b1DgjhBaGy9qcKVyqapIh0yIlh3LZuMt40y4M0rfnYuKztb_P3ds0QTd-bMCQI2o89xnhsYzdRvTTiP_ZM0-ChU/s1600/0654.jpg
 +- Image source: melayukini and idrisiah87 -+

Fitrah insan memang selalu terlupa, sebab itu penting untuk kita sentiasa ingat mengingati ke arah perkara-perkara kebaikan. Semoga ada manfaat dan pengajaran yang dapat kita ambil dari perumpaan dan barisan kata-kata di atas. Insya Allah.


Pssssttt : doakan everything went well for my presentation minggu depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...