CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label Japan. Show all posts
Showing posts with label Japan. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

Graduation ceremony in Japan

Salam u ollls,

Tora datang lagiii eh eh eh I muncul lagi...amboii rilek nampak kije sbg lecturer sampai boleh update blog regularly ehehhe. Takde makna rilek nye pon; tapi dah nama pun baru lapor diri, jadi belum dapat workload lagi. Infact bilik pun tak dapat lagi, menumpang kasih kat bilik incik hubby je minggu ni...jadi mari lah update blog dengan ceritera tertangguh sebelum2 ni.

Let's take a look at my graduation ceremony last week (26/03/2013). There were 2 sessions for the ceremony. The first session was held at Fukuoka Kokusai Center and the second session was held at the department in the university. 


+- before the ceremony begin -+


The first session at Fukuoka Kokusai Center started at 12.10 p.m for the post-graduate student. Earlier, before that, a graduation ceremony for undergraduate student was held at that venue at 9.50 a.m. We arrived at the hall by 12 p.m. I was supposed to sit on the ground floor with other students, but it will be difficult for hubby to handle both SNs so I decided to sit in the family area too with them. 

+- mak incik duduk kat seat family je, tak duduk kat seat student kat ground floor -+


The thing about the graduation ceremony in Japan is that it wasn't as 'grand' as the one that we have experienced in Malaysia *jubah pun tak ada weh, terpaksa mak incik import sendiri dari Malaysia ngeee*. The ceremony begins with a little speech by someone "important" (excuse me for that, I didn't know who was it as the ceremony was conducted solely in Japanese language).

+- MC -+

After that, 5 students who represent each faculty were given the scroll on the stage.......... And then, the ceremony finish!. That was it, only the representatives gets to go on the stage, as for other students...you'll get your certificate personally on the second session at your department. 

+- 5 representatives from each faculties -+


Pretty much, the formal graduation ceremony took about 40 minutes only. Kalau kat Malaysia, separuh hari tunggu dalam dewan tu ye dak? ekekekek. Thankfully it took only 40 minutes as my husband and I were having some difficulties to handle both SNs. Abg SN wanted to run here and there on the stairs while SN Jr wanted to be fed and finally fell asleep half way through the ceremony ehehe.

+- Abg SN muka bengang baru lepas kena marah dengan mommy sebab main lari2 kat tangga, SN jr pulak bantai tidur berdengkur dengkur -+


We took the chance to snap a few photos outside of the hall before heading to Ito campus, Kyushu University for the 2nd session. 

 
+- SN's family inside the hall -+

+- yours truly outside of the hall -+

+- Both SNs malas layan mommy & daddy ajak bergambar -+

+- posing koya by yours truly depan hall; am wearing Jovian rtw size M sebab hubby tak bagi beli yang size XS takut ketat sangat kat pinggang -+


The 2nd session was held at the Department of Aeronautics and Astronautics Engineering for me as I was under that department of study. For this session, PhD students were seated on the first line and then followed by the master students. I was seated at the 3rd row. 


+- sebelah kanan tu professors in our department -+


Hubby had to handle both SNs on his own so that explained why there's no proper pic of me receiving the scroll. Luckily this session was also short and fast..it took about 15 minutes only...and then we're done!. Phew, I'm glad it's over as SN Jr started to cry already by the time the ceremony was over.

+- yours truly di kelilingi kumbang2 berkot hitam ngeee -+

+- gambar blur..tu pun hubby snap lepas dah dapat certificate. haiyohh, blur pun tetap nak tepek gak lah ahaha -+


There was a simple party after the session but I decided not to join the party as both SNs are getting bored with all the formalities of mommy's graduation ceremony. 

+- sempat posing dengan SV je, lepas tu Abg SN sibuk2 nak pegang cert & scroll mommy -+


So we decided to have our own outdoor photography at the campus, but SN Jr had already fallen asleep.. thus explains what the stroller are doing in the pic below hahaha.

+- SN Jr tengah sedap mentidurkan diri dalam stroller, Abg SN pulak pose 'oppa gangnam style' -+

Abg SN was giving full cooperation for the photo shoot as he enjoys wearing the smart outfit that he addressed as 'baju oppa gangnam style' LOL. He even poses like Psy in those photos. Sigh, I wonder where he watches the oppa Gangnam style video as I never showed it to him. I guess when things become viral, it is hard for parents to control what their child was viewing these days with all the technology within the fingertips.

+- angin bertiup kencang masa ni, tapi sengih tetap sengih ngeee -+

+- last pose kat batu bersurat Kyushu University eheh -+


We called the day off with a simple celebration at Baskin Robbins AEON Gakkentoshi. No bouquet of flowers as a graduation present or any chocolates like the one that we'll receive in Malaysia *kononnya lagi banyak pegang bunga, lagi nampak macam ramai peminat..ececececeh*.

+- nyam nyam nyam...dapnyer dapnyer -+

+- kampaiiiiiiiiiiiiiiiii -+

I guess the best gift for this graduation is SN Jr. He was the best gift that I've received a few months before I finish my study. Despite all the hardships and days of living apart with him after he was born, I finally was able to receive my PhD certificate together with the greatest certificate as a mother of 2 sons *wink wink*. 

+- budak kecik manja kededek yang geram nak di cobettttt pipi -+


Psssttt : Walaupun sejuk, nak jangok punya pasal...I gigih gak pakai baju kurung sampai sanggup pakai heat t-shirt dengan leg warmer kat dalam tu ekekeke.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Tuesday, 18 September 2012

Budak penakut mandi manda di Sunshine Pool, Uminonakamichi

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Hoiyohhh kemalasan tahap maksima melanda, I think I'll blamed the hormone for the reason why the updates in my blog is decreasing significantly nowadays. Plus, kalau duduk kat kerusi lama2, lenguh2 pinggang dan paha..so memang menambahkan lagi faktor kenapa blog ni makin sepi dengan entry2 terbaru.

Wokeh, mukaddimah sikit punya panjang nak bagi macam2 alasan tak penting, sekarang direct to the point al-kisah ceritera mandi manda di Sunshine Pool, Uminonakamichi.Biasanya kalau pergi Uminonakamicihi, semata-mata sebab nak tengok bunga2 especially masa spring season *refer entry Jalan2 Cari Pasal di Uminonakamichi Park*.

Tapi sempena summer, kitorang ambil kesempatan untuk ke taman tema air dia pulak sebabnya sunshine pool ni di buka masa summer je, masa musim lain memang tutup *ye lah, ko gile sejuk2 nak mandi kolam bagai..karang beku kat situ sape susah?*.

Sunshine Pool details

This is the largest leisure pool complex in the western Japan and is open from the mid-July to the end of August (the opening period can be extended depending on the year). Admission to the pool is affordable i.e. Adults (1650 yen), Kids (age 6-15 : 850 yen) and Toddlers (age 4-5: 150 yen).


Abg SN memang excited sangat, siap pakai terus swimming suit dari rumah; konon2nya bila sampai sana nak terus terjun tiruk dalam kolam. Lepas parking kereta, kena naik kat entrance taman bunga untuk ke Sunshine Pool.Abg SN poyo2 je dalam bas, asyik terjenguk2 kepala kat tingkap nak tengok jauh lagi ke nak sampai kat pool area. 

+- gaya poyo dari Abg SN masa kat atas bas -+


There are 6 pools with water circulation function and other unique features starting with a pool with a 10-meter-high, 100-meter-long slide, a 300-meter-long whirlpool, a pool for infants and toddlers, a pool called Water Play Land that has a lot of tricks, Forest’s Lake Pool, and a swimming pool for the advanced.



+- Water Play Land -+


Abg SN yang konon2 tak sabar2 nak mandi tu, rupa2 nya penakut bila daddy letak dalam air. Dia nak main air kat tempat cetek je, kalau pergi kat tempat yang tak sampai kaki nak pijak..mulalah dia meraung kat situ..haiyoh. 

 +- mula2 OK je masuk air -+

 
+- lepas tu meronta2 nak patah balik kat tempat cetek -+

+- bila daddy bawak turun slide, terus menangis meraung wakakakka gatai -+


Daddy pulak suka paksa2 Abg SN, konon2 tak nak bagi anak dia jadi penakut la, Daddy bawak jugak Abg SN letak dalam pelampung kat tempat yang Abg SN tak nak pergi. Sudahnya tak leh nak lepaskan tangan dari pelampung dia, senget benget tudung mommy kena tarik dengan Abg SN.

+- Abg SN tengah melarikan diri dari daddy sebab takut kena bawak turun slide lagi -+

+- muka berkerut Abg Sn yang penakut -+


Lama2 mommy & daddy tak larat nak melayan budak penakut tu dah, kitorang main kat area Water Play Land tu je lah. Tempat yang paling cetek takat buku lali dia tu je lah paling Abg SN suka. Terpaksalah mommy & daddy take turn jadi dugong temankan dia main2 kat situ mrgreen .

+- Daddy jadi dugong kat tempat cetek tu gatai eheh -+

+- bergayut kat kaki daddy -+

 
 +- mak buyong pun tumpang mandi manda sekali -+


Yang bagusnya kat Sunshine Pool ni ialah, semua kolam akan di bersihkan setiap 30 minit. Jadi keadaan air memang sangat2 bersih sebab pekerja diorang akan bawak net untuk 'tangkap' serangga atau sampah sarap dalam kolam. Bagus kan?.

+-pekerja2 (white shirt) tengah bersihkan kolam -+


Sementara pekerja2 bersihkan kolam, we take a rest under the roofed shelter.


+- menunggu dengan penuh ketidaksabaran; sebba tu lah muka ketat je eheh -+


Walaupun Sunshine Pool ni tak sehebat taman tema air e.g Sunway kat Malaysia, but at least kitorang puas hati lah sebab bayaran nya yang tak mahal sangat dan kualiti air yang sangat bersih. 


+- Daddy yang happy -+

 
 +- mak buyong yang koya puteri lilin sapu SPF 50 berkali2 kat tangan dan muka -+


There are also many food stalls but apa sangatlah yang halal di makan pun. Last2 sebelum balik, kitorang beli ice cream je lah; tu pon sebab dapat coupon free dari Sunshine Pool tu. 

 
+- Abg SN nak makan giant ice cream -+



Even-though Abg SN tu penakut mula2, but in the end he did enjoyed himself; and that's what matter the most. Bila masuk je dalam kereta, tak sempat keluar dari tempat parking pun lagi, Abg SN dah selamat beradu ke lala land..penat sangat lah main air tu mrgreen hehe.

+- tak sempat nak letak dalam car seat, Abg SN dah tertidur kepenatan -+


Pssssttt : banyak gile entry tertangguh kat dalam draft, ohoiiii semangat rajin mengupdate blog...menjelmalah dikau secepat mungkin..pling pling pling.


~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Monday, 6 August 2012

Lawatan sambil belajar ke Noritake Factory Outlet, Imari

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Walaupun sedang menjalani ibadah puasa di musim panas yang sungguh mencabar di Fukuoka sekarang ini, tetapi aktivit lawatan sambil belajar untuk memenuhi tuntutan update segment Traveling & Living in Japan di blog ini tetap berjalan seperti biasa mrgreen  ngeeee. 

Lawatan sambil belajar kali ini ke Noritake Factory Outlet di Imari, Saga. Masa pergi ni rasanya hari ke-2 berpuasa, masih segar bugar lagi. Tak plan sangat nak pergi tapi macam tiba2 teringin nak pergi sebab macam mengidam pulak bila tengok kawan2 kat sini dah pakat2 beli. 


Sumpah sebelum sampai Jepun ni, I tak pernah dengar pun pasal pinggan mangkuk Noritake ni. Yang selalu I dengar pun ialah Arcopal, Arcoroc dan Corelle je dari Arwah Ma dulu. Arwah Ma memang pengumpul tegar pinggan mangkuk ni semua, so I malas lah nak beli set pinggan ke apa lagi sebab ingat nak pau je set2 Arwah Ma tu.Lagipun rasa macam muda lagi nak start kumpul tableware and cooking set ni *perasan muda, tak sedar diri dah tua* gatai.


To those yang jakun macam I dan mungkin tak pernah dengar pasal Noritake, it is actually tableware pieces which is also known as the world's famous Japan's porcelain ware. Untuk member2 kat Jepun, boleh refer oulet untuk Noritake ni kat SINI. Member2 siap cakap harga Noritake set ni kat Malaysia, harganya boleh mencecah ribuan RM. "Jadi alang2 dah duk Jepun, elok lah beli jugak Noritake set ni untuk diri sendiri"..gitulah lebih kurang apa yang ada di fikiran I hari tu.


Perjalanan naik kereta dari rumah ke Noritake Factory Outlet di Imari, Saga ini lebih kurang 2 jam jugak dari rumah kitorang. I siap2 bawak bekal lunch untuk suap SN kat dalam kereta. Mujur mommy tak terlupa yang mommy tengah puasa, if not silap2 I ngap lunch sekali dengan SN eheh.

Sebelum masuk sempat jugak hubby & SN posing kat depan kedai. mentang2 lah tak ada orang lain selain kitorang je kat situ eheh.

+- sengih la dulu sebab tak tahu yang kejap lagi isi kandungan wallet bakal di nipiskan -+


Sampai sana around pukul 11 lebih, matahari memancar terik. Cepat2 masuk dalam kedai dan sejukkan diri dengan air cond dalam kedai.

+- pemandangan dalam kedai -+

Bila dah masuk dalam kedai dan round dalam tu, mula2 niat di hati nak ambik set paling murah je la. 

+- pinggan 27cm 6000 yen (RM 240) -+

+- silver pun cun jugak -+


Plan asal kan cuma niat nak memiliki noritake je...tapi errr tapi kan boleh pulak macam rambang mata bila dah masuk dalam tu, rasa macam semua design pun lawa, especially design yang mahal2 tu lah gatai hahahaha.

+- yang ni sekadar untuk cuci mata je lah -+

+- hitam itu menawan -+

+- rambang mata tak tengok design2 tu? -+


Lagi best bila hubby yang mula2 malas layan kerenah wife dia ni pun tiba2 join sekaki masa I pilih set idaman hati. Hasilnya dapatlah jugak I grab 1 set pinggan nasi + pinggan lauk + cawan + piring. Also, I amik teapot + pinggan oval untuk lauk + mangkuk kuah. Agak terketar2 ala parkinson jugaklah tangan masa nak bayar tu, tapi cepat2 pejam mata + kuatkan tekad dan assume ini sebagai pelaburan jangka panjang gatai eheh.

+- antara yang di angkut dari kedai pada hari lawatan -+


Sebelum balik, mak buyong pulak sempat posing kat depan kedai Noritake Factory Outlet di Imari, Saga sebagai kenang-kenangan sempena lawatan sambil belajar sambil menipiskan poket yang tak seberapa tebal ini mrgreen  ngeeee.

+- pose sakit pinggang lepas dah selesai menipiskan ketebalan wallet -+

Psssstt : rasa2nya set ini akan duduk diam2 dalam almari sampailah anak2 dah besar  panjang nanti baru boleh guna. Kalau pecah ni, mau menangis tak berlagu mommy & daddy karang.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...