CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday 31 July 2012

Family Day FUKU3M

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Ohoii..sedar tak sedar kita dah pun masuk ke penghujung Julai...Ramadhan pun dah masuk hari ke 11. Dah masuk hujung bulan baru teringat nak cerita pasal kisah Family Day FUKU(3)M yang di adakan pada 8 Julai hari tu *2 minggu sebelum puasa*. FUKU3M ialah persatuan untuk Malaysians di Fukuoka ni. 

Aktiviti family day merupakan aktiviti tahunan untuk FUKU3M macam yang pernah I cerita kat entry INI dan INI untuk tahun2 lepas. Untuk tahun 2012 ini, event ni di buat kat Nagatani Dam. Mula2 mak buyong rasa macam malas nak pergi sebab dah banyak kali kitorang buat majlis makan2 kat Nagatani Dam tu, konon2 macam dah boring lah nak pergi situ tapi bila tengok  kat menu makanan yang di sediakan untuk hari tu...terus berubah fikiran. Dasar si boyot yang kuat makan eheh.

Event start pukul 9 pagi konon2nya, tapi ramai jugak yang datang lambat. Here are the list of events that took place on that day :-

(1) BBQ
Setiap keluarga sediakan juadah untuk di bakar. My family buat ikan bakar berempah, ada ayam madu, ayam BBQ, dan macam2 jenis ayam lah. 

+- macam2 ada -+

Kerja bakar membakar pada mulanya di monopoli oleh kaum lelaki tapi masa diorang main game untuk sukaneka, kaum wanita pulak ambil alih. Itupun mak buyong tukang tengok dan tukang makan je eheh.

 +- bakar membakar -+


(2) Makan-makan
Ini acara yang paling di tunggu-tunggu oleh mak buyong. Selain bawak ikan bakar berempah tu, mak buyong prepared mee kari jugak. Selain itu, ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila makanan lain yang di bawa oleh ahli FUKU3M. 

+- macam2 juadah ada -+

Sumpah banyak, sampai sendat perut nak makan. Paling best, siap ada macam2 resepi inspired by Masterchef Selebriti Malaysia e.g. karipap pusing, kuih butir nangka and etc. Makanan2 lain yang ada macam tiramius, mee goreng, mee bandung, kek pisang, lasagna dan macam2 lagi lah.


(3) Sukaneka
Di bahagikan kepada 3 kategori iaitu :-
(a) Kanak-kanak
Ada beberapa game untuk kanak2 contohnya tiup belon + pijak sampai pecah, kutip gula2, dan isi air dalam botol. ABg SN pun bersemangat jugak nak join sekali walaupun dia duk dalam group yang paling kecik kat situ, lantaklah janji happy kan. Bukan main suka lagi bila dapat kutip gula2, penuh tangan sampai tak muat nak isi dalam poket seluar.

+- ceria je Abg SN masa beratur tunggu giliran -+

+- games untuk kanak2 -+

(b) Lelaki
Games untuk kaum lelaki pulak memancing botol air, isi air dalam botol, passing bola pingpong guna chopstick dan juga dukung anak sambil kepit belon. Game paling best ialah game yang kepit belon sambil dukung anak tu la, lawak okeh tengok sorang2 jalan terkepit2 ekekeke.

+- beria masing2 tiup belon untuk di kepit di celah kaki -+

+- games untuk kaum lelaki -+

+- abaikan suara mak buyong yang over cheering "Go DADDY Go!"-+

(c) Wanita
Untuk kaum wanita, kitorang dah bagi syarat siap2 kepada pengajur games yang sebarang games untuk kitorang tidak boleh melibatkan aktiviti yang kena lari2...aktiviti setempat je yang di benarkan *kalau ada aktiviti lari2 nanti mak buyong tak leh nak join ekekeke*. Kitorang cuma main 2 games iaitu isi air dalam botol dan passing bola pingpong guna chopstic. 

+- perbincangan strategi dan taktik nak menang -+

+- isi air dalam botol -+

+- passing bola pingpong guna chopstick, muka2 sorang2 komited gila -+

Standard lah kalau gegirls punya game, kecoh nya lain macam sikit. Bukan main riuh sorang2 buat strategi nak menang. Tapi macam biasa lah, group yang ada I lah yang menang #blow- nails-flip-hair. Itu nama dia tuah mak buyong ekkeke *koya je mak buyong, padahal orang lain yang bersungguh2 nak bagi team kitorang menang*.

+- team gegirl yang MENANG -+

+- team gegirl yang MENANGgung kekalahan -+


(4) Solat zohor berjemaah
Tengah2 bersuka ria tu, kewajipan selaku hambaNya tidak di lupakan. Bila masuk waktu Zohor, ahli2 FUKU3M solat berjemaah dan lepas tu ada buat mesyuarat sikit bincang preparation untuk Grand Iftar kat Masjid Fukuoka nanti.

+- solat zohor berjemaah -+


(5) Penyampaian hadiah
Semua kanak2 dapat hadiah tak kira menang ke kalah. Untuk dewasa pulak, ada hadiah untuk cabutan bertuah sebanyak 20 cabutan. Mak buyong pun bertuah jugak, dapat hadiah penapis sayur; jadi lah daripada tak dapat apa2 lansung kan eheh.

+- macam2 ekpresi muka ada masa sesi penyampaian hadiah ni -+


(6) Sesi bergambar
Acara penutup untuk hari itu ialah sesi bergambar. Macam biasalah mula2 gambar kaum wanita, lepas tu kaum lelaki, lepas tu gambar semua ahli dan di akhiri dengan banner di rebut-rebut untuk gambar family dan individuals pulak ngeee.

+- gegirls FUKU3M -+

+- boys boboyot FUKU3M -+

+- SN's family, eh Abg SN posing tak macho lak, mencangkung dan masam mencuka -+

+- okeh gambar ni Abg SN senyum manis di sisi mommy yang boyot -+

Pssstt : tengah pilih gambar mana yang sesuai nak hantar kat Salam Perantau untuk tahun ini eheh.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Friday 27 July 2012

Ujian SENANG dan Ujian SUSAH

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Ujian itu ada 2 jenis, ujian SUSAH dan ujian SENANG. Biasanya manusia ini lebih mengingati Allah pada saat di beri ujian SUSAH dan alpa bila di uji dengan SENANG. Sama-sama kita renung balik dalam diri kita sendiri.

Ujian kesusahan
  • Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: [Surah al-Baqarah, ayat 155] 
  • (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."[Surah al-Baqarah, ayat 156] 
  • Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. [Surah al-Baqarah, ayat 157]

Ujian kesenangan
  • “Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semua yang(biasa) kamu seru, kecuali DIA(ALLAH). Tetapi apabila DIA menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari ALLAH) dan manusia memang selalunya kufur” [Surah Al-Israa, ayat 67].
 

Untuk orang2 yang lebih SENANG, mungkin orang2 yang agak SUSAH seperti mereka2 di bawah ini memerlukan sedikit bantuan sumbangan dari anda.

(1) Program Bertadarus Al-Quran bersama Anak Ulu Semera, Sarawak
Memerlukan bantuan anda untuk memberi sumbangan berbentuk wang ringgit untuk membeli.
  • Al Quran untuk orang kampung
  • Bantuan kepada surau kerana baru-baru ini surau mengalami banjir, hanya beberapa naskah al quran sahaja dapat diselamatkan. Beberapa perabot telah rosak teruk.
  • Sedikit sagu hati dan barangan akan diberi pada setiap perserta di pagi raya.
  • Sedikit sagu hati kepada AJK surau yang memantau tadarus itu dijalankan.
+- Info lanjut : klik SINI -+


(2)  Anak2 Ummu Sofea, Terong, Perak
Kami memerlukan bantuan baju raya dan duit raya untuk anak-anak Ummu Sofea di Terong, Perak. Insyaallah kami akan berangkat pada 11 Ogos kesana. PM di Inbox FB Norhayati Berahim atau e-mail nbkara@yahoo.com untuk mendapatkan nombor akaun.

 +- Info lanjut : klik SINI -+


(3) Angah berumur 5 tahun, menderita penyakit Leukimia dan kanser pada duburnya. 
Akaun : ASFA ZURA MOHD NOOR 162311000302 MAYBANK
*Akaun bank Ibu Saudara Angah, iaitu adik kepada Bapa Angah.

+- Info lanjut :klik SINI -+


(4)  Tabung Ahmad Sufi 
Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal. Ahmad Sufi telah dipindahkan ke Canberra Hospital sehingga kini, kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.

Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)

CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)

Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

 +- Info lanjut :klik SINI -+

(5) Alia Haryani, ibu tunggal dengan anak kecil yang telah sakit sejak sekian lama 
Alia Haryani,ibu tunggal yg tiada pendapatan,dgn anak kecil terpaksa bertarung dgn kesakitan dan terpaksa mendapat rawatan dan tinggal di HUSM, Kelantan bersama anak kecilnya sejak sekian lama.

 +-gambar dari blog beliau -+


Akaun : Haryani bt Mat Hussin -(Maybank) - 1640-3426-6923.

Untuk info lanjut, bacalah kisah yang beliau coretkan di blgo beliau Alia Haryanie.


(6) Ibu Tunggal Anak 3 Memerlukan Bantuan Perkakas Rumah
Seorang ibu tunggal anak 3 orang remaja lelaki hidup sehelai sepinggang sebelum menumpang di rumah seorang kawan yg juga ibu tunggal anak 5 orang selama sebulan. Kini mereka baru dapat berdikari sikit menyewa rumah di Shah Alam dekat dgn sekolah anak-anaknya. Tapi rumah tu kosong. Yg ada cuma pakaian mereka, buku sekolah anak-anak dan sehelai comforter untuk alas tidur. 

Cuba check rumah korang kalau ada barang-barang yang tak digunakan, beli lebih tapi tak pakai-pakai, hadiah kahwin bertahun lepas masih dok dalam kotak lebih baik beri pada mereka yang amat memerlukan sebagai sokongan untuk mereka terus berdiri.

Info lanjut tentang barang2 yang di perlukan, boleh RUJUK SINI. Lokasi pengumpulan barang akan dibuka di 2 tempat: Shah Alam dan Taman Permata. Target Tarikh Penghantaran Barang: 30 Julai 2012. (Isnin).


Kesenangan memang mudah buat kita lupa.Kesenangan itu dikejar dengan berlebih-lebihan sehingga menjauhkan diri daripada ALLAH, dan bila dikecapi, tambah menjauhkan diri daripadaNya. Bergeraklah, bersyukurlah dengan kesenangan yang kita ada, dan kembalilah kepada ALLAH SWT dalam keadaan hati yang sempurna. Hal ini kerana, setinggi mana pun kita, kita hanyalah HAMBA kepadaNya

Pssssttt : "baju raya beratus-ratus boleh beli, nak hulur derma sepuluh dua pun berkira ke", kataku pada diri sendiri.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Thursday 26 July 2012

25th weeks check-up SN Jr

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Alhamdulillah, hari ini kandungan mak buyong dah masuk 27 weeks 4 days; dah nak masuk 28th weeks i.e 7 bulan; which means tak lama lagi mak buyong akan menjejak ke 3rd trimester...phewww; cepat rasanya masa berlalu. Last 2 weeks, macam biasa hubby & I went to Red Cross Hospital, Fukuoka for Baby SN Jr's 25th weeks check up.

Typical examination were performed :-
      # weight -->53.25kg *naik 1.5kg dari bulan lepas*
      # blood pressure --> 57-103 mmHg *normal*
      # urine test (for sugar and protein) --> normal
      # circumference of abdomen --> 80cm *eh naik 1cm je dari bulan lepas*


Lepas tu tunggu giliran untuk berjumpa Gynae nak check baby pulak. As usual, ultrasound abdominal scan were performed. Kali ni Dr bagi printed image yang nampak mata baby pulak. Bulan lepas Dr bagi yang nampak lubang hidung, bulan ni bagi nampak mata je pulak..apakah Dr nak suruh mommy buat jingsaw puzzle gambar Baby SN Jr
gatai ekekekke.
 
+- BPD (bi-parietal/head diameter) : This is the measurement of a line drawn from ear to ear, through the brain. --> 6.0cm -+
  
+- gambar terkini baby bump mak buyong @27th weeks -+
 
 
On another note, Abg SN semakin hari semakin dasyat dia punya rengekan dan tahap mengada-ngadanya. Nak mandi pagi2 sebelum pergi nursery, mommy yang kena dukung ke bathroom. 
 
Daddy lagi kesian, selalu kena dukung budak 13kg tu dari tingkat bawah sampailah ke tingkat 5. Dah la kiri kanan kat tangan daddy penuh dengan barang2, kalau dah tak muat tangan nak dukung...daddy pikul je dia letak kat atas bahu...bergayutlah Abg SN kat situ macam koala gatai hahaha. Mommy tukang tengok je, nak bawak perut sendiri naik tangga nak bagi sampai tingkat 5 hari2 pun dah rasa senak sangat perut huuhuhu.

 
+- SN jadi koala, buli daddy dari tingkat bawah sampai ke dalam rumah -+
 

Also, all praises due to Allah.... Alhamdulillah despite the hot weather here in Fukuoka, mak buyong masih mampu berpuasa dan berterawih sehingga ke hari ke-6 ini. Semoga Allah permudahkanlah untuk I berpuasa penuh dan berterawih sampai ke akhir Ramadhan 1433H ini, Insya Allah.
 
 
+- ramalan suhu minggu depan. Yang warna merah tu suhu maximum dan warna biru tu suhu minimum i.e. around 26~35°C minggu depan. boleh tahan panas la jugak tu -+
 
Pssssttt : Is it normal to feel a slight pain kat bawah perut in my 27th weeks of pregnancy?. Sekarang ni kalau duduk lama2, bila bangun rasa senak pulak kat bawah perut tu, berjalan pun dah kengkang..nak catwalk pun dah x mampu mrgreen  ngeee.
 
 ~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Wednesday 25 July 2012

(WW 30): Kek 1 Ramadhan dan budak perasan

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Al-kisahnya mak buyong mengidam nak makan kek aiskrim Baskin Robbin untuk menyambut 1 Ramadhan 1433H. Jadi hari Jumaat tu, ajak hubby ke Aeon Jusco berdekatan rumah dan beli kek sempena 1 Ramadhan.



Bila bawak balik kek kat rumah, ada budak kecik yang over excited sebab ingat itu kek birthday dia. Amboi 3x, berapa kali nya birthday kamu dalam setahun oh anakku.
 

Pssssttt:  Beria-ria je kononnya mengidam, bila dah beli makannya seciput je pun. Dasar mak buyong bernafsu naga bila masuk bab makanan.

 

Tuesday 24 July 2012

Raya outfits from Malaysia's famous designers



Kalau sebut nama Rizalman, Radzuan Radziwill and Jovian Mandagie, automatik kepala akan terbayang rekaan baju diorang yang biasanya di pakai golongan artis dan socialite ke big functions dan special events je kan. Ohoi, tapi sekarang tidak lagi okeh...NO NO NO *sambil angkat jari telunjuk dan gerak kan ke kiri ke kanan dan gelengkan kepala*. 

Golongan marhaen macam I pun dah boleh merasa jugak nak bergaya dengan baju2 rekaan top designers ni untuk Raya 2012. Lately macam dah jadi trend pulak untuk top designers ni keluarkan designs yang affordable so that orang2 kebanyakan *dan cheapskate* macam I ni bolehlah tumpang bergaya tanpa perlu mengeluarkan kos beribu-ribu macam golongan kaya raya duit-banyak-tak-tahu-mana-nak-campak tu.


(1) 20 by Rizalman

Renowned Malaysian designer Rizalman Ibrahim is collaborating with Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd (Tesco) this Raya to offer an exclusive line of clothing that is trendy yet accessible and affordable priced from RM180 to RM250 each. 

The collection features 12 baju kurung and kebaya in designs that are modern, elegant and original. Rizalman's trademark silhouette cut also comes into play in this limited edition collection for Tesco. He has chosen to work with jersey and lace to project elegance and a vintage feel in his designs. Patterns are an interesting mix of block colours, floral, polka dots and stripes.



tesco
+- Rizalman Ibrahim (centre) and models kick into high gear for Hari Raya. Pix courtesy of Rizalman Enterprise and Mohd Azren Jamaludin. Source : here -+

+- Sumpah lawa yang ni. I want..I want..I want! -+ Source : here



Born in Indonesia and raised in KL, this 24 years old designer have become one of Malaysia's top couturier especially among the celebrities.  

Untuk raya kali ni, rasanya Jovian ada buat collection Aviraya yang boleh di dapati di butik First Lady ataupun koleksi Jovian at Zalora. Yang ini I tepek gambar2 dari koleksi Jovian kat Zalora. Sumpah drooling sampai air liur meleleh-leleh ke lantai.








 Baru sahaja di lancarkan hari ini pukul 11 pagi, alih2 dah banyak yang out of stock.

 Price range is from RM 119 to RM 179 only!.


Sekarang ini dah senang nak beli baju raya, tak payah susah bersesak2 pergi kedai. Semuanya di hujung jari, badan tak letih yang letih pun cuma jari sebab nak scroll mouse je hehehe.

Tunggu apa lagi, grab your piece today kalau tak mahu melepas

Pssstt : mak buyong telan air liur je tengok, nak beli takut tak muat. Errr, tapi rasanya yg design kaftan tu boleh muat kot nak pakai raya nanti ek?. Kalau gitu, mak buyong pun nak exercise jari jugak sekarang...tata daaaaaa.


~ Thanks for reading this (^-*) ~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...