Pernah tak korang tiba2 terjaga di tengah2 malam, lepas tu mata terkebil-kebil tak boleh nak sambung tidur balik. Dalam pada berusaha nak sambung tidur balik tu, fikiran melayang entah ke mana, menerewang ingat kan kisah silam yang dah tak penting pun dalam hidup sekarang.
Sedangkan sebenarnya, lebih afdhal kalau sewaktu terjaga di tengah malam itu; kita bangun menunaikan solat2 sunat seperti tahajud, Hajat, Taubat dan sebagainya darupada kita berusaha bersungguh2 untuk memejamkan mata nak sambung tidur. Lagipun, berapa minit sangatlah qiyamullail tu; tak menggangu pun masa tidur 6-8jam kita tu.
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud”
padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit
dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’: 79)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di
dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang
diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia
dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu
beristighfar kepada Allah (memohon ampun).”(Surah az-Zariyat ayat 15
hingga 18)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat
keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan
pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil
sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih
serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong
takbur. Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan
amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan
perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan
sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.” (Surah as-Sajadah
ayat 15 & 16)
Bukan nak kata kat orang lain, tapi mengaku yang diri sendiri pun macam tu. Selalu sangat terjaga tengah malam masa SN merengek; tapi lepas tu tetap sambung tidur semula instead of qiyamullail. Astaghfirullah, sepatutnya bersyukur sebab SN menangis merengek...kiranya mungin itu salah satu anugerah dari Allah supaya I bangun beribadat kepada-Nya.
Semoga di kurniakan kekuatan hati dan iman untuk qiyamullail di malam2 selepas ini. Insya Allah, Ameen..Ameen..Ameen.
JazakAllah Khayr (جزاك اللهُ خيراً) = "May God reward you with goodness."
Pssssttt : “Jumu’ah Mubarak!” to all of you...may this Friday brings barakah in your life..Ameen
~ Thanks for reading this (^-*) ~
19 words of wisdom & comments:
sama lah..kadang2 terjaga sebab panggilan qada' hajat pun tak sedar sedar lagi yg kita dibangunkan utk menambah pahala dari ibadat sunat..semoga ramadhan nanti dapat buat lebih lagi..
peringatan untuk diri sendiri juga.
Ya, betul kata Rai. Saya yang ada penyakit overactive bladder ni setiap malam tak sah kalau tak bangun untuk ke bilik air. Tapi berapa kali sangatla yang solatnya, kalau bangun sekitar jam 1-2 pagi tu confirm tido balik. Kalau dah pukul 4 tu baru la nak solat sekali, sebab lepas tu terus sambung buat kerja rumah. risau sangat tak cukup tido. Berkiranya kita dengan Allah kan.
Terima kasih Yatie kerana berkongsi.. Akak linkkan entri Yatie ni dalam blog ye.. :)
Thanks for the info. Selalu jugak akak terjaga tapi tu la, manusia kan???
Ameen... :)
tu la.selalu bagi setan je menang.
main2 henpon kalo xleh tido..sampai tlelap balik
suke sgt baca entri2 kak yatiechomeyl ni!=)
mace abah sokmo pesey, "jge dok besar sgt ko tido tu". huhu
thanks yatie. sekurg2 kalo x dpt nak bgn, kena ingat utk berdoa
terima kasih yatie atas peringatan :)
moga kita semua diberi kekuatan utk sama2 berqiyamullail bila terjaga kelak
n3 buat diri sendiri tertanya sendiri ni...baguih peringatan untuk diri ai sendiri gak n3 ni
Rai : Insya Allah, harap2nya gitu lah
Rinah : sama2 lah kita inat mengingatkan :)
Aina : tu la, sedangkan Allah x pernah berkira dgn kita huhuuuh
Nur-nba : sila2 :)
Teratak Hami : aah , manusia pastu tmbh lg dgn hasutan syaitan aiyarkkkkk
Kak As : :)
Isabelle : aah sam alah, mas amain henpon xngantuk pulak kan? huhuhuu
Mrs H : kalau suka, dtg la bvaca lagi ye :)
kak nur : tu la, tp tdo meme nikmat ehehe
Oyis : yup, jolo doh..at least doa sikit pun jadi lah
Nadiah : u r most welcome dear :)
Affieza : Insya Allah, ameen
Lady ayu : sama2 lah kita ye usaha lebih gigih lg :)
Post a Comment