CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 29 September 2011

Customer service di Jepun sangat tip top

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Two days ago I went to open a new bank account.Urusan nya senang dan agak cepat sebab officer tu boleh cakap English. Urusan isi borang pun semua di buat menggunakan komputer je, so tak perlu I susah payah nak berdebar-debar bila di minta tulis alamat dengan tulisan kanji tu *dah 3 tahun duduk jepun pun tak pass2 lagi tulis alamat guna tulisan kanji ni, haisyyy*. Alhamdulillah urusan berjalan lancar dan dapatlah I bawak balik kad ATM warna pink yang I pilih dari berpuluh-puluh lagi warna lain yang ada sebagai pilihan.

+- kad ATM warna pink yang sungguh chomeyl -+


Bila I check kad tu, ada kesilapan dari segi ejaan nama I tapi I ingat kesilapan tu OK je sebab diorang ikut ejaan untuk tulisan katakana. Contohnya kalau ikut ejaan Romaji (English), nama I ialah --> Yatie Chomeyl tapi kalau ikut ejaan katakana, nama I akan jadi --> ヤテイ チョメル (Yati Comeru). Yang di print atas kad tu kiranya yang nama "Yati Comeru" dan bukannya " Yatie Chomeyl". So I assume tak ada masalah lah ikut ejaan mana-mana pun as long as boleh guna kad tu. Alih-alih bila I dah kat lab, I dapat call dari orang bank mintak I ke bank semula untuk tukar kad.


Since I dah ada kat lab, I malas lah nak patah balik ke bank terus. I pergi semula ke bank sebelum diorang kunci pintu. Actually, I sampai depan pintu bank tu pukul 5.01 ptg; diorang dah kunci pun pintu tapi tetap I dapat masuk sebab officer tengah tunggu I.

Sebaik sahaja I masuk, dua orang officer kat bank tu tertunduk-tunduk minta maf sebab terpaksa susahkan I kena datang semula ke bank. Diorang uruskan kad baru untuk I dan sepanjang proses tu diorang tak berhenti-henti minta maaf di atas kesilapan diorang.

http://pochp.files.wordpress.com/2009/11/japanese-bow1.jpg
 +- Japanese bow. Source: here -+


Apa yang I kagum pasal customer service di Jepun ini ialah diorang sangat-sangat mementingkan keselesan pelanggan. Bukan setakat di bank, mana-mana kedai pun layanan kepada pelanggan ialah tip top. Tak kira lah kat kedai hadiah ke, kedai pakaian ke, kedai handbag ke, kedai makan Eating ke malahan kedai runcit sekalipun. Diorang tak ada nak pilih bulu based on pakaian ke, kereta ke atau apa-apa lah. 


Secara am nya, layanan tip top kepada pelanggan di Jepun ini ialah :-

(1) Welcoming gestures
• bila ada pelanggan masuk kat kedai, pekerja-pekerja akan mengucapkan いらっしゃいませ~ "Irasshaimase" (welcome) kuat-kuat untuk mengalukan kehadiran pelanggan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgP3HfMSMMPqRv8Yk92lFJd2kzoN6LdhK6JYPu3RZu96RAyOILkPESCY-MZWV4uUpAoELCDgtV_S_f164jcLMDQzsSWsGCzaTxJoAgHcyq62qhmAy8uNIs1EvGcD6ByY3-TpPOeuzFvCUkj/s1600/%E3%81%84%E3%82%89%E3%81%A3%E3%81%97%E3%82%83%E3%81%84%E3%81%BE%E3%81%9B.jpg
+- senyum manis sambil tundukkn kepala. source: here -+


(2) Service
• biasanya kalau masa shopping, diorang tak akan berdiri kat tepi pelanggan yang akan membuatkan pelanggan rasa rimas nak membelek. Diorang akan datang hanya bila di panggil.
• kalau minta tolong untuk cari kan barang, pekerja kedai akan membantu dengan bersungguh-sungguh walaupun barang yang nak di beli tu murah saja harganya.
• kalau masuk kedai mahal dengan berpakaian selekeh sekalipun diorang tetap layan sama macam pelanggan yang lain. Tak kisah lah pakai selipar toilet dengan t-shirt lusuh pun, tetap boleh masuk pusing-pusing dalam butik Burberry ataupun Just Cavalli dengan sempoinya.
• bila sampai ke kaunter untuk buat pembayaran, cashier akan cakap "sorry for keeping you waiting" tak kira lah kita beratur lama atau kejap, tetap diorang akan cakap gitu.
• pekedai juga menghargai pelanggan yang setia dengan barangan yang di jual. Contohnya macam kalau kita masuk butik Coach sambil pakai beg Coach, mereka akan cakap "terima kasih sebab membeli barangan kami" sambil tunjuk kat bag yang tengah kita pakai tu. *rasa seronok la sebab rasa di hargai walaupun masuk kedai setakat untuk window shopping je pun*

http://blog.masslive.com/breakingnews/2009/07/Coach.jpg 
+-  senyuman akak ni buat pelanggan rasa nak masuk butik Coach hari-hari *untuk window shopping*. Source: here -+



(3)Leaving gestures
• sebelum melangkah keluar je dari pintu mereka akan jerit kuat-kuat ありがとう ございます "Arigatou Gozaimasu" (thank you) untuk menghargai pelanggan yang telah sudi masuk ke kedai mereka. Tak kira lah kita shopping ke tak, mereka tetap ucapkan terima kasih walaupun setakat masuk jenguk-jenguk window shopping je Very Happy *macam yang I selalu buat*.

http://www.original-towel.jp/image/info/guest-thank-you.jpg
+- ecewah, makcik ni siap lambai-lambai tangan lagi kat customer dia. source: here -+


(4) Apologizing gestures
• bila berlaku kesulitan atau kesilapan yang menyusahkan pelanggan, mereka akan minta maaf banyak kali sambil menundukkan badan dan kepala.
• kalau proses untuk mengatasi kesulitan itu agak lama, mereka akan sediakan drinks untuk di minum masa menunggu.
• kalau kesilapan itu agak besar, mereka akan berikan goodies sebagai tanda maaf dan juga untuk mengambil hati pelanggan semula *macam kesulitan yang I hadapi masa nak register iPhone sampai I diberi tiket menonton Softball percuma --> entry Watching a Baseball Game at Fukuoka Yahoo Dome sehingga hampir tertidur

+- kenangan tengok baseball match di Fukuoka Yahoo Dome hasil ihsan tiket free dari Softbank sebagai tanda minta maaf sebab urusan register iPhone ambil masa agak lama untuk di selesaikan -+


Niat I share pengalaman ini bukannya nak merendah-rendahkan mutu khidmat pelanggan oleh pekedai di Malaysia tapi sebagai perkongsian. Moga-moga ada yang akan ambil positif perkara tentang layanan pelanggan ini dan memperbaiki khidmat yang di sediakan.


Pssstttt : layanan tip top ini bukan setakat di kedai, malah di pejabat dan klinik pun macam ni jugak. Sebab tu I tak takut nak pergi klinik gigi kat sini, sebab nurse dan Dr nya Nurse baik dan sopan santun. Kalau klinik gigi kat Malaysia, ya ampunnnnnnnnn...tengok muka orang yang jaga kaunter tu pun I dah rasa nak terkencing ketakutan Creep.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Tuesday 27 September 2011

Nuffnang earnings for blog Yatiechomeyl

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Dah dekat 2 tahun lebih dah blog Yatie Chomeyl ini di temani oleh iklan dari Nuffnang. Terlintas niat nak share pasal Nuffnang ni bila ada kawan-kawan I kat sini yang baca blog I *lambai2 tangan kat diorang* yang tanya pasal iklan Nuffnang ni. 

Untuk yang baru nak berkecimpung dengan Nuffnang kat blog diorang sepatutnya kena tahu pasal :-
1) Para Blogger akan mula menjana pendapatan apabila iklan disiarkan daripada pihak Advertiser di Nuffnang

2) Secara umumnya terdapat dua jenis iklan berbayar: CPC (Cost Per Click) dan mCPM (Metered Cost Per Impression).
• Bayaran untuk iklan CPC akan diberi berdasarkan jumlah klik unik terkumpul daripada setiap iklan CPC yang disiarkan.
• Kempen mCPM membenarkan pihak Advertiser memilih senarai blog yang akan memaparkan iklan mereka.  Klik tidak diperlukan untuk menjana pendapatan, tetapi anda boleh mendapat bonus sekiranya markah CTR (click through ratio) anda tinggi.
 
3) Perkara yang amat dilarang bagi setiap ahli Nuffnang ialah melakukan aktiviti click fraud. Click fraud didefinisikan sebagai perlakuan memanipulasi bilangan klik yang diterima unit iklan di dalam blog (contoh: klik unit iklan di dalam blog secara berulang-ulang, menukar alamat IP komputer sendiri, atau meminta pihak lain melakukannya). 
• Anda dibenarkan untuk klik pada unit iklan sendiri sekiranya berminat dalam produk/perkhidmatan yang disiarkan, tetapi ia adalah satu kesalahan sekiranya anda ingin memanipulasi bilangan klik kerana ini melanggar terma perkhidmatan Nuffnang. (maksudnya klik sekali pun dah cukup, tak perlu klik banyak-banyak kali konon-konon nak cepat-cepat tambah duit Nuffnang tu).

4) Setelah pendapatan anda mencapai minimum RM50, anda boleh memilih untuk mengeluarkannya ke dalam bentuk cek bayaran.


So, I harap penjelesan ini dapat menjawab persoalan yang bersarang di minda kawan-kawan I. If kawan-kawan yang tengah baca blog I ini berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklan yang di siarkan di blog I ini, sudi-sudikanlah klik kat banner area Commercial Break di sidebar blog ini.



Setakat ini I belum lagi cash out earnings terkumpul hasil iklan yang tersiar kat blog ini. Masa mula-mula I letakkan Nuffnang kat blog I, hubby gelakkan je tengok earnings I RM 0.25. Sekarang ini, Alhamdulillah dah menjejak ke tiga angka lah earnings yang I kumpul tu.

+- current earnings untuk blog Yatie Chomeyl -+


I pernah bagitahu hubby I akan cash out bila earnings I dah sampai RM1000 *saja nak bagi motivation untuk diri sendiri*. Agak-agak korang bila lah earnings Nuffnang I nak sampai 1K ni?.


Pssssttt : I always remind myself that my first intention to write in this blog is to share my thoughts and experiences. Tapi dah alang-alang ada orang nak bayar iklan, apa salahnya I grab the opportunity ye tak?.


~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

Monday 26 September 2011

I've never felt this patriotic before

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Sambung lagi cerita pasal game Jepun Olimpik VS Malaysia Olimpik kat Stadium Tosu, Fukuoka on 21st September 2011 tu. Kat entry Penyokong Jepun cakap "Nippon BOLEH" [Malaysia VS Japan] tu I cuma tunjuk gambar-gambar pemain dan jugak video suasana penyokong.Untuk hari ini I nak cerita kemeriahan dan pengalaman menjadi penonton untuk game malam tu.

+- penyokong cilik -+

 
Walaupun perlawanan bermula pukul 8 malam tapi kami bertolak pukul 4.30 ptg dari Fukuoka. It took us about 1 hour ride with car. Sebelum tu, jemput adik hubby kat airport then terus gerak ke stadium. Sampai kat tempat parking baru kami tukar pakai jersey Malaysia. Pastu nampak orang Jepun kat kereta sebelah pun tengah tukar jersey jugak dalam kereta. Masing-masing jeling jersey team lawan konon-konon macam nak ajak gaduh la, last-last kitorang gelakkan ketololan diri sendiri mrgreen eheh.

 
 +- jalan kaki dari tempat parking kereta ke stadium -+


Lepas tu kitorang berkumpul depan hotel kat stadium itu untuk tungu dapat tiket dan juga jersey penyokong yang di taja khas. Bila masuk waktu, solat Maghrib dulu beramai-ramai kat bawah pokok depan stadium tu. Alhamdulillah, bola bola jugak..solat jangan lupa ye.

 
+- jom solat dulu, lepas tu baru tengok bola -+

 
Bila dapat je jersey dan tiket serta banner penyokong yang bertulis "TEAM MALAYSIA"; kami posing lagi sedas dua. Terima kasih banyak-banyak lah kat penaja yang terlibat menaja tiket dan jersey penyokong Malaysia malam tu especially Kementerian Belia & Sukan, FAM, TM, Pengurus Pasukan Olimpik dan lain-lain.



Banner tu mula-mula I ikat kat pinggang buat macam pareo, then rasa tak berapa chomeyl pulak. So I pakai kat kepala, konon2 shawl gitu, kellllas kau maria!. jelir  Hubby and SN pulak ikat banner tu buat tanjak kat kepala. terus diorang nampak macam Hang Tuah Buah dengan Hang Jebat Lebat tu.

+- Woman Supporters..... Rock!! -+

+- banner boleh juga di gayakan sebagai Shawl dan Tanjak -+


Around 7.45 baru kami masuk dalam stadium. Kecik je tempat yang di sediakan untuk penyokong Malaysia tu. Redha saja lah, sebab kat tempat orang kan. Dapat masuk pun dah cukup bersyukur. 

+- jalan ramai-ramai gerak masuk stadium -+


Walaupun I ada seat untuk malam tu, tapi most of the time I berdiri je sepanjang tengok game malam tu. Bila dah balik rumah baru rasa lenguh, masa semangat menyokong tu membuak-buak dalam dada; lansung tak rasa lenguh berdiri berjam-jam.

+- apalah sangat berdiri sambil dukung anak berbanding player yang duk berlari-larian atas padang -+


National anthem was sing before the game begin. Dah bertahun-tahun lama nya I tak nyanyi lagu Negaraku tapi malam itu kami penyokong Malaysia menyanyi dengan penuh bersemangat. Lontaran suara lantang, vibrato dan falsetto yang sempurna (bajet pengkritik AF) di iringi dengan perasaan bangga pada negara meresap terus ke dalam dada. Serius I boleh rasa meremang bulu roma lepas habis nyanyi. 

 
 +- bersedia nak nyanyi Negaraku. muka patriotik habis -+


Throughout the game, memang sorakan kami tak kedengaran sangat lah sebab nisbah kami terlalu kecil di bandingkan dengan penyokong Jepun. Dah la masa 1st half bola asyik kat belah gol Malaysia je. Keeper Jepun malam tu, kalau duduk bersila depan gol dia sambil makan udon dan baca anime pun OK, sebab bola lansung tak mendekati ke gol Jepun jelir  kui3x.

+- amek kau, banner sebesar-besar alam -+

+- diorang siap bawak banner "SAMURAI" lagi -+

 
 +- macam-macam facial expression ada -+


Yang bestnya, walaupun penyokong Jepun berpuluh ribu lagi ramai dari kitorang tapi diorang tak ada lah provoke or cari gaduh ke. Even masa game tu berlansung, ada polis yang di arah berkawal kat area penyokong Malaysia untuk elakkan perkara-perkara yang tak di ingini. 

 +- menyokong hingga ke titisan peluh yang terakhir -+


Bila dah habis game, kitorang sambung lagi posing. Ada juga terlintas niat nak posing dengan player Malaysia tapi tak ada kesempatan pun. Cuma Apek je player Malaysia yang datang dekat dengan kawasan penyokong sambil tepuk tangan dan lambai kat I errr I mean kat kitorang. Player lain lepas habis game terus masuk kat changing room. Kot ye pun frust tak perform well malam tu, meh la datang dekat dengan kitorang lambai-lambai tangan. At least dapat gak I masukkan gambar korang kat blog. Nasib korang lah, gambar Apek je lah ada kat blog ni jelir  lalalala.

 


Player Jepun siap berarak keliling stadium dengan maskot diorang untuk bagi penghargaan kat penonton yang datang. Merasa jugaklah abang-abang mata sepet tu duk lambai-lambai kat I..auwww malu mak ada abang hensem lambai-lambai tangan. Nasib baik mak sedar diri, husband mak ada kat sebelah. Terus mak tak layan pun abang-abang mata sepet tu lambai mak, husband mak lagi meletup noks!.jelir *ayat cover line*

 +- abang mata sepet rambut oren lambai-lambai tangan kat I auuwwww -+


On the way keluar dari stadium tu, sambung lagi posing dengan orang-orang Jepun. Diorang pun semangat je bawak baby kecik-kecik bagi pakai jersey untuk datang menyokong. Walaupun SN dah lena di ulit mimpi, mommy tetap posing macam biasa.  

 

 +- rasa nak cubit & gigit je pipi baby tu -+


Sebelum balik kitorang sempat lah bergambar dengan penyokong Jepun gak. Mula-mula I nak posing dengan penyokong-penyokong yang muda2 dan hensem2 je, tapi diorang bau arak la pulak. Mak sesak nafas sikit if ada bau arak ni. Alih-alih ada sorang pompuan Jepun tu pegang hubby I, oitt lempang sedas nak?. Terus I laju-laju pergi nyendeng2 kat tepi laki I semula; terbantutlah hasrat diorang nak posing dengan laki I bila tengok muka harimau tua ni jelir *dasar pompuan kuat jeles*.


+- dengan budak2 sekolah berskirt pendek -+

 +- Family SN dengan family Jepun -+


Masa kami nak keluar dari stadium Tosu tu, ada group budak -budak muda Jepun yang nak tukar jersey. So hubby pun bukak lah jersey dia dan tukar dengan jersey Jepun. Ye lah, takkan I pulak yang nak bukak jersey I kat situ, kang ada yang kena perambat dengan laki sendiri kat situ pulak mrgreen ngeeeeeeeeee.

 +- tukar jersey dengan penonton Jepun -+


Pssssstttt : Dulu-dulu masa bujang I pergi stadium tengok bola dengan adik beradik, sekarang pergi stadium dengan hubby pulak. Nasib baik dapat hubby kaki bola jugak.


Thursday 22 September 2011

Penyokong Jepun cakap "Nippon BOLEH" [Malaysia VS Japan]

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
 Wohooooo. I'm pretty sure by now semua dah tahu pasal keputusan perlawanan bolasepak Jepun Olimpik VS Malaysia Olimpik malam tadi yang berakhir dengan keputusan Jepun 2-0 Malaysia.


+- nak join korang dalam bulatan tu sekali leh tak? tapi ahkak nak diri sebelah abg baju hijau tu aummmm -+


Gol pertama Jepun: 9′ – Higashi dan gol ke-2 Jepun: 76′ – Miyashi. Rilek ar, baru 1st leg ni, sempat lagi kejar balik masa lawan kat Malaysia 22 Februari 2012 nanti.

 


Despite the fact that we lost in this first leg,  I'm proud of our Malaysian goalkeeper for his superb performance last night. Kitorang siap cakap yang Apek main sorang je malam tadi, sebab bola asyik pergi kat Apek je mrgreen  hahahaha. 

 +- busy nya Apek -+

+- terbaiklah Apek!. Gomo Apek Gomo -+


Walau pun Malaysia gagal mengancam kubu Jepun, tetapi benteng pertahanan Malaysia yang diketuai oleh Khairul Fahmi berjaya menyekat 16 serangan merbahaya mereka. Statistically, Apek had saved 87.5% of the goal attempts made by Japan; yang bolos 2 tu kira gol saguhati je lah kat team Jepun jelir kui3x.

+- gaya seorang Kapten -+

 
 +- sorang gentel bola, sorang lagi buat gaya nak terkentut tu kenapa? -+


Gambar ada banyak gila yang snap malam tadi, but tak sempat lagi nak pilih. Esok lah I update gambar banyak-banyak untuk menunjukkan kemeriahan suasana sewaktu di stadium malam tadi. Lagipun esok seluruh Jepun bercuti *bukan sempena menang bola tapi sempena Autumn Equinox*. Malam tadi sampai rumah dah pukul 12 malam dan pagi ini pun lambat pergi lab sebab bangun lambat. SN pergi nursery pun tak sempat mandi mrgreen .

 +- opocot, jatuh -+

+- bawak lari bola jauh-jauh dari gol Malaysia pleaseeeee -+

 
 +- dah gaya macam main takraw pulak player jersey no 8 tu ambik bola -+


I complained to hubby that gambar Apek sikit je yang hubby snap. Tapi hubby cakap, google je gambar Apek, berpuluh ribu ada. Eleleleleh, Abe Sayamm jeles lertewwww tu malam tadi I jerit "Apek" kuat-kuat jelir. Sebenarnya I nak jerit "Abe" eh..tapi terjerit "Apek" pulak ngeeeeeeeeee.  


+- tepuk pengakap!...eh silap..tepuk semangat! -+

+- Aummmmmmm Abe Apek *statement tak sedar diri dari org yg umur dah nak masuk 3 series* -+


Ini I update laju-laju masa lunch break. So, untuk korang yang tak pergi dan nak tengok macamana suasana kat dalam stadium sewaktu game malam tadi, sila lah PLAY video kat bawah ini.


Jumlah penonton kat Stadium Tosu, Fukuoka malam tadi 22 504 orang manakala penyokong Malaysia cuma 100 orang, so faham-faham sendiri lah betapa kecilnya suara kami malam tadi bila nak di bandingkan dengan diorang. 
 
+- jersey untuk penyokong Malaysia, tajaan TM -+

 +- muka diorang keluar TV kot sebab diorang berdiri depan sekali sepanjang perlawanan -+

 +- Hang Tuah Buah dengan Hang Jebat Lebat pun tengok perlawanan malam tadi jelir -+



Dengar tak sorakan penyokong team Jepun tu berbunyi "Nippon Boleh". Dalam video ini korang tengok penyokong Malaysia diam sebab ini dah nak dekat-dekat habis perlawanan. Semua pun dah pasrah dengan kekalahan kecil itu. 

+- sebahagian penyokong Malaysia -+

+- muka seposen habis -+


Yang paling best dalam video (0:41 - 0:54) itu ialah gambar seorang mommy yang tengah tergedik-gedik goyang badan untuk tidurkan anak dia yang dah mengamuk sebab mengantuk.

+- anak dah mengantuk, mommy tetap semangat menyokong -+


Well anyway, tahniah kepada pasukan Malaysia sebab berjaya menghalang Jepun dari membelasah Malaysia dan berjaya menyekat serangan yang bertali arus Samurai Biru.  Again, tahniah kepada Apek dan rakan-rakan. 

 
+- we are proud to be Malaysian -+

"If you are ashamed to stand by your Colours, you better seek for another Flag ". - Allahyarham Mokhtar Dahari
 

Psssssttt : ada kawan-kawan yang bagitahu diorang nampak muka I tengah dukung SN masa nyanyi lagu Negaraku malam tadi keluar kat TV *hmmmpphhh hmphhhhhh kembang kempis hidung yang dah sedia kembang ni* mrgreen



~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...