CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Friday, 10 February 2012

Fesyen Muslimah : Antara Trend & Hukum Shariah

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Salam penuh barakah di hari jumaat yang mulia buat semua. Semalam I tak berapa sihat sebab di serang diarrhea jugak dan sakit2 serta lenguh2 urat. Rasanya sebab suhu sejuk melampau kat dalam lab ni especially kat bahagian bawah kaki. So malam tadi I pergi beli hot blanket yang boleh sambung through USB port untuk di gunakan kat lab. Hopefully sakit2 urat sebab sejuk ni kurang lah hari ni.

http://www.instablogsimages.com/1/2011/11/10/usb_heating_blanket_s9qcn.jpg 
+- USB heating blanket. Pic source: instablog -+


Sambil berbaring melayan badan yang lenguh2 malam tadi, sempat  jugak I tengok 2 video berguna untuk para muslimah tentang Fesyen Muslimah : Antara Trend & Hukum Syariah. So I nak share la dua2 video ni dengan korang sebagai peringatan bersama *juga untuk mengingatkan diri I sendiri*. Moga-moga kita dapat sedikit manfaat dari video2 ini.


(1) Video 1 : 
• Fesyen Muslimah : Antara Trend & Hukum Shariah ulasan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman, dengan pengacara Tun Nurulhuda. 
• Siaran TV Al-Hijrah Channel 114 . Pada 21 Oktber 2011. 
• Isu sanggul bonggol unta, tudung ala paderi sister gereja, pakai tudung macam bungkus aurat sahaja dan lain2

 


(2) Video 2 :
• "Hijab & Fashion" by
She made a good effort in simply reminding people to correct their intentions, to wear the hijab not for the sake of fashion, but for the sake of Allah.


+- I like Aishah Amin's answer..."it's people who put on less clothes who are going back to the cave man age who are the ones going backwards" -+



Jom sama-sama kita muhasabah diri *peringatan untuk diri sendiri* dan analisa diri kita dalam berpakaian. In my own point of view, wearing hijab and be fashionable tidak salah asal sahaja kita mengikut syarat2 yang telah di gariskan.

Kita tak nak orang pandang yang perempuan berhijab ni selekeh tapi kita juga tak nak kita berhijab tapi pemandangan dua bukit di depan kita tu tetap tersergam megah untuk tatapan lelaki bukan mahram isk3x.


Moga kita tidak menyimpang dari tuntutan asal berhijab kerana ia adalah suruhan Allah dan bukannya berhijab semata-mata kerana ianya fashion terkini, Wallahua'lam.


Pssssttt: sekarang ni harga tudung bukan main mahal malah ada yang sampai beratus-ratus, uhuhuhuu. Tudung semakin di komersialkan, tapi adakalanya tudung yang mahal itu tidak memenuhi syarat2 menutup aurat dengan sempurna kan?


 

Friday, 16 December 2011

(Video): Hukum Hudud



Salam di hari Jumaat buat semua,

Hari ini I nak share satu filem pendek yang
menerangkan tentang hukum hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang mungkin timbul setelah anda menonton klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk Video : 'Musim hudud' dan Video 'Hudud lagi'.

Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa penonton.




Dialog2 yang terkesan di hati selepas menonton video ini ialah :-
• Hudud ialah hukum syariah untuk kesalahan JENAYAH
• Curi yang sempurna, baru kena HUDUD
• Orang Islam percaya pada hukum Islam jadi kena lah ikut hukum Islam
• Dengan kejahilan, menghina hukum Allah tanpa di sedari..boleh terbatal Aqidah
• Allah tahu kesalahan2 yang tidak boleh diubati dengan hukum manusia sendiri, kerana itu Allah suruh jalankan hudud untuk masalah2 yang tidak boleh di selesaikan dengan hukum manusia.


Pssssttt : tiada niat nak menyebelahi mana2 parti politik tapi I rasa terpanggil untuk sama2 berkongsi video yang boleh memberi pemahaman jelas kepada semua tentang hudud...Wallahu'alam..yang baik itu semuanya datang dari Allah.
 


Tuesday, 11 October 2011

*(Video): Terengganu 3-1 Kelantan | Suku Akhir Piala Malaysia 2011

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Malam tadi telah berlangung perlawanan suku akhir Piala Malaysia (first leg) antara Terengganu VS Kelantan. I cari-cari jugak kalau ada tunjuk kat TV ataupun ada online streaming kat mana2 website tapi kecewa. 
So, tidur je lah dengan penuh pengharapan yang team The Red Warrior akan menang. Alih-alih bila bangun pagi tadi tengok kat wall post family & kawan2 yang Kelantan tewas 1-3 kepada Terengganu.


Juara Liga Super, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.




Lebih dasyat pada perlawanan malam tadi ialah, 5 kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan dengan 3 menjadi milik Kelantan melalui Shakir Shaari, Mohd. Daudsu Jamaluddin dan Aziz Ismail sementara 2 kad lagi di layangkan kepada pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Zubir Azmi. Selain itu 10 kad kuning turut di layangkan kepada pemain-pemain kedua-dua pasukan.


Mace sokmo2 lah, kalu Qelate lawan Tranung jah mesti ada insiden gocoh, sebab samo2 bekeng bereng kot. 

Tapi hok herannya, bila ore negeri lain buat hal, buleh pulop ore Qelate & Tranung berganding bahu untuk lawe balik. Pening palo ambo. 

Gapo2 pong, harap2nyo team The Red Warrior leh hambat Tranung semula maso 2nd leg di Stadium Sultan Muhammad ke -IV, Kota Bharu hari Jumaat ini.

Harap2 jugop ada tunjuk live streaming untuk ambo yang jauh ni tupe tengok retep. 


Pssssttt : Gomo Kelate Gono *buke gomo bergocoh, gi gomo sumbat gol nuh!*


~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

Thursday, 22 September 2011

Penyokong Jepun cakap "Nippon BOLEH" [Malaysia VS Japan]

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
 Wohooooo. I'm pretty sure by now semua dah tahu pasal keputusan perlawanan bolasepak Jepun Olimpik VS Malaysia Olimpik malam tadi yang berakhir dengan keputusan Jepun 2-0 Malaysia.


+- nak join korang dalam bulatan tu sekali leh tak? tapi ahkak nak diri sebelah abg baju hijau tu aummmm -+


Gol pertama Jepun: 9′ – Higashi dan gol ke-2 Jepun: 76′ – Miyashi. Rilek ar, baru 1st leg ni, sempat lagi kejar balik masa lawan kat Malaysia 22 Februari 2012 nanti.

 


Despite the fact that we lost in this first leg,  I'm proud of our Malaysian goalkeeper for his superb performance last night. Kitorang siap cakap yang Apek main sorang je malam tadi, sebab bola asyik pergi kat Apek je mrgreen  hahahaha. 

 +- busy nya Apek -+

+- terbaiklah Apek!. Gomo Apek Gomo -+


Walau pun Malaysia gagal mengancam kubu Jepun, tetapi benteng pertahanan Malaysia yang diketuai oleh Khairul Fahmi berjaya menyekat 16 serangan merbahaya mereka. Statistically, Apek had saved 87.5% of the goal attempts made by Japan; yang bolos 2 tu kira gol saguhati je lah kat team Jepun jelir kui3x.

+- gaya seorang Kapten -+

 
 +- sorang gentel bola, sorang lagi buat gaya nak terkentut tu kenapa? -+


Gambar ada banyak gila yang snap malam tadi, but tak sempat lagi nak pilih. Esok lah I update gambar banyak-banyak untuk menunjukkan kemeriahan suasana sewaktu di stadium malam tadi. Lagipun esok seluruh Jepun bercuti *bukan sempena menang bola tapi sempena Autumn Equinox*. Malam tadi sampai rumah dah pukul 12 malam dan pagi ini pun lambat pergi lab sebab bangun lambat. SN pergi nursery pun tak sempat mandi mrgreen .

 +- opocot, jatuh -+

+- bawak lari bola jauh-jauh dari gol Malaysia pleaseeeee -+

 
 +- dah gaya macam main takraw pulak player jersey no 8 tu ambik bola -+


I complained to hubby that gambar Apek sikit je yang hubby snap. Tapi hubby cakap, google je gambar Apek, berpuluh ribu ada. Eleleleleh, Abe Sayamm jeles lertewwww tu malam tadi I jerit "Apek" kuat-kuat jelir. Sebenarnya I nak jerit "Abe" eh..tapi terjerit "Apek" pulak ngeeeeeeeeee.  


+- tepuk pengakap!...eh silap..tepuk semangat! -+

+- Aummmmmmm Abe Apek *statement tak sedar diri dari org yg umur dah nak masuk 3 series* -+


Ini I update laju-laju masa lunch break. So, untuk korang yang tak pergi dan nak tengok macamana suasana kat dalam stadium sewaktu game malam tadi, sila lah PLAY video kat bawah ini.


Jumlah penonton kat Stadium Tosu, Fukuoka malam tadi 22 504 orang manakala penyokong Malaysia cuma 100 orang, so faham-faham sendiri lah betapa kecilnya suara kami malam tadi bila nak di bandingkan dengan diorang. 
 
+- jersey untuk penyokong Malaysia, tajaan TM -+

 +- muka diorang keluar TV kot sebab diorang berdiri depan sekali sepanjang perlawanan -+

 +- Hang Tuah Buah dengan Hang Jebat Lebat pun tengok perlawanan malam tadi jelir -+



Dengar tak sorakan penyokong team Jepun tu berbunyi "Nippon Boleh". Dalam video ini korang tengok penyokong Malaysia diam sebab ini dah nak dekat-dekat habis perlawanan. Semua pun dah pasrah dengan kekalahan kecil itu. 

+- sebahagian penyokong Malaysia -+

+- muka seposen habis -+


Yang paling best dalam video (0:41 - 0:54) itu ialah gambar seorang mommy yang tengah tergedik-gedik goyang badan untuk tidurkan anak dia yang dah mengamuk sebab mengantuk.

+- anak dah mengantuk, mommy tetap semangat menyokong -+


Well anyway, tahniah kepada pasukan Malaysia sebab berjaya menghalang Jepun dari membelasah Malaysia dan berjaya menyekat serangan yang bertali arus Samurai Biru.  Again, tahniah kepada Apek dan rakan-rakan. 

 
+- we are proud to be Malaysian -+

"If you are ashamed to stand by your Colours, you better seek for another Flag ". - Allahyarham Mokhtar Dahari
 

Psssssttt : ada kawan-kawan yang bagitahu diorang nampak muka I tengah dukung SN masa nyanyi lagu Negaraku malam tadi keluar kat TV *hmmmpphhh hmphhhhhh kembang kempis hidung yang dah sedia kembang ni* mrgreen



~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

Monday, 29 August 2011

(Video): Ucapan Raya dari SN ♥ Zahiril Adzim

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Macam dah tak ada orang je kat dunia maya ini, FB pun agak slow dengan status. Refresh dekat patploh kali baru lah ada satu dua status update. (T_T)


Terbayang jugak apa lah yang family kat Kelantan tengah buat sekarang ini. Kalau I ada dengan diorang sekarang, dah sah lah I tengah busy jadi tukang buat biskut raya dan tukang buat kek raya. Tahun ini gamaknya diorang makan biskut raya 'tunjuk' je lah tu, padan muka mrgreen *ayat pujuk hati sendiri*.


Di kesempatan yang masih bersisa ini, kami sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya dan pohon kemaafan dari semua yang pernah mengunjungi blog ini. Maklumlah dalam patah kata yang di taip di blog ni, mesti ada yang telah menyentuh hati sesiapa, jadi maafkanlah diri ini yang pernah menyakiti hati kalian.



Di sini juga I nak share video ucapan "Selamat Hari Raya" dari SN. Agak susah nak record video ini sebab nak kena ajar dia cakap Melayu. Maklumlah SN kan cuma tahu cakap jepun + english + kelantan. So, ambil masa sikit nak ajar skrip tu kat dia, but in the end...resultnya memang agak membanggakan.





Juga I nak share video ucapan Hari Raya dari salah seorang pelakon kegemaran I iaitu Zahiril Adzim (Daim dalam cerita Juvana).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...