CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 30 March 2012

Animasi Video makna bacaan solat

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Dah tengok tak video animasi makna bacaan solat dalam bahasa Melayu ni? , best sangat video ni, bermanfaat dan sangat chomeyl. Jom kita pakat tengok ramai2.

 

 
 Source : here

 Source : here


  Source : here
 
 Source : here

 Source : here
 
 Source : here

 Source : here


JazakAllah Khayr (جزاك اللهُ خيراً‎) = "May God reward you with goodness."

Pssssttt : “Jumu’ah Mubarak!” to all of you...may this Friday brings barakah in your life..Ameen

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Thursday 29 March 2012

SN reads storybook ~ 2 years 10 months old

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
 Hoih dah lama berzaman rasanya tak update pasal milestone SN. Dulu masa dia kecik2, every month mommy update pasal milestone dia. Last update pasal milestones SN is when he was 2 years 5 months old, i.e 5 months ago. 

Sejak-sejak SN dah besar ni, memang tak terkejar nak update milestone dia..so here's a sum up of SN's milestone from 2 years 6 months old - 2 years 10 months old (30 - 34 months).

Movement milestones

    • Running here and there dengan sangat laju sampai mommy & daddy tak larat kejar. End up, mommy beli harness bag so that boleh tarik dia kalau2 lari jauh sikti dari mommy *tapi daddy xsuka..mommy kesah apa,janji mommy xpenat nak kejar bila kat dalam mall*
     +- pakai panda harness bag kalau jalan2 berdua dengan mommy kat mall, senang nak tarik -+

Milestones in hand and finger skills

  • Scribbles spontaneously
  • Turns over container to pour out contents
  • Builds tower of six blocks or more
  • Held the kitchen utensils properly
 
+- (video) : SN build tower using bean bag and then get frustrated & pretty upset when the top of the tower wont stay and ruins everything below it. Mommy tak tolong tapi sibuk gelakkan budak manja kededek ni sengihnampakgigi  -+

Language milestones

  • Points to object or picture when it’s named for him
  • Recognizes names of familiar people, objects, and body parts
  • Uses two- to four-word sentences --> his favorite sentences are : "Daddy, don't pull my pants"; "You do not push me"; "Daddy, don't sit on the heater"; "nak kencing dengan mommy" *sebab kalau gi toilet dengan daddy, nanti kena cubit kalau terlepas kencing dalam seluar*.
  • Follows simple instructions, senang hidup mommy sekarang..buat kerja guna mulut je...semua suruh SN ambik, tapi kadang2 dia malas layan jugak, so dia akan jawab "tok sey" (tak nak).
  • Repeats words overheard in conversation, ala2 ulang semula ayat mommy & daddy.


    +- can categorize animals according to their names -+

Cognitive milestones

  • Finds objects even when hidden under two or three covers, kadang2 sengaja menyorok bawah blanket nak suruh mommy & daddy cari
  • Sort things by shapes and colors
  • Begins make-believe play siap berangan jadi chef, "I'm cooking fish. Mommy makan, daddy makan!". *terpaksa mommy & daddy buat2 makan ikan mainan tu*

     +- Junior Chef SN tengah beraksi di dapur mainan -+

     +- daddy di paksa makan ikan mainan -+

Social and emotional milestones

  • Imitates behavior of others, especially adults and older children, kalau diorang lari2..dia pun ikut sekali.
  • Demonstrates increasing independence --> dah boleh pakai sendiri pakaian, dah pandai bukak peti dan ambik sendiri fruits

     
    +- ambil sendiri banana dalam fridge -+

Yang paling best nya, sekarang ni SN dah boleh baca bedtime story dia sendiri. So mommy & daddy dah boleh relax sikit la, setakat temankan dia baca je..jimat sikit air liur mommy sengihnampakgigi  hehe. 

Ingat tak I pernah share pasal memperkenalkan buku yang nipis saja kat dalam entry Montessari Education for infant. Teknik ni memang berkesan sebab budak2 senang fokus dan senang nak ingat isi kandungan buku tu. Plus diorang pun taklah penat sangat baca buku yang tebal dan panjang2 ayatnya.

+- (Video) : SN reads bedtime story ~ 2 years 10 month. Siap puji cakap mommy chomeyl lagi, mommy pun tergedik2 gelak tanda seronok sengihnampakgigi kui3x *mommy yang perasan*-+ 

Here's SN's favorite bedtime story books yang sekarang ni SN dah boleh baca sendiri.

[baby+bash+pics+022.JPG]





+- SN baru ada 3 buku dari snuggle-me ♥ stories ni i.e Bedtime Bunny, Butterfly Kisses & Love Bug. Nanti mommy nak cari yang lagi 3 tu. Pic source: here -+

Setiap buku ni di datangkan dengan matching finger puppet untuk di gunakan oleh anak masa membaca buku ni. I suka cara penulis ni bercerita sebab dengan mommy nya sekali rasa terbuai-buai gitu. Buku2 ni memang best sangat, that's why SN loves to read them beratus-ratus kali sekalipun. It provide great interacting time with your little kid. 

Alhamdulillah, mommy & daddy are so proud to have you as our son. Walaupun kadang-kadang mommy & daddy tak larat nak layan SN bercakap, tapi mommy & daddy bersyukur jugak sebab SN dah petah bercakap dalam usia sekarang. 

+- budak banyak cakap yang suka senyum meleret -+

Pssssttt :  Kalau tak larat sangat nak layan, mommy cakap je.."SN boleh diam tak?"...jelir hahahha teruk betul mommy nih.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Wednesday 28 March 2012

Latest addiction : Draw Something

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Things have always moved pretty fast in the mobile games business, but the explosive success story of Draw Something has got to have set some kind of record.



In just seven weeks, New York developer Omgpop went from a struggling firm on the brink of bankruptcy to an App Store powerhouse with a $180 million (£113 million) buyout offer from CityVille developer Zynga.

The game, if you're the last person on Earth to have not tried it out, is classic Pictionary. A player is given a choice of words to draw -- a mashup of bog standard vocabulary (hammer, dandruff, rainbow) and pop culture icons (Bieber, Elvis, Vader) -- and doodles one for a friend.
The drawing is then stored on a server, and the other player gets a push notification on their iPhone, iPad or Android device. When they find time they can load up the game, guess the word, and then take their turn as artist.

Draw Something
+- The Draw Something app in use. Photograph: David Levene -+


It reached 35 million downloads across iOS and Android, and at a time Draw Something was the number one word game in 84 countries according to Apple's figures. The app is free, but users can cough up for in-game items like extra colours and tools to help guess words.
But the real question is: can this success streak last, like Angry Birds (whose space-themed spin-off just stole the iTunes top-spot from Draw Something), or will it fade out like so many one-shot apps before it? - source: wired.co.uk

 ===================================================================================

Mula-mula I memang tak ambik pot sangat pasal apps ni walaupun dah ramai orang duk kecoh2 kat Twitter. Tapi last week dah tergatal tangan pulak download apps ni, pastu terus addicted to it. Haisyyyy...nasib baik boleh control lagi addiction ni and I set my own rules untuk main game ni lepas dinner,masa lunch break , sebelum tidur dan lepas Subuh saja.

Tapi dah nama pun current addiction kan, kadang-kadang tu sambil melayan SN baca bedtime story dan sambil lipat kain pun sempat lagi nak melukis. Incik hubby pun dah perli-perli bila bini nya asyik duk melukis je sengihnampakgigi  ngeeeee.


 +- Yatie Chomeyl's masterpiece lah sangattt -+


Setakat ni rekod tertinggi ialah dengan my friend, dah mencapai 93 turns. Sangat mencabar okeh lukis kat iPhone sebab guna jari yang gemuk ni je. 

Eh eh eh opppsssss Ok la ye kawan2, dah lunch break ni....I nak sambung melukis dulu hahahahaha.

 +- highest record so far -+

Psssssttt : tak sedar diri pendidikan seni dapat C3 je masa SPM 1999 tu siul  ngeh3x.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Tuesday 27 March 2012

Kes culik hanya drama..lempang laju2 nak?

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Beberapa minggu yang lalu negara kita seakan di serang oleh fenomena gadis remaja di culik tapi minggu lalu kita di kejutkan pula dengan berita bahawasanya budak-budak itu sendiri yang rela hati buat cerita kononnya di culik semata-mata nak tinggal dengan teman lelaki.


KUANTAN – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik. Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.
Siti Fatihah Mengaku Tidak Diculik
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

“Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.

“Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik’ oleh tiga individu termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.
Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.
Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu ditemui sesiapa.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata, mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak diculik serta tidak dikasari atau dipaksa,” jelas beliau sambil memberitahu kes ini dianggap selesai.
Sementara itu, di MELAKA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes culik di negara ini.
Menurutnya, polis yakin anggota dan pegawai polis sedia ada mampu menangani kejadian seumpama itu.

“Kes penculikan dan kehilangan individu di negara ini tidak serius. Bagaimanapun, ia mungkin disensasikan seolah-olah negara ini tidak selamat sehingga mencetuskan suasana panik dalam masyarakat,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Ismail menambah, beliau percaya kepada kemampuan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kejadian jenayah termasuk kes culik selain akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.


Pagi ini pulak, keluar berita yang menyatakan bahawa kes remaja yang di culik dan di bawa lari ke Thailand tu pun cuma drama semata-mata yang telah di rancang oleh remaja itu sendiri. Amboiii..hebatnya eh ko budak kecik boleh jadi mastermind sampai melibatkan polis Thailand segala. Kan elok kalau 'kepandaian' itu di salurkan ke landasan yang betul.


 Kes culik Nazatul hanya drama ~ Oleh NORHAYATI YAHAYA (norhayati.yahaya@kosmo.com.my)

SHAH ALAM – Remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar kecil) yang didakwa diculik ke Thailand sebenarnya merupakan perancang utama ‘kes penculikannya’ dengan mereka-reka situasi tersebut bagi membebaskan dirinya bersama lima lagi remaja warga Myanmar ketika ditahan oleh negara itu di Bangkok, 11 Mac lalu.


ZAHEDI menunjukkan gambar Nazatul Fardiana pada sidang media di Shah Alam semalam.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan keterangan konsisten daripada lima warga Myanmar tersebut yang dibawa ke negara ini untuk diambil keterangan sejak Khamis minggu lalu.

Menurut Zahedi, lima warga Myanmar tersebut iaitu Muhd. Yunus Abdul Rahim, 17; Muhd. Nur Abdul Rahim, 14; Abdul Aziz Normal Hakim, 14; Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14, memberitahu, Nazatul mencetuskan idea mengatakan mereka diculik ketika itu kerana tidak mahu dimarah oleh ibu mereka.

“Berdasarkan keterangan, kita dapati hubungan mereka akrab dan saya tidak nafikan mereka terlibat dalam kegiatan meminta sedekah di kawasan itu secara tidak sah dan hasil kegiatan itu digunakan untuk diri mereka sendiri.

“Walaupun berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa, misi adalah untuk melarikan diri daripada lelaki bernama Shah dan Sadiq, kita percaya kegiatan mengutip sedekah itu didalangi oleh mereka sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Zahedi turut menghuraikan kronologi perjalanan semua remaja itu dalam tempoh mereka ‘hilang’ ketika mereka ditemui merayau-rayau di Terminal 1, Seremban sebelum dibawa ke IPD Seremban, 31 Januari lalu dan ketika itu, Nazatul turut mengaku dirinya adalah warga Myanmar.


Eloknya budak-budak macam ni, kumpulkan setempat dan hantar terus duduk kat Thailand tu. Dah tak payah duduk dengan mak bapak, dah ko teringin sangat nak buat-buat di culik kan?. 

Tak reti ke perbuatan tu bukan saja menyusahkan mak bapak korang, tapi menyusahkan jugak mak bapak yang lain. Budak-budak yang tumbuh bulu pun tak habis lagi macam korang ni bukan reti fikir panjang. 

Mak bapak yang lain susah hati sampai tak boleh tidur malam duk memikirkan apalah langkah-langkah penjagaan yang harus di perketatkan untuk memastikan keselamatan anak-anak kami terutamanya yang ada anak2 gadis remaja. Yang korang boleh pulak sesedap rasa buat cerita konon2 diculik, yang kami mak bapak lain ni berpeluh ketiak demi memastikan anak-anak sentiasa di bawah ketiak kami.

Eeeee...kalau korang kat depan mata ahkak sekarang...ahkak lempang laju2 pipi tu bertubi-tubi berdas-das...gerammmmm tau tak?.

Ooo ahkak tahu, korang konon-kononnya menghayati sangat2 lirik lagu Bawa Aku Pergi (Zizan feat Kaka) tu eh?. Bajet macam mengikuti arus & trend lah kan..sebab trend sekarang ni budak2 remaja buat2 kena culik semata-mata sebab nak lari dari rumah. "In" sangat trend ni *tangan di dada, mata ke atas*.

Jangan ingat korang dah remaja, konon-konon dah boleh berdikari dan hidup tanpa mak bapak. Orang yang nak masuk 3 series macam ahkak ko ni pun masih perlukan ibu bapa untuk mengharungi cabaran hidup. Korang tak tahu apa rasanya hidup tanpa seorang ibu di  sisi, korang take things for granted sebab korang tak tahu apa erti kehilangan dan korang tak tahu betapa susanya hidup tanpa seorang ibu/ayah di sisi.

Pssssttt : Sangat emosi bila membaca cerita2 tentang betapa tak bersyukurnya anak2 yang  masih punyai ibu & ayah.
 
~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Monday 26 March 2012

Trip to Hokkaido : Chitose Outlet Mall Rera

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
 Ini kisah hari terakhir masa trip ke Hokkaido hari tu. Kalau ada yang terlepas keretapi, boleh baca ceritera awal kisah jalan2 ke Hokkaido kat entry Masjid & Halal Food in Sapporo;  Trip to Hokkaido : Sapporo City dan Trip to Hokkaido : Otaru City.

Hari ke-3 di mulakan dengan breakfast lazat di Cafe Restaurant Alitalia di Hotel Sunroute New Sapporo. Bila dah kenyang, baru lah senang hati nak check out dari hotel. Flight balik ke Fukuoka pukul 2ptg, so we decided untuk keluar awal dari hotel sebab nak jalan2 sikit dan beli sourvenir kenang-kenangan dah menjejak kaki ke Hokkaido.

 +- makan kenyang2 baru check out -+

+- kat lobby dan depan hotel Sun Route New Sapporo -+


Dari hotel tu amik teksi nak ke Sapporo Train Station. Bukan jauh sangat pun nak jalan kaki tapi memikirkan nak tolak luggage gedabak tu ~2km, kitorang naik teksi je lah. Then amik train terus ke stesen Minami Chitose sebab nak menyinggah window shopping kat Chitose Outlet Mall Rera dulu sebelum ke airport.

+- dalam teksi pun boleh posing gak budak kecik ni -+



It took us about 1hour from Sapporo station to Minami Chitose. Walaupun hari rabu, train ke airport agak penuh. Seat penuh dan walaupun I dukung SN, I tetap tak dapat duduk kat priority seat. Nasib baik lepas 15minit, ada seat kosong so dapatlah kami duduk. Pemandangan kiri kanan sepnajang perjalanan tu memang di penuhi dengan salji yang menimbun. Cantik sangat, susah nak gambarkan dengan kata-kata...korang layan lah gambar2 ni sendiri.


+- SN menikmati pemandangan sepanjang perjalanan -+




Thankfully that this Minami Chitsoe station is just one station away from the airport, thus giving us ample time for our window shopping activity. Since kitorang memang tak berniat nak beli apa-apa, kejap je dah siap round.

+- tengok tangan I..kosong tanpa shopping bag..kagum tak? -+


To kill the time, kitorang "terpaksa"lah temankan SN main kat playground kat situ. Mommy bukan nak main sangat, tapi SN yang paksa mommy...okeh.


+- nampak sangat muka mommy muka "terpaksa" kan? -+


By 1pm, kitorang dah pun sampai kat airport dan ready to check in. Sempat juga beli satu lagi Hokkaido's specialty i.e Potato Chip Chocolate..yummyyyeeeeh.



We left Hokkaido with all the sweet memories that we've experienced for the 3 days 2 nights stay. 

 +- at New Chitose Airport -+

+- can you spot siapa yang buat2 tidur dan siapa yang betul2 tengah tidur? -+


It was definitely a once in a lifetime experience that we will remember for the rest of our time, Insya Allah. Good bye Hokkaido....Hi again Fukuoka!.

+- cute plane -+

+- Bye Bye Hokkaido -+

+- Hi there, Fukuoka -+

Pssssttt : nanti bila SN dah besar, harap2 boleh tunjukkan entry ni semula kat dia.
 
~ Thanks for reading this (^-*) ~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...