CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 1 March 2012

Pengalaman sebagai Director Filem Ultraman

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Rentetan daripada entry wordless Wednesday  Light, camera, ACTION! semalam, hari ini I nak share lah kisah suka duka pengalaman sebagai Puan Director masa shooting dengan Ultraman & Monster weekend yang lepas. 

 
  +- Director garang -+

Rupa-rupanya bukan senang nak jadi pengarah ni. Banyak perkara kena ambil kira : set, mood pelakon, mood pengarah, equipment & macam-macam lagi lah.
+- pelakon utama : Ultraman Seven -+

Mula-mula Director kena make sure mood pelakon adalah dalam keadaan terbaik. Susah kalau diorang tak de mood, nanti diorang tak dapat nak tunjuk feel yang di ingini oleh pengarah. Salah satu cara untuk pastikan mood diorang baik ialah sediakan pengangkutan untuk jemput diorang ke set.

+- kenderaan untuk jemput pelakon2 ke set penggambaran -+

Lepas tu untuk mendapatkan feel yang terbaik, director jugal kena faham sepenuhnya jalan cerita dan skrip. Kadang-kadang director sendiri kena masuk dalam set untuk tunjukkan kat pelakon2 apa yang diorang kena buat.

+- tunjuk feel yang betul kat pelakon utama -+

+- tunjuk ajar gaya lakonan yang lebih berkesan oleh director yang berwibawa -+

Masa tengah shooting tu, kena pastikan juga pelakon2 tambahan dah di beri latihan lakonan sebelum camera rolling untuk menjimatkan film dan menjimatkan kos penerbit. Karang ada pulak pelakon tambahan yang buat spoil, tak menjiwai watak xpasti ...terpaksa re-shoot.

+- scene antara pelakon2 tambahan dan pelakon utama (Ultraman) -+

Kadang-kadang untuk memastikan penggambaran berjalan lancar, director terpaksa hire bodyguard untuk pastikan tiada gangguan di set. Maklumlah, Ultraman Seven kan pelakon terkenal, ramai peminat fanatik. So, bodyguard yang gagah perkasa dan sasa di perlukan untuk memastikan peminat2 fanatik tu tak menyerbu ke arah pelakon sewaktu penggambaran sedang sibuk di jalankan.

+- bodyguard tengah bertugas -+

+- aummm, tough tak bodyguard ni? senyumkenyit -+

Kalau ikut tips2 kat atas ni, Insya Allah penggambaran akan berjalan lancar. Kerja director pun dapat di jalankan dengan efficient dan pelakon pun senang hati. Bila pelakon senang hati, boleh lah bergurau senda dengan star2 ni. Ultraman siap ajar I cara2 terbang dan jugak siap bawak I terbang kat atas belakang dia lagi, jangan jelessss u ollls gatai .

+- ♫ ♪ ♫ I believe I can fly ♪ ♫ ♪  siul-+

+- lepas ni mesti keluar gosip, pengarah & pelakon terbang berpegangan bahu senyumkenyit auwww -+

Sebelum tamat sessi pengambaran filem, pelakon dan tenaga kerja yang terlibat akan posing bersama untuk kenang-kenangan.

+- Puan Director & bodyguard macho posing dengan pelakon utama : Ultraman Seven -+

Jangan lupa saksikan filem pertama arahan YatieChomeyl ini di panggung2 berhampiran anda. Poster filem ini dah pun di tampalkan di panggung2, jangan lupa serbu ye.

+- Puan Director & bodyguard macho bergambar dengan poster filem ni -+

+- bodyguard macho pun nak enterframe sekaki dua kaki -+

===============================================================================

Muahahaha mrgreen..beginilah jadinya ya puan2 dan tuan2 sekalian bila seorang pompuan di usia penghujung 20an dapat bertemu dengan pujaan hati dia masa kecik2 dulu. Imaginasi melampau siap koya berangan jadi Puan Director lagi. 

Pulak tu over bukan main, mengalahkan anak bujang nya yang cool saja *btw, SN memang  tak berapa minat kat Ultraman pun*. Mommy & Daddy tak bagi SN tengok Ultraman sebab tak nak dia tiru gaya gaduh2/bertumbuk2 tu. Tunggu SN besar sikit, baru bagi dia tengok kot. (Refer entry: Influence of media on kid's behaviour)

Sebenarnya I jumpa Ultraman dan kuncu2nya kat Hawks Town sempena pameran Ultraman yang berlansung sepanjang bulan Feb hari tu. Sanggup pergi 2x kat pameran tu *which explains why baju lain2 dalam gambar2 ni*; semata-mata nak tengok show Ultraman dan jugak posing sepuas hati dengan Ultraman sekalian. 


Bila balik rumah malam tu, tidur senyum sampai telinga sebab dapat jumpa dengan my childhood superhero..oh Ultraman ku sayam ♥ gatai  eheh.

+- sengih hepi sengihnampakgigi sampai pipi nak terkeluar dari tudung -+

Pssssttt : 2 tahun lepas, SN nangis sebab takut kat Ultraman masa pergi
Sesi meng-"FIRE" Ultraman.  Nasib baik kali ni dah tak nangis bila posing dengan Ultraman, baby mommy dah big boy.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

 

17 words of wisdom & comments:

Nadiah Sidek said...

kalau nazhan besar nanti kuat berangan...tahu la menurun siapa tu. hihi..

zailamohamad said...

nak suko plok tengok gambar2 tu

kalulah Haziq buleh g show Ultraman tu, mesti dia suka sebab dio meme peminat tegar Ultraman..huhuhu

アヌムちゃん said...

menariknyaa
kalau ada kat sini
saya pun nak terjah sma hihi

シャイマ said...

hehe comel je this story dah panas ke kat sana? boleh pakai cardi and maxi skirt je tuh! sini still negative lagi sobss. tak sabar nak haruuu.

Affieza said...

Bestnya dpt terbang ngn ultraman tu...huhu

transformed housewife said...

raso2 bulih meletop dop filem tu Puan Pengarah? hehehe

norliha said...

kelakarlah yatie... anak-anak suka benar tgk kisah ultraman.
tapi adegan director terbang dgn ultraman tu mcm real jer.
pssst... puan director kalau tak de beg lg nampak real.

fifie said...

Ingat kan yatie betul betul dah tu kerjaya jadi pengarah filem. Haha. eh cantik la skirt ke pallazo pants tu. Heee.

isabelle said...

harus meraban adam tgk gmbr2 ni nanti.hehehe

bestnyaaa...
kalaulah i dpt bwk adam ke situ

yatie chomeyl said...

Nadiah : ehehe, ye la kot :p

zaila : bawok la haziq mari sini ;)

yatie chomeyl said...

Anum : meh la jln2 kat sini

Syaima : x panas lagi, tapi tak sabar2 nak pakai skirt & cardi jugak pastu terketar2 sejuk hahaha

yatie chomeyl said...

Affieza : mmg best hehe

kak nur : harap2 buleh box office la hehe

yatie chomeyl said...

norliha : beg x smpt letak xsbr2 nk posing dgn ultraman hehe

fifie : chiffon skirt, beli kat poplook, cantik kan ;)

yatie chomeyl said...

isabelle : meh le dtg conference kat sini, leh bwk adam ;)

wa said...

Teringin sangat nak pegi Muzium ultraman ni.... :)

AyuArjuna BiGoshh said...

hhahahahahaha, senak perut gelak...............hahahahaha

yatie chomeyl said...

Wa : meh jln2 kat sini meh hehe

Ayu arjuna : erk jgn gelak kuat sgt, karang makin senak perut tu eheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...