Beberapa minggu yang lalu negara kita seakan di serang oleh fenomena gadis remaja di culik tapi minggu lalu kita di kejutkan pula dengan berita bahawasanya budak-budak itu sendiri yang rela hati buat cerita kononnya di culik semata-mata nak tinggal dengan teman lelaki.
KUANTAN – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia
dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu,
akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik. Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan
diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah
mengalami tekanan emosi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T.
Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat
gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di
Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.
“Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan
diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur
paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.
“Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan
mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya kepada
pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik’ oleh tiga individu
termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar
di Taman Tas di sini.
Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki
berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30
petang semalam.
Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.
Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua
lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di
Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.
Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan
Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan
penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu
ditemui sesiapa.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan
20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata,
mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.
“Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak
diculik serta tidak dikasari atau dipaksa,” jelas beliau sambil
memberitahu kes ini dianggap selesai.
Sementara itu, di MELAKA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menubuhkan pasukan
khas untuk menyiasat kes culik di negara ini.
Menurutnya, polis yakin anggota dan pegawai polis sedia ada mampu menangani kejadian seumpama itu.
“Kes penculikan dan kehilangan individu di negara ini tidak serius.
Bagaimanapun, ia mungkin disensasikan seolah-olah negara ini tidak
selamat sehingga mencetuskan suasana panik dalam masyarakat,” katanya
selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri
Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Ismail menambah, beliau percaya kepada kemampuan pasukan polis dalam
menghadapi sebarang kejadian jenayah termasuk kes culik selain akan
meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keselamatan rakyat
terjamin.
Pagi ini pulak, keluar berita yang menyatakan bahawa kes remaja yang di culik dan di bawa lari ke Thailand tu pun cuma drama semata-mata yang telah di rancang oleh remaja itu sendiri. Amboiii..hebatnya eh ko budak kecik boleh jadi mastermind sampai melibatkan polis Thailand segala. Kan elok kalau 'kepandaian' itu di salurkan ke landasan yang betul.
Kes culik Nazatul hanya drama ~ Oleh NORHAYATI YAHAYA (norhayati.yahaya@kosmo.com.my)
SHAH ALAM – Remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar
kecil) yang didakwa diculik ke Thailand sebenarnya merupakan perancang
utama ‘kes penculikannya’ dengan mereka-reka situasi tersebut bagi
membebaskan dirinya bersama lima lagi remaja warga Myanmar ketika
ditahan oleh negara itu di Bangkok, 11 Mac lalu.
|
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob
berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan keterangan konsisten
daripada lima warga Myanmar tersebut yang dibawa ke negara ini untuk
diambil keterangan sejak Khamis minggu lalu.
Menurut Zahedi, lima warga Myanmar tersebut iaitu Muhd. Yunus Abdul
Rahim, 17; Muhd. Nur Abdul Rahim, 14; Abdul Aziz Normal Hakim, 14;
Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14, memberitahu, Nazatul
mencetuskan idea mengatakan mereka diculik ketika itu kerana tidak mahu
dimarah oleh ibu mereka.
“Berdasarkan keterangan, kita dapati hubungan mereka akrab dan saya
tidak nafikan mereka terlibat dalam kegiatan meminta sedekah di kawasan
itu secara tidak sah dan hasil kegiatan itu digunakan untuk diri mereka
sendiri.
“Walaupun berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa, misi adalah
untuk melarikan diri daripada lelaki bernama Shah dan Sadiq, kita
percaya kegiatan mengutip sedekah itu didalangi oleh mereka sendiri,”
katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam
di sini, semalam.
Zahedi turut menghuraikan kronologi perjalanan semua remaja itu
dalam tempoh mereka ‘hilang’ ketika mereka ditemui merayau-rayau di
Terminal 1, Seremban sebelum dibawa ke IPD Seremban, 31 Januari lalu dan
ketika itu, Nazatul turut mengaku dirinya adalah warga Myanmar.
Eloknya budak-budak macam ni, kumpulkan setempat dan hantar terus duduk kat Thailand tu. Dah tak payah duduk dengan mak bapak, dah ko teringin sangat nak buat-buat di culik kan?.
Tak reti ke perbuatan tu bukan saja menyusahkan mak bapak korang, tapi menyusahkan jugak mak bapak yang lain. Budak-budak yang tumbuh bulu pun tak habis lagi macam korang ni bukan reti fikir panjang.
Mak bapak yang lain susah hati sampai tak boleh tidur malam duk memikirkan apalah langkah-langkah penjagaan yang harus di perketatkan untuk memastikan keselamatan anak-anak kami terutamanya yang ada anak2 gadis remaja. Yang korang boleh pulak sesedap rasa buat cerita konon2 diculik, yang kami mak bapak lain ni berpeluh ketiak demi memastikan anak-anak sentiasa di bawah ketiak kami.
Eeeee...kalau korang kat depan mata ahkak sekarang...ahkak lempang laju2 pipi tu bertubi-tubi berdas-das...gerammmmm tau tak?.
Ooo ahkak tahu, korang konon-kononnya menghayati sangat2 lirik lagu Bawa Aku Pergi (Zizan feat Kaka) tu eh?. Bajet macam mengikuti arus & trend lah kan..sebab trend sekarang ni budak2 remaja buat2 kena culik semata-mata sebab nak lari dari rumah. "In" sangat trend ni *tangan di dada, mata ke atas*.
Ooo ahkak tahu, korang konon-kononnya menghayati sangat2 lirik lagu Bawa Aku Pergi (Zizan feat Kaka) tu eh?. Bajet macam mengikuti arus & trend lah kan..sebab trend sekarang ni budak2 remaja buat2 kena culik semata-mata sebab nak lari dari rumah. "In" sangat trend ni *tangan di dada, mata ke atas*.
Jangan ingat korang dah remaja, konon-konon dah boleh berdikari dan hidup tanpa mak bapak. Orang yang nak masuk 3 series macam ahkak ko ni pun masih perlukan ibu bapa untuk mengharungi cabaran hidup. Korang tak tahu apa rasanya hidup tanpa seorang ibu di sisi, korang take things for granted sebab korang tak tahu apa erti kehilangan dan korang tak tahu betapa susanya hidup tanpa seorang ibu/ayah di sisi.
Pssssttt : Sangat emosi bila membaca cerita2 tentang betapa tak bersyukurnya anak2 yang masih punyai ibu & ayah.
~ Thanks for reading this (^-*) ~
20 words of wisdom & comments:
Dengar cite budak tu nak kene charge jugak atas tuduhan memalsukan penculikan diri dia sendiri.
biar dia rasakan, pandai pulak buat wakenabeb, satu malaysia kene prank!
i feel u, kita pun dah lama takde mak.. masa remaja mmg rasa mcm boleh berdikari tapi sebenanye semakin besar and tua lagi nak mak kan..
bdk shah alam tu nieda tau gak detail.. tapi x blh cerita kt sini nnti lain plak jadinya.. apa2 pun dia tetap salah.
mereka2 ni jgk akn mnyusahkn org lain klu ada kes culik betul2 berlaku, orang dah hilang kepercayaan n ragu2 nak tolong..nnti org ingat main2 jgk. Sedih~
isy, takde kerja betul budak-budak ni. lepas ni kalau sesuatu yang buruk berlaku (semoga dijauhkan) pada diorang mesti orang tak percaya dah
dahsyat kan. nnti kalau betul2 ada kes culik budak kt msia tu, semua org tak percaya, ingat drama jugak. apa la masalah diorang ni ye. terlebih sgt hiburan kat msia tu kot. huhu...
bodo melampau sgt. jgn students aku ada mcm ni sudah.
jenuh aku tiau cukup2
adoi la.. nak publisiti murahan ke guano nih.
nok suko ayat yatie, "... yang kami mak bapak lain ni berpeluh ketiak demi memastikan anak-anak sentiasa di bawah ketiak kami..."
meme pon. cerita2 lagu ni, nak suruh anok bgn amik straw di kaunter (drpd meja mkn di kedai, jarak 10 meter) pon x sedap hati kan? mesti nak berteman doh la. jln mesti pimpin, x leh palling ke lain. meme paranoid jd nya
meme menyusohkan ore lain jah budok2 tok berapo ceredik tu. Ngaji tok sey, dop wat perangai lagu tu.
yeebetul, agak kebengangan jugak..mcm juga terasa nak lempang...at the same time, hati tetap rasa worried..mane taknye, bila melihat anak anak yang masih kecil ni...ohhh kuatkan hati kuu...
wahh.. 'membara2' amarah di blog ni.. saya pun marah jugak!!
cik puan hafiza : tu la pasal, susah satu msia sbb dia
syaima : betul2, dh tua2 ni lagi nak mak
nieda : ye ke? ce citer kat i..e-mail ke..leh?
diha : btul2, mcm kisah teladan penggembala kambing & serigala gitu
nadiah : aah, xde kerja sgt dah ni
kak as : boring sgt la kot budak tu huhuhu
isabelle : harap2 budak2 yg masuk U x bodoh cenggini la
oyis : ho la dhe, kio runsing buk emain lps kisoh tu..rupo2nyo tipu jah semato-mato...sakit hati sungguh
kak nur : kok palor baru tahu
the nunu : meh kita gi lempang diorg secara berjemaah
syanashwa : marah sbb perbuatan tu tolol sgt kan?
aku tak sanggup nak bayang apa perasaan mak bapak budak tu.. malu jangan kira la kan.. bangang nih..
kalau aku memang nak kena pijak perut la..eh..aku lagi kejam ke.. hahaha..
sedih ngan berita pelik2 kat paper sekarang ni
remaja yg kurang kasih sayang tu...nak minta perhatian...mak ayah kena check balik jugak..inilah cabaran menjadi ibu bapa zaman sekarang...peaceeee,..:)
Rai : wah, lagi kejam neh..muahahaha
zaila : tu la, mace xdop kijo lain pulok polis msia ni..nk siasat kes2 tipu
angah : mcm2 cabaran angah, takut rasa nya
Post a Comment