CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday 27 March 2012

Kes culik hanya drama..lempang laju2 nak?

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Beberapa minggu yang lalu negara kita seakan di serang oleh fenomena gadis remaja di culik tapi minggu lalu kita di kejutkan pula dengan berita bahawasanya budak-budak itu sendiri yang rela hati buat cerita kononnya di culik semata-mata nak tinggal dengan teman lelaki.


KUANTAN – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik. Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.
Siti Fatihah Mengaku Tidak Diculik
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

“Setelah menyiasat kes ini, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik. Remaja ini keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.

“Gadis ini mengaku dia lari dari rumah untuk menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahad lalu, Siti Nur Fatihah dilaporkan `diculik’ oleh tiga individu termasuk seorang wanita semasa keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini.
Gadis itu bagaimanapun ditemui selepas polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Kampung Merchong, kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Dia dibawa ke kampung tersebut yang terletak kira-kira 120 kilometer dari bandar ini.
Narenasagaran memberitahu, remaja itu sendiri menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk menghantarnya ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong pada hari dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Menurutnya, Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah di sini untuk diberi kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu ditemui sesiapa.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa melarikan gadis tersebut, Narenasagaran berkata, mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Mereka tidak melakukan penculikan. Mangsa sendiri mengaku tidak diculik serta tidak dikasari atau dipaksa,” jelas beliau sambil memberitahu kes ini dianggap selesai.
Sementara itu, di MELAKA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes culik di negara ini.
Menurutnya, polis yakin anggota dan pegawai polis sedia ada mampu menangani kejadian seumpama itu.

“Kes penculikan dan kehilangan individu di negara ini tidak serius. Bagaimanapun, ia mungkin disensasikan seolah-olah negara ini tidak selamat sehingga mencetuskan suasana panik dalam masyarakat,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
Ismail menambah, beliau percaya kepada kemampuan pasukan polis dalam menghadapi sebarang kejadian jenayah termasuk kes culik selain akan meningkatkan pemantauan dan rondaan bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.


Pagi ini pulak, keluar berita yang menyatakan bahawa kes remaja yang di culik dan di bawa lari ke Thailand tu pun cuma drama semata-mata yang telah di rancang oleh remaja itu sendiri. Amboiii..hebatnya eh ko budak kecik boleh jadi mastermind sampai melibatkan polis Thailand segala. Kan elok kalau 'kepandaian' itu di salurkan ke landasan yang betul.


 Kes culik Nazatul hanya drama ~ Oleh NORHAYATI YAHAYA (norhayati.yahaya@kosmo.com.my)

SHAH ALAM – Remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar kecil) yang didakwa diculik ke Thailand sebenarnya merupakan perancang utama ‘kes penculikannya’ dengan mereka-reka situasi tersebut bagi membebaskan dirinya bersama lima lagi remaja warga Myanmar ketika ditahan oleh negara itu di Bangkok, 11 Mac lalu.


ZAHEDI menunjukkan gambar Nazatul Fardiana pada sidang media di Shah Alam semalam.



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan keterangan konsisten daripada lima warga Myanmar tersebut yang dibawa ke negara ini untuk diambil keterangan sejak Khamis minggu lalu.

Menurut Zahedi, lima warga Myanmar tersebut iaitu Muhd. Yunus Abdul Rahim, 17; Muhd. Nur Abdul Rahim, 14; Abdul Aziz Normal Hakim, 14; Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14, memberitahu, Nazatul mencetuskan idea mengatakan mereka diculik ketika itu kerana tidak mahu dimarah oleh ibu mereka.

“Berdasarkan keterangan, kita dapati hubungan mereka akrab dan saya tidak nafikan mereka terlibat dalam kegiatan meminta sedekah di kawasan itu secara tidak sah dan hasil kegiatan itu digunakan untuk diri mereka sendiri.

“Walaupun berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa, misi adalah untuk melarikan diri daripada lelaki bernama Shah dan Sadiq, kita percaya kegiatan mengutip sedekah itu didalangi oleh mereka sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Zahedi turut menghuraikan kronologi perjalanan semua remaja itu dalam tempoh mereka ‘hilang’ ketika mereka ditemui merayau-rayau di Terminal 1, Seremban sebelum dibawa ke IPD Seremban, 31 Januari lalu dan ketika itu, Nazatul turut mengaku dirinya adalah warga Myanmar.


Eloknya budak-budak macam ni, kumpulkan setempat dan hantar terus duduk kat Thailand tu. Dah tak payah duduk dengan mak bapak, dah ko teringin sangat nak buat-buat di culik kan?. 

Tak reti ke perbuatan tu bukan saja menyusahkan mak bapak korang, tapi menyusahkan jugak mak bapak yang lain. Budak-budak yang tumbuh bulu pun tak habis lagi macam korang ni bukan reti fikir panjang. 

Mak bapak yang lain susah hati sampai tak boleh tidur malam duk memikirkan apalah langkah-langkah penjagaan yang harus di perketatkan untuk memastikan keselamatan anak-anak kami terutamanya yang ada anak2 gadis remaja. Yang korang boleh pulak sesedap rasa buat cerita konon2 diculik, yang kami mak bapak lain ni berpeluh ketiak demi memastikan anak-anak sentiasa di bawah ketiak kami.

Eeeee...kalau korang kat depan mata ahkak sekarang...ahkak lempang laju2 pipi tu bertubi-tubi berdas-das...gerammmmm tau tak?.

Ooo ahkak tahu, korang konon-kononnya menghayati sangat2 lirik lagu Bawa Aku Pergi (Zizan feat Kaka) tu eh?. Bajet macam mengikuti arus & trend lah kan..sebab trend sekarang ni budak2 remaja buat2 kena culik semata-mata sebab nak lari dari rumah. "In" sangat trend ni *tangan di dada, mata ke atas*.

Jangan ingat korang dah remaja, konon-konon dah boleh berdikari dan hidup tanpa mak bapak. Orang yang nak masuk 3 series macam ahkak ko ni pun masih perlukan ibu bapa untuk mengharungi cabaran hidup. Korang tak tahu apa rasanya hidup tanpa seorang ibu di  sisi, korang take things for granted sebab korang tak tahu apa erti kehilangan dan korang tak tahu betapa susanya hidup tanpa seorang ibu/ayah di sisi.

Pssssttt : Sangat emosi bila membaca cerita2 tentang betapa tak bersyukurnya anak2 yang  masih punyai ibu & ayah.
 
~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

20 words of wisdom & comments:

Anonymous said...

Dengar cite budak tu nak kene charge jugak atas tuduhan memalsukan penculikan diri dia sendiri.

biar dia rasakan, pandai pulak buat wakenabeb, satu malaysia kene prank!

シャイマ said...

i feel u, kita pun dah lama takde mak.. masa remaja mmg rasa mcm boleh berdikari tapi sebenanye semakin besar and tua lagi nak mak kan..

nieda said...

bdk shah alam tu nieda tau gak detail.. tapi x blh cerita kt sini nnti lain plak jadinya.. apa2 pun dia tetap salah.

diha said...

mereka2 ni jgk akn mnyusahkn org lain klu ada kes culik betul2 berlaku, orang dah hilang kepercayaan n ragu2 nak tolong..nnti org ingat main2 jgk. Sedih~

Nadiah Sidek said...

isy, takde kerja betul budak-budak ni. lepas ni kalau sesuatu yang buruk berlaku (semoga dijauhkan) pada diorang mesti orang tak percaya dah

Asmara said...

dahsyat kan. nnti kalau betul2 ada kes culik budak kt msia tu, semua org tak percaya, ingat drama jugak. apa la masalah diorang ni ye. terlebih sgt hiburan kat msia tu kot. huhu...

isabelle said...

bodo melampau sgt. jgn students aku ada mcm ni sudah.
jenuh aku tiau cukup2

Oyis said...

adoi la.. nak publisiti murahan ke guano nih.

nok suko ayat yatie, "... yang kami mak bapak lain ni berpeluh ketiak demi memastikan anak-anak sentiasa di bawah ketiak kami..."

meme pon. cerita2 lagu ni, nak suruh anok bgn amik straw di kaunter (drpd meja mkn di kedai, jarak 10 meter) pon x sedap hati kan? mesti nak berteman doh la. jln mesti pimpin, x leh palling ke lain. meme paranoid jd nya

transformed housewife said...

meme menyusohkan ore lain jah budok2 tok berapo ceredik tu. Ngaji tok sey, dop wat perangai lagu tu.

cikgunurulizza said...

yeebetul, agak kebengangan jugak..mcm juga terasa nak lempang...at the same time, hati tetap rasa worried..mane taknye, bila melihat anak anak yang masih kecil ni...ohhh kuatkan hati kuu...

Anonymous said...

wahh.. 'membara2' amarah di blog ni.. saya pun marah jugak!!

yatie chomeyl said...

cik puan hafiza : tu la pasal, susah satu msia sbb dia

syaima : betul2, dh tua2 ni lagi nak mak

yatie chomeyl said...

nieda : ye ke? ce citer kat i..e-mail ke..leh?

diha : btul2, mcm kisah teladan penggembala kambing & serigala gitu

yatie chomeyl said...

nadiah : aah, xde kerja sgt dah ni

kak as : boring sgt la kot budak tu huhuhu

yatie chomeyl said...

isabelle : harap2 budak2 yg masuk U x bodoh cenggini la

oyis : ho la dhe, kio runsing buk emain lps kisoh tu..rupo2nyo tipu jah semato-mato...sakit hati sungguh

yatie chomeyl said...

kak nur : kok palor baru tahu

the nunu : meh kita gi lempang diorg secara berjemaah

syanashwa : marah sbb perbuatan tu tolol sgt kan?

Unknown said...

aku tak sanggup nak bayang apa perasaan mak bapak budak tu.. malu jangan kira la kan.. bangang nih..

kalau aku memang nak kena pijak perut la..eh..aku lagi kejam ke.. hahaha..

Zaila Mohamad said...

sedih ngan berita pelik2 kat paper sekarang ni

mazni_azis said...

remaja yg kurang kasih sayang tu...nak minta perhatian...mak ayah kena check balik jugak..inilah cabaran menjadi ibu bapa zaman sekarang...peaceeee,..:)

yatie chomeyl said...

Rai : wah, lagi kejam neh..muahahaha

zaila : tu la, mace xdop kijo lain pulok polis msia ni..nk siasat kes2 tipu

angah : mcm2 cabaran angah, takut rasa nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...