HARU..HARU..HARU....bukan haru biru tapi haru tu bahasa jepun, maksudnya : HARU = SPRING = MUSIM BUNGA.
Mula2 ingat nak sambung cerita jalan2 kat Hokkaido tu, tapi sebab hari ni cuti kat sini sempena Spring Euinox...so letak entry pasal HARU = SPRING je dulu.
Vernal Equinox Day (Shunbun no hi is a public holiday in Japan that occurs on the date of the vernal equinox in )Japan Standard Time (the vernal equinox can occur on different dates in different
timezones), usually March 20 or 21.
Kalau tahun2 sebelum ni, kedatangan spring di sambut dengan posing2 bersama bunga-bungaan (refer entry : Spring Equinox Day (shunbun no hi) ; Colours of Spring in Kyushu, Japan and Colours of Spring in Kyushu, Japan - part 2); tahun ni kitorang ubah sikit dengan menyambutnya dengan makan YAKI KAKI.
+- lokasi makan2 YAKI KAKI -+
Jangan salah faham, YAKI KAKI bukan nya bermaksud kitorang makan kaki orang atau kaki binatang...tapi YAKI KAKI tu bahasa Jepun yang bermaksud YAKI = BAKAR dan KAKI = OYSTER. Yea adik2, hari ni banyak pulak kita belajar bahasa Jepun ye. *sila salin elok2 dalam buku nota, minggu depan cikgu nak buat kuiz bahasa Jepun*.
+- inilah dia YAKI KAKI ye adik2 -+
+- tukang bakar osyter -+
Yang bestnya, macam2 jenis seafood ada untuk di pilih dan di bakar e.g sotong, ikan, scallop dan banyakkkkk lagi lah. Tunggu hulur duit dan bayar je. Kitorang cuma ambik sepinggan oyster je sebab takut tak habis pulak. Ada lemon jugak di jual untuk yang jenis loya dengan bau-bauan seafood macam I ni.
+- pilih2 yang mana berkenan, pastu bayar lah -+
+- makcik & kakak yang kawaii jaga kaunter -+
+- yang kat dalam kolam pun boleh pilih jugak -+
Orang2 Jepun biasanya bakar oyster tu sikit2 je, asal kulit dah boleh terbuka tu kira dah boleh ngap lah. Kedai tu bekalkan pisau untuk cungkil kulit oyster tu bila dah terbuka. Mula2 hubby tak reti so ada sorang atuk yang kerja kat situ tolong tunjukkan macamana nak cungkil kulit oyster tu.
+- sifu tengah tunjuk ajar cara2 cungkil kulit oyster -+
+- dah pandai kopek kulit oyster -+
Tapi sebab I ni geli sikit makan makanan yang separa masak cenggitu, so I keluarkan lah isi oyster tu dari kulitnya dan bakar directly atas tempat bekar tu. Thus, my oyster jadi well done dan sangat sedap di santap bila di perah dengan lemon dan juga cicah dengan kicap masin manis tu.
+- oyster yang tengah bakar directly kat atas tempat pembakar tu I lah yang punya -+
+- tukang makan oyster -+
Kitorang makan kat kedai tepi pantai Keya. Sambil membakar, sambil melayan pemandangan air laut yang biru.
+- pemandangan dari tepi tingkap tempat duduk kitorang -+
+- cantik kan? -+
Langit pun cerah je hari tu, memang cantik lah untuk upacara posing sedas dua kat tepi pantai. Budak kecik pun bukan main seronok dapat posing2 tepi pantai di petang hari yang cerah.
+- budak kecik siap cekak pinggang & ajar mommy cara pose -+
+- kenyang perut, suka hati -+
Pssstt : korang pernah makan oyster bakar tak?. Kalau kerang bakar pun sedap kan?.
~ Thanks for reading this (^-*) ~
19 words of wisdom & comments:
kak..lg sedap kalau kicap masin/manis tu buh cili sket..baru pedas2..hehe
Suka2!! Saya suka bakar2 ni :-)
Ai loikeeeee
Sedap mkn panas2
Lama x terjah jejln tepi beach tue
hoho.. tak pernah cuba.. Yaki KAKI. nasib bukan
kaki.. har3
tak pernah mkn kedai tp buat sendiri dgn bdk2 sini pernah, masa natsu bbq tepi laut. eh murah la kat sna tu kan.
tok rajin try lg oyster lagu tu. raso daghat jah.
wahh syioknye....x cube lagi mkn oyster bakar..nom nom nom
tak pernah mkn pun tapi mcm menarik je.. your hubby ada kt jepun yer?
bakpo sambut vernal equinox ada mkn2 oyster ye? ada sejarah/myth dia ke? sini vernal equinox jgk hari ni, tp x dop gapo2 pung. jeles.
hmm teringat mcm oyster mentah masa gi roscoff, france thn lps. errr... geli jgk mula2, tp bila dah masuk mulut, rasa supo ayam!
xpernah mkn pun...camne rasanya ekh???
Dian a: member akak siap bawak air asam sendiri dari rumah nak buat cicah hehe
coffee mama : sila lah bakar jugak ;)
lady ayu : I pun tunggu dh paans sikit baru gi jln2 tepi pantai :)
nurmisnan : kalau mkn kaki btol, mau patah gigi hehe
Kak As : aah murah gak..tu yg kitog pergi tu
kak nur : ti pun xrajin raso di msia...sini jah baru try
eray : meh jln2 sini, kitorg bwk gi try mkn oyster ;)
nieda : aah dia ambik unpaid leave dtg sini
Oyis : xdop muth gapo2, family ore jah suko2 wat sambutan sendiri hahahaha..sajo puah dok di rumoh maso cuti..tu yg tubik gi make oyster tu :p
affieza : sedap..isi di abesar..makan 5 ketul dh kenyang
murah la kan hito sara 500yen..
dah lupa rasa kaki (oyster)
rasa pelik pulak bila kata gitu..hahaha...
kat sini susah nak cari kaki yg fresh..tetiba teringin nak makan kaki furai..
oyster akak belum penah cuba, tapi kalo kerang bakar tu slalu sgt le..hehehehe sedapkan
bessnyee! fresh2 lak tu dpt makan oyster.
oghe beli sokmo oyster kat Pantai Sri Tujuh ehhehe....tp tok penah bakar agi laa..rebus jah ekekekekke...
Post a Comment