Salam di hari Jumaat buat semua,
Hari ini I nak share satu filem pendek yang menerangkan tentang hukum hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang mungkin timbul setelah anda menonton klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk Video : 'Musim hudud' dan Video 'Hudud lagi'.
Semoga klip video ini dapat memberi manfaat
kepada sesiapa penonton.
Dialog2 yang terkesan di hati selepas menonton video ini ialah :-
• Hudud ialah hukum syariah untuk kesalahan JENAYAH
• Curi yang sempurna, baru kena HUDUD
• Orang Islam percaya pada hukum Islam jadi kena lah ikut hukum Islam
• Dengan kejahilan, menghina hukum Allah tanpa di sedari..boleh terbatal Aqidah
• Allah tahu kesalahan2 yang tidak boleh diubati dengan hukum manusia sendiri, kerana itu Allah suruh jalankan hudud untuk masalah2 yang tidak boleh di selesaikan dengan hukum manusia.
Pssssttt : tiada niat nak menyebelahi mana2 parti politik tapi I rasa terpanggil untuk sama2 berkongsi video yang boleh memberi pemahaman jelas kepada semua tentang hudud...Wallahu'alam..yang baik itu semuanya datang dari Allah.
7 words of wisdom & comments:
ye, memang setuju sangat...
betul sangat semua yang dikatakannya... kalau lah semua orang terbuka mindanya tentang hudud ni dan faham... alangkah indahnya...
ai pow x der masalah ngan hudud ni
rasa lagi better sebab ituew hukuman yg di tetapkan olehNYA....
ada video kat you tube hok dok hino dgn wat jokes psl Hukum Hudud. Bengong sungguh!
islam tidak sekejam itu. Potong tangan orang tak tentu pasal. Ada syarat2 yang perlu di ambil kira sebelum buat keputusan.
Rasulullah telah laksanakan hukum ni ketika menjadi pemerintah negeri madinah. terbukti berkesan. Buktinya rasulullah memerintah madinah selama 10 tahun, tapi jenayah mencuri hanya ada dua kali sahaja. Kita skrg bagaimana?
p/s : betul kak yatie chomeyl. Bukan nak sokong mana2 parti. Kerana kedua-dua perti adalah beragama islam. Negara kita juga negara islam.
ramai org islam sendiri yg hanya sebab politik sanggup menolak dan menghina hukum hudud..masyaALLAH...
sya : jom kita doakan sama2..Insya Allah
lady ayu : yup, tiada hukum lain yg lebih baik dr hukum Allah
kak nur : tu la, this video is the response to that particular menghina video la
Azimah : aah kan, org x kaji betul2..tau2 nak bantah je takde usul periksa kan?
mummy danisha : nauzubillah, moga kita di jauhkn dr golongan sebegitu
yangyuyu : insya Allah, nanti I join. :)
Post a Comment