CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 23 December 2011

Doa buat anak Che Amran (Raihan)

Salam buat semua,

Kalau semalam saya mengajak rakan-rakan semua untuk sama-sama membantu dalam Kempen Hope 2 Walk, hari ini saya nak kongsikan pula perkhabaran terbaru yang saya dapat dari laman You.Tube tentang anak kepada salah seorang penyanyi kumpulan Raihan iaitu Che Amran.


Apa perasaan anda, kalau anak yang selama ini sihat dan aktif tiba-tiba sahaja di sahkan mempunyai ketumbuhan otak?. Tiada ibu bapa yang pernah membayangkan hal yang sedemikian berlaku pada anak yang di kasihi bukan?. Maka itulah juga secebis perasaan yang di kongsi oleh isteri Che Amran (RAIHAN) iaitu Puan Isyah Radiah dan isi hati itu turut di luahkan nya di dalam buku Anakku Brain Tumor (ABT).



Bagi pasangan Isyah Radhiah dan Che Amran Idris, kebahagiaan dan kegembiraan mereka sekeluarga bagaikan diragut apabila pada pertengahan 2010, mereka diduga Allah dengan penyakit yang digeruni yang dihidapi anak ketiga mereka, Ahmad Mahir Baihaqi atau nama panggilannya Aqi, yang ketika itu (pertengahan 2010) berumur 9 tahun.


Anak yang cergas sejak lahir itu mendapat sakit kepala yang berterusan dan muntah-muntah selama seminggu. Dia disahkan menghidap ketumbuhan otak (brain tumour) oleh Hospital Pakar Damansara. Maka bermulalah episod dugaan hidup yang terpaksa ditempuhi oleh isteri yang ketiadaan suami di sisi, iaitu tatkala Che Amran ke Australia selama 10 hari untuk pelancaran album Raihan.
 


Kalau anak itu tidak segera dibedah, tumor akan terus membesar dan menyerang saraf penting di dalam otak. Ini memaksa mereka memindahkannya ke hospital kerajaan dan berpatah balik ke hospital swasta semata-mata agar pembedahan dapat disegerakan. Namun, masalah kewangan dan risiko yang akan dihadapi selepas pembedahan, meletakkan mereka di persimpangan.
 

Berita terbaru yang di terima (21 Dis 2011); Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran baru sahaja menjalani pembedahan kepala di HUKM seperti yang di kongsikan oleh insan prihatin yang sudi berkongsi video di You.Tube.



Menurut perkongsian yang saya baca di blog Munsyeed.com;
"keadaan Ahmad Mahir agak sedikit ‘payah’.  Tangan Ahmad Mahir menggeletar spt ‘Pakinson’; menurut Che Am itu kesan sementara pembedahan di kepala Ahmad Mahir dan ia terjadi bila keadaannya tidak begitu ‘stabil’ dan ‘tension’. Che Amran memujuk-mujuk dan menenangkan anaknya. Disuruh banyak berselawat dan mengingati Allah. Waktu itu Ahmad Mahir mengalami kesakitan di dalam telinganya. Tekanan agaknya. 

Che Am telah merujuk kepada doktor tetapi doktor pakar telinga telah pulang maka terpaksa menunggu ke pagi ini. Aku rasa, Che Am sampai waktu ini belum dapat berehat dan melelapkan mata. Che Amran masih mampu tersenyum namun di kolam matanya jelas terlihat keperitan dan kepedihan. Sungguh berat penanggungan itu. Sungguh berat ujian Allah itu. Sungguh tabah seorang ayah yang bernama Che Amran bin Idris itu. Pelahan dia berkata “Airmata sudah kering untuk menangisi ini semua”. - sumber: Munsyeed.com

Che Am Raihan bersama anaknya yang akan dibawa ke dewan bedah - sumber: : Munsyeed.com


Dari Abu Dzar r.a katanya:"Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:"Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Rasulullah SAW:"Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Mereka bertanya:"Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?" Jawab Rasulullah SAW " Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala."  (al-Bukhari)


Jelas dari hadith itu, bukan orang kaya sahaja yang boleh bersedekah dan membantu. Kita semua pun boleh membantu selagi terdaya. Cara-cara nya :-
(1) "Share" artikel ini di Facebook supaya lebih ramai yang tampil untuk membantu
(2) Share entry ini di blog supaya lebih ramai yang mengetahui
(3) Dapatkan novel Anakku ‘Brain Tumour’ karya Isyah Radhiah Idris yang berharga  RM25 supaya hasil royalti nya dapat membantu ibu adik Baihaqi
(4)  Hulurkan bantuan yang boleh disalurkan terus ke akaun MAYBANK 164397966095 atas nama CHE AMRAN BIN IDRIS.
(5) Kirimkan doa untuk adik Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran (Raihan) yang baru menjalani pembedahan tumor di bahagian otak di Hospital UKM, Cheras. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan buat dirinya serta seluruh ahli keluarganya.


Segala sumbangan dan bantuan yang diberi amat dihargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.


Pssstttt : jangan berkira untuk menderma...lebih banyak kita derma, Insya Allah lebih murah rezeki kita nanti.


 

7 words of wisdom & comments:

Sidratul Muntaha said...

penyakit keturunan kalau tak silap ayu
dulu,che amran benti jdi member raihan sbb berubat sakit tumor jugak
tapi klu slah betulkan la sbb depa laki bini dah menulis buku tu
arapannya semoga anak itu cepat sembuh sepeti sedia kala

dalila said...

kesiannya harap2 dapat disembuhkan... harap2 keluarga mereka tabah menerima dugaan ini...

Hanis MY said...

ore baru tahu ni sedihnyooo huhu...

p/s: timo kasih banyok, tlg doa kokre deh...

mamashikin said...

sedih sgt baca..semoga anak cik amran cepat sembuh.

mazni_azis said...

Ya Allah sembuhkan lah adik Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran...amin...sabarnya Che Amran..

transformed housewife said...

Semoga anak Che Amran cepat sembuh.

Kamalia said...

semalam nampak jugak ade kwn post pasal ni kat fb.ni td br BW kat sini,dah lama rupanya ade kat blog yatie ye..tak perasan..
sedihkan.
semoga Allah memberikan yang terbaik buat adik ahmad mahir dan ahli keluarganya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...