CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 22 December 2011

Al-Fatihah buat Adik Annisa

Salam,

Saya baru sahaja selesai membaca update terbaru dari blog Jiey dan tanpa dapat di tahan-tahan, airmata merembes laju menuruni pipi. Ini petikan dari entry menyayat hati tersebut -->
"Pagi ini, dengan penuh bersemangat saya menonton Malaysia Hari Ini.. Kisah anak-anak cerebral palsy yang mana Adik Annisa dan Adik Annur ditampilkan di dalam rancangan tersebut. Namun sebentar tadi, saya benar-benar terperanjat dengan berita kepulangan Adik Annisa ke rahmatullah.. Al-Fatihah untuk Adik Annisa dan salam takziah untuk Kak Sham dan Abg Fendi."

+- kasih ibu membawa ke syurga -+

 +- kasih ayah sepanjang zaman -+


Untuk yang tak tahu, Annisa lahir pada 8 februari 2001 dan mempunyai adik bernama An-Nur yang lahir 7 april 2003. Kedua-dua mereka di sahkan mengalami CEREBRAL PALSY with MITOCHONDRIAL DISEASE. 

Secara peribadi saya tak pernah berjumpa dengan kedua-dua adik ini, tetapi secara maya kasih saya buat kedua-dua anak ini telah lama bertaut. Ibu kedua-dua adik ini rajin menjenguk blog saya di awal pembabitan saya di dunia blogging dulu (sejak ~2 tahun ++ yang lampau) dan sejak itu saya selalu mengikuti perkembangan mereka dari kejauhan. 

Ibu adik2 ini menulis di blog Aku OK U? dan bapa mereka menulis di blog Ronasina. Justeru berita pemergian adik Annisa meruntun hati kecil saya, rasa ralat kerana sudah hampir sebulan menjejak kaki ke Malaysia tapi masih tidak menjenguk mereka....dan kini adik Annisa telah pergi buat selama-lamanya.


Jenazah Annisa di sembahyangkan di Masjid jamek Kajang dan jenazah akan di semadikan selepas Zohor (info dari FB). Hanya doa yang dapat saya kirimkan buat arwah, semoga segala urusan di permudahkan oleh Allah. Insya Allah ganjaran syurga menanti beliau di sana kelak....Ameen.

+- jenazah Adik Annisa sedang di sembahyangkan -+


Saya juga ingin memohon jasa baik pembaca blog ini untuk sama-sama menyokong, mnyebarkan dan membantu setakat terdaya dengan kempen Hope 2 Walk yang dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa (sekarang ini semua dana barangkali akan di salurkan terus buat adik An-Nur...Wallahu'alam).

Info lanjut boleh rujuk di FB Hope 2 Walk  dan Blog Hope 2 Walk.


Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital di Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. 

Selepas itu Annisa dan An-Nur akan meneruskan program rawatan dan persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom.
 
Jumlah Sasaran: RM 500,000
Tarikh Sasaran: Februari 2012

 
Sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung harapan Annisa dan An-Nur boleh berbuat demikian ke akaun:

(1) Maybank
MohdAffandi bin Ramli (bapa)
Account number : 1561 1400 1424

(2) Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2

(3) Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 39 9194 992754







Mereka sedang mengutip dana RM500k bagi membiayai rawatan pemulihan dan persekolahan anak-anak ini. Bak kata pengacara MHI; Wardina Safiyyah, "Sekiranya 28juta rakyat Malaysia menderma RM1 seorang, pasti ianya dapat direalisasikan.."


Pssssttttt : Jom sama-sama sebarkan kempen ini dan bantu setakat terdaya.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

 

3 words of wisdom & comments:

Unknown said...

ada baca tentang kematian Annisa di blog kawan, tp x cukup detailsnya.. ada juga disebut (sekadar sebut tanpa link) tentang kempen nih..

sedih juga.. sbb sejak awal berblog (tahun 2009), antara blog yg kakyong selalu jengah adalah blog akuoku tu...

Insya Allah, nanti kakyong cuba kongsikan kempen nih...

semoga keduaibubapa Annisa akan terus kuat & tabah..

transformed housewife said...

Al-fatihah. Insyallah kito pakat tulungla sikit sebanyok.

Sidratul Muntaha said...

al fatihah
semalm kutahan tuk tak tgk
tpi kutgk juga
maka gugurlah airmataku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...