CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 15 December 2011

Macam life kat Jepun tu bagus sangat...tapi MEMANG pun!



It has been almost 3 weeks that SN and I were here in Malaysia. The first 2 weeks here has been quite a bit of disaster for us as we have to adjust ourself with Malaysia lifestyles and environment. 


Bukan nak berlagak sebab baru balik dari Jepun ke apa, but this is just a reminder for me supaya lepas ni bila balik Malaysia lagi, I can be more prepared to cope with these situations :-

(1) Malaysian driving 'skills' is to rempit all the way and cilok mencilok is a must!

Hari mula-mula sampai je, I dah sesak2 dada sebab terkejut dengan corak pemanduan driver KL termasuklah hubby I sendiri. Entah berapa kali I urut dada, mengucap dan baca macam2 jenis doa masa mula-mula masuk kereta in the first week tu. 

On the 2nd week, I start to drive. Sumpah I bawak sopan sangat e.g. bila I nak change lane I tunggu line betul2 clear baru I masuk, then hubby & SIL tegur kalau macam tu kat KL...3 jam baru I dapat changed lane...fine!. 

Now slowly I dah boleh ingat balik gaya rempitan orang Malaysia dan slowly I pun dah mula kembali merempit jugak eheh.


(2) Customer service

I went shopping at Te.sco masa hari mula2 sampai. Everything went well until masa nak bayar kat cashier. I get super annoyed sebab ada few items yang tak dapat di bayar sebab barang tu tak de barcode. Then cashier tu macam malas nak ambil yang lain and insisted that if I nak barang tu, I pergi ambil sendiri. 

Lagi best, sambil dia scan barang2 yang I beli tu, dia borak2 dengan cashier kat kaunter sebelah.."Eh, Jah tadi pun ada orang beli towel ni. elok ke ye?'.

What the F ????. EH hello, kalau kau nak borak2..lepas aku dah habis bayar boleh tak?. Dah lah borak2 pasal towel yang aku beli...borak lah pasal benda lain. In a way bunyi nya macam kepochi sangat dengan tuala tu..apa kes?.
OK, I tahu bunyi macam kecik je perkara tu tapi it made me feel super annoyed sebab in a way cashier tu buat I membandingkan dia dengan service kat mall kat Jepun. Jauh punggung dari perut OK. 

Cashier kat sana tak ada nya nak borak2 pasal barang yang customer beli tu depan2 customer; lepastu cashier kat sana kalau barang tu tak ada barcode...cashier tu pergi ambil sebab bukan salah customer kalau tak ada barcode..salah pekerja mall tu la yang tak buat kerja dnegan betul2 ye dak?.


(3) Toilet cleanliness

Sebaik sahaja I keluar dari arrival hall, I bergegas cari toilet kat LCCT tu. Serius kotor dan bucuk hancing tak padan dengan status as airport. Even bilik salin diapers pun tak terurus dan busuk. Even SN yang baru umur 2 tahun setengah tu pun rasa geli nak pergi toilet. Itu kat airport, kalau kat tempat lain lagi la hazabedah tahapnya especially kat shopping mall. 


Tapi tak semuala kot, hari tu I pergi toilet kat IKEA and Midvalley, cleanliness is quite OK lah.

[DSCN6287.JPG]
*tengok ni bersinar2 toilet bowl kat Jepun sampai boleh tepek masuk blog I lagi*


(4) Food

Yang ini I tak ada masalah lansunglah nak cope sebab the best thing about living in Malaysia is that I tak payah susah2 nak masak bekal kalau nak keluar jalan2. Yippeeee....seronoknya menambah lemak di badan ni ehehe.

Tapi for SN memang big problem jugaklah. First 2 weeks in Malaysia ni, memang berperang nak paksa dia makan. Minum tak nak, makan tak nak...vitagen je nak. I dah siap plan nak beli beras jepun dah tapi hubby cakap tunggu dulu, bagi SN try makanan Malaysia dulu.

Awal2 hari tu SN cuma makan yang ada similarity dengan Japanese food la e.g tempura Pizza Hut tu and laksa sebab nak serupa dengan udon. Bila I singgah Sushi King dan belikan sushi kat dia, laju je dia ngap...adoyaiii tak kan hari2 mommy nak kena beli sushi king anak oooiii. 

+- muka excited habis dapat makan tempura, adoyaii rabak poket mommy & daddy kalau hari2 nak makan ni -+

Tapi start minggu ni, appetite dia dah OK, semua benda yang di sumbat kat dalam mulut akan di ngap sepantas kilat. Susu pun dia dah start minum walaupun memilih cuma nak minum Friso Gold je..tsk3x. Tak pelah at least legaaaa sikit hati mak ko nak; tak payah beli beras jepun dah.


(5) Safety issue

Masa kat Jepun, kamera tertinggal kat public park pun boleh dapat balik kat lost & found. Tapi masa kat Malaysia ni, selipar croc celup berharga 488yen (~RM 20) yang di beli kat Jepun tu letak depan pintu rumah je pun..lesap sekelip mata. Uwaaaa sedihnya...huhuhuhu.

+- sandal bunga2 kesayangan yang telah selamat di kebas sang pencuri uwaaaaaaaaaa -+



I guess these are 5 of the things that I have to bear in mind everytime I balik Malaysia especially sejak dah duduk Jepun 3 tahun setengah ni. Bukan maksudnya I berlagak, lupa daratan ke apa tapi believe me, kalau korang baru balik dari mana2 tempat pun be it oversea ke undersea ke; u can't help yourself to do comparisons.


I just hope tak ada pulak yang ingat I koya, berangan bagus baru duduk oversea 5-6 tahun dah berlagak macam lahir kat sana. Just in case if you tak tahu macamana suasana di jepun, go read my entry kat The sophisticated-ness of Japanese loo, Customer service di Jepun, Test Lesen Jepun, Lesson Learnt from Japanese people, 5 star cleanliness treat at Nazhan's nursery and Untungnya jadi 'anak Jepun'.


Kalau ada lagi yang tak faham kenapa I nak kena rasa annoying and agak susah nak cope masa mula2 balik Malaysia ni, go read Green Apple's entry here..then u might understand why it took some time for SN & I to adapt dengan cara hidup kat Malaysia again. Somehow we are adapting now and hopefully I wont be feeling easily annoyed at small little things around me after this.


Psssstttttt : lama tak membebel panjang2 kat blog, kalau update pendek2 rasa macam kentut tak puas je...kentut yang panjang dan bunyi menggelegak itulah yang terbaik ihikhik .



 

40 words of wisdom & comments:

MyKhalish said...

dun worry dear. ape u bebel tuh mmg BETUL...kekek... kitorg g singapore 1day pun dah mcm2 compare psl toilet & public transport. huhu....

Fid said...

kakak setuju belaka walau dah laaamaa dah balik kakak ttp komen benda sama

Nadiah Sidek said...

bab toilet tu paling kite setuju! dah duduk US ni rasanya balik malaysia nanti mesti rasa geli ya amat nak ke public toilet! aaargggghhh~

p/s: comelnya sandal yang hilang tu

Sidratul Muntaha said...

:P
aku cume jelir lidah ko jer bial baca.
pelan2 kayuh tie..

Ijah EmoTemo said...

apa yg akak tulis mmg sgt2 betul. part yg dkt cashier tu mmg selalu ijah pissed off gila -.-

Ezatie said...

huhu, mcm tu lah yati dok negara membangun ni, 'org' x nak melabur sgt pasal keselesaan pengguna ni, padahal byr taxs tiap2 bulan huhu..kalo kat KL yati rasa mcm tu, kat JB lagi la cilok2 yg mmg haru biru gitu!hadoi yai!tp, lama2 kita pun jd mcm diorg jugak hahaha ( u can rempit, i pun can lah.. :P)..n cashier mmg 'peel' dia mcm tu, kat TOL pun leh borak2, kdg2 rasa nak hon jer kuat2 huhu, n if kita lupa nak amik tag price, mmg diorg x tlgnyer (dulu selalu jugak kena huhu), if nak g amik semula, diorg tunggu jer, tp kesian la org blkg tunggu kan...yg pasal kasut kat luar tu, kena tgk tmpt jugak..area umah T, Alhamdulillah, kitorg letak kat luar jer..time rajin br bwk masuk umah hehe...so, sabar n slow2 kena terima lah life kat sini :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai agreed 550% uols...hambik punya banyak % tue....betul dan tepat sekali bukan kiter lupa dataran but semua benda yg jadi tu reality...ai thing yg nak keja berdepan ngan customer ni kena kasi kursus khas mcm mana nak layan customer....mcm kt nihon even ramai yg queue nak byr etc semua layan sama jer...dari tunduk smpi say arigatou....toilet jgn citer la...ituew kat LCCT yg ai kena hari tu kat air port bayan lepas penang...toilet tersumbat sekali air pun x dak....sakit hati giler....tue airport taraf international tue pun jd gituew...bab kebersihan kiter mmg fail

si ngokngek said...

wahaha,baca sambil tersipu malu,orang malaysia mmg suka bercakap,huarhh haha

mygoldpen said...

Yatie, klu nk ikut std malaysia, rsenye KL driver 'plg sopan' doh tu haha...klu kt Tranung n JB lg terukk..adooii..

Btw,sblm bc entri ni td sy bru PM yatie tnye psl sushi king td..ni dh yakin smula la ni :)

Asmara said...

kene terima hakikat la kan. huhu.. mmg kene bersedia dari segi mental terutama anak2 ni. paling risau anak2 la dah sangat selesa life dekat sini, balik nnti sure terkene kejutan budaya. uhuhu.

Jiji said...

haih tak duduk jepun pon aku dah rasa terlalu sakit hati dengan mentality masyarakat kat sini.

Cik Puan Hafiza said...

Nak advice pasal tesco tu,
kalau lepas ni, ada lagi situasi macam tu, ushar diam-diam nama cashier buat taik tu, no kaunter dia berapa, then terus ke kaunter Customer Service, tulis borang komplen. Nanti dia punya staff akan telefon kita tanya pasal ni, masa tu boleh la repot ape yang terjadi sebab normally dorang akan amek tindakan disiplin.

Pastu, pasal barang yang scan, tapi barkod tak boleh pakai. Kalau tak ramai orang, u boleh insist them untuk cari barang yang sama, sebab as u said kan, bukan salah kita barcode tu tak boleh scan. Sebenarnya derang ada je orang yang ditugaskan untuk buat mende2 tu, dipanggil 'runner'.
Tapi kalau kat kaunter tu beratur panjang, tolonglahhh jangan buat cenggitu, kesian kat orang lain =)

e.l.i.z.@ said...

yezza...meme mesia lagu tu..teramat dasat doh loni..semua benda nk kebas..tesco ko, giant ko, samo jah awok wehh..demo malas hapah nk g tlg amik brg hop xdop barcode tu..

bilo nk balik jepun balik? eli duk kelate ni..esok pete nk balik kajey..bilo nok dating niiii

mRs sYa said...

kak,tesco crm mmg sucks...dkt nilai,kat kaunter timbang,sorg makcik ni...kdg2 kite ltk dulu then pusing2 nak carik brg..then dia mrh2 suh masukkan dlm plastik..sape x masuk kan dia x nk timbang,dia ckp keje saya timbang ye,bukan masukkan sayur dlm plastik..

last week,sya beli capsicum..trang tang tang kat price tag tmpt capsicum dia tulis lada benggala hijau/merah/kuning rm7.90 per kg, sya amik 1 kuning,1 hijau,1 merah,dia marah sya dpn customer lain,ckp harga x sama...dia membebel sambil keluarkan capsicum masuk satu2 plastik..

pastu padan muka dia,semua harga adlh sama...buat kerja 2x

zailamohamad said...

aku setuju ngan apa hok mung oyak tu..meme kesedaran sivik rakyat Malaysia ni masih rendah jika nak dibandingkan ngan negara lain..

pah dok g doh ko Jepun?? marilah jale rumah aku di Shah Alam ni;)

My name is Pqah said...

Kak yatie, dok payoh tgk tmpt lain...tandas hospital pun kotor n berbau...kat lantai penoh dgn tisu2 basoh...incident kat tesco tu mmg dh slalu blaku kat mane2 mall kat Malaysia ni...sabo jelah ye.

Hanis MY said...

Bab toi tu toksoh oyak la huhu... Tapi kut2 mano keno balk tempt tumpah darah n tra apply gapo hak molek dpt dr sini...

transformed housewife said...

realiti hidup di Msia. lamo2 ok balik.

useryna said...

rasa macam baca luahan hati sendiri..hehe..mmg banyak sgt bnda nak komen bila dah balik malaysia..huhuhu

buyuiazliana said...

salam,

this is 1st time i write a cooment here, been ur silent reader all this while. i jumpa ut blog pun sbb google blog2 student malaysia yang tinggaldi jepun a few mths back cause i kena pergi for short course in hokkaido for 25 days.

well, even for me yang stay just for 25 days kalau nak compare dgn u yg dh dekat 3 thn, i pn experience the same thing especially JAPANESE DICIPLINE.. yup i totally agreed with u. nak2 pasal cashier totally different dgn sini. last week i baru balik, sampai2 KLIA masuk kedai pn buat i dah tersenyum sendr sbb terigt behaviour of cashier in Malaysia compare to Japan. :)

nice reading your blog and i hope u will success and happy with all you doing now.

lailasani said...

ambo pehe cik adik. ambo yg balik 10 tahun yg lepas ni pun still merasa yg same... huhhhuhuh...
pasal tesco tu.. ambo pun pernah kena.. konon pi carik harga/yg ada barcode.. tapi tak muncul2... mmg hampeh...

MaMa BlUe said...

salam....

driver KL ok lagi... cuber tgk driver di kelate... lagi sakit hati... line kanan paling bawak slow.. tapi nok buat mcm mane.... bkn takat org malaysia blk jepun yang rasa menyampah ngan semua ni... orang malaysia yang duduk malaysia pun terasa jugak...

mazni_azis said...
This comment has been removed by the author.
mazni_azis said...

Angah can feel what ucu feel...hehehe..semuanya sebijik macam dalam kepala otak angah cuma mls nk tulis dlm blog.

Rai said...

pelik bila orang kata hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..blabla..baik negeri sendiri..

tapi ai tetap rasa chenta kat negara orang..camno? hahaha...

kakyong said...

teruknya servis tesco tu.. kena report tu, baru tahu nak kerja elok2.. kat Ipoh ni okay jer.. ni semua attitude..

toilet??? di mana2 pun sama.. tu pasal x suka buang air di luor.. tp toilet di tesco extra (tempat kami biasa pergi), bersih.


Berapa lama kat Mesia ni?

sori lama tak singgah sini..

jemput join
http://ibualiya.blogspot.com/2011/12/contest-giveaway-ibu-sihat-anak-riang.html

Min Aina Ila Aina said...

Tiap kali baca pengalaman orang2 yang pernah duduk luar negara tak kisahla UK, US, Aus, Jepun, Korea (Prof saya la tu) rasa teringinnya nak merasa duduk kat sana dan rasa sendiri pengalaman yang depa cerita.

Apapun, terapkanlah yang baik-baik itu pada anak-anak kita sebab mereka la generasi yang menentukan akhlak masyarakat kita pada masa akan datang.

Ummi Dania Yasmine said...

Mana la kita tak compare sebab mana yang baik dijadikan ikutan, yang tak baik tu kita buatlah ikut contoh teladan yang baik...i pun akan buat benda yang sama kalau jadi u...hehehe.....

Oyis said...

betul apa yg yatie tulis ni. satu lg saya rasa yg org msia payah nak buat is queue. Kalo di pasar mlm mmg berebut2, walau jelas sapa mari dulu. begitu jg di kedai mkn, toilet, ATM, mana2 lah. kalo beratur pon, kalo org dpn ralit sket, terus potong, wat muka x bersalah, tgk ke lain. mmg kuciwa sgt masa balik msia semetar thn lps tu, sbb di UK ni apa2pon queue, nak2 kalo kita ladies or org tua or bwk stroller, mmg konfem org bg lalu dulu, or kalo seat penuh, mmg ada yg akan bgn. kat msia dok, sungguh mung2, aku2. sudahnya hok mudah gagah perkasa hak bole cop sokmo tmpt duduk nya, or urusan selesai plaing cpt mugo dia senang nak mencelah. org yg ada authority pon sama (tuan kedai, peg bank, etc), bukan nya nak sound, 'tolong beratur', or at least jgn la bg servis pada org yg terang2 masuk xde adab or potong queue, biar dia rasa sedar sket.ni x, mmg ikut dia jah nak serve sapa2, so apalah makna nya nak beratur, better la berebut and cari port bawah hidung tukang amik order/pegawai tersebut aje. very frustrating. payah nak ubah ni yatie.

x tahu lah, takut nya saya lps ni jd if u cant beat them, join them je. sayang sbb facility kita nak masuk 1st class doh, mentality tercicir di blkg lg. lebih memalukan lg, kita org islam. hok beratur2 dan bersopan2 dan bersih2 ni plak, neg org kafir. malu2...

yatie chomeyl said...

mykhalish : tu la kan, kita mmg xleh stop diri to complain bila benda tu nmpk dpn mata ye x?

ahkak fid: yes, ada geng! hehe

nadiah : comel pun dh selamat di kebas sang pencuri uwaaaaaaaaaa

yatie chomeyl said...

Ayu : potong lidah tu br tahu :P

ijah emo temo: geram kan bila diorg buat perangai gitu huhuhu

ezatie : tu la, meme kenoslow2 adapt smeula wpon pyoh

yatie chomeyl said...

lady ayu : tu diaaa smp 550% tu, kelas u babe hehe

si ngokngek : ekekke, siap tersipu2 malu

mygoldenpen : kalu gitu ore keno bersyukur la sbb driver KL lg sopan ..ALhamdulillah

yatie chomeyl said...

Kak As : tu la, mmg kena prepare anak2 awal2..kalau x, kesian diorg

jiji : sadis kan?

cik puan hafiza : thanks for the advice. will definitely look into it and amik tindakan mcm u suggest tu if it happens again next time

yatie chomeyl said...

eliza : ore kelik jepun smula hjg bule 1, jom dating2 jom

mrs sya : hahahha gelak2 je i baca bebelan u..mesti makcik tu terpisat2 lepas tu kan

Pqah : tandas spital pun kotor? lagi sakit la pesakit2 kalu gitu ye dak?

yatie chomeyl said...

Hanis : tu la, keno apply ilmu2 belajar kat jepun bui molek sikit msia ni

kak nur : nk bui OK tu yg payoh tu huhuhu

useryna : kita serupaaaaaaaaaaaaaaaa.. :)

yatie chomeyl said...

buyuiazliana : hi *wave hand*. thanks for reading my blog. mmg boleh terasa kan perbezaan nya

kak laila : tu la, kelik 10 thn pun sero lg deh bendo2 gini

mama blue : org msia pun dh tak tahan ye ?

yatie chomeyl said...

Angah : ucu kan kalau x bebel kat blog x puas hati, tu yg bebel panjang2 tu hahaha

Rai : tu la, hujan emas tu kat jepun tp hujan emas kat msia sbb family semua ada di msia :)

k/yong : tie stay smp hjg bulan 1 ni. kak yong bz ye ? :)

yatie chomeyl said...

Aina : insya Allah nk ajar anak2 nilai2 murni Jepun tu nanti kat dia

Ummi Dania Yasmine : tu la, mmg bnyk kena buat jd teladan ni

Oyis : aah kan, bab queue or elupo nk mention. meme ore ado issue jugop bab queue cumo terlupo jah nk tulis..mujur oyis peringat :)

Xiet_Enigma said...

Been to a few countries. tp so far, memang rindu kat jepun. padahal xpnh minat anime ke, jpop ke apa... admire disiplin n kebersihan dorang!

mamashikin said...

betul cakap kak yati..wp sy tak pernah stay oversea tp husband sy pernah duk jepun 3 thn..mmg dia selalu bnadingkan malaysia ngn jepun..jauh bezanyaaa..negara maju kan...
sampai dia cakap, kalau ada duit lebih stay jer kat sana...hehee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...