CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday 26 September 2011

I've never felt this patriotic before

 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Sambung lagi cerita pasal game Jepun Olimpik VS Malaysia Olimpik kat Stadium Tosu, Fukuoka on 21st September 2011 tu. Kat entry Penyokong Jepun cakap "Nippon BOLEH" [Malaysia VS Japan] tu I cuma tunjuk gambar-gambar pemain dan jugak video suasana penyokong.Untuk hari ini I nak cerita kemeriahan dan pengalaman menjadi penonton untuk game malam tu.

+- penyokong cilik -+

 
Walaupun perlawanan bermula pukul 8 malam tapi kami bertolak pukul 4.30 ptg dari Fukuoka. It took us about 1 hour ride with car. Sebelum tu, jemput adik hubby kat airport then terus gerak ke stadium. Sampai kat tempat parking baru kami tukar pakai jersey Malaysia. Pastu nampak orang Jepun kat kereta sebelah pun tengah tukar jersey jugak dalam kereta. Masing-masing jeling jersey team lawan konon-konon macam nak ajak gaduh la, last-last kitorang gelakkan ketololan diri sendiri mrgreen eheh.

 
 +- jalan kaki dari tempat parking kereta ke stadium -+


Lepas tu kitorang berkumpul depan hotel kat stadium itu untuk tungu dapat tiket dan juga jersey penyokong yang di taja khas. Bila masuk waktu, solat Maghrib dulu beramai-ramai kat bawah pokok depan stadium tu. Alhamdulillah, bola bola jugak..solat jangan lupa ye.

 
+- jom solat dulu, lepas tu baru tengok bola -+

 
Bila dapat je jersey dan tiket serta banner penyokong yang bertulis "TEAM MALAYSIA"; kami posing lagi sedas dua. Terima kasih banyak-banyak lah kat penaja yang terlibat menaja tiket dan jersey penyokong Malaysia malam tu especially Kementerian Belia & Sukan, FAM, TM, Pengurus Pasukan Olimpik dan lain-lain.



Banner tu mula-mula I ikat kat pinggang buat macam pareo, then rasa tak berapa chomeyl pulak. So I pakai kat kepala, konon2 shawl gitu, kellllas kau maria!. jelir  Hubby and SN pulak ikat banner tu buat tanjak kat kepala. terus diorang nampak macam Hang Tuah Buah dengan Hang Jebat Lebat tu.

+- Woman Supporters..... Rock!! -+

+- banner boleh juga di gayakan sebagai Shawl dan Tanjak -+


Around 7.45 baru kami masuk dalam stadium. Kecik je tempat yang di sediakan untuk penyokong Malaysia tu. Redha saja lah, sebab kat tempat orang kan. Dapat masuk pun dah cukup bersyukur. 

+- jalan ramai-ramai gerak masuk stadium -+


Walaupun I ada seat untuk malam tu, tapi most of the time I berdiri je sepanjang tengok game malam tu. Bila dah balik rumah baru rasa lenguh, masa semangat menyokong tu membuak-buak dalam dada; lansung tak rasa lenguh berdiri berjam-jam.

+- apalah sangat berdiri sambil dukung anak berbanding player yang duk berlari-larian atas padang -+


National anthem was sing before the game begin. Dah bertahun-tahun lama nya I tak nyanyi lagu Negaraku tapi malam itu kami penyokong Malaysia menyanyi dengan penuh bersemangat. Lontaran suara lantang, vibrato dan falsetto yang sempurna (bajet pengkritik AF) di iringi dengan perasaan bangga pada negara meresap terus ke dalam dada. Serius I boleh rasa meremang bulu roma lepas habis nyanyi. 

 
 +- bersedia nak nyanyi Negaraku. muka patriotik habis -+


Throughout the game, memang sorakan kami tak kedengaran sangat lah sebab nisbah kami terlalu kecil di bandingkan dengan penyokong Jepun. Dah la masa 1st half bola asyik kat belah gol Malaysia je. Keeper Jepun malam tu, kalau duduk bersila depan gol dia sambil makan udon dan baca anime pun OK, sebab bola lansung tak mendekati ke gol Jepun jelir  kui3x.

+- amek kau, banner sebesar-besar alam -+

+- diorang siap bawak banner "SAMURAI" lagi -+

 
 +- macam-macam facial expression ada -+


Yang bestnya, walaupun penyokong Jepun berpuluh ribu lagi ramai dari kitorang tapi diorang tak ada lah provoke or cari gaduh ke. Even masa game tu berlansung, ada polis yang di arah berkawal kat area penyokong Malaysia untuk elakkan perkara-perkara yang tak di ingini. 

 +- menyokong hingga ke titisan peluh yang terakhir -+


Bila dah habis game, kitorang sambung lagi posing. Ada juga terlintas niat nak posing dengan player Malaysia tapi tak ada kesempatan pun. Cuma Apek je player Malaysia yang datang dekat dengan kawasan penyokong sambil tepuk tangan dan lambai kat I errr I mean kat kitorang. Player lain lepas habis game terus masuk kat changing room. Kot ye pun frust tak perform well malam tu, meh la datang dekat dengan kitorang lambai-lambai tangan. At least dapat gak I masukkan gambar korang kat blog. Nasib korang lah, gambar Apek je lah ada kat blog ni jelir  lalalala.

 


Player Jepun siap berarak keliling stadium dengan maskot diorang untuk bagi penghargaan kat penonton yang datang. Merasa jugaklah abang-abang mata sepet tu duk lambai-lambai kat I..auwww malu mak ada abang hensem lambai-lambai tangan. Nasib baik mak sedar diri, husband mak ada kat sebelah. Terus mak tak layan pun abang-abang mata sepet tu lambai mak, husband mak lagi meletup noks!.jelir *ayat cover line*

 +- abang mata sepet rambut oren lambai-lambai tangan kat I auuwwww -+


On the way keluar dari stadium tu, sambung lagi posing dengan orang-orang Jepun. Diorang pun semangat je bawak baby kecik-kecik bagi pakai jersey untuk datang menyokong. Walaupun SN dah lena di ulit mimpi, mommy tetap posing macam biasa.  

 

 +- rasa nak cubit & gigit je pipi baby tu -+


Sebelum balik kitorang sempat lah bergambar dengan penyokong Jepun gak. Mula-mula I nak posing dengan penyokong-penyokong yang muda2 dan hensem2 je, tapi diorang bau arak la pulak. Mak sesak nafas sikit if ada bau arak ni. Alih-alih ada sorang pompuan Jepun tu pegang hubby I, oitt lempang sedas nak?. Terus I laju-laju pergi nyendeng2 kat tepi laki I semula; terbantutlah hasrat diorang nak posing dengan laki I bila tengok muka harimau tua ni jelir *dasar pompuan kuat jeles*.


+- dengan budak2 sekolah berskirt pendek -+

 +- Family SN dengan family Jepun -+


Masa kami nak keluar dari stadium Tosu tu, ada group budak -budak muda Jepun yang nak tukar jersey. So hubby pun bukak lah jersey dia dan tukar dengan jersey Jepun. Ye lah, takkan I pulak yang nak bukak jersey I kat situ, kang ada yang kena perambat dengan laki sendiri kat situ pulak mrgreen ngeeeeeeeeee.

 +- tukar jersey dengan penonton Jepun -+


Pssssstttt : Dulu-dulu masa bujang I pergi stadium tengok bola dengan adik beradik, sekarang pergi stadium dengan hubby pulak. Nasib baik dapat hubby kaki bola jugak.


14 words of wisdom & comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai jelez uols
sebab terasa kemeriahan kat sana
owh abe sepek ...oppss tetiba jer...

Oyis said...

yatie, mung duk cancang atah kerusi dukung SN ko? ganahhh... ganahhhh... hehe.. apapon, mmg best la tgk team msia ni, mcm2 aksi. bakpo la di plymouth x dop. come to think of it, ore pon bertahun doh x nyanyi negaraku ni..

Asmara said...

eh terasa cam ai pulak ada kat stadium waktu tu. ehehe.. *patut x nmpk sorang pun player msia yg lain dlm gmbr ni. hihi..

mazni_azis said...

meriah sgh...bestnyer..

e.l.i.z.@ said...

merioh jugok dih denu..bagus semaye dulu..meh² sek kelate hihi

mujo dpt gok gambar apex..matyo main dop mlm tu? eli x tgk tep.mugo bola tu start kul 7pm waktu mesia.time tgk drama tu :P

munira said...

wah..memang kelasss kau maria ;)
cantik shawl tu heheheheh
jeles lor dapat tengok live!

transformed housewife said...

knur sapa bulih imagine penjaga gol Jepun make mee udon, baco anime. kuikuikui.

Nadiah Sidek said...

bersemangat betul. kite tak minat bola. nasib baik dapat suami tak minat bola jugak ^_^

Umie said...

yatie... feeling dia lain kan sokong dpn TV compare dgn sokong dari dlm stadium.. aura kepatriotikan tu sangat membuak-buak kan..hehehe.. aii penah gak gi sokong m'sia world cup hockey masa... masa zaman kegemilangan skuad mesia la... mmg best gilos.. siap sblm masuk stadium kena interview dgn RTM..pastu esoknya muka keluar berita... aww, malu aii 1 kampung..hehehe

yatie, i just realized uols pun staf UTHM ye... nnt balik pt. raja bole la kite gather2x sambung bergosip kan..hehe

nieda said...

kelasss u yatie tgk bola.. kiteorg layan kt tvje time tu.. huby i mmg fanatik bola

yatie chomeyl said...

lady ayu : abe sepet mana satu yg jd pujaan hati u? hehe

oyis : meme duk cancang sepanje game, tokleh duduk..runsing tkut x napok gol hahaha

Kak As : diorg jual mahal, Apek je camera friendly gitu ;)

yatie chomeyl said...

Angah : serius, best gila!

eliza : mat yo x main, sbb ni team under 22thn. mat yo tuo doh eheh

munira : law akan shawl ni, agak2 kalau jual ada org nk beli x? eheh

yatie chomeyl said...

kak nur : tu la, tidur pun ok jah dio male tu hehe

nadiah : mmg dr kecik lg minat bola, maklumlah adik beradik ramai lelaki kan

yatie chomeyl said...

Umie : wah u lg glemer, siap interview keluar TV okeh ;)

nieda : nasib baik sbb staidum dkt je ni dpt la tgk, if jauh x dpt pergi jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...