CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label pregnancy and me. Show all posts
Showing posts with label pregnancy and me. Show all posts

Friday, 19 October 2012

Yeayyy...sempat tengok final Piala Malaysia dengan baby :)

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
 Yeeehaaa yippeeee...yo yo ooo je kan cakap takde tanda2 bersalin lagi ke apa hari Isnin tu...tup tup hari Selasa malam pukul 3 pagi dah start2 sakit contraction. Tapi sebab baby ke-2 so I buat2 cool je, setakat rasa contraction every 1 hour tu I duk diam2 je dalam bilik. Bila contraction dah every 30 minutes, baru bersiap2 pakai baju untuk ke hospital..itu pun lepas solat subuh baru get ready.

Then, tak ada gerak ke hospital lagi, siap breakfast roti coklat, makan kurma and minum air zam-zam dulu. Bila dah rasa contraction every 15 minutes baru bertolak dari rumah ke hospital. Sampai hospital around pukul 8 pagi, check contraction guna CTG scan tu tak ada lah pulak. Tapi bila Dr check bukaan dah 3cm camtu.

Nurse pulak siap suggest suruh pergi makan dulu masa 4-5 cm bukaan tu sebab dia takut nanti tak ada tenaga nak meneran tapi I could feel that dah tak lama nak deliver sebab masa tu dah rasa contractions every 5 minutes. Bila dah tak tahan rasa nak terberak, kelam kabut nurse tolak I masuk labor room. Barang2 kat labor room pun tak sempat nak prepare lagi, I memang dah tak pedulik...memang bila2 masa je boleh teran dah ni hahaha.

Nasib baik Dr pakar, midwife and nurse sempat masuk labor room dan get ready. Tiba2 je bukaan dah 10cm so Dr cakap bila2 rasa nak terberak teran je. Dr cakap kena tutup mulut masa push, push kuat2 dan curi2 ambil nafas. Gosh, I memang dah lupa terus teknik pernafasan tu...masa tu rasa nak give up je tapi tak boleh sandarkan kepala; kena rapatkan dagu ke dada sambil teran. Dr terus encouraged untuk pegang kaki kuat, jangan angkat p*ngg*ng dan push satu nafas. 

Alhamdulillah lepas 3x push, Baby SN Jr selamat di lahirkan secara normal pada jam 10.15 pagi 17th October 2012 bersamaan 1 Zulhijjah 1433H *kiranya dalam masa 2 jam dari waktu I sampai kat hospital, cepat kan?*.  


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sebab sakit contraction yang teruk dan kerap tu sekejap sangat2. Ye lah, kalau ikutkan sakit contraction every 3-5 minutes tu cuma 1 jam je lepas tu baby SN Jr pun dah selamat di lahirkan. Nurse and Dr pun terkejut sebab sekejap snagat, diorang cakap selalunya kalau 3cm tu orang lain siap boleh balik rumah or jalan2 dulu tapi I ni from 3cm to 10cm opening tu amik masa 1 jam je. Kalau gi jalan2, tak pasal2 baby SN Jr lahir kat shopping mall hahahaha.

Yang penting masa sakit tu, memang kena ada orang untuk selalu ingatkan kita untuk megucap + baca selawat banyak2 + doa nabi Yunus. So, memang masa sakit tu I amalkan baca itu lah, walapun sakit tak tertahan tapi I try tak nak jerit sebab nanti buat letih diri sendiri je kalau jerit. Sakit yang paling sakit sebenarnya masa nak bagi bahu baby lepas lah, bila bahu dah lepas....terus rasa pluppp pluppp plupppp...lega sangat2 dalam perut. 



Baby SN Jr looks alike Abg SN masa kecik2 dulu, sama jugak bibir seksi muncung tu sebagai trademark diorang ni anak mommy hahaha. Abg SN mula2 excited lah sebab adik dah keluar, tapi sekarang ni tanda2 jeles dah nampak jugak. 

Yang peningnya bila dua2 merengek dalma masa yang sama, tapi bila behaved pun masa yang sama jugak. Macam petang semalam, baby menangis merengek2 nak susu while Abg SN pulak menangis merengek2 sebab dah terkencing atas katil...aodyaiii pening kepala mommy. 

Baby SN Jr ni suka berjaga malam dan tidur siang so mommy bleh lah update blog sebab dia tengah tidur dan Abg SN pulak tengah main game kat ipong. Segala param pilis tapel I tak pakai lagi sebab ikut instruction cakap kena start hari ke-5, so perut adalah masih tak kempis lagi huhuhuhu.


Anyway, I'm so happy and feel blessed with our new bundle of joy ni. Alhamdulillah, tercapai hasrat nak tengok final Piala Malaysia dengan Baby SN Jr. Nama penuh Baby SN Jr cuma akan di umumkan on the 7th day nanti..hari ni umur dia baru 3 hari..so tunggu lah untuk next entry for those yang tertanya2 nama penuh Baby SN Jr tu ye hehhe.

Psssstt : thanks untuk wishes dan doa dari kalian kat blog, FB, twitter and instagram. I really appreciate it. Sayang korang semua ketat2.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Monday, 15 October 2012

Not yet..not just yet

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Hi u ollsss..ye, mak buyong ni masih di sini dengan perut buncit. Tak ada tanda2 nak bersalin ke apa lagi walaupun hari ni dah masuk 39th weeks 1 day *6 days to go!*. Kiranya bila2 masa saja lah. Hari ni pergi check up pun midwife cakap perut dah terik benar dan kepala baby pun memang dah kat bawah, getting ready for the labor process. Tapi tu lah, I lansung tak rasa any contractions or bengkak kaki or blood spot or whatsoever tanda2 bersalin yang lain. So, I couldn't predict bila lah baby SN Jr nak keluar ye.


Bag hospital pun baru je semalam I packing itupun packing sebab rasa macam I cant control my bladder at all anymore. Believe it or not, masa jalan2 kat mall I boleh terlepas kenchhh masa tengah queue nak bayar barang2 baby. Nasib baik la tak banyak sangat so I buat2 rilek dan bayar je dulu baru gerak gi toilet...hahahhaa ... very the tak senonoh kan?. What to do bukan salah I, salah bladder tu yang tak bagi signal to me in the first place....pffftttttt main keluar je suka hati huhuuhu.
 
 +- photo credit : here -+

So far rasanya memang dah complete lah barang2 baby oh except kena beli teat baru untuk botol susu baby. Ye lah, nak kena ajar minum EBM dari botol susu awal2 gak nanti susah nak tinggal macam Abg SN dulu2, so have to start early untuk latih Baby SN Jr minum EBM from bottle. 


Untuk confinement kali ni, I beli set bersalin Tanamera Postatal Care Set sebab bila I baca review ramai cakap yang kebarangkalian baby nak dapat kuning kurang sikit bila guna set ni. Plus it is made 100% from natural products *as they claimed it*. TANAMERA postnatal care set is retailed at RM360 in West Malaysia and RM380 in East Malaysia, including postage.

+- Each Tanamera Postnatal Care Set has 11 products to help new mothers recover and rejuvenate, in the shortest time possible -+


Yang bestnya product ni siap ada bagi buku untuk usage chart, so I think it is very convenient for the moms to use it during confinement days. So far, even before delivery pun dah boleh guna VCO untuk reduce stretch mark dan floral water tu sembur kat muka untuk kesegaran wajah. Yang lain2 I tak guna lagi, tunggu dah bersalin baru guna. Untuk review penuh, tunggu je lah lepas bersalin nanti ye hehe.



Lagi satu I ada beli kat online shop Gugu Swaddle Pod i.e. bedung bayi moden untuk baby. Tahu2 lah baby kan suka gerak2 dan terkejut kalau tak bedung kemas2 masa tidur, so I decided to buy 2 sets of this Gugu Swaddle Pod lepas terpengaruh baca review kat blog Ceera. Nanti kalau I dah guna bedung tu on my baby, I bagi review kat blog ni pulak ye Insya Allah.

Oh and one last thing before I sign off my bebelan untuk today's entry is I hope that I can deliver Baby SN Jr earlier than my EDD which is on 21st October 2012. Sebabnya....errrr sebabnya....errr sebabnya ada peristiwa penting that will take place on 20th October tu *sehari sebelum due date*. Apakah peristiwa penting itu? Meh kita exercise jari dan scroll down mouse tu.

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x


Yes my friend, Final Piala Malaysia 2012 akan berlansung sehari sebelum expected due date for baby SN Jr. That's why I kalau boleh nak sangat2 baby SN Jr keluar sebelum final match tu. Buatnya bbay SN Jr nak keluar masa I tengah layan bola, kan dah rugi tak dapat tengok kemenangan team Kelate *eceh, confident habis yang The Red Warrior akan menang hahahaha*. 

Lagipun I risau la, karang tengah2 midwife suruh teran baby, I tetap sibuk2 nak bukak online streaming untuk tengok game tu....tak ke haru dan kelam kabut di buatnya kat dalam labour room tu nanti..wakkakakaka.

Psssssttt : Sila bagi tips nak mempercepatkan proses kelahiran Baby SN Jr ni. Sambil2 tu I nak jalan banyak2 dulu kat luar rumah, konon2nya nak bagi senang meneran nanti eheh.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Wednesday, 10 October 2012

(WW 35) : 11 days to go!!

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
 Jantung makin berdebar-debar...semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah..Ameen.
 
 

 

Pssssttt : urinary frequency is like every 30 minutes huhuhuuhuhhu..penat ulang alik ke toilet.
 
~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Monday, 24 September 2012

30th, 32nd and 34th weeks pregnacny check-up SN Jr

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Dag dig dug jantung makin berdebar, perasaan makin gundah gulana sebab dah makin dekat dengan due date. Minggu ni kandungan I dah pun masuk 36th weeks; phewwww...3 or 4 more weeks to go aiyaiyaiiiii.

Lilypie Maternity tickers

Last udpate pasal baby SN Jr is on my 21st weeks pregnancy check-up. Ini dah 3x check up dah lepas tu, tapi tak update2 lagi. Senang cerita compile 3 check-ups tu masuk 1 entry je *dasar mak buyong yang di landa hormon pemalas*.

(1) 30th weeks

Typical examination were performed :-
      # weight -->53.30kg *beza 5g je dari bulan lepas*
      # blood pressure --> 51-101 mmHg *normal*
      # urine test (for sugar and protein) --> normal
      # circumference of abdomen --> 80cm *naik 3cm dari bulan lepas*

Untuk check up kali ni siap bawak Abg SN sekali. Mula2 Abg SN excited lah jugak, tapi bila kena paksa kejut awal2 pagi; Abg SN pun selamba je lah sambung tidur sementara mommy tunggu gigliran nak jumpa Dr. 

+- on the way pergi hospital, sempat snap gambar bertiga. Sampai je hospital, Abg SN bantai sambung tidur -+

Bila masuk bilik Dr, dan Daddy suruh Abg SN tengok Ultrasound abdominal scan yang Dr tengah buat tu..boleh pulak ABg SN cakap "tu bukan adik baby, tu gambar hantu!". Adoyaiii sabar je lah, nasib baik dia tak cakap dalam nihon-go. Ye lah, scan tu kan hitam putih 2D je...tu pasal la Abg SN cakap gambar hantu ehehe.

(i) BPD (bi-parietal/head diameter) : This is the measurement of a line drawn from ear to ear, through the brain. -->7.7 cm
(ii) APTD (anterior posterior thigh diameter) : 6.9 cm
(iii) FL (Femur Length) : The femur is the longest bone in the body and measurement of this bone is taken to estimate fetal growth. --> 5.6 cm
(iv) AC (Abdominal Circumference) : measures the mother's belly in cross section. --> 23.2 cm
(v) FW (Fetal Weight) : 1384 g 


(2) 32nd weeks
Since kandungan I dah masuk 8 bulan, dah kena pergi check up every 2 weeks la kan. Kebetulan masa 32nd weeks ni, masa I balik beraya kat Qelate hari tu. So terus pergi check up kat Pusat Perubatan An-Nisa' je kat KB tu. 

 
(i) BPD (bi-parietal/head diameter) : This is the measurement of a line drawn from ear to ear, through the brain. -->8.16 cm
(ii) APTD (anterior posterior thigh diameter) : 8.39 cm
(iii) FL (Femur Length) : The femur is the longest bone in the body and measurement of this bone is taken to estimate fetal growth. --> 6.14 cm
(iv) FW (Fetal Weight) : 1668 g 


(3) 34th weeks  

Untuk check up ni, Dr bagi dua image sebelah menyebelah. Sebelah kiri gambar muka baby, sebelah kanan pulak gambar 'keris' baby SN jr *sah2 lah boy sebab setiap kali scan memang nampak je keris terpacak* ekeke.

(i) BPD (bi-parietal/head diameter) : This is the measurement of a line drawn from ear to ear, through the brain. --> 9.02 cm
(ii) FL (Femur Length) : The femur is the longest bone in the body and measurement of this bone is taken to estimate fetal growth. --> 6.53 cm
(iii) FW (Fetal Weight) : 2389 g 

Berat I pulak dah tak naik banyak sangat, kiranya within weight gain yang di benarkan oleh Dr kat jepun lah. Tapi kalau ikut weight gain provided kat baby center, my pregnancy weight gain is a bit small. My pre-pregnancy weight is 46kg, now in my 35th weeks of pregnancy..berat I dah 56kg; i.e I dah naik 10kg sepanjang pregnancy ni. So berat yang di benarkan lagi sebelum due date is 2kg je la lagi.

Masa hari raya tu, kebanyakan saudara mara dan orang2 yang tengok perut I memang terkejut bila I bagitahu I dah masuk 8 bulan. Semua cakap perut I kecik je. As for me pulak, memang I did noticed that perut kali ini lagi kecik dari masa preggy kan Abg SN dulu2....tapi letihnya macam lagi berganda2 beza dari masa 1st pregnancy. 
 +- gambar latest mak buyong on 30th weeks and 35th weeks...pipi kembang semangkuk -+

Kalau ikut track weight baby in womb ni; baby SN Jr lagi berat dari Abg SN dulu so I pun x sure kenapa perut I kecik. But as long as Dr cakap air ketuban cukup and baby sihat, I'm totally fine with this 'perut kecik'  of mine....karang lagi besar lagi lah I tak larat nak bergerak. Sekarang ni pun, nak pergi shopping mall pun malas sebab cepat letih huhuhu.

Pssstt : biasanya  2nd pregnancy lagi besar dari 1st pregnancy kan?. Tapi tu lah, every pregnancy is different; ye dak?

 

Thursday, 26 July 2012

25th weeks check-up SN Jr

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Alhamdulillah, hari ini kandungan mak buyong dah masuk 27 weeks 4 days; dah nak masuk 28th weeks i.e 7 bulan; which means tak lama lagi mak buyong akan menjejak ke 3rd trimester...phewww; cepat rasanya masa berlalu. Last 2 weeks, macam biasa hubby & I went to Red Cross Hospital, Fukuoka for Baby SN Jr's 25th weeks check up.

Typical examination were performed :-
      # weight -->53.25kg *naik 1.5kg dari bulan lepas*
      # blood pressure --> 57-103 mmHg *normal*
      # urine test (for sugar and protein) --> normal
      # circumference of abdomen --> 80cm *eh naik 1cm je dari bulan lepas*


Lepas tu tunggu giliran untuk berjumpa Gynae nak check baby pulak. As usual, ultrasound abdominal scan were performed. Kali ni Dr bagi printed image yang nampak mata baby pulak. Bulan lepas Dr bagi yang nampak lubang hidung, bulan ni bagi nampak mata je pulak..apakah Dr nak suruh mommy buat jingsaw puzzle gambar Baby SN Jr
gatai ekekekke.
 
+- BPD (bi-parietal/head diameter) : This is the measurement of a line drawn from ear to ear, through the brain. --> 6.0cm -+
  
+- gambar terkini baby bump mak buyong @27th weeks -+
 
 
On another note, Abg SN semakin hari semakin dasyat dia punya rengekan dan tahap mengada-ngadanya. Nak mandi pagi2 sebelum pergi nursery, mommy yang kena dukung ke bathroom. 
 
Daddy lagi kesian, selalu kena dukung budak 13kg tu dari tingkat bawah sampailah ke tingkat 5. Dah la kiri kanan kat tangan daddy penuh dengan barang2, kalau dah tak muat tangan nak dukung...daddy pikul je dia letak kat atas bahu...bergayutlah Abg SN kat situ macam koala gatai hahaha. Mommy tukang tengok je, nak bawak perut sendiri naik tangga nak bagi sampai tingkat 5 hari2 pun dah rasa senak sangat perut huuhuhu.

 
+- SN jadi koala, buli daddy dari tingkat bawah sampai ke dalam rumah -+
 

Also, all praises due to Allah.... Alhamdulillah despite the hot weather here in Fukuoka, mak buyong masih mampu berpuasa dan berterawih sehingga ke hari ke-6 ini. Semoga Allah permudahkanlah untuk I berpuasa penuh dan berterawih sampai ke akhir Ramadhan 1433H ini, Insya Allah.
 
 
+- ramalan suhu minggu depan. Yang warna merah tu suhu maximum dan warna biru tu suhu minimum i.e. around 26~35°C minggu depan. boleh tahan panas la jugak tu -+
 
Pssssttt : Is it normal to feel a slight pain kat bawah perut in my 27th weeks of pregnancy?. Sekarang ni kalau duduk lama2, bila bangun rasa senak pulak kat bawah perut tu, berjalan pun dah kengkang..nak catwalk pun dah x mampu mrgreen  ngeee.
 
 ~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Thursday, 28 June 2012

Baby SN Jr likes to eat DURIAN



Almost all expectant mothers experience food cravings during pregnancy i.e. the sudden urge for a particular (and particularly unusual) dish. Masa mengandungkan Abg SN dulu, I suka sangat makan udon i.e Jap-food. Kalau boleh hari2 nak makan mee/laksa Jepun ni. 

As for this pregnancy with baby SN Jr; if last month that little human inside my tummy requested for Onde-Onde; but as for this month..that little fella asked for DURIAN!

Where the hell in Fukuoka would you find a fresh Durian, rite?. Well, apparently it is sold at a supermarket nearby to my house. So I asked hubby to buy it for me even-though it is a bit pricey *compared to the one in Malaysia*. It was sold for 1580 = RM 63 sebijik!.

+- nampak sungguh menggiurkan -+

Mengikutkan permintaan mak buyong, hubby pun belikanlah sebijik. tapi malangnya putik weh. Nampak je macam masak tapi rupanya tak!. Sadis betul, adus dah la mahal. 

Lepas tu, 2-3 minggu jugaklah mak buyong tahan mengidam kat durian ni sebab hubby suruh sabar sampai balik Malaysia nanti baru boleh makan. Tapi yang sebenarnya memang tak menahan weh. Lepas tu jadi semakin tak boleh tahan bila tengok rancangan JJCM TV3 tu, episod yang tayang diorang pergi makan macam2 jenis durian. Adoyaiii masa tu memang meloncat-loncat air liur dalam mulut gigil so mak buyong mengadu domba kat FB. 

Then ada sorang kawan kat sini yang kesian kat mak buyong terus offer nak bagi lempuk durian sikit. Pucuk di cita ulam mendatang, terus mak buyong dengan muka tak tahu malu cakap NAK eheh. Maka dari lempuk durian pemberian kawan tu, dapatlah mak buyong buat pengat durian 2x. 

+- makan pengat durian dengan pulut. masak seperiuk, then I bedal makan sorang2, lansung tak offer kat hubby & SN -+


Then, ada pulak kawan yang bagitahu ada durian yang dah siap kupas dan buang biji di jual kat Kedai Asia : Azhar. Di sebabkan kedai ni agak jauh dari rumah, kitorang pergi hari Ahad je lah tapi tutup pulak masa kitorang pergi tu. Maka terpaksalah mak buyong dengan muka tak malunya mintak tolong hubby Kak Ida i.e. A/Azli tolong belikan sebab rumah dia agak dekat dengan kedai tu. Nasib baik lah diorang ber2 kesiankan mak buyong dan sudi untuk tolong belikan siap dengan penghantaran terus ke rumah mak buyong lagi.


Satu bekas 400gm berharga 750 円 = RM30. Dalam satu bekas tu, mungkin ada dalam 6 ulas lah kot. Beli 2 bekas, perghhhhhhhhhhhhhhh nikmatnya memang tak boleh nak di nyatakan dalam bentuk perkataan.

 
+- durian import dari Thailand yang dah siap kupas dan dibuang biji -+ 

Kali ini bukan mak buyong sorang yang mengidam, dengan bapak budak sekali tak menahan. Sebaik sahaja durian tu sampai kat tangan, terus dia tanya "pulut ada lagi tak?". Bila I cakap dah habis, dengan muka tak mandi, laju2 incik hubby gosok gigi --> capai kunci motor --> ambik helmet --> pergi supermarket beli pulut gatai waakakakaka. 

Tak sabar2 dah padahal sebelum tu dia yang beria suruh I sabar, tunggu balik Malaysia nanti baru makan durian cettt pooodaaaah jelir . Dengan bersemangatnya juga hubby tanak sendiri pulut tu eheh.






+- Pulut durian kelantanese style : durian + pulut + santan + gula -+

2 hari berturut-turut hubby & I makan pulut durian sampai satu rumah berbau perfume durian. Try jugak suap kat SN tapi dia tak suka..isk3x,rugi anak weh..hilang satu nikmat dunia. Cuba tengok mommy & daddy laju je makan, pukul 6 pagi lagi kitorang ber2 dah bertenggek kat meja makan dan menyuap durian itu laju ke mulut kami..burrpppppp Alhamdulillah *sendawa pun bau durian, nasib baik makan masa weekend. Kalau tak, pengsan budak2 kat lab tu gatai hahaha*

Psssstt : masa makan durian ni tak peduli dah banyak mana kalori yang di ambil, janji dapat makan apa yang mengidam. *bacaan lanjut tentang durian & kehamilan, klik SINI*

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Tuesday, 19 June 2012

21st weeks check up SN Jr

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Entry semalam cerita pasal Abg SN, entry hari ni sembang pasal SN jr pulak lah..barulah adil dan saksama gitu. Alhamdulillah, minggu ini kandungan mak buyong dah masuk minggu ke 22. Last week, hubby & I went to Red Cross hospital for Baby SN Jr's monthly check-up. 

+- cam-whore dulu sementara tunggu jumpa Dr, Abg SN tak ikut sebab dia pergi nursery *yes, I know..muka I dah makin tembam..shadap u! jelir * -+

Typical examination were performed :-
      # weight -->51.75kg *naik 2kg lagi dari bulan lepas...aiiyoyoooo*
      # blood pressure --> 58-99 mmHg *normal*
      # urine test (for sugar and protein) --> normal
      # circumference of abdomen --> 79cm *dah semakin buncit*


Then jumpa Gynae untuk check baby pulak. Nasib baik Dr tak bebel apa2 pasal kenaikan berat I tu *sebab kat sini cuma di benarkan naik 1kg je sebulan*. Ultrasound abdominal scan were performed. Kali ni Dr bagi printed image yang nampak hidung baby. Daddy tak faham image tu, jenuh I nak explain kat dia gambar lubang hidung yang Dr bagi ni. Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidongmu tetap menjadi pujaaan hati ku siul ♪ ♫ ♪


(i) BPD (bi-parietal/head diameter) : This is the measurement of a line drawn from ear to ear, through the brain. -->5.1cm
(ii) APTD (anterior posterior thigh diameter) : 5.1cm
(iii) FL (Femur Length) : The femur is the longest bone in the body and measurement of this bone is taken to estimate fetal growth. --> 3.1cm
(iv) AC (Abdominal Circumference) : measures the mother's belly in cross section. --> 15.2cm
(v) FW (Fetal Weight) : 357g *naik 2x ganda dr bulan lepas..bulan lepas baru 154g je..patutlah perut mommy makin boyot*


Masa tunggu nak bayar, I told hubby that I risau pasal kenaikan berat I ni. I kira2, by the end of this pregnancy most probably I will be 60kg++ if tiap2 bulan naik 2kg; sedangkan masa SN dulu my final weight before delivery is 57kg. Tak boleh nak bayangkan betap tembamnya diri ini nanti gigil. Tapi hubby cakap I ni kurus kering je, tak tembam pon ...auwww so sweet cakap gitu untuk ambik hati si buyong ni. Oh ya, macam biasa..check up is 70% covered by the national health insurance i.e FOC...I like!

Lepas check up tu hubby hantar I terus ke kampus sebab hospital ni just 20 minutes away from my campus. Selalunya kan I naik tren dari rumah ke station berhampiran kmpus, then kayuh basikal dari train station ke lab. Tapi hari tu panas terik la pulak. Mak buyong dah gelabah. UV glove terlupa bawak, hitam lah tangan daku nanti. Alih2 bila sampai kat train station hubby tanya "mano basikal?". I tunjuk lah kat mana I park basikal..then dia terus kayuh basikal I dan bawak ke lab. So I drive kereta dari train station ke lab, selamattttt la dari menghitamkan tangan ini eheh. Sebab rasa terharu, terus update status kat FB..auwww gedik sangat, I know.

+- si gedik update status kat FB, bajet hubby dia sorang je yang sweet -+


Masa lunch break hari tu, sempat jugak I cari info pasal pregnancy weight gain kat kidspot.  Then only I know that, there are different reasonable wight gain for different person. If you were underweight (13-18kg), normal (16kg), overweight (13kg) and obese (8kg). As I am in the underweight group before my pregnancy, so my pregnancy weight gain so far is still acceptable and in the average range. Phew, legaa...*boleh sambung makan banyak2 lagi kenyit nom nom nom*.











































Eceh, koya lega padahal memang midwife kat sini dah pesan yang berat cuma boleh naik 10-12kg sehaja sepanjang 40 weeks pregnancy ni. Ni dah naik 6 kg dari berat asal, tinggal 4-6 kg je lagi for the remaining 18 weeks. Mampukah mak buyong mengawal selera makan yang semakin membuak2 ini?. Sama2 lah kita tunggu next month punya timbangan peace ehehe.

Psssstt : dah start sakit pinggang malam2, nak tidur pun tak berapa best. dah la Abg SN suka berhimpit2 kat atas katil dengan mommy & daddy jugak. Bila dia dah tidur, baru boleh alih letak kat tilam dia adus...cobaaaaan.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...