CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 6 August 2012

Lawatan sambil belajar ke Noritake Factory Outlet, Imari

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Walaupun sedang menjalani ibadah puasa di musim panas yang sungguh mencabar di Fukuoka sekarang ini, tetapi aktivit lawatan sambil belajar untuk memenuhi tuntutan update segment Traveling & Living in Japan di blog ini tetap berjalan seperti biasa mrgreen  ngeeee. 

Lawatan sambil belajar kali ini ke Noritake Factory Outlet di Imari, Saga. Masa pergi ni rasanya hari ke-2 berpuasa, masih segar bugar lagi. Tak plan sangat nak pergi tapi macam tiba2 teringin nak pergi sebab macam mengidam pulak bila tengok kawan2 kat sini dah pakat2 beli. 


Sumpah sebelum sampai Jepun ni, I tak pernah dengar pun pasal pinggan mangkuk Noritake ni. Yang selalu I dengar pun ialah Arcopal, Arcoroc dan Corelle je dari Arwah Ma dulu. Arwah Ma memang pengumpul tegar pinggan mangkuk ni semua, so I malas lah nak beli set pinggan ke apa lagi sebab ingat nak pau je set2 Arwah Ma tu.Lagipun rasa macam muda lagi nak start kumpul tableware and cooking set ni *perasan muda, tak sedar diri dah tua* gatai.


To those yang jakun macam I dan mungkin tak pernah dengar pasal Noritake, it is actually tableware pieces which is also known as the world's famous Japan's porcelain ware. Untuk member2 kat Jepun, boleh refer oulet untuk Noritake ni kat SINI. Member2 siap cakap harga Noritake set ni kat Malaysia, harganya boleh mencecah ribuan RM. "Jadi alang2 dah duk Jepun, elok lah beli jugak Noritake set ni untuk diri sendiri"..gitulah lebih kurang apa yang ada di fikiran I hari tu.


Perjalanan naik kereta dari rumah ke Noritake Factory Outlet di Imari, Saga ini lebih kurang 2 jam jugak dari rumah kitorang. I siap2 bawak bekal lunch untuk suap SN kat dalam kereta. Mujur mommy tak terlupa yang mommy tengah puasa, if not silap2 I ngap lunch sekali dengan SN eheh.

Sebelum masuk sempat jugak hubby & SN posing kat depan kedai. mentang2 lah tak ada orang lain selain kitorang je kat situ eheh.

+- sengih la dulu sebab tak tahu yang kejap lagi isi kandungan wallet bakal di nipiskan -+


Sampai sana around pukul 11 lebih, matahari memancar terik. Cepat2 masuk dalam kedai dan sejukkan diri dengan air cond dalam kedai.

+- pemandangan dalam kedai -+

Bila dah masuk dalam kedai dan round dalam tu, mula2 niat di hati nak ambik set paling murah je la. 

+- pinggan 27cm 6000 yen (RM 240) -+

+- silver pun cun jugak -+


Plan asal kan cuma niat nak memiliki noritake je...tapi errr tapi kan boleh pulak macam rambang mata bila dah masuk dalam tu, rasa macam semua design pun lawa, especially design yang mahal2 tu lah gatai hahahaha.

+- yang ni sekadar untuk cuci mata je lah -+

+- hitam itu menawan -+

+- rambang mata tak tengok design2 tu? -+


Lagi best bila hubby yang mula2 malas layan kerenah wife dia ni pun tiba2 join sekaki masa I pilih set idaman hati. Hasilnya dapatlah jugak I grab 1 set pinggan nasi + pinggan lauk + cawan + piring. Also, I amik teapot + pinggan oval untuk lauk + mangkuk kuah. Agak terketar2 ala parkinson jugaklah tangan masa nak bayar tu, tapi cepat2 pejam mata + kuatkan tekad dan assume ini sebagai pelaburan jangka panjang gatai eheh.

+- antara yang di angkut dari kedai pada hari lawatan -+


Sebelum balik, mak buyong pulak sempat posing kat depan kedai Noritake Factory Outlet di Imari, Saga sebagai kenang-kenangan sempena lawatan sambil belajar sambil menipiskan poket yang tak seberapa tebal ini mrgreen  ngeeee.

+- pose sakit pinggang lepas dah selesai menipiskan ketebalan wallet -+

Psssstt : rasa2nya set ini akan duduk diam2 dalam almari sampailah anak2 dah besar  panjang nanti baru boleh guna. Kalau pecah ni, mau menangis tak berlagu mommy & daddy karang.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

16 words of wisdom & comments:

CIK NANA said...

Cantiknya!!
Nana pun tingin nak set pinggan macam nie tapi tunggu masuk umah baru kot.
Skang pakai hadiah kawin je. Heheh

Almiraz said...

Entri yang ditunggu-tunggu....

Bestnya dapat cuci mata...last time I pegi, I tak masuk hokeh (masa tu memang tak apreciate langsung)...kan now dh nyesal.....

Aik?..apsal takde orang pegi?..dia ada musim ke? pernah ada sale tak kat sana?..kalau kt sini, asal kilang je penuh orang kerumun...

Tapi mmg betul la investment, my mil beli Noritake cutleries 1 set sampai sekarang kilat...umur cutleries tu lagi tua dari kitorang...jadi, don't hesitate...hehehe

transformed housewife said...

kalu wat jamu makey baru wat tubik. baru bulih tunjuk ko ore lain.. hehe

nieda said...

mesti rambang mata..saya pun tgh mengumpul pinggan magkuk..nmpk sgt dah tua

ddiini said...

samala ngan aku...duk cni jd gile ngan pggn mgkk n kitchen aid... kat negara kita mmg mahal...nnt buleh guno ms mkn beradap ank2 kawen... skrg ni mmg akn simpan dlm almari je rasanya...sayang wei

Eliss said...

wowww..bestnya.. dpt satu set pun jadi kan.

Asmara said...

dah jadi mak2 ni hruslah buat koleksi pinggan mangkuk. haha.. noritake wajib bawak balik kalau dah duk jepun. hihi..

yatie chomeyl said...

Cik Nana : kitorg pun beli ni je lah satu hehehe

Almiraz : kat Saga ni outlet di akecik je, masa kitorang gi tu xde sale..maybe sbb tu x de org lain kot

yatie chomeyl said...

kak nur: tp kalu ado budok2 kecik maso wat jamu tu, xleh wat tubik jugop..bahayo2

nieda : mmg rambang mata tp bila tengok harga, terus terbuntang mata haha

yatie chomeyl said...

ddini : ho la, sipe nti anok2 besar nk nikoh baru leh guno hahaha

Eliss : tu la, buat pelepas angin ore tuo2 kato

yatie chomeyl said...

Kak As : tu la, klu nk beli kat msia nanti lagi la x mampu kan kak

@e_da said...

bestnya... kalau kat sini ala2 shopping kat langkawi.. tp yg tu lg brand.. alang2 kat sana kumpul je yatie... kenangan duk sana.. kat sini mahal huhuhu

Kamalia said...

memang mata yang tengok dr gambar ni pun jadi rambang..hoii, bila la nak dapek boli noritake ni..huhu

yatie chomeyl said...

@eda : kalau kat msia, berapa ye satu set noritake ni?

Kamalia : hehe beli sblm blk nanti tau

Anonymous said...

sape nak set noratake ..corell n vantage boleh cal ina 019 -6579791

Wala' said...

Klau brminat pasal noritake akak bleh dptkn, akak ni pn pngemar noritake dh ada beberapa koleksi kt umah, siapa brminat bleh call akak 0139238579 ,kak liza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...