CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday 3 August 2012

Untungnya orang2 di Qelate

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Untungnya rakyat Kelantan dan rakyat negeri lain jugak yang mungkin menetap di Kelantan sepanjang Ramadhan ni sebab Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan program Ihya Ramadhan 1433H. Negeri yang di label negeri paling miskin di Malaysia ini memperuntukkan perbelanjaan dianggarkan RM1 juta untuk melaksanakan program ‘mantap’ sempena bulan penuh barakah ini. 

Di antara aktiviti2 yang akan/telah di jalankan ialah :-

(1) Solat Terawih sepanjang Ramadhan tahun ini,  di imamkan syeikh tersohor dari tanah Arab iaitu  Sheikh Ramadhan, Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari.

(2) Ijtimak Ulama Nusantara yang menghimpunkan ulama Pondok dari Pondok-Pondok di Nusantara.

(3) Program Akademi Tarannum Al-Quran yang ‘berkonsepkan’ Akademi Fantasia diadakan, disertai pelajar tahfiz Al-Quran yang sudah pun mengikuti program Al-Quran.

(4) Program Ustaz Azhar Bersama Remaja akan diadakan pada 14 Ramadhan (3 Ogos), mulai 5.00 petang. Terdahulu pada hari sama (mulai 3.00 petang) diadakan program Jejak Kasih Remaja Ramadhan di mana menerusi program itu remaja bermotorsikal akan membawa bahan-bahan makanan dan akan mengagihkannya kepada golongan miskin sepanjang penjelahannya ke kawasan tertentu di Kota Bharu.

 

(5) Program ‘Qiam With Me’ di jangka bermula 10.00 malam hingga waktu Subuh itu diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 9 Ogos di Istana Kubang Kerian.


 
(6) Program ‘Sejuta Selawat Zikir Munajat Lailatul Qadar“ pada 26 Ramadhan akan diadakan dan diketuai tokoh ulama dari dalam dan luar negara.

(7) Program Imam Muda

(8 Program Bersama Selebriti disertai selebriti termasuk Bob Lokman dan Abby Abadi (untuk peserta muslimat)

Program Ihya’ Ramadhan yang diadakan setiap tahun itu merupakan produk pelancongan Kelantan, bahkan prodak pelancongan agama dengan menarik ramai pelancong dalam bulan Ramdhan sama ada dari dalam dan luar negara.

Sumber : SINI

Pssssttt : Alhamdulillah, moga program sebegini akan terus di adakan pada bulan2 selepas bulan Ramadhan juga.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

15 words of wisdom & comments:

Unknown said...

alhamdulillah..sejuk ati ada program macam ni kan..tengok aritu diorang buat solat terawikh kat stadium kan.. bagus manfaatkan stadium macam tu..baru berkat.. kaedah mendekati anak muda pun pandai diorang buat.. baru anak muda suka nak ikut..

harap2 kelantan terus dibawah naungan pas. serius i tak yakin geng merah putih atau biru putih tu boleh bawak benda cam ni kat sana..kalau boleh kat selangor pun diorang boleh buat camtu.mesti meriah!

Unknown said...

alhamdulillah mmg manfaatkan bulan ni kan kak..

Gieyana said...

ahamdulillah..best kan..kalau dkt nie insyaalah dpt p..:-)

Asmara said...

Alhamdulillah.. untungnya mereka disana. :)

Ezna Khalili said...

bagus yek program macam ni :-)

Hanis MY said...

Qiam tu hak plg best

transformed housewife said...

ni raso nok balik dok kelate. keno cari kijo kat Uni. Kelate la pulok lps ni.

ddfirdaus said...

best kalau negeri lain juga begitu dan seimbang pencapaian ekonomi dan spiritual

yatie chomeyl said...

Rai : insya Allah, i pun harap gitu lah

MZ : ALhamdulillah, banggo kan jd ore kelate? :)

yatie chomeyl said...

Huda : yup, tu yg best tu

Gieyana : tu la, if dekat harus terjah sekali program2 ni

yatie chomeyl said...

Kak As : tu la, tiba2 rindu nak cepat2 balik sana

Ezna : aah mmg bagus :)

yatie chomeyl said...

Hanis ; tu la, siap leh mausk dale istano lagi tu

Mama Syaza : ALhamdulillah :)

yatie chomeyl said...

Kak nur : tu la, best klu leh kijo di kelate kan

ddfirdaus : yup, sama2 lah kita doakan

Unknown said...

Jom pakai mai negeri ana.. hihi.. lusa Qiam with Sultan tersayang! nak pergi! nak bwk DSLR skali snap photo mesti ramai :P

yatie chomeyl said...

Khairuddin : nanti share la gambar2 tu dgn kami ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...