CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

Cerita permulaan puasa 2013 eh eh eh..ke cerita raya ni?

Salam *lambai2 tangan sambil lari setempat*...

Hamboiiii aktif nampaknya, tak posa ke?. 

Tolong sikit eh, mak incik posa tapi ni tengah bersenang lenang kat rumah...bersantai di rumah sebab Johor kan cuti sempena 1 Ramadhan, jangan jeles eh.


Alhamdulillah tahun ni dapat berpuasa di Malaysia selepas hampir 5x puasa di perantauan sebelum ni (dari buat master sampai lah dah habis PhD). Sejak2 kahwin memang puasa penuh sebab pregnant masa puasa lepas tu fully breastfeed, jadi nya harap2 tahun ni pun dapat puasa penuh lagi sebab tengah fully breastfeed SN jr.


Tahun ni excited terlebih untuk preparation raya *eh bukan ke memang tiap2 tahun ni excited terlebih utk persiapan raya?*..ngeee. OK, correction sikit, tahun ni lebih excited persiapan raya compared to tahun lepas sebab dah ada 2 hero untuk di 'style' kan *perosak bahasa*. Kalau sebelum ni cuma sedondon ber3 je, baju raya pun sepasang je yg baru; ye lah dah nama pun beraya di perantauan..tak lah over sangat.

 -+ tak raya pon mommy & anak2 dah over excited pakai baju sedondon. Set mom & baby  ni beli kat Dnabydynas -+


Tahun ni pulak, belum start puasa tapi kitorang dah siap dah preparation baju raya dengan niat konon2nya bulan puasa dah tak payah susah2 letih2 cari baju raya. Baju melayu daddy dan 2 hero tu dah beli kat Nilai 3, memang ada jual set baju melayu ayah + anak2..mak punya pun ada sekali tapi mommy eksyen, beli baju raya kat Tesco okeh *eceh, koya sangat mommy ni..beli kat Tesco je pun wakakakaka*.


Tahun ni memang daddy peratiiii je 'kegilaan' mommy prepare baju raya untuk diri sendiri. Nampak sangat macam balas dendam, beraya di perantauan bertahun-tahun.. Baju yang hantar kat tailor 3 pasang, tapi takut diorang tak siapkan untuk raya; maka gigih jugak beli online dengan cara pre-order Orked by JM dan MINAZ EID; turut tidak di lupakan sempat merembat Hatta Dolmat rtw kat First Lady

"Gila" tu bukan saja dari segi bilangan baju tapi jugak "gila" sebab sanggup ke Tesco Tebrau City dari Batu Pahat ni semata-mata untuk pick-up baju dari Orked by JM tu. Lepas tu weekend lepas, sanggup memujuk rayu mendayu-dayu dengan hubby suruh singgah kat First Lady kat Tesco bandar Melaka semata-mata nak beli baju Hatta tu. Nasib baik lah memang weekend lepas hubby ada event kat A-Famosa, so di turutkan je lah permintaan isteri yang sengal ini eheh.

+- ecehhnampak itu 2 paper bag besar? aaaa tu baju raya mommy ler tu -+


So hari ni, bermula nya 1 Ramadhan 1434H maka persiapan baju raya dah siap..jadi tak ada alasan untuk ponteng terawih di penghujung Ramadhan nanti dengan alasan nak beli baju raya. Terawih malam tadi mommy dan anak2 buat kat rumah je, daddy sorang2 pergi demi mengenangkan SN jr yang masih kecil dan jugak kuat nangis ni huhu. 


Preparation untuk biskut raya tahun ni memang nampak potensi besar cuma order je dari colleague yang dah banyak bagi sample dari bulan lepas lagi. Jadi nya, memang tak ada alasan untuk betul2 fokus meningkatkan ibadat2 sunat di bulan yang pahala nya berlipat kali ganda ni. OK lah, nak pergi tambah pahala ni..nak masak untuk berbuka. Hari ni plan nya nak masak bubur cha-cha dan ayam percik.


Psssstt : pung pang pung pang persiapan raya tapi nya persiapan rohani untuk ramadhan apa ko dah buat Yatie Chomeyl weh *lepuk kepala sendiri yang sengal*.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Thursday, 9 August 2012

Resepi AKOK Kedut Fukuoka

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
AKOK bukannya berasal dari perkataan AKAK yang di-bahasa-kelantan-kan...tetapi AKOK ialah sejenis kuih tradidional Kelantan yang sangat lazat especially kalau di makan sewaktu panas2..perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *hamek ko, sikit punya panjang expression bagi nak menggambarkan keenakan luar biasa kuih AKOK ni*.

Biasalahkan di bulan2 puasa ini ramai yang suka update gambar2 makanan kat FB. Selalunya mak buyong boleh tahan lagi keinginan terliur bila tengok gambar2 makanan tu, tapi bila ada orang letak gambar kuih AKOK ni..ya ampun, rasa tak menahan tahap mengidam tu...macam duk terbayang-bayang je kuih2 AKOK yang famous kat Qelate nuh.

Kat kepala ni dah terimbau kenangan makan AKOK yang di jual kat gerai2 AKOK di tepi2 jalan kat Kelantan masa bulan puasa. Antara gerai2 AKOK kegemaran kami sekeluarga ialah gerai akok kat tepi Jalan Chabang 4-Pengakalan Kubur, gerai tepi jalan kat Palekbang, gerai Akok Salor dan jugak kedai akok bungo kat Wakaf Bharu

 +- akok di bakar dengan arang, memang lemak berkrim dan bau nya harum semerbak dari jauh lagi -+


Selepas berhari-hari menahan keinginan nak makan AKOK, akhirnya mak buyong memberanikan diri nak buat sendiri AKOK dan bakar guna oven je. Resepi di ambil dari MyResipi, so I copy-paste letak kat sini sebagai rujukan diri sendiri di masa hadapan.

Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Since I tak ada acuan bahulu, I guna acuan muffin I yang besar gedabak tu je. 


Alhamdulillah, percubaan pertama untuk orang yang tak pandai masak macam I ni menjadi. Masa tengok je rupa AKOK kedut Fukuoka I ni, terus happy sampai menjerit2 kegembiraan. Happy mengalahkan dapat duit berkepuk-kepuk hahaha.



Jadi, untuk yang mengidam nak makan AKOK tapi tak dapat balik beli kat Qelate, boleh lah try resepi ini. Di jamin sedap, lemak berkrim dan menjadi macam yang di jual kat gerai2 tepi jalan kat Qelate nuh.

Pssssttt : makin pekat pati santan tu, makin lemak AKOK tu nanti. I guna santan dalam tin je, kurang pekat dan kurang lemak, tapi tetap sedap.

 

Friday, 3 August 2012

Untungnya orang2 di Qelate

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Untungnya rakyat Kelantan dan rakyat negeri lain jugak yang mungkin menetap di Kelantan sepanjang Ramadhan ni sebab Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan program Ihya Ramadhan 1433H. Negeri yang di label negeri paling miskin di Malaysia ini memperuntukkan perbelanjaan dianggarkan RM1 juta untuk melaksanakan program ‘mantap’ sempena bulan penuh barakah ini. 

Di antara aktiviti2 yang akan/telah di jalankan ialah :-

(1) Solat Terawih sepanjang Ramadhan tahun ini,  di imamkan syeikh tersohor dari tanah Arab iaitu  Sheikh Ramadhan, Ayub Musa dan Sheikh Hisham Abdul Bari.

(2) Ijtimak Ulama Nusantara yang menghimpunkan ulama Pondok dari Pondok-Pondok di Nusantara.

(3) Program Akademi Tarannum Al-Quran yang ‘berkonsepkan’ Akademi Fantasia diadakan, disertai pelajar tahfiz Al-Quran yang sudah pun mengikuti program Al-Quran.

(4) Program Ustaz Azhar Bersama Remaja akan diadakan pada 14 Ramadhan (3 Ogos), mulai 5.00 petang. Terdahulu pada hari sama (mulai 3.00 petang) diadakan program Jejak Kasih Remaja Ramadhan di mana menerusi program itu remaja bermotorsikal akan membawa bahan-bahan makanan dan akan mengagihkannya kepada golongan miskin sepanjang penjelahannya ke kawasan tertentu di Kota Bharu.

 

(5) Program ‘Qiam With Me’ di jangka bermula 10.00 malam hingga waktu Subuh itu diadakan pada 20 Ramadhan bersamaan 9 Ogos di Istana Kubang Kerian.


 
(6) Program ‘Sejuta Selawat Zikir Munajat Lailatul Qadar“ pada 26 Ramadhan akan diadakan dan diketuai tokoh ulama dari dalam dan luar negara.

(7) Program Imam Muda

(8 Program Bersama Selebriti disertai selebriti termasuk Bob Lokman dan Abby Abadi (untuk peserta muslimat)

Program Ihya’ Ramadhan yang diadakan setiap tahun itu merupakan produk pelancongan Kelantan, bahkan prodak pelancongan agama dengan menarik ramai pelancong dalam bulan Ramdhan sama ada dari dalam dan luar negara.

Sumber : SINI

Pssssttt : Alhamdulillah, moga program sebegini akan terus di adakan pada bulan2 selepas bulan Ramadhan juga.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Friday, 20 July 2012

Esok hari PUASA...esok hari PUASA ♪ ♫ ♪


Salam,

Malam tadi lepas dinner dan sambil lepak2 depan laptop tengok online streaming TV3, dapat jugak lah kami sekeluarga tengok pengumuman puasa kat Malaysia. Tiba2 rasa rindu kat pak Engku yang dah berpuluh-puluh tahun buat pengumuman puasa/raya tu, sebab Pak Engku tu cakap satu persatu setiap patah perkataan...debaran tu lebih terasa di dada mrgreen  ekekeke. For those yang terlepas, nah I tepek video pengumuman malam tadi khas untuk korang.



Lepas tengok pengumuan kat TV3 tu, kitorang tunggu pulak pengumuman dari Masjid Fukuoka berhubung tarikh permulaan puasa di Jepun. Biasanya memang diorang akan ikut tarikh kat Malaysia sebab Malaysia merupakan negara Islam yang terdekat dengan Jepun. Few minutes lepas tu, e-mail pemberitahuan pun masuk → "All Masjids, Musallahs, Muslim Organizations in Japan : Ruyat-e-Hilal Committee-Japan is pleased to announce that the Hilal (Crescent) for Ramadhan (1st of Ramadhan, 1433 A. H.) has not been sighted in Japan nor in Malaysia on Shaban 29, 1433  (July 19, 2012). Therefore Ramadhan will start on Saturday , July 21, 2012."
 
 
Jadinya, kami di Jepun ini akan sama2 berpuasa hari Sabtu macam korang-korang kat Malaysia juga lah. Yang tak sama nya iala tempoh berpuasa yang lebih panjang iaitu selama 16 jam sebab puasa tahun ini masih lagi di musim panas macam tahun lepas jugak. So, nampak gaya kena bagun untuk sahur around pukul 2.30 pagi la sebab mak buyong tak leh makan kalut2 cepat2, nanti jadi "sooh" perut *bahasa Qelate* (stomach pain).



This year is the 5th Ramadhan for me di perantauan *hopefully the last one*. Kali pertama pada tahun 2006 masa belajar kat Munich, kali ke-2, ke-3 dan ke-4 ialah di Fukuoka ini lah pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Besides that, this is also the 4th Ramadhan for my siblings and I setelah pemergian arwah Ma seperti yang pernah I ceritakan dalam entry "Terkenang Ramadhan2 yang telah lalu". 

Setakat ini tak ada rasa sedih dan sayu lagi, agaknya sebab dah semakin lali dengan puasa di perantauan. Lagipun tengah2 preggy ni tak elok lah nak melankolik sangat, nanti effect pulak pada baby dalam kandungan.Tapi tak tahu lah kalau 2-3 hari lepas puasa akan rasa sedih (ke sebenarnya terliur) bila tengok orang post gambar makanan best2 kat FB *okeh I nak berazam untuk tak bukak FB sepanjang bulan puasa untuk mengelakkan mengidam makanan2 sedap kat Malaysia* mrgreen  ngeeee.


So, selamat berpuasa untuk semua yang beragama Islam. Jom kita sama-sama rebut ganjaran di bulan mulia ini dengan memperbanyakkan amalan. Jangan lupa jugak, snetiasa jaga tuturkata dan perlakuan untuk mengelakkan puasa kita sia-sia, nanti cuma dapat lapar dan dahaga sahaja huhuhu.



Beringat-ringat jugak waktu berbuka. Jangan berlebih-lebihan sampai terlalu kenyang, nak rukuk untuk solat pun dah susah. Ingat2 yang puasa ini sepautunya mengajar kita untuk menghayati keperitan orang2 fakir miskin yang susah nak dapat makanan, jangan sampai kita membazir pulak. Lagi bagus kalau kita banyak menderma untuk orang2 yang lebih memerlukan.





JazakAllah Khayr (جزاك اللهُ خيراً‎) = "May God reward you with goodness."

 “Jumu’ah Mubarak!” to all of you...may this Friday brings barakah in your life..Ameen

Pssssttt : tak pasti lagi terawih kat rumah ataupun kat Masjid Fukuoka malam ni. Kat sini susah sikit kalau pergi terawih bawak budak2 sebab kena pastikan budak2 tak bising, maklumlah masjid kecil dan tak boleh menggangu ketenteraman orang2 Jepun yang tengah berehat di waktu malam; nanti kang diorang jadi tak suka dengan orang islam pulak.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Thursday, 1 September 2011

Pasar Ramadhan Fukuoka


 http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Walaupun hari ini dah masuk hari ke-3 Syawal 1432H, mood untuk update entry raya belum lagi muncul. Sementara itu nak update cerita ceriti kenangan Ramdhan 1432H di Fukuoka ini sahaja dulu. Mungkin minggu depan baru datang kot mood nak update cerita raya. 


Alah, kalau tapai pulut tu kan lagi lama peram lagi sedap..cerita raya pun gitu lah kot. Lagi lama di peram, lagi menarik kot ihikhik eheh.


Hari ini nak bercerita tentang venue Pasar Ramadhan (PaRam) kami sepanjang bulan puasa. Apa ingat kat Fukuoka tak ada PaRam ke? Ada, OK!.jelir


(1) PaRam 1 : Mr Kebab

Started the business with Mr Kebab Mobil, now they have expanded their business by opening a restaurant at Kashihama Aeon 2nd floor food court. They sell superb taste of kebab at a very reasonable price.


+- depan "param" Mr Kebab -+


The thing is kedai agak jauh dari rumah kitorang, almost 50mins by car so we get to go to this "param" on Saturdays only. Order untuk di tapau, then duduk menunggu kat meja. Sangat canggih alat untuk bagitahu order dah siap, ala-la pager di zaman pertengahan 90-an dulu, bila order dah siap..akan bunyi lah "beep" dengan nyaringnya. Sila jangan buat-buat pekak,ihikhik cepat-cepat bangun ke kaunter itu untuk ambil makanan yang telah di pesan ye.

 +- alat canggih yang berbunyi nyaring bila order siap di masak -+

(2) PaRam 2: Kappa Sushi

First time kami makan sushi kat Kappa Sushi Restaurant ialah masa jalan-jalan kat Yokohama dulu, di belanja oleh Murni & Joe.  What makes Kappa Sushi Restaurant difference with another sushi restaurant is that, the sushi that we ordered for dine-in will be sent to the table by using the shinkansen (bullet train). Tapi memandangkan kami order untuk tapau, so tunggu kat kerusi tepi kaunter je lah.

+- wajah riang gembira dapat makan sushi untuk juadah berbuka -+


Masa minggu ke-3 Ramadhan hari itu, ternampak restoran Kappa Sushi yang baru di buka dekat-dekat dengan area kedai toys favorite SN. So, menyinggahlah kami dengan pantasnya untuk beli juadah berbuka. Maka berbuka lah kami dengan sushi pada hari itu, yummyyyyyyyyyyyyyyyyyy.



(3) PaRam 3: Ichiban Udon

Udon is my favourite Japanese food, period!. wink

Udon is a type of thick wheat-flour noodle and served hot as noodle soup in a mildly flavored. It is usually topped with thinly chopped scallions. The common toppings that we ordered is ebi (prawn tempura). Shichimi (seven flavor chili pepper) can be added for better and spicy taste.

http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/DSCN4465.jpg 
+- enjoying my ebi udon with thinly chopped scallions in the front bowl -+


http://i122.photobucket.com/albums/o262/dasar_chomeyl/DSCN4876.jpg
+- gambar lama, masa ni tengah preggy kan SN..pipi chubby macam ikan buntal, hidung kembang muat masuk bola golf 
mrgreen -+


Itu lah antara kedai tumpuan kami di sini untuk mengubat kerinduan kepada Pasar Ramadhan di Malaysia. Walaupun juadah yang di jual tak sama, tapi OK la buat mengenyangkan perut di kala hari yang malas nak memasak.


Lagipun, kalau tiap-tiap tahun beli juadah yang sama macam ayam golek, murtabak daging, popia basah, nasi kerabu, lompat tikam, onde-onde, puding gula hangus, roti john je buat berbuka pun bosan jugak (*apasal banyak gila contoh, nampak sangat teringat kat makanan2 ni*) jelir


Alang-alang dah duduk kat jepun, baiklah kitorang berbuka dengan makanan Jepun kan?. Nanti dah balik Malaysia, mahal pulak nak makan makanan Jepun, ye dak?. *ayat pujuk diri sendiri*.


Psssssttt: bagus juga tak ada pasar ramadhan kat sini, tak ada lah I nak membazir sangat beli banyak-banyak pastu terdampar macam dugong kekenyangan masa waktu berbuka.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 

Wednesday, 31 August 2011

Pengalaman Qiyamullail di Masjid Fukuoka

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
♪ ♫ "Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa.
Tiba Syawal kita raikan dengan rasa gembira,
Anak muda di rantauan SEMUAnya pulang ke desa"♪ ♫

Errrr..cop cop, bukan semua anak muda di rantauan pulang ke desa; termasuklah kami sekelurga yang masih muda belia ini tetap setia beraya di perantauan lagi tahun ini.


Anyway, entry hari ini bukan nak bercerita pasal sambutan raya di perantauan, entry hari raya lambat-lambat sikit lah ye sebab banyak gila gambar nak pilih. Entry hari ini I nak bercerita tentang memori indah dan detik-detik manis sewaktu qiyamullail di Masjid Fukuoka pada malam 27 Ramadhan 1432H.


Due to the last days of RAMADAN, which are the most important days among the holy month, Fukuoka Masjid arranges an Iktikaf program starting from 20th RAMADAN after Maghrib prayer. Ramai yang ambil peluang untuk tidur di masjid dan kemudian sama-sama bangun untuk solat sunat tahajud.


Masa mula-mula hubby ajak pergi, I was so excited. But then bila fikirkan yang SN susah sikit nak tidur kalau lampu di buka dan I sendiri pun susah nak tidur kat tempat yang tak biasa; so I requested to dear hubby untuk tidur kat rumah dan bertolak ke masjid dari rumah around pukul 1 pagi.


Nasib baik SN tak terjaga pon masa di angkat dari katil dan masuk dalam kereta. Nyenyak je dia tidur sampai kat masjid, Alhamdulillah lega hati mommy. Masa I sampai tu, ramai juga yang dah bangun dari tidur. Seronok tengok anak-anak tidur bergelimpangan kat tepi-tepi ruang solat, bagus betul ibubapa yang menerapkan konsep iktikaf ini dalam diri anak-anak yang masih bersih hatinya itu. The Masjid basement is the place for men's sleeping while the second and third floor are the place for women's sleeping.


Dalam pukul 2.00 pagi, jemaah yang tidur kat masjid di kejutkan dan lepas tu bermula lah solat sunat Tahajud secara berjemaah. Walaupun hari-hari lain, kami buat solat tahajud sendiri di rumah sebelum/selepas sahur, tapi perasaan solat tahajud berjemaah di imamkan oleh Imam dari Mesir yang bacaanya sangat-sangat mengasyikkan.


Alunan bacaan dari imam di hening pagi mendatangkan perasaan sayu yang susah untuk di gambarkan dengan kata-kata. Ketenangan yang tak akan dapat di cari di mana-mana melainkan dengan cara menyerah diri dengan sesungguhnya kepada Allah.


Masa itu barulah tergambar segala dosa silam yang menimbun, segala sikap derhaka dan buruk perangai terhadap arwah ma dan abah, segala kekhilafan yang pernah di lakukan lalu airmata pun laju menuruni pipi tanpa dapat di tahan-tahan lagi. Bahkan esak tangis jelas kedengaran dari kalangan kaum lelaki, dan bertambah sebak lagi bila Imam membaca surah Ar-Rahman, terutamanya setiap kali sampai pada bacaan :


فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"


Solat sunat pada malam itu di akhiri dengan solat sunat witir. Sekali lagi bacaan Imam sewaktu doa Qunut mengundang air mata keinsafan yang bukan sedikit di kalangan para jemaah. Walaupun doa yang di baca dalam bahasa Arab, dan bukan sepenuhnya dapat di fahami tetapi ia tetap meninggalkan kesan mendalam kedalam hati. Tidak terasa letihnya berdiri walaupun bacaan sewaktu Doa Qunut itu di baca agak panjang oleh Imam. Setiap patah doa yang terlahir dari mulut Imam ibarat 'jam loceng' yang menyedarkan diri dari lena yang panjang.


Selepas selesai solat witir, jemaah di masjid beramai-ramai bersahur bersama-sama. Sahur padapagi 27 Ramadhan itu ialah nasi arab, memang sedap makan panas-panas beramai-ramai. Terima kasih atas nikmat rezeki dari Mu ini Ya Allah.


Bila dah siap sahur, I jenguk SN kat tingkat 2 dan kebetulan masa itu SN dah pun terjaga dari tidur tapi sikit pun dia tak menangis. Knowing his reputation as budak manja, selalunya SN akan menangis beria kalau mommy tak ada kat tepi dia bila dia bangun tidur. Tapi pagi itu, SN cuma bangun genyeh mata dan tengok kanak-kanak lain yang tengah tidur kat tepi dia, good boy.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJQJCohnaY3ydmxqOAr7YkC7wm6LC27zV1urt97G2wR-E2Zg2OQNnC7bzTM7pNDjPq295AI_S695O5AwV9xcdh0pfMMP5VTtSIWA-4fkopHtfvFWnUufwurJ7sEch9cTozxCVdPN4aB2M/s1600/blog-10.jpg
+- mommy's boy yang pelik tengok tiba2 dah ada kat masjid tapi tak menangis pun. Good boy -+


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Cuma itu sahaja yang boleh di lafazkan untuk menzahirkan rasa syukur dalam diri kerana di beri kesempatan oleh Allah untuk merasai kemanisan berQiyamullail di Masjid Fukuoka.


Sesekali sewaktu beriktikaf di Masjid Fukuoka, ingatan I terimbau pada kenangan sewaktu di 'paksa' ke Masjid Kg Jal Besar oleh Abah dan Arwah Mama dulu. Terima kasih Abah dan Ma kerana pernah memaksa kami anak-anakmu untuk ke masjid walaupun begitu liat nak membangunkan kami dari tidur. Sekarang baru I faham kenapa perlunya ibubapa 'paksa' dulu anak-anak untuk buat sesuatu kebaikan itu, Insya Allah bila tiba masanya anak itu sendiri akan menyedari hikmah di sebalik 'paksaan' dari ibubapa itu.


Terima kasih Abe Sayang
love kerana membawa isterimu ini untuk sama-sama beriktikaf dan berqiyamullail di Masjid Fukuoka. Terima kasih duhai anak kerana memberi kerjasama sewajarnya di saat mommy benar-benar memerlukannya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq_kOJx-kRyNa4NuKs2HqpVC8sSt9r73iMx7Mc7xDoI9vRgCMWblFiy8bpMScPR3yeZ4huQu3YoPMum-AgyCtZpx00FWN8O6gju2Uwb9liNe5L9ErHPGQv2Lkr2a05n3UJv5QKvhapzws/s1600/blog-6.jpg

+- Mommy ♥ SN ceria walaupun ambil gambar pukul 4 pagi, 27 Ramadhan 1432H, Masjid Fukuoka -+


Terima kasih Ya Allah kerana kemanisan yang tak terhingga ini, daku mohon semoga di kekalkan kemanisan ini sehingga akhir hayatku, Insya Allah. Ameen.



Pssssttt: tidak ada niat nak tunjuk baik sewaktu menulis entry ini, sekadar secebis memori sebagai kenangan di masa hadapan.


~ Thanks for reading this (^-*) ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...