CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, 23 January 2013

Super duper easy "Upside down pinneaple cake" recipe

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Sebagai seorang ibu beranak dua yang kuat makan, I mengaku yang I sangat2 suka makan kek tanpa memikirkan lemak terkumpul selepas mentekedarah kek2 itu. Sesuai dengan keterbatasan  waktu yang semakin menghadkan ruang masa yang banyak untuk diri sendiri (*perghhhhh, cikgu BM mesti bangga ada anak murid macam I*); I nak share resipi upside down pinneaple cake yang I copy paste dari Nigella Lawson.

Sumpah resipi ni senang yang amat, pastu hasilnya memang wallahhhhhh sedap gila. Sangat sesuai untuk orang macam I yang tak berapa rakin (a.k.a MALAS) dan tak berapa reti sangat bab2 baking ni. Cakap banyak tak guna, ayoh kita tengok resipi yang kengkonon senang sangat tu.

BAHAN-BAHAN :- 
  • 2 tablespoon gula castor
  • 6 slice(s) pineapple(s) (nenas dalam tin +  3 tbsp juice)
  • 11 Glace cherries (untuk hiasan)
  • 100 g tepung gandum
  • 1 teaspoon baking powder
  • ¼ teaspoon bicarbonate of soda
  • 100 g butter (soft)
  • 100 g gula castor 
  • 2 biji telur (medium)
CARA- CARA :-
  1. Preheat the oven to 200°C. 
  2. Sapu Butter kat dalam loyang.
  3. Tabur 2 tablespoons of sugar atas sapuan butter dalam loyang tadi, lepas tu susun pineapple slices dalam loyang.
  4. Kat tengah2 each pineapple ring tu letak kan ceri.
  5. Masukkan tepung + baking powder + bicarbonate of soda + butter + gula castor + telur dalam food processor dan pukul sampai adunan sebati. Masukkan jugak 3 tablespoons of pineapple juice dalam adunan tu.
  6. Curahkan adunan tu slow2 dalam loyang atas cherry-studded pineapple rings; lepas tu ratakan adunan.
  7. Bakar utk 30 minutes, lepas tu kikis tepi kek dan terbalikkan kek (upside-down) bila dah sejuk.
 Haaaa amacam, senang kan? Senang gila2. Nak tengok hasilnya tak?

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x




+- dah ada kesan potong dengan pisua kat tengah2 kek tu, baru teringat nak ambik gambar -+


Aaaaa, I tahu lah rupanya memang tak semenggah sangat, dah potong separuh baru teringat nak ambik gambar ngeee. But if u knew me long enough, u might already know by now that I am just trying to keep my signature that is to bake a USO : Unidentified Sweet Objects ..just like what I've made earlier on previously with my cheesecake, macaroons and churros  ekekekeke.


Pssssstt : masa kecik2 dulu Arwah Ma selalu gak buat kek ni, so masa buat kek ni hari tu..tiba2 memori tu singgah kembali. I miss her so much..Al-fatihah untuk Allahyarhamah Saadah.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Thursday, 9 August 2012

Resepi AKOK Kedut Fukuoka

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
AKOK bukannya berasal dari perkataan AKAK yang di-bahasa-kelantan-kan...tetapi AKOK ialah sejenis kuih tradidional Kelantan yang sangat lazat especially kalau di makan sewaktu panas2..perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *hamek ko, sikit punya panjang expression bagi nak menggambarkan keenakan luar biasa kuih AKOK ni*.

Biasalahkan di bulan2 puasa ini ramai yang suka update gambar2 makanan kat FB. Selalunya mak buyong boleh tahan lagi keinginan terliur bila tengok gambar2 makanan tu, tapi bila ada orang letak gambar kuih AKOK ni..ya ampun, rasa tak menahan tahap mengidam tu...macam duk terbayang-bayang je kuih2 AKOK yang famous kat Qelate nuh.

Kat kepala ni dah terimbau kenangan makan AKOK yang di jual kat gerai2 AKOK di tepi2 jalan kat Kelantan masa bulan puasa. Antara gerai2 AKOK kegemaran kami sekeluarga ialah gerai akok kat tepi Jalan Chabang 4-Pengakalan Kubur, gerai tepi jalan kat Palekbang, gerai Akok Salor dan jugak kedai akok bungo kat Wakaf Bharu

 +- akok di bakar dengan arang, memang lemak berkrim dan bau nya harum semerbak dari jauh lagi -+


Selepas berhari-hari menahan keinginan nak makan AKOK, akhirnya mak buyong memberanikan diri nak buat sendiri AKOK dan bakar guna oven je. Resepi di ambil dari MyResipi, so I copy-paste letak kat sini sebagai rujukan diri sendiri di masa hadapan.

Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Since I tak ada acuan bahulu, I guna acuan muffin I yang besar gedabak tu je. 


Alhamdulillah, percubaan pertama untuk orang yang tak pandai masak macam I ni menjadi. Masa tengok je rupa AKOK kedut Fukuoka I ni, terus happy sampai menjerit2 kegembiraan. Happy mengalahkan dapat duit berkepuk-kepuk hahaha.



Jadi, untuk yang mengidam nak makan AKOK tapi tak dapat balik beli kat Qelate, boleh lah try resepi ini. Di jamin sedap, lemak berkrim dan menjadi macam yang di jual kat gerai2 tepi jalan kat Qelate nuh.

Pssssttt : makin pekat pati santan tu, makin lemak AKOK tu nanti. I guna santan dalam tin je, kurang pekat dan kurang lemak, tapi tetap sedap.

 

Tuesday, 13 March 2012

Junior Masterchef : M&M's cookies

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
 Hari Sabtu lepas ada farewell dinner untuk student2 Malaysia kat Fukuoka ni yang bakal graduate by the end of this month. Kebetulan ada semangkuk kecil coklat M&M's yang tak habis, so I was thinking to bake M&M's cookies. Konon-kononnya tak nak bagi SN makan cekelat je, so mommy buat cookies.

Resepi ambik dari Aufa's Little Kitchen


Ingredients:
• 260g tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 1/4 sudu kecil baking soda
170g butter
130g gula kastor140g gula perang
1 biji telur gred A
1 kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
200g M&M

Cara-Cara:
*Campurkan tepung,tepung jagung dan baking soda.
Putar butter,gula kastor dan gula perang sampai kembang lebih kurang 3 minit.
Tambahkan esen vanila,telur dan kuning telur dan putar sebati.
*Masukkan campuran tepung tadi dan kacau sebati.
*Buatkan bulat2 dan letakkan diatas loyang yg digris.
• Jangan buat besar2.satu lagi,jarakkan jauh2 sebab dia akan kembang.


 
Bukan main seronok SN dapat tolong mommy letak cekelat kat atas cookies tu sebelum di bakar, lepas tu tak sabar-sabar nak tunggu biskut tu masak. 2-3x suruh mommy dukung nak tengok biskut tu dalam oven.

 +- tengok tu bersemangat betul letak cekelat -+


Alhamdulilah, M&M's cookies hasil air tangan SN mendapat sambutan hangat. Masa orang tengah solat Maghrib berjemaah ramai2, budak2 semua dah pakat2 serbu cookies tu. Bila mommy siap solat, tengok2 balang cookies tu dah pun kosong. Nampak gaya, kalau ada jamuan lagi lepas ni kena buat banyak2 lagi lah cookies ni.

+- SN dan kawan2nya -+


I had a blast of variety of Malaysian foods *as always*, so malas nak ambik gambar sebab sibuk makan. Bila perut dah betul2 sendat dan agak membuncit, baru lah sedar diri nak berhenti makan gatai . Lepas dah kenyang memboyeh tu, baru lah bersemangat nak posing sedas dua dengan Norai & Ain yang nak balik Malaysia hujung bulan ni.

 +- yours truly with Ain -+

 +- yours truly with Norai -+


I'm gonna miss both of them sebab diorang berdua banyak tolong I dalam urusan kat sini especially kalau kena deal dengan orang Jepun sebab they speak Japanese fluently. Awal2 sampai sini dulu, Ain lah yang temankan pergi klinik masa check-up SN. Norai pulak banyak tolong translatekan borang2 yang nursery SN bagi dan juga tolong I dalam urusan nursery SN. Many thanks to both of you for your kind help. 

Insya Allah panjang umur murah rezeki, kita jumpa kat Malaysia pulak nanti. Good luck girls!.

Psssttt : mommy memang suka buat biskut yang senang & sedap cenggini gatai eheh.


~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Tuesday, 6 September 2011

Kuih Muih Chomeyl

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif 
Masih lagi dalam mood untuk bercerita pasal kisah raya 1432H ~ 2011. Entry hari ini ialah pasal kuih muih raya yang I sediakan sendiri kat sini. Dah jadi macam tradisi bagi diri sendiri untuk buat sendiri kuih raya. I guess it runs in my blood already sebab Arwah Ma dah trained I untuk buat kuih raya dari I kecik-kecik lagi. Kuih raya wajib untuk keluarga kami ialah Cornflakes madu, Tat Nenas, Chocolate Chip, Biskut Gajus, London Almond dan Kek Chocolate Moist. 

+- Kek Chocolate Moist resipi turun temurun Arwah Ma yang di hias comot -+


Kerahan tenaga adik-adik di perlukan masa nak suruh sapu mentega kat dulang pembakar dan juga untuk tabur chocolate rice/ceri sebagai hiasan topping atas biskut itu. Biasanya I akan buat dalam 200 - 300 biji untuk setiap jenis sebab menambil kira bilangan ahli keluarga yang ramai, adik berdik pulak semua hantu biskut, mak sedara dengan pak sedara yang beraya sekali dengan kitorang dan tak lupa juga untuk bagi-bagi kat nenek, tok sedara dan mak sepupu kat kampung.
Nasib baik stove oven kat kampung besar dan ada 2 lapis, at least cepatlah jugak proses membkar tu. Masa mula-mula start proses membakar itu aidk-adik tolonglah lagi, tapi dah last-last semua terbongkang tidur depan TV sebab tak tahan tergoda dengan bau biskut yang dah masak tu, cittt.
http://pics.adoos.ca/93edc5e64220057c7b11b281039ccce4-1-3-stoveovens-for-sale.jpg  
+- macam ini lah lebih kurang stove oven milik Arwah Ma. pic credit: adoos -+


Walaupun beraya di perantauan, dan mak mertua dah poskan beberapa jenis kuih raya untuk santapan anak, menantu dan cucunya ini; tetaplah ada semangat membara dalam hati untuk buat sendiri biskut raya. The main reason kenapa I nak jugak buat sendiri biskut raya ialah sebab setiap kali I buat biskut raya, I akan terkenangkan momen manis yang pernah I lalui dengan Arwah Ma masa kami sama-sama buat kuih raya dulu. 


Terbayang lagi betapa bangganya Arwah Ma bila kek chocolate moist yang I buat masa umur 15 tahun di puji sedap oleh kawan-kawan dia; betapa gembiranya Arwah Ma bila kuih-kuih raya yang I bagi kat nenek di sorok dalam almari *sebab tak nak bagi orang lain makan, nenek cuma hidangkan biskut raya yang beli je kat tetamu* eheh. Terkenang jugak resipi yang di guna setiap tahun itu dari buku resipi yang dah koyak rabak, tapi memang Arwah Ma tak suka guna resipi baru yang tak tentu sedap ke tak..so stick to the old one yang memenuhi selera tekak kami sekeluarga.


Tu dia, kalau dah start mengenang memori memang panjang berjela lah entry ini. Back to the main topic, tahun ini I buat 3 jenis kuih untuk raya dan jugak bulan ini dalam sejarah ialah bilamana I berjaya buat pulut tapai sendiri.



(1) Chocolate chip

Sebab terlupa nak salin resipi turun temurun dari arwah Ma tu, so I icilok resepi kat my resipi .Alhamdulillah, turn out OK dari segi rasa dan rupa. Tak keras sangat dan tak rapuh sangat, just nice. Lupa pulak nak ambil gambar close-up chocolate chip ni, nanti kalau dah ambil gambar I letak sini.

+- chcolate chip dalam balang di temani rakan-rakan seperjuangan menunggu di ngap -+ 


(2) Cornflakes Madu Gergasi

Sekali lagi resipi ambil kat my resipi. Senang je buat biskut ni kan, tapi kali ini I tak guna madu, tapi guna golden syrup sebab madu yang ada kat rumah dah macam tak best bau dia. Dah la tu tak ada hiasan untuk topping pun tak berapa warna warni, campak je yang mana ada. Plus jadi cornflakes madu GERGASI sebab isi dalam bekas muffin, cup kecik kat rumah dah habis, malas nak turun dari tingkat 5 semata-mata nak beli cup je hahaha. 

+- Cornflakes madu gergasi hanya terdapat di rumah kami sahaja -+


(3) French Macaroons

Percubaan pertama dulu, macaroons yag I buat retak seribu kat atas. Alhamdulillah, kali ini macaroons I lebih berseni berbanding masa mula-mula buat hari itu. *refer entry: Yatie Chomeyl mencomotkan Macaroons*. However macaroons kali ini tak ada feet la pulak, adoyaiii tak apa cuba lagi lepas ini sampai berjaya. 
+- the making of French Macaroons -+ 

 
Resepinya I ambil kat youtube. Lepas itu, I tambahkan step hempas tray atas meja dulu bagi batter tu tak ada angin, to avoid crack. Plus, I letak bawah hembusan air cond dalam 15-20 minit sebelum bakar. Tips ini semua I dapat kat you tube la, so I combine je suka hati hehe. Ada yang nak share tips lain lagi tak?. OK la tu, at least ada rupa macaron dah la kan?.

+- yang ini saiz besar, sekali ngap kenyang 3 hari -+



(4) Tapai pulut

Selalunya pulut tapai kitorang dapat dari tok sedara kat kampung yang memang pakar, tapi dah jauh di perantauan ini nampaknya buat sendiri je lah. Nasib baik dapat ragi dari kenalan baru yang sudi poskan untuk I. Dapatlah I makan tapai pulut di hari raya kali ini.

Cara2 buat Tapai Pulut:

1)rendam beras pulut tu sekurang2nya sejam..jgn lama sangat sampai semalaman,takut beras kembang sngt ,

2) buang air, kukus beras pulut sampai berwap


3)angkat , ratakan atas dulang besar...renjis2 air @ gaul sket ngan air supaya beras tu serap air sekejap- jgn bnyk sngt...dlm 1 gelas air jah


4)kukus kali ke-2 smpai beruap... tengok beras pulut tu dah masak ke tak...kalau tak masak lagi,kukus sampai masak


5)angkat...ratakan atas dulang besar...


6)biarkan sejuk ...baru renjis2 ragi ke setiap permukaan beras pulut tu... renjis2 jugak gula ke setiap permukaan tu...jangan bnyk sngt , nanti bila tapai dah masak akan manis sendiri


7)balik kan permukaan atas ke bawah beras pulut yg dah di renjis ragi tu (untuk renjis ragi di permukaan bawah beras pulut tu plak)


8)
renjis ragi ,gula ke permukaan bawah yg dah di balikkan seperti no.6

9)boleh masukkan ke dlm bekas2 kecik utk disimpan

10)simpan tempat panas @ balut dgn kain besar/pelikat/sarung utk bagi dia panas...

11) estimate dlm 2-3hari tapai masak la...boleh test kalu dah nampak berair dlm bekas tu...




+- the making of tapai pulut -+

+- tapai pulut warna warni aidlifitri -+


I siap buat warna warni hijau + putih + pink lagi untuk tapai pulut I tu. Alhamdulillah habis semua tapai pulut yang I buat masa open house rumah kami Sabtu lepas sampaikan tuan rumah pun tak sempat rasa. Ragi ada lagi ni, Insya Allah kalau rajin malam ini nak buat lagi; boleh makan untuk jamuan raya dengan Geng Fukuoka hujung minggu ini pulak.


Pssssttt: bila kat perantauan ini macam-macam teringin nak makan. Tapi masa kat Malaysia, gedik pulak cari makanan Western/Japanese untuk tekak ini, dunia duniaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Tuesday, 5 April 2011

Resepi Laksam Qelate yang Chomeyl

Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam. - sumber: Wikipedia -


Memang dah lama gila rasanya tak makan laksam ni. Masa balik Malaysia bulan 6 tahun lepas pun tak makan laksam rasanya. Kawan2 kat sini pun ada request untuk nak rasa laksam Qelate ni. Malangnya sebelum ni, I takde alatan mengukus kat sini; maka request kawan2 untuk makan laksam Qelate di biarkan berlalu di bawa angin begitu sahaja eceh poyo giler gatai.


Bila hubby dah beli kan Set Kukus Tefal, nampak nya takde lah alasan lagi untuk I. Ini merupakan kali pertama I buat laksam sendiri. Masa kat Malaysia dulu2 pun, cuma buat kuahnya je sendiri. Maklumlah, rumah I dengan Kilang Man Laksa kat Talak, Chabang 4 Tumpat tu cuma 10 minit je naik motor.


+- set alatan kukus Tefal membantu merealisasikan hajat nak makan laksam -+


Resepi untuk Laksam Qelate ni I ambik kat Myresepi; yang di kongsi oleh Yani. Check it out.


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

(1) Untuk Laksam
  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam

(2) Untuk Kuah Laksam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

(3) Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

(4) Untuk Sambal cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

  1. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

  1. Untuk sambal cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam sikit dan perahkan limau


Macam ini lah rupa Laksam Qelate - Yatie Chomeyl. Untuk percubaan pertama rasa2nya memang agak memuaskan hati lah dari segi bentuk dan rasa *masuk lif tekan butang sendiri ekekeke gatai *.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaaLltCpLRtQuT2Xcp5Oo0IfYSA12wRco94qgKxgoss8lhkjix1OcfjdsrotjXHR6Eq3sP2azSbutdkMY0tEpZYSeP2JRwA7Avu7xmnFEJ-RxJCuTmkO-DSrAoNLpsX-WtMS4gmjlLFnQ/s1600/DSC_0006-2.JPG
+- Laksam Qelate yang Chomeyl -+

I bawak untuk kawan2 yang lain rasa masa lepas Solat Hajat 2 minggu lepas tu. Tapi sebab tudung periuk ada 2 je dan tepung beras cuma ada 1 pek je, dapat buat sikit je lah. OK lah kot, untuk kawan2 rasa sikit2 sorang. Dekat 2 jam jugak lah I ambik masa untuk siapkan beberapa gulung laksam2 tu...huhuhu. Nanti kalau ada tepung beras lagi; buleh lah I buat lagi *kot*.

Haaaa tempting tak? *sila jawab ye, kalau tak I merajuk gigil takmo kawan dengan korang*

Kalau tergoda tengok gambar Laksam Qelate Chomeyl ni, sila lah godek2 bahan2 di dapur dan mulakan lah aktiviti ber'silat' di dapur untuk menghasilkan laksam + kuah laksam yang lemak manis itu. Selamat mencuba!.peace

Pssssttt: kalau I kat Malaysia, jangan haraplah I nak berpeluh2 ketiak untuk buat sendiri...ngeeee.

Wednesday, 12 January 2011

Yatie Chomeyl mencomotkan Macaroons

Baru2 ni, masa bloghopping kat few blogs;Penyakit 'kronik' akibat jangkitan iklan & gambar makanan muncul kembali. Aiseh, kali ni akibat terliur nak makan a Traditional French Pastries i.e. Macaroons.

I've never in my life have a taste of it, but I'm drooling to try it because the cute and the colorful looks of the Macaroons have made it look super delicious.

There's two place in Fukuoka where we can get a hold of these Macaroons


(i)
Ardeur Hakata

=- macarons in Ardeur Hakata. Pic source: here -=


(ii) Costco




However, these two shops aren't so much in the walking distance from my house. Plus, the price of these cute-looking foods is quiet pricey for a patisserie. Thus, I forced myself to do what I can do the best; that is to look for the recipe in the internet, and start making my own macaroons by referring to the recipe provided by Noreen.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxi1do7MTfKirJTOSlzMW7Vw4OvUkfYpad4MRYLZAu05hvtVTck3igM0sqbAUVJi20JH1a2WvtgGqfUn0MnQsQC8-O9CaGmirivKQrNU8XpNLFLc7w0WDyRSSS9Y9zqqynz8PzWpJkAnn9/s1600/edited+pics3-1.jpg

Cara2:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko --> ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling

untuk membuat filling:
  • ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan

Notes & tips:

  • untuk dapatkan saiz yang sama, I lukis bulatan guna syiling atas non-stick paper
  • sebab sekarang ni winter, so I tak perlu tunggu sejam untuk sejukkan adunan lepas dah paip atas dulang, I cuma letak dulang kat luar rumah, dalam masa 5 minit adunan dah pun mengeras. kalau u all, mungkin boleh try letak depan aircond untuk cepatkan proses tu
  • guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat.


I have to admit that it wasn't as difficult as I thought it will be to make my own macarons, but then I have to also admit the harsh reality that my macaroons was not in the same look as the macaroons that are sell in store.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQd071TYp8etQeDRMRngVsLmmfwbprnY-rYKnUs-19QJbv7EX2511OMv_3YqQP9aS3qZem2MJueoJAJo7RyFK0Hjd1X3mmJvwdRQM_IkAO9DQAhgabnEkZwAgI8Bx9UbGw4L3Ax1xW0jet/s1600/DSC_0327.JPG


Dang!. The upper part of my macaroons crack and hell it doesn't look delicious at all. But, believe me when I say that it really is delicious, coz hubby cant seem to stop eating it when I offered it to him.
My hubby has a high standard on a food, thus when he said "sedap", he really meant it!.
*Or else, mungkin hubby tipu je cakap sedap sebab takut I meroyan mintak bawak gi beli macaroons kat kedai sengihnampakgigi hehe*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3wXc393RBcwcQg6YNl34jOn0biUrygMZTROft2CtVGuNRJeAyTsUL8OrvWISSQ2b-rvgQAYwaJ_GKiBpeqaVdIe-9gq3gcqPMZzekzSIeTKF_OTkXKmP0n8EsUu7ZC9i26CVigKAKyfmA/s1600/DSC_0329.JPG


"This delicious bite-sized morsels are so colorful-but behind their cute appearance lies a very difficult art, that has taken even masterful bakers a few failed attempts before they achieve that sheen on a smooth macaron shell and macaron feet. This art depends a lot on experience and a good mentor in my opinion because a lot of the steps are all about the touch and feel of the batter."
--> I quoted these sentences from someone who really understand about the difficulty of making a good looking macaroons, phew...how I'm glad that I am not alone eheh.


Erm, I guess these experience of making my own macaroons has left me to 2 options:-
(A) Try making it again until I can master the art of 'macaronage'

OR


(B) Give up and move my butt to the store where I can get the real lovely look and delicious macarons made by the experts


Ermm, I guess I should just pick the second option and ask hubby to bring me to the shops. Perhaps, this coming weekend is the perfect time to go to the shop, don't you think so darling? gatai Ngeeeeee.


Psssttt: The macaroons that I make is another addition to the collection of my Unidentified Sweet Object (USO) list.. sengihnampakgigi hahahaha.

Tuesday, 7 December 2010

Penyakit 'kronik' akibat jangkitan iklan & makanan.~ Kali ni akibat Seafood Paella pulak

Untuk pengetahuan u all, I ni sebenarnya ada sejenis penyakit yang payah nak di ubati. Penyakit ni memang dah lama menular dalam badan I dan setakat ni I belum lagi menemui penawar kepada penyakit I ini.


Penyakit ni boleh menyerang tak kira masa, tapi ia akan menjadi kronik bila I terpandang sesuatu yang boleh mencetuskan virus penyakit ini.


Penyakit yang I maksudkan itu ialah "Penyakit-Mudah-terpengaruh-dengan-iklan-dan-mudah-terliur-dengan-gambar-makanan!". Ngeeeeeeeeeee sengihnampakgigi...dasyat wooo penyakit I ni.


Kecik2 dulu, pantang tengok iklan kat TV, terus mintak arwah ma belikan jugak. Pastu bila dah besar2 ni pun lagi dasyat. Kalau tengok kat iklan TV tu, macam2 iklan makanan yang tunjuk, terus I rasa nak makan jugak. Masa kat USM dulu, bestfriend I selalulah jadi mangsa untuk temankan I keluar untuk beli makanan yang I terliur lepas tengok iklan kat TV. kadang2 iklan biasa2 macam Super Ring tu pon, I boleh terliur sampai terus capai kunci motor dan keluar gi kedai runcit untuk beli jugak, sengal kan?

I punya tahap kronik mudah terliur dengan makanan ni, lebih dasyat dari rasa mengidam yang di alami oleh ibu2 mengandung. Sebab tu, masa I preggy macam2 makanan yang I nak makan. Nasib baik tak de pulak iklan pasal masakan daging unta masa I preggy hari tu, kalau tak...hohoho naya lah incik hubby nak kena cari daging unta kat Jepun neh sengihnampakgigi ngeeeee.


I ingatkan bila duk oversea ni, kuranglah sikit serangan penyakit tu pada diri I, rupa2 nya semakin parah dan virusnya semakin merebak ke seluruh anggota badan ceh!. Minggu lepas penyakit itu telah membuatkan I teringat2 akan kelazatan Seafood Paella yang pernah I nikmati kat Madrid dulu. Penyakit ini bertandang sebab I ternampak gambar Seafood Paella kat sebelah kanan bahagian iklan di FB, ntah apa2 kan..iklan kecik cinonet tu pun boleh buat I jadi tak keruan *dasar perempuan kuat makan yang mudah terpengaruh dengan iklan* haisyy.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhV0sGAhS0tRjdif_vr8tzfNmtGIIFqF93sZQ_byqOMrz2x24wATay5MFBP-mP9VlO4xml2Ey8vEjJs5i2EtSkRuRG3U9LkB5dKCMoGjpBG379Xea-5-KnHBEL7VHxygeklbkRIoc9lTsRu/s1600/Espana_Madrid_day_one+003.jpg
=- my friend and I in front of the trademark for Madrid : a bear and Madrono tree -=


Paella (Sebutan Sepanyol: "paeya" *kalau double "ll" jadi "y" , sebab tu David Villa tu di pronounce David Viya; harap maklum ye murid2 semua) adalah suatu hidangan nasi berasal dari Valencia. Walaupun pada awalnya ia merupakan makanan trademark untuk Valencia, sekarang ni Paella dah di anggap macam hidangan kebangsaan untuk negara Sepanyol. Paella ni enak dinikmati panas2, sebab tu ia di hidangkan dalam kuali paella kat restaurant, makan panas2 sampai melecur lidah gatai eheh.



=- Paella dari sebuah restoran kat Madrid * I dah lupa nama restoran tu* -=

Oleh kerana penyakit kronik ni membuatkan seluruh badan menggeletar, maka terpaksa lah I mencari penawar kepada penyakit ini. Dengan bersemangatnya I nak sebarkan jugak penyakit ni kepada u all, nah amik penawar kepada penyakit kronik ini.

RESEPI SEAFOOD PAELLA

Bahan - bahan

  • 800 grams (long grain) nasi Valencia --> *I guna beras basmathi*
  • 2 genggam kepah kecil
  • 2 genggam siput lala
  • 8 ekor sotong kecil
  • 2 genggam udang basah, saiz sederhana
  • 1 biji lada capsicum hijau
  • 1 biji lada capsicum merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji lemon dihiris
  • 1 T saffron --> * I guna pewarna kuning telur je*

Cara - cara
    1. Didihkan 3-4 liters air bergaram dalam satu periuk besar.
    2. Masukkan kepah dan siput lala lalu didihkan selama 5 minit lagi.
    3. Kerat sotong berbentuk gegelung dan masukkan ke dalam periuk.
    4. Pada masa yang sama , masukkan juga udang yang telah dibersihkan.
    5. Biarkan di dalam periuk selama 10 minit, atau sehingga kepah dan siput lala masak.
    6. Tapiskan kepah,lala,udang dan sotong dan angkat keluar.
    7. Masukkan saffron ke dalam stok rebusan kepah,lala,sotong dan udang tadi dan kacau sehingga warnanya menjadi kuning pekat.
    8. Hiris lada dan bawang dan tumis di dalam 'paella pan' atau periuk leper yang besar jika tiada, menggunakan minyak zaitun. Taburkan sedikit garam.
    9. Setelah garing, kuatkan api kemudian masukkan air stok rebusan, sesudu demi sesudu hingga mencecah 1/2 dari ketinggian ' paella pan'.
    10. Masukkan beras, sedikit demi sedikit seperti 'memberi makan ayam'.
    11. Beras hendaklah dilitupi cukup-cukup dengan air.
    12. Masukkan makanan laut yang telah direbus tadi, dan simpan 6 kepah atau lala untuk hiasan akhir.
    13. Kuatkan api menjadi sederhana kuat dan jaga supaya tidak hangit. Nasi tidak boleh terlalu kering ataupun terlalu lembik.Kadar air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
    14. Teruskan menjaga nasi sehingga masak lebih kurang 20 minit.
    15. Apabila nasi telah masak, letakkan kepah atau lala tadi dalam bentuk bulatan di atas hidangan berselang seli dengan lemon.
# Boleh juga guna ayam sebagai lauk #



Korang kat Malaysia hari ni cuti sempena Maal Hijrah kan?. Kalau rasa nak berhijrah dari sifat malas memasak ke rajin memasak, bolehlah mulakan langkah pertama dengan mencuba resepi ini.

Boleh juga di gunakan untuk masakan istimewa sempena Maal Hijrah. Amboi, kalau new year kalendar masihi masing2 semangat nak celebrate kan, meh kita ubah perspektif sikit...sambut jugak Maal Hijrah dengan meriah, maka masaklah Seafood Paelaa untuk lebih memeriahkan suasana ceeewaaah.


Untuk yang berpuasa hari ni, kalau2 terliur dengan gambar Seafood Paella yang begitu menggiurkan selera korang ini, cepat2 keluar gi pasar beli bahan2 untuk masak seafood paella ni. Nanti lepas asar dah leh start masak untuk juadah berbuka puasa sempena Maal Hijrah 1432H.


Dan paling penting untuk pesakit2 kepada penyakit kronik "Penyakit-Mudah-terpengaruh-dengan-iklan-dan-mudah-terliur-dengan-gambar-makanan", sila lah cepat2 mencari penawarnya dengan cara mencuba resepi ini.


Eh, tapi kalau korang yang nak try resepi ni tanpa sebab2 yang I sebutkan di atas pun, sila lah jangan malu2 untuk berbuat demikian. Resepi ni cepat dan mdah untuk di sediakan, sesuai untuk korang yang selalu sibuk je memanjang *eh, kalau tak sibuk pun boleh juga cuba resepi nih*.


+- Paella air tangan Yatie Chomeyl ; lupa pulak nak letak lemon -+


Pendek dan panjang kata, semua orang boleh mencuba resepi ini. Bila dah cuba, bagitahu I eh, nak cek hasil kerja korang..pastu cikgu nak bagi markah gatai ekekekeke. Selamat mencuba.

Pssssttt : korang ada jugak tak penyakit macam I ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...