CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 25 October 2010

Resepi Spanish Food : Churros

Hari ni I nak share resepi makanan Spain yang agak senang nak di buat iaitu Churros. Resepi ni I dapat dari Mama Miya . Kebetulan dah lama jugak I duk teringat2 kelazatan dan keenakan Churros. Untuk yang tak tahu, Churros ni lebih kurang a donut like strip yang di celup di dalam coklat pekat...sedapppp woooo.

http://4.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TMT-8_XCBMI/AAAAAAAAJOY/-FyjSND1NPU/s1600/IMGP4743.JPG
=- Choco con Churros served at San Gines Churreria -=


Kali pertama I makan Churros ni masa study kat Madrid dulu, di kedai ‘San Gines Churreria’ dekat city center of Madrid; station Metro: Sol. Kedai San Ginés ni dah beroperasi dari tahun 1894 dan memang sangat2 terkenal di kalangan pelancong; memang kedai ni selalu penuh dan kena beratur panjang lah kalau nak makan kat sini.

http://3.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TMUChC9f04I/AAAAAAAAJOg/ySKZ6V__Cz8/s1600/IMGP4744.JPG

=- from left: Chiew, Pei Lai, Wani & I di kedai San Gines Churreria(Madrid); Jan 2008 -=


Kedai San Ginés ni popular sebab rasa Churros nya memang fresh sebab di goreng panas2 lepas di order. Coklat pekatnya pulak di tuang kat dalam cawan kopi, dan memang puas hati lah dapat celup Churros tu sampai meleleh2 coklatnya...perrgrgghhhhh celebrateserius shedappp weh.


http://3.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/SwVSwvspJII/AAAAAAAAFtA/tY_kxqZxBrI/s1600/IMGP4748.jpg

=- muka puas hati masa menikmati Churros di San Ginés-=


  • Bahan2:

    • minyak sayur/minyak zaiton
    • 1 cawan air
    • 1/2 cawan margarine/butter
    • 1/4 sudu teh garam
    • 1 cawan all-purpose flour
    • 3 biji telur
    • 1/4 cawan gula
  • Cara2:-

    1) Sediakan doh churro dengan cara - panaskan air + margarine + garam + tepung dalam kuali lain. Sentiasa kacau pada suhu rendah sampai campuran tu membentuk macam bola, (about 1 minute)-- lepas tu remove from heat.

    2) Pukul telur semua sekali dan masukkan dalam kuali yang ada aduna bahan2 tadi sambil kacau perlahan2 sampai sebati.

    3) Sendukkan adunan tadi dalam cake decorators' tube; yang muncungnya bentuk large star tip. Picitkan 10cm adunan doh tadi panjang2 dalam kuali yang di dah panaskan minyak.

    4) Goreng sampai nampak warna golden brown. Lepas angkat boleh lah tabur dengan gula kalau suka.


    Chocolate for Churro Dunking

    • 100g dark chocolate, potong kecik2
    • 2 cawan susu segar
    • 1 tbsp tepung jagung
    • 4 tbsp gula

    1) Masukkan coklat + 1cawan susu dalam kuali - panaskan dan kacau sampai coklat mencair.

    2) Campurkan tepun jagung dalam 1 cawan susu lepas tu masukkan dalam kuali jugak.

    3) Masak dalam api perlahan dan selalu kacau sampai campuran tadi pekat.

    4) Jangan curahkan coklat ni atas churros tu, tapi makan dengan cara mencicah Churros dalam coklat....sedapnya tak terkata tau~


    # resepi cilok dari http://www.xmission.com/~dderhak/recipes.html


Senang je kan nak buat? Lagi senang dari nak buat donut hehe. Walaupun rupa churros yang I buat ni tak sechomeyl churros yang di jual di Spain, tapi rasanya dah memang sama sebijik. I makan sambil pejam mata dan bayangkan diri I kembali ke kota Madrid...sengihnampakgigi ngeeeee. I tak buat chocolate for dunking tu tapi guna chocolate syrup dan picit ats churros tu masa nak makan.



=- not so chomeyl Churros made by Yatie Chomeyl -=

17 words of wisdom & comments:

Huda said...

wah boleh try ni kak yatie..donut makanan kegemaran huda :) celup ngn coklat lak tu..

dbalkis said...

baru tengok smalam kat AFC cite passport to Spain tu..sebijik la mcm gamba fisrt tu..dah mengidam nak makan..tau2 Yatie pulak upload resepi..mcm nak cuba la nanti..tapi tak tau taun bile..Kat kl ada tak kedai jual churros ni? pronounce camne yatie?

Zety Zin said...

fuh. nampak begitu menggiurkan :)

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

wowie nanti nk pjam resepi sbb nampak sgt sdp :D

Hanz said...

adakah rasanya macam kuih tradisional yang selalu didapati di pasar pagi dipanggil kuih cakoi? yang itu ditabur gula halus jer...adakah sama5x?

Nadiah Sidek said...

terliur la pulak. buatkan utk kite boleh? :p

firahadifa said...

babe , aku nengok gamba kat madrid tu , terliur giler ku ...

sekali nengok yg ko buat , da x berselera akuh !

larikkkkkkkk..

haszuraidah ishak said...

nampak sedap tuh..nak kena buat nih..hikhik..bila la angen rajen nak mai nii..

transformed housewife said...

boleh cubo try teh. tapi loni Knur malas sikit sbb sokmo beli. huhu

nieda said...

simple resepi..nak cuba juga..menarik. bukan setakat mak budak, anak2 lagilah suka

isabelle said...

wah..balik mesia nanti dah leh bukla stall ala spanish dah nie

atoyis said...

wajib cuba ni

e.l.i.s.s.m.i.e said...

malam tadi baru tengok citer masakan made in spain kat tv ada diorang makan Churros ni..

yatie chomeyl said...

huda >> mmg sedap bila celup dgn cekelat

dbalkis >> kebetulan pulak kan hehe i xsure ade ke tak jual di KL, nanti i blk msia i bukak kedai churros hehe

zety >> mmg menggiurkan btol ;)

anna >> sila2, pinjam lah jgn malu2 ;)

yatie chomeyl said...

Hanz >> churros ni lg lembut dr cakoi kot

nadiah >> eheh..ngidam ke lps tgk ni?

apid >> hahah..sampai hati kutuk rupa bentuk churros aku hahahaha

has >> mintak2 weekend ni dtg la angin rajin tu ;)

yatie chomeyl said...

k.nur >> meme la, dh blk msia..beli jah sene

nieda >> mmg simple dan sedap ;)

isabelle >> buleh2, siap ada tarian flamingo lagi kat gerai i ngeeeeee

atoyis >> eh x la wajib, sunat je hehe

yatie chomeyl said...

eliss >> kebetulan kan..leh la buat weekend ni ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...