CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 26 October 2010

Bila rasaKU ini rasaMU


Kadang2 dalam hidup, kita akan sampai ke satu tahap di mana kita rasa macam :-
  • tak nak buat2 apa2 lagi dah, nak jalani hidup sebagaimana adanya.
  • abaikan semua mimpi2 yang di impikan sekian lama, dan terima apa sahaja yang ada sekarang
  • biarkan usaha tergantung sekerat jalan dan lalui masa hadapan dengan apa yang termampu


Tak faham?. Mungkin status FB ni boleh buat u all lebih faham.

http://2.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TMZtfaVktSI/AAAAAAAAJPk/DOvutdntH-k/s1600/Fullscreen+capture+10262010+25232+PM.bmp.jpg


Nak kata PMS pun, baru je lepas menstrual cycle tu 2 hari yang lepas.

Nak kata tension pun, mungkin jugak kot sebab banyak kerja yang kena buat, tapi semua kerja pun tersangkut tengah jalan..cuit kerja tu sikit, cuit kerja ni sikit, last2 takde satu pun yang betul2 complete lagi.


Kalau dulu, bila2 I rasa down dan malas study, I akan call arwah Ma dan mintak kata2 dorongan dan semangat. Tiap2 kali I rasa sedih dengan result exam, I akan ngadu dengan arwah Ma. Tiap2 kali sebelum masuk dewan exam, I akan call arwah Ma dan mintak ampun segala dosa + mintak halalkan segala makan minum + mintak ma doakan kejayaan I. *refer entry: MA---I LOVE you*

Sekarang bila arwah Ma dah takde, semangat untuk bangkit semula setiap kali tersadung di pertengahan jalan hampir tiada. Nak ngadu kat hubby, tapi rasa malu pulak bila tengok hubby dah banyak present paper dia kat conference sana sini sedangkan I masih terkial2 in my study.

Bila I tengok semangat hubby dalam belajar dan juga bila I kenangkan masa yang baby SN terpaksa spend di nursery instead of being with me at home, I cuba kuatkan keazaman dan cuba untuk kembali berdiri.

http://1.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TMZyqA9YfWI/AAAAAAAAJPs/3B7sAIvGP5o/s1600/IMG_0816.JPG http://www2.worthingtonlibraries.org/teen/blog/Image/To_study_by_alma_lunar_1.jpg

Tapi, kejap je...lepas tu bila angin MALAS bertiup kencang.....angin itu turut menerbangkan semangat I pergi menjauh; dan I kembali 'jatuh' malah hampir tersungkur.



Okeh, sekarang nak tanya u all pernah ke rasa macam apa yang I rasa?. Kalau pernah, sila lah atau lebih tepat, TOLONGlah doa beri kata2 semangat yang boleh boost up my energy level untuk study betul2.

I have another 2 years to go; but I have soooooooooooooooooooooooooo many things to be done in this sooooooooooooooooooo little time. Maka, tolonglah bagi ubat semangat yang paling mujarab untuk bantu I melangkah terus sampai akhirnya I dapat menyiapkan tesis: AIR QUALITY ASSESSMENT AT AIRPORT and AVAILABLE INITIATIVES TO REDUCE AIRCRAFT EMISSIONS dan akhirnya menggenggam PhD in Aeronautical Engineering.


Psssstttt :
jalan ini terasa semakin berliku dan menyesakkan huhuhu.

32 words of wisdom & comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alamak, tak reti lah nak kuat semangat oghe mcm mano. bayanglah arwah ma masih ada, ingat kata-kata dia yang pernah bertiup ditelinga tu dulu.Insya Allah, semuanya akan baik2 sahaja.Kalo rasa hati tak tenang, ubat paling mujarab, baca lah Al-Quran.Insya Allah..

mast@work said...

ayat jahat kak mas.. kadang2 kena tukar angin kejap.. penat tu.. pi keluar sehari amik angin kat luar.. sorg2.. mungkin lebih fresh sikit nanti.. hehehehehe..

tak pun pi kirai duit kat mana2.. ekekekekeke

@e_da said...
This comment has been removed by the author.
@e_da said...

Sabar ye yati...

memang kdg2 ada 1 masa kita down sgt2... macam2 yg kita fikir... ida rasa baik yatie bercuti ke spent masa ngan baby SN puas2..bila lega sambung balik..teruskan ur study..sikit je lagi yatie.. walaupun i tak tau betapa susahnya u nak hadapi hari2 u as wife,mother n student..tp percayala setiap keperitan sekarang pasti akan yatie temui kemanisannya bila dah abis study nanti... berbincang ngan hubby mungkin diala orang yang paling hampir yg boleh bg yatie semangat... selalu ingat ma sedekahkan dia fatihah ...yatie kena kuat ok demi masa depan baby SN..

btw lawatla blogshop tudung i...hehehhehe

http://dechantiquebutik.blogspot.com/

nieda said...

sometimes dalam hidup kita memang akan ada rasa down, kuatkan semangat yer yatie. SIkit je lagi perjalan untuk dptkan PHD. i know, bukan senang nk dapatkan PHD, but you can do it. u sentiasa ada hubby dan SN yg menyokong u. Macamane pahit pun apa yg u tempuhi, turst me... pasti ada kemanisan di hujungnya. GOOD LUCK

anNA said...

salam kak yatie...

erm..ana memang selalu melalui symptom kemalasan ini....SELALU ader sifat malas nie..sebab tu tesis master pun bertahun baru nak siapkan...kata2 semangat dan dorongan memang sentiasa ader..dr family..husben...tapi lama2 diorang pun malas gak nak sokong..sebab bertahun tak siap2 gak..alih2 kena perli jer...plak bila kena ketuk baru nak jalan..ibarat penukul ngan pahat...supervisor mintak baru nak buat...so bila kena push, kena perli dah malu sendiri..itulah yg membakar semnagat ana nak abihkan juga..satu lagi tengok kakak2 dan abg2 yang beranak pinak..yang kerja ambil cuti belajar...sebab nak sambung study...kenapa meraka boleh buat? sedangkan mereka lagi banyak komitmen... soalan itulah yg selalu bagi semangat...mereka boleh saya pun boleh...

harap kak YAtie pun BOLEH...
Chayook..

Ummu Sofea said...

Salam

Ingat ALLAH:
Dah diberikan peluang, jgn sia-siakan.. Ramai lagi yang terliur tgk peluang mcm yang Yatie dapat ni.. Jgn jadi orang yang tidak bersyukur dgn nikmat (insyaAllah, Yatie bukan org yg mcm tu kan :)

Ingat Hubby + Baby SN:
Mereka berkorban bersama-sama Yatie utk dapatkan PhD. Sentiasa bersama-sama Yatie susah dan senang. Soulmate akhir hayat gitu. Terasa bersalah tak kalau Yatie tak nak teruskan bersama-sama mereka utk genggam kejayaan Phd tu? (insyaAllah, Yatie bukan org yg mcm tu kan?)

Ingat Arwah Ma:
Tenangkan roh arwah Ma di sana.. Gelisah dia mengenangkan keresahan hati anak kesayangannya nie.. Teruskan usaha. Ma sentiasa akan ada di hati dan dalam semangat Yatie.. Ingat, Yatie adalah ikon kuat dlm keluarga Yatie..(insyaAllah, Yatie akan kuat kan?)

rasanya 3 perkara itu yg paling rapat dlm hidup Yatie.. Think about it..

"Jangan Berputus Asa Dengan Rahmat ALLAH,"

reitak said...

CHOPPPP!!! Napa thesis tu bunyi mcm Environmental engineering/mgmt nyer thesis je? *ish, menyibuk je kan?*

sabar Yatie...in 2 yrs tuh, u will be proud of what you have achieved. Don't look back. I always use the future as my dorongan. If you stop now, you are just no where near where u started, so you would have wasted it all.

Bayangkan kegembiraan Arwah Ma tu biler tau kejayaan Yatie tuh...

Fana Flora said...

salam, kak yatie chomeyl ;)

saya suka baca blog akak tapi selama ni silent reader je. bila terbaca entry akak ni buat saya terniat nak tinggalkan komen.

saya faham apa yang akak rasa. kadang-kadang sampai satu masa kita akan sampai satu tahap yang akak tuliskan di awal entry tu..

saya tahu akak rindukan mak akak. semangat yang mak akak tiupkan utk kembalikan semangat akak yang hilang tu.

Ni semua memang dugaan utk mendapatkan ijazah PhD. Dah lama akak tunggu utk sampai ke tahap ni kan. Bukan senang nak sampai ke tahap yang akak berada sekarang ni.

Dah banyak akak berkorban kan dari segi masa, wang dan segalanya2.Tak lama lagi je(in 2 years time) Insya Allah, ijazah doktor falsafah yang akak impikan akan berada di tangan akak.

Saya ingat lagi ada saya terbaca di entry akak yang apa yang akak buat ni semua utk mak akak kan sebab mak akak nak kan anak die berjaya dalam pelajaran.

Saya doakan akak berjaya mengengam ijazah PhD. saya yakin akak mampu buat. Kalau tak, Allah takkan pilih akak untuk gerakkan hati akak sambung PhD di Jepun ;) Setiap yang berlaku mesti ada sebabnya.

Take good care of yourself, baby NZ anda family ;) Kalau mak akak hidup lagi, mak akak pasti gembira bila anak dia berjaya ke sampai tahap ni. Doa ibu sentiasa mengiringi kejayaan anak dia. Bila akak rindukan arwah mak akak, bacakan surat yasin dan sedekah alfatihah utk arwah. Semoga dia tenang di sana. amin


p/s => saya tujukan lagu jika kau fikirkan kau boleh khas utk akak yang berada di bumi ultraman.. ganbatte ganbatte ;)

Ummi Alisya said...

YATIE DEARIE...

Jangan cepat mengalah. Ita bukanlah orang dah cukup bagus utk beri kata2 hikmah pada Yatie. Cumanya, ita juga pernah rasa sebegini. Tentang hidup, tentang kerja, bebanan seharian, tentang Alisya. Tapi bila teringatkan sang anak yang kecil yang tak tahu apa-apa pun, terlalu kuat semangatnya utk melawan segala kesengsaraan, segala kesakitan, Ita rasa malu jugak!

Rasa semangat tu datang dari anak. Walaupun Alisya tak pernah bersuara untuk terus mara, tapi dari hati dia...kita merasai semua!

Yatie beruntung kerana masih punyai kesempatan untuk meneruskan pelajaran disamping suami dan Baby SN tercinta. Ita jelesh hokey! Hihihiii...(dulu belajar main2..sekarang baru nyesal!) Jangan jadi macam saya!


Kalau Yatie rasa penat & stress, cium baby SN sepuas-puasnya! Pasti hilang segala penat, sakit dan masalah! (walaupun akui harus mengadapnya jua!)

Jadikan baby SN sebagai semangat Yatie selepas ketiadaan arwah bonda. Sebab anak dgn mak lah yang paling dekat di hati.

Ita tau Yatie buleh. dan perasaan ini hanya datang bagaikan angin lalu! Caiyok, caiyok demi Syafiq Nazhan! hihiiii



** (macam bagus2 jer Ita nehh. hahaha! Ntah ape yang ku merepek...)

lailasani said...

akak bg lagu ni lah kat yatie....:)
ganbare yatie chan!!!

Insha Allah by Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you're so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x2
Insya All you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x2
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x2
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that show me the way,
Show me the way x2
Insha Allah x2
Insya Allah we’ll find the way

ddiini said...

kuat semangat la saing..nak sampai ke tahap sekarang bukan mudah...never give up..nati gak lama lagi kna duk sana...sian kat SN dia nak jugak adik...hahaha...jahat betul aku nie...ingat>>tiada jalan mudah@pintas utk menggapai kejayaan. bayangkan arwah ma masih ada n menantikan kejayaan mu..she must be proud of you...so, prove it

CuppyCakeMommy said...

alaaa..jgn mcm tu yatiey..dah jauh u pergi..takkan nak stop half way.
i tahu susah.i pun takkan mampu nak buat apa yang u buat skang.
u jgn give up..sbb i pun kena smbung study nexy year,
i jadi kan u i punya idol tau..
gambate ne

syayassir said...

Ku pernah rasakan apa yang Kamu rasa... hehehe...

biasa yatie perasaan macam tu. memang kadang2 kita rasa down sangat sampai taknak buat apa pun. satu je, mengadu pada Dia, insyaAllah, Dia juga akan kembalikan semangat dalam hati kita...

lagu insyaAllah kat atas tu, memang betul2 menusuk hati... huhu

semoga kembali menjadi inspirasi kami... :P

Atiqah said...

tiqah pnh rasa..byk kali..terutama bila fkr psl impian nk g overseas x tercapai..rse nk give up, nk terima je ape yg ada..tggu org msuk minang, kawin and bela anak2..tp nth nape, mcm ada 1 suara kecil dlm hati yg keep pushing me forward..

insyaAllah kak yatie boleh..cuma ada 1 masa kte rse burn out sgt..rse terlalu penat nk terus berjln..mse tu igtla Allah byk2..istighfar, bce selawat Fatimah..selawat yg Rasulullah ajrkan pd anak baginda, Siti Fatimah. Moga Allah rgnkn beban dan ketegangan yg ditanggung..

jia you!!!

AKUOKU said...
This comment has been removed by the author.
AKUOKU said...

yatie,
akak pun alami situasi yg sama pada masa ni.. tak ada emak atau ayah nak mengadu huhuhu..
nak tahu akak pilih yg no 2.. let be.... dah tak mahu pilih2.

tapi for ur situation.. jgn buat mcm tu.. kena fokus dan akak rasa ur arwah ma pun nak u berjaya.... kalau tak sia2 aje... dan tak ada apa yg perlu u risaukan.. ur life dah complete.. zikir subhanallah mmg berkesan... atau u kena reformet balik mental tu.. kena rehat sikit dan lupakan sekejap apa yg mejadi beban...dan luangkan masa lebih utk baby sn jika itu yg buat u rasa frust... rehat sekejap tak salahkan...

Nadiah Sidek said...

banyak2 bersabar ye yatie. insyaAllah pertolongan Allah tu sentiasa ada. selalu la berdoa, insyaAllah mudah2an dilapangkan segala urusan yatie..

Affieza said...

K.Yatie,
Whnever you are down,
Always remember you are braver than u believe, you are stronger than u seem, and you are smarter than u think.

Best of luck 4 you...

zietyrahman said...

akak..jangan putus semangat. Akak sangat bertuah sebab dapat sambung PHD. bukan calang-calang orang yang boleh smbung PHD. akak adalah insan yang terpilih dan bertuah. Sy mmg sebelum ni menjadikan akak idola saya, sampai sekarang dan juga masa akan datang.

lumrah manusia,sampai satu masa kita akan rasa down dengan apa yang kita ada. take time..InsyaAllah akak akan kembali bersemangat.

saya harap akak akan kembali menjadi Yatiechomeyl yang bertambah-tambah chomeyl dan bersemangat waja. Chaiyok!!

aliaa said...

Salam, whoaaaa I think I'm a nobody to tell you this since you studied more than I did already=)

[yela, saye baru 4 thn blaja. Mcm akak jugak...2 thn lagi br habes. Tapi akak kire extra la sebab dah tahap PhD kan]

Biasa la tu, semangat kita takkan sentiasa naik. Ada masa memang akan turun. Bile turun tu, maybe kite kene release tense (sebab tula sy blog-hopping=)

And boleh jadi jugak, apa yg akak rasa ni satu bisikan syaitan yg nak patahkan semangat akak selama ni.

I had the same experience 2 years ago, CVS subject. We learnt about heart and I was so weak in that particular subject. 4 nights before the exam I had this syndrome of giving up. My carry mark is only borderline and if I failed I may need to repeat the paper, if I fail again after repeating the paper..I may had to repeat the year.

I was so disappointed on myself and was about to let go everything. One day, 2 nights before the exam 'something' whispered to me that if this isn't my destiny, why would I be here?

Than it boosted my spirit ad alhamdulillah, I'm a 4th year medical student now=)

Akak ada suami dan anak yg sentiasa mendoakan akan. Rezeki semua kat tanganNya. Dia dah bagi akak jalan, usaha sikit je lagi (2 tahun je lagi!) and it will all be worth it. Trust me....Plus, tak semua org dapat peluang macam akak utk sambung belajar kat tahap ni.

You should embrace it. Just have a little more faith in yourself + Usaha + Doa + Tawakal....insya Allah semua ok...

Good Luck and hope whatever I say will eventually help you even though I know its more difficult to be in your position with more 'responsibility'.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yg diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yg dikerjakannya. (Mereka berdoa) Ya Tuhan kami, jgnlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebankan kami dengan beban yg berat sebagaimana engkau bebankan orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yg kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir"
(Al-Baqarah:286)

transformed housewife said...

Knur kan ado. Ti bulih ngado ko Knur walaupon mungkin tok samo dgn maso Ti ngadu dgn muloh ma. meme susoh nok sudohkan phd sbb knur pun dok tengok abe ariff hok tok habih2 lg ni. Insya allah, lps smbhyg hajat mitok hati tene balik, Ti ingat hok Ti dok buat ni pun utk maso depan Nazhan.

=*NuRo0L* = said...

kak yatie.. sy tak tahu nk ckp ape.. maybe skrng ni musin 'down' sedunia kot.. sy pon mengalami masalah yg same dgn akak.. ni baru degree.. hadui.. sebenarnye kak yatie idola sy.. hihi..xsangke plak idola ade stress.. btw, nk cerita skit ni.. sy bru je kehilangan sahabat tercinta saya.. kalau kak yatie ikuti berita malaysia,mesti kak yatie tahu sape sahabat sy tu.. dia student medic di bandung.. hati remuk sgt kak.. smpai skrng still xle nk study sorng2.. nasib la sy ade kwn2 yg menyokong sy.. lastly.. kak.. don't give up ya.. please.. sumber inspirasi saya mane leh give up.. good luck kak..

kakyong said...

Tie,
Kakyong percaya.. Insya Allah, tie akan find the way...

surirumah juga ade musim down... so let focus & siap kan kerja satu persatu.. make sure setiap kerja yg dibuat ade progress walaupun sedikit..

take a break.. reformat hati, reformat otak.. baca balik ur list of goals... buang semua -ve thinking, bisikan yg tak elok tu semua tolak jauh2.. pray hard..

I know u will find the way.. take care... :)

MAMASYAZA said...

kuatkan semangat mu demi anak n suami serta masa depan. semua org ada perasaan camtu up n down. tapi akak dlm minggu ni down aje..heheheh....so takberjaya la akak nak nasihatkan yatie..sowwy ekkk

xeea said...

berusaha! berusaha! berusaha!

err.. bersemangat tak?
heeee

Bibi Intan Suraya ~Tulip~ said...

yatie..kalo ko mcmni dah tak chomeyl laaaaa!! hehehe...dah dah, p berehat sekejap. p enjoy puas2. pastu baru start balik study. silap, bukan study..p buat kerja. tak pun p tulih paper, submit to any conference. Ok? all the best tau!

Min Aina Ila Aina said...

LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH

Amalkan baca ni ye yatie...semoga diberikan kekuatan untuk kembali naik syeh di gelanggang penyelidikan dan penulisan tesis.

Yatie dah jauh berjalan, dah capai kejayaan yang tinggi...cuba ingat balik setiap kejayaan yang Yatie tempa sebelum ni pun Yatie hadapi saat sukarnya. Kalau dulu boleh, sekarang pun Yatie tentu boleh. Arwah Ma Yatie sentiasa meninggalkan semangatnya buat anak-anak tersayang.

Ramai lagi yang cemburu dan berkehendakkan peluang yang yatie ada sekarang ni. Bertuah Yatie dapat sokongan family, suami dan anak. Bukan senang nak sampai ke peringkat yang yatie dah sampai sekarang ni. Teruskan perjuangan, bila dah berjaya nanti tentu boleh tersenyum lebar penuh kesyukuran.

Baby SN mesti bangga dengan mama dia, dan akan ikut jejak mamanya juga. Percaya tak, susu yang diteguk baby SN sekarang ni ada semangat yatie di dalamnya!

AyuArjuna BiGoshh said...

fuhhhhhhhhhhhhh fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh belajarlah yatie...bangkitlah yatie..ingatlah baby sn mahu ibunya dipanggil DR...

yatie chomeyl said...

terima kasih banyak2 untuk semua kata2 dorongan dan semangat ni

I LAP YU ALL SO STRONG ♥

AshAnas said...

kak, shira kagum tau ngn akak... dok wat phD, dengan ada anak kecik lagi, dok jauh dr tanahair plak... kagum sgt dgn akak... kak yatie chomeyl yg shira kenal sgt kuat semangat kan...
biasa la rasa2 yg cmtu, nnti ok blk kan... sesekali nk rasa malas, tp jgn biarkan plk, hehe... gambate!

aNgAh_aLiFaH said...

dlu kan masa kat usm, angah slalu bengang bila dgr rumet solah kata dia tu x belajar sgt. keje main game je tapi bole jadi scorer. angah mmg bengang ngn dia camne dia bole jadi pandaiiiii sgt. angah penah jadi labmate dia, masa lab angah lagi bengang, apsal dia ni tau seme bende. apsal angah xtau. pelik tau.

so, yatie sbg orang yang paling rapat ngn dia sbb kongsi selimut ngn dia, mesti lagi 'terasa' kan? (maybe).

ok, point angah ialah jadikan encik hubby yatie tu sebagai pembakar semangat. nak jadi mcm dia ke atau ape2 je lah.

takpun, suruh dia belajar yatie punye. yatie dok belek baby SN je lah. hehehee kidding.. ;)

cheer up dear. tetapkan dlm hati yang yatie bole ok... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...