CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 22 October 2010

Menjadi Muslim di negara asing

Lumrah bagi ibu bapa kalau dapat tahu anak2 dapat tawaran sambung belajar ke luar negara, mesti diorang akan terfikir .."kuatkah anak aku nak mengharungi dugaan2 di negara orang?", "akan tergugatkah iman dengan berbagai macam cubaan dan dugaan yang tak terduga?", "kat mana nak cari makanan halal?", "macamana nak tahu arah kiblat?"...dan banyak lagi lah persoalan2 yang timbul di fikiran. Kat entry hari ni, I rasa nak share sedikit pengalaman yang di tempuh sepanjang I berada di negara bukan Islam 4 tahun kebelakangan ini.


(1) Solat

Masa mula2 sampai ke Germany pada tahun 2006 tu, I ulang alik dari kelas ke apartment untuk solat zohor. It took about 20minutes jugak naik train dari kampus Technical University of Munich (TUM) ke apartment I di Studentenstadt. Bila jadual kelas semakin pack, Wani (another Malaysian & Muslim in my class) & I akan solat kat dalam kelas sewaktu pertukaran sujek. Biasanya kami solat kat bahagian belakang2 dalam kelas dan kawan2 sekelas pun memang dah faham tentang tuntutan solat yang perlu kami jalani sebagai orang Islam.


=- Wani & I on our graduation day -=

Kat dalam lab I sekarang ni pon, I solat di ruang antara meja I dengan dinding. Labmate pun dah faham bila I diorang nak adakan seminar, diorang akan check dulu waktu solat takut2 I terlepas solat nanti. Malah kawan lab I iaitu Ueno-kun siap install lagi AthanPro Software kat pc dia untuk pastikan waktu seminar tidak akan menggangu waktu solat I..Alhamdulillah.

Kekurangan ilmu dan kesedaran tentang solat kadang2 membuatkan ramai yang mengabaikan solat sewaktu di dalam perjalanan. Ramai jugak yang tidak solat sewaktu di dalam penerbangan sedangkan penerbangan itu melewati waktu solat untuk 3 atau 4 waktu solat. Padahal, kita boleh solat di tempat duduk kita sahaja. Solat di atas kenderaan menuntut kita menghadap kiblat sedaya yang mungkin saja kerana hukum solat dalam kenderaan yang bergerak tidak mensyaratkan kita mempastikan arah kiblat dengan tepat kerana kenderaan itu sentiasa bergerak dan kiblat boleh berubah dengan serta-merta.

Malah, kalau anda jenis yang ada air sickness yakni mabuk-pening-muntah2 macam I bila naik kapal terbang, anda di bolehkan solat tanpa wudhuk. Jika tidak ada air untuk berwuduk dan tidak ada debu untuk bertayammum maka wajib juga megerjakan solat dalam keadaan yang semampu mungkin tetapi wajib qadha bila sampai ke tempat yang boleh bersuci. Hendaklah solat juga dalam waktu itu kerana ditakuti dalam ruang waktu solat yang singkat dan anda tidak dapat menunaikan solat maka solat ini dinamakan solat menghormati waktu. Solat menghormati waktu ini dikerjakan bagi menghormati waktu solat fardhu sama seperti solat fardhu biasa disebabkan tidak ada wudhuk tetapi selepas itu hendaklah di qada'kan solat tadi. Jika ada wudhuk, maka solat tadi sah dan tidak perlu diganti (qada') walau dalam keadaan solat duduk dalam kapal terbang/train. (sumber dari: Ustaz Azhar, e-zakat.com, SINI , SINI, SINI dan SINI)


Bila keluar jalan2, mula2 memang rasa tak biasa nak solat di depan orang ramai. Tapi dah lama2 jadi lali dah. Solat boleh di lakukan di mana2, sebab kalau nak tunggu cari masjid ataupun surau..memang tak solat lah kita jawabnya. Yang penting sentiasa bawak alas bersih untuk solat dan kompas arah kiblat (boleh beli kat Mydin, RM5 je pun). Tak perlu bersiap dengan telekung ke apa, cukup kalau pakaian tu bersih dari najis dan menutup aurat. Kelebihan bagi yang tinggal di negara yang ada musim sejuk ialah kita akan sentiasa pakai stokin dan jaket; yang juga boleh di gunakan untuk menutup aurat dengan sempura untuk mengerjakan solat.

Pictures of  Kompas Petunjuk Arah Kiblat

Mungkin mula2 akan rasa malu dan tak biasa untuk solat di depan orang bukan Islam ni sebab khuatir merek atak faham apa yang kita tengah buat. Jadi biasanya orang2 Islam di negara asing ini akan solat di kawasan yang tidak menjadi laluan ramai orang, contohnya macam kat celah2 pokok2 merimbun di taman, kat tepi kereta di kawasan parking, babies nursery room mahupun kat dalam fitting room di shopping mall. Islam itu mudah dan tidak membebankan, kalau kita tahu cara beramal dengannya, kan?.

http://4.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TMEirjqCYSI/AAAAAAAAJN0/63-y9tGL44s/s1600/DSC_0234.JPG

(2) Wudhuk

Bab wudhuk ni dulu, I pernah kena tegur dengan makcik cleaner di universiti yang tak suka keadaan sinki jadi basah bila I guna untuk berwudhuk. Yerlah, I siap angkat kaki kan untuk basuh kaki kat sinki, orang2 kat Europe mahupun Jepun ni biasanya memang tak suka tandas basah dan berair sebab nampak kotor. Penyelesaiannya, I akan wudhuk di paip untuk basuh mop yang mana sinki nya lebih rendah, jadi air tak terpercik merata.

Bila I dah kat Jepun ni, kawan2 kat sini bagitahu tentang bolehnya berwudhuk atas kasut/stokin. Secara ringkasnya, syarat2 untuk berwudhuk atas kasut ialah :-
  • Ambil wudhu’ seperti biasa.
  • Ketika dalam keadaan masih berwudhu’, pakai kasut, sandal atau selipar bersama stokin.
  • Apabila wudhu’ telah batal dan anda ingin perbaharui wudhu’, berwudhulah seperti biasa. Perbezaan hanya pada kaki, iaitu anda hanya perlu menyapu di bahagian atas kasut dengan jari-jari atau tisu yang lembab.
  • Cara ketiga di atas boleh diulangi selama sehari semalam bagi orang yang bermukim, tiga hari bagi orang yang bermusafir.
  • Jika telah tamat tempoh, ulangi dari langkah pertama di atas
Untuk bacaan lanjut tentang cara2 berwudhuk di atas kasut/stokin, boleh baca di iluvislam, rantauan.com, nihonE dan juga di SINI.

Cara lain yang selalu kami buat juga ialah sentiasa bawak botol air mineral dan ada jugak yang bawak botol spray berisi air supaya senang nak wudhuk bila2 masa dan dimana2. Bagi kaum wnaita pulak, tak perlu sampai nak bukak tudung untuk berwudhuk; memadai kalau basahkan tangan dan masukkan ke dalam tudung untuk bahagian kepala dan telinga. Ini berdsarkan syarat wudhuk sah di sisi 4 imam di mana perbezaan bagi basuh kepala:
  • Imam Syafi'e: 3 helai rambut
  • Imam Hanafi: 1/4 kepala
  • Imam Hambali: seluruh kepala
Sapu telinga bagi Imam syafi'e adalah sunat,Imam Hanafi dan Hambali adalah wajib (rukun wudhuk) ~ sumber dari SINI.



(3) Makanan halal

Yang ni memang kegusaran paling utama untuk orang2 yang akan ke luar negara. Biasanya di mana2 negara bukan Islam pun, memang akan ada komuniti Islam. Dari situ akan ada lah pihak yang akan membekal bekalan daging halal yang di semebelih mengkiut syariat Islam. Masa di Munich dulu, I beli di kedai Iran. Biasanya memang akan terus beli untuk stok 2 minggu sebab kedai tu agak jauh dari rumah. Macam tu jugak masa di Madrid, bekalan daging halal I beli kat kedai orang Morocco dan orang Bangladesh. Kat sini pulak, bekalan tu kami beli untuk stok 2mingu jugak dari orang Bangladesh dan jugak kedai Indonesia. Kadang2 kalau malas nak gi beli, order je kat internet..senang sekarang ni, semua di hujung jari je.

Bila keluar jalan2, biasanya memang akan siap sedia bawak bekal sebab payah pulak nak cari makanan kat kedai halal dan memenuhi selera tekak. Jadi, kalau nak selamat kena lah bawak bekal makan ke mana2. Tapi kalau dah lama2 menetap kat tempat tu, mesti lah kita dah tahu kedai mana yang boleh makan dan lepas tu dah tak jadi susah sangat dah nak cari kedai walaupun masa tak bawak bekal.

http://4.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/S7lDN_zBBnI/AAAAAAAAHJ4/80OJPbW33t0/s1600/DSC_0150.jpg

=- menikmati bekal di taman *refer: Hanami (flower viewing) at Reisen Koen*-=


Sewaktu membeli groceries, kena sentiasa hati2 jugak, dan kena selalu baca ingredientsnya betul2. Contohnya: Bukan semua roti dan kek boleh di makan. Kalau kek biasanya akan ada kedai yang letak wine untuk preserve rasa buah dalam kek. Roti pulak kadang2 ada letak Emulsifier yang mungkin dari tumbuhan dan mungkin juga dari haiwan. Jadi, untuk yang nak datang ke Jepun, boleh lah rujuk Portal Info Halal untuk mendapat makluman lanjut. Boleh juga dapat info di Japan Halal Food List dan JunjungBuih.


(4) Cara hidup

Secara peribadi I rasa, cara hidup I di luar negara lebih baik berbanding sewaktu I di Malaysia sendiri. Ramai juga yang I perhatikan kawan2 I yang lain pun , bila masing2 terpaksa berdikari menjaga diri sendiri di negara asing, Alhamdulillah mereka menjadi semakin baik hari ke hari. Bila dah jauh macam ni, tiada lagi suara ibu bapa nak tanya dah solat ke belum, jadi terpulang pada kekuatan diri sendiri untuk mengamalkan ajaran2 yang telah di terapkan oleh ibu bapa.

Cabaran jugak dari segi bukan semua orang boleh faham dan terima agama kita macam yang terjaid kat I dalam kes Yatie Chomeyl dah jadi Yatie Tak GLOBAL). Tapi I rasa orang2 macam tu tak perlu di fikirkan sangat, ramai lagi orang yang lebih open minded dan memahami contohnya labmate I dan supervisor I sendiri yang faham tentang makanan2 yang I takleh makan,kewajipan berpuasa, kewajipan bersolat dan menerima tanpa banyk soal.... .Alhamdulillah.

Memang I tak nafikan ada jugak yang bila balik dari luar negara, lupa diri; lupa agama; lupa keturunan dan asal usul dari tanah. Sebenarnya terpulang pada individu cara untuk menjaga diri masing2 walau di mana pun kita berada kan?. Didikan agama telah di berikan sebaiknya oleh ibubapa; jadi pandai2 lah kita nak aplikasikan dan buat pegangan di dalam diri.

http://4.bp.blogspot.com/_c3es7FyunLI/TJggavvv15I/AAAAAAAAIn0/_m8t9PYTe2Q/s1600/DSC_0036.jpg
=- sebahagian muslimin di Fukuoka -=

Pssssstttt : takde niat nak tunjuk alim atau perasan ustazah bila tulis entry macam ni, sekadar berkongsi pengalaman dan cerita sebab ada kawan yang baru sampai Jepun ni tanya. Lagipun berkongsi ilmu di hari Jumaat; semakin chomeyl jadinya kita nanti kan?

47 words of wisdom & comments:

rosemyn said...

nice info woghih. :) membe ore penah cito maso dio mulo2 sampai oversea dlu, gi mall nok cari brg2 rumoh. mall xdop surau, so dio ngan membe2 pakat2 solat tgh2 mall tu, kat ruang lapang.. :)

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

As for me, bila dok negara org ni I rs I become a better muslim. Kat Msia dulu rs byk benda ambil mudah coz I'm in my comfort zone.

But now I terasa cam "Duta Islam", what I do reflects the whole muslim world kepada mata org non-muslim keliling I. So tamau cemar & kalau bleh nak share our wonderful belief dgn diorang.

-psst.... bab food, jgn lupa check cheese gak. sometimes its made with rennet or enzyme from animal. same goes dgn fries, we all slalu tersilap beli fries. bila nak goreng br sedar ingredient ada letak beef tallow. terpaksa bg tongsampah or neighbor makan lah. :P
so slalu nak bg hilang was2, we all beli food yg ada label halal or vegan/vegetarian. :D

reitak said...

thanks for sharing....really useful :)

CuppyCakeMommy said...

i mmg respek lah ngan u..
i g biz trip kat oversea dulu..selalu susah gila rasa bab nak solat and makan..

Sidratul Muntaha said...

alhamdulillah.
jaakum allahu kayran khatira,tie.
mudahan amal yg baik terus berkekalan baik.
ni namanya pahala yg berpanjangan...
-berkongsi amalan fardhu ain dan kifayah sesama muslim.

Fid said...

ahkak selalu bawa borol untuk isi air
ambik air cuci kat tandas
solat kat tandas pun pernah

mkn msk sendiri

mknn halal kedai pakistan beli benda halal

umah ai ngan univ dekat je
lari je balik
kalau mls solat atas bumbung tak de org heheheh

Fid said...

eeehh BOTOL

zura@iwan said...

wahhh....sgt sonok baca ceta yati ni....sgt bguna kan..even sy ni x le bkelayakan nak gi study or stay oversea tp ni bleh jd sbgi info di masa dpn..thks

tiey said...

alhamdulillah bnyk info dpt esp psl wuduk tu..nnti nk forwardkan link ni kat kwn, die nk g jepun for training 6 bln..

Hanz said...

alhamdulillah..jadi panduan pada yang lain.. :)

nieda said...

bagus yatie share pengalaman kt negara org. tepuk dada tanya iman..

zailamohamad said...

owh, thanks for sharing!! Zaila xpernah travel jauh2 so bagus juga bila baca artikel ni;)

Manalah tahu satu hari nanti buleh g jepung ko..hehehe

@e_da said...

good entry yatie..sekurang-kurang org lain mendapat ilmu...manatau 1 hari nanti kitorng pun merantau mcm yatie leh bbuat rujukan ni

e.l.i.s.s.m.i.e said...

boleh digunakan lah panduan2 ni bila nak kena berhijrah ke luar negara nanti..hehehe.tak salah berangan kan :p

Huda said...

cayalah kak yatie..mmg pun dalam islam ini ada rukshah dalam melakukan sesuatu ibadat..insyaAllah still boleh dilakukan di mana2 :)

Atiqah said...

Alhamdulillah
jazakillah khairan kathira kak yatie chomeyl ats ilmu yg disampaikan..

transformed housewife said...

meme betul bilo dok oversea, kito jd lg baik sbb nok jago imej ore islam. dulu knur terpakso smbhyg dlm bilik baby tengoh2 ado kursus parenting di playcentre. ore2 kiwi semuo pun tok kisoh k.nur kato nok berenti smbyg metar.

i_sofia said...

thank you for sharing.. good one. ;)

Affieza said...

Thanks K.Yatie..
Information yg sgt berguna.

Tak semestinya ustazah jer yg blh tulis entry mcm ni..engineer pn ape kurangnyer..hihi

Min Aina Ila Aina said...

bagus, bagus...baut panduan utk org yg belum pernah keluar dari malaysia nih

Nadiah Sidek said...

the best entry ever! memang betul pun, kalau sape2 yg tak pernah ke negara non-muslim, mcm2 perkara yg difikir. mcm kite dulu la masa nak ke sini especially foods la..eheh..

Hamizah said...

betul tu,yatie..
kdg2 kita yg memayahkan Islam..
Nak seribu daya..

Nanak said...

entry yg bagus & CHOMEYL!

Ummi Dania Yasmine said...

good to share la yatie chomeyl :-)

useryna said...

salam kak yatie..dah lama jadi reader blog akak.best2..bnyk dah info dpt dr sini..hehe..husband saya junior akak msa kat germany dulu, tak tau lah akak ingat ke tak, munir..dia yg rekomenkan blog ni..

btw, rjin2 jenguklah blog saya:
http://www.useryna.blogspot.com/

mazni_azis said...

Info yg sgt berguna..thanks ucu..tak terpk lak solat dalam fitting room tu...lps ni boleh la buat..kitaorg hmpr prnh dihalau oleh pakcik jepun sbb solat berhampiran kedai dia...huhuhu

LORD ZARA 札拉 said...

Bila agaknya Zara nak dapat merasa benda ni semua ya?

:(

yatie chomeyl said...

woghih >> wah, bagu sbtul saing woghih tu..or epon xpernoh wat gitu

mama miya >> thanks 4 sharing it ;)

reitak >> u're welcome dear :)

cuppycakemommy >> awal2 mmg susah, lama2 dah lali semakin senang la kot, insya Allah

yatie chomeyl said...

ayu >> insya Allah, harapp2nya gitu lah

ahkak fid >> bestnya umah u dekat dgn univ..umah i sejam naik densya dari univ, huhuhu

zura >> sama2, salam kenal utk zura ;)

tiey >> buleh2x, fwd la..harap2 nguno utk kawan tiey tuh

yatie chomeyl said...

Hanz >> insya Allah, harap2 gitu lah

nieda >> tu la, sesekali kongsi pemgalaman dr segi perasaan pulak, selalunya kongsi jalan2 je hehe

zaila >> insya Allah..mari la derat jepung ni, info dh byk bui nih hehe

@eda >> harap2 sama2 lah leh kita kongsi ilmu kan ;)

yatie chomeyl said...

eliss >> x salah simpan impian ;)

huda >> btul tu, kena sentiasa belajar..br senang nk jalani life mengikut Islam kan ;)

atiqah >> sama2 darling

k.nur >> btul2x, dulu kat Msia x caro mano bab2 gini...duk jauh baru nok caro

yatie chomeyl said...

i_sofia >> u'r welcome ;)

affieza >> hehe..engineer pon kena ada ilmu tentang agama jugak kan dear ;)

min aina ila aina >> harap2nya gitulah, sama2 kongsi pengalaman :)

nadiah >> wah, siap dpt the best entry ever...i love u so mkuch for that darling kui3x :)

yatie chomeyl said...

k.hamizah >> btol3x, kito jah kade2 xcukup ilmu..sbb tu raso payoh

nanak >> mekaceh3x

ummi dania yasmine >> thanks dear ;)

useryna >> oooo, wife munir eh? dh kawen dah budak2 tu ye hehehe. nanti akak jenguk blog awak pulak, thanks baca blog akak :)

yatie chomeyl said...

angah >> laa ye ke? siannya, xpe..nanti ken apandai2 cari tempat yg sembunyi sikit...

zara >> insya Allah nanti merasa jugak pengalaman yg lg best dari ni kot :)

mast@work said...

yatie, kak mas kenal la wani tu.. dia dah staf USM kan? huhuhuhu

link tu tq dear.. kak mas dok korek2 tgk benda boleh makan ni.. hehehehhe

Oyis said...

begitu la ada nya kalo dah duduk jauh tu, semua yg haram yg halal, kena selidik sendiri. alhamdulillah rasanya lebih menjadi peka duduk di perantauan ini, bukan setakat mkn pakai, tp jg urusan feqah lainnya.

yatie chomeyl said...

k.mas >> aah, dia staf USM kat skul aero. dulu sama2 buat master dgn yatie kat germany & spain

oyis >> jolor doh, sbb takdop ore lain nok guide..keno pamdai2 ingat diri sendiri

Fid said...

ahdik YC n Mas

wani yg kome dok sebut tu rasanya asa degree dia kohai ai....hakhakhak..

yatie chomeyl said...

ahkak fid >> aah, dia memang degree kat tokai dai, hehe..kecik je dunai ni..pi mai pi mai kenai orang yg sama ;)

Farah said...

rase insaf plak baca entry yatie..tak pernah lagi tgk orang semayang kat tgh2 jalan kat mesia ni..islam memang bukan membebankan tapi kite je yang buat2 cam beban kan.nak semayang pon banyak je alasan.

aNgAh_aLiFaH said...

yatie, camne dengan solat jumaat?

Fid said...

tumpang jawap boleh?

solat jumaat
banyak pilihan
1.kalau kawasan ramai muslim pakat2 berkumpul n solat
selalunya dipermudahkan ada je tempatnya
hatta tgh padang pun ok

2. boleh je solat tak cukup syarat
tak cukup korum pun solat juga...kat univ saya dulu derang pernah solat jumaat tapi 11 orang je hehehehe

3. pergi masjid jika mampu
ada beberapa buah masjid..tokyo...kobe..nagoya?

4. dan beberapa pilihan lagi.....

Fid said...

ehh hakak komen td kalau Jepun la..lain negara hakak tak tau tapi alau UK US tak de hal kan...

kakyong said...

n3 terbaek... thumbs up...

yatie chomeyl said...

farah >> maybe sbb kat msia byk surau dan masjid, jd x la rasa kena usaha lebih mcm org kat luar :)

ahkak fid >> mekaceh tolong jawab.

angah >> kalau kat fukuoka, kebanyakan nya diorang gi kat masjid fukuoka la.
tapi student kat kysu university ito campus biasanya akan solat jumaat ramai2 katkawasan lapang dalam kampus. diorang siap ada giliran untuk siapa yg baca khutbah

k.yong >. thanks *blushing*

noor said...

salam
k.yati, kak wani dalam gambar kak yati yang atasss skali tu (germany) dulu belajar di jepun ke? rasa macam kenal je..kalau tak salah orang laa ^^
nieza kwn norai&hassan (ingat g x) ngehehe

yatie chomeyl said...

noor/niza >> aah, dulu dia degree kat tokai. kenal ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...