CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Monday, 4 October 2010

Wang Hantaran Kahwin

Bertempat di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), majlis resepsi sempena perkahwinan pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimi berlangsung dengan penuh meriah dan gilang gemilang.


(pic source: HERE)

I bukan nak cerita pasal majlis resepsi mereka yang gah itu sebab berita penuh pasal resepsi itu boleh di baca di SINI, SINI dan juga SINI. Tetapi I tertarik bila tengok angka pada wang hantaran mereka itu.

Pihak pengantin lelaki membawa mas kahwin dan duit hantaran bernilai RM31,186 yang bersamaan tarih lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986. Secara tak lansung buat I teringat kan wang hantaran kahwin dan mas kahwin yang I dapat dari hubby masa majlis perkahwinan kami dulu2 hehehe.

Nilai wang hantaran dan mas kahwin I di tetapkan oleh kami berdua tanpa lansung ada campur tangan dari parents masing2. Bagi pengantin perempuan dari Kelantan, kesemua wang hantaran adalah menjadi milik pengantin perempuan sebab urusan untuk kenduri kendara di biayai sepenuhnya oleh ibu bapa...untungkan jadi pompuan Qelate? hehe *eh, ke negeri lain pun gini jugak?*.soal

Jadi, kami pun sepakat membawa berkat untuk gabungkan tarikh lahir kami berdua bagi nilai wang hantaran kahwin manakala untuk mas kahwin pula, I minta hubby bayar mengikut tarikh lahir I. Jadi, mas kahwin I bernilai RM 21.11 sempena hari lahir I yang jatuh pada 21/11. Sampai sekarang wang mas kahwin masih tersimpan elok di dalam frame kat rumah I di Qelate nun.
Untuk wang hantaran pulak, kami gabungkan birthday hubby (9/9) dan birthday I (21/11) and later come out with the figure for my wang hantaran. BERAPA??? soal
Cuba lah teka kalau anda orang yang bijaksana ceeewahh hehehe.

I pun tak pasti siapa yang mula2 start trend untuk letak angka wang hantaran mengikut tarikh lahir ni tapi yang I ingat, I sangat2 teruja dengan angka pada wang hantaran Yusry KRU & Erra Fazira dulu2, sampai kan terjangkit untuk tetapkan wang hantaran dan mas kahwin dengan angka yang significant to my life....isk3x, di sini sangat jelas ye kawan2 tentang kesan pengaruh artis pada peminatnya...hohoho.

Korang pulak macamana? Share lah dengan I siapa yang tetapkan wang hantaran kahwin dan berapa jumlahnya?. Adakah mengikut taraf pendidikan, jenis kerjaya atau status family?. Jom sharing2x kat komen entry nih ..leh la I tahu cerita hantaran korang jugak ;)

Owh ya.....on another different note, I've won Contest Couple Muka seiras anjuran blog Layanlynn dengan mempertaruhkan gambar masa bercuti kat Langkawi hari tu. Yeayyyy...so happy ya beda beduuuuuuu.


=- gambar hubby & I kat Langkawi, Jun 2010 yang menang Contest Couple Muka seiras~~-=


Pssssttt : agak2 dapat teka tak berapa wang hantaran I? siul ngeeeeee.

29 words of wisdom & comments:

Mama Hanim said...

tu la kan.. best jd anok kelate, wang hantaran kita yg punya..hehe..

pastu terjah kedai emas kt kb, bli brg kemas utk diri sendri.. dpt tgk smp loni, ada sentimental value la kan..hehe..

Sidratul Muntaha said...

mahar den rm80.
ikut selangor.
antaran?
nil.
takde mintak sesen pun dari pihak lelaki.
kami kongsi duit berdua,dlm seribu itulah yg buat kenduri dan sebgainya...
sanding ke ape sume mmg takde.
gambo kawin?
jauh sekali..
baju pengantin?
jahit anto kedai cina.
reganya rm30 jer.
pas zohor nikah,pastu blik umah smbung kenduri n tologn sama2 kendarat.
malam buat kenduri tahlil.
takde kompang,takde sanding.
honeymonn?
tak pernh lansung.
takde ape yg hebat nak dikenangkan.
biasa - biasa sahaja.

iTTeW saYe... said...

huhuhuhu.. kalo ikot berday ai hantaRan nnt.. sure kopaklah my incit not so furfect nnt.. hurrrmm.. tekaan wang hantaRan pn.chomeyl 9,921.11 huhuhuhuh.. kalo 99,211.10 kalah yusry ngan era plak.. huhuhuhuh..

Hamizah said...

brapa tu yatie?

kalau kat qlate semua pitih dipanggil mas kawin..

org tganu sama jugok cam qlate jugok..

dbalkis said...

yup betol3..seiras!!!

Huda said...

mak ayah huda x de tetap2kan jumlah hantaran ni, mereka x mau susahkan pihak lelaki..so berapa pihak lelaki nak beri mereka terima seadanya tp biarla munasabah :) siap ayah mertua huda time tu cakap, mudah benar berurusan dgn famili huda :)
tidak terlalu sikit or terlalu bnyk. kang org kata nak jual anak pulak yer :)
mahar nye ikut johor 22.50 :)

syayassir said...

memang betul2 seiras laa... :D

hmm, hantaran. masa nak kawin, tak kisah langsung pasal hantaran. cakap kat mak, suka hati nak mintak berapa, asalkan jangan banyak sangat udah le.. sebab kitorang belajar lagi masa tu.. hehe...

isabelle said...

pihak lelaki atau pompuan, i x setuju kalo nak kawin guna duit parents.
sebab sepatutnya org yg nak kawin yg responsible.
just my 2cents.

zura@iwan said...

hmmm..rasanya 9,921.11 kut...hikss..

mmg seiras la muka uols...hehe..

zietyrahman said...
This comment has been removed by the author.
Affieza said...

Jwpn nyer 9921.11 kn??? Btw nice number ur "wang hantaran".

MAMASYAZA said...

macam owang kedah, ikut suka nak bagi berapa mas kawin
mas kawin akak 1484
hantarannye 4000
semuanya dpt kat akak
akak beli brg emas
hehehehe

aliaa said...

Wahaaaa,saya tak kawen lagi=(

Kak yatie, lately post banyak pasal kawin jeh.

Tengah sebarkan virus kawin ke hehe.....

transformed housewife said...

congrats mene contest tu. Hafizah masuk TOp 10 Prince/Princcess of Posing Baby. tok sure result tubik doh ko dok.

haszuraidah ishak said...

tahniahhh..memang dah agak..hihihi..me pulak tak ikut burpday, tp ikut year lahir sbb year kami sama..

yatie chomeyl said...

mama hanim >> tu la, bare kemas harga koho naik sokmo ;)

ayu >> takpe dear, semua u dh berlalu..skrg ni ayu & sam dah hidup senang dr dulu...alhamdulillah :)

partner >> kalau 99,211 yen buleh la kot hahaha

yatie chomeyl said...

k.hamizah >> erm btul3x..sumo pon gpitih pengantin pue,jd sumo pong mas kawen la deh

dbalkis >> mekaceh2x

huda >> betul2x...hntrn iku tkemampuan la kan

yatie chomeyl said...

sya >> kitorg pon dua2 belajar lg masa tu hehe

isabelle >> erm, tp kat kelate mmg dah tradition mcm tu. mmg parents dah set aside duit khas utk kenduri kawen anak2 biasanya

zura@iwan >> btol..tepat sekali ;)

yatie chomeyl said...

ziety rahman >> bday ziety pon bulan 11 jugak ye? ;)

afieza >> hehe..btol2x

mama syaza >> baguih wat beli brg kemas...leh tgk smp skrg kan kak

yatie chomeyl said...

aliaa >> aah, saje je nk bg alia rasa x sbr2 nak kawen gak eheh

k.nur >> good luck for that ;)

haszuraidah >> u all lahir thn bila? *wink wink*

Min Aina Ila Aina said...

RM 30, 20?

Min Aina Ila Aina said...

EH SILAP..3,020

aNgAh_aLiFaH said...

sepakat-membawa-berkat >>nama tempat kami berteduh skang ni.. hehehe. angah panggil camtu sbb dok kat tmn sepakat.. ;)

hantaran angah plak, MIL yg tentukan. pastu MIL bgtau abg abdul, abg abdul bgtau angah, angah bgtau abah angah. pastu konon2 pihak angah yang tentukan jumlah hntaran tu masa bertunang dlu. hehehe.

lepas angah punya dah tetap, lagi 2 pasangan yg kawen serentak, seme ikut jumlah hantaran angah jugak. tak banyak. standard ikut2 orang sekeliling aje.

rm 8000.00 tunai... mas kawen plak ikut negeri phg rm22.50

btw, sepupu angh kawen dgn org pasir puteh, masa tu baru angah tau pasal mas kawen org Qelate seme dpt kat pengantin pompuan. ;)

Fid said...

kat kedah hantaran depend kepada masing maisng nak ikut harga mana
ikut harga negeri ka nak ikut harga adik beradik ka

me...1300 rasanya adik ai nak nikah 20 nov ni up 200 kot lantak kome lee

hantaran plak mmg untuk majlis kenduri kendara

yatie chomeyl said...

min aina >> salah dear...jwpn dah ada kat atas tu hehe

angah >> aah , skrg standard wang hantaran sekitar 8K kan..aidk ipar yatie pon sama

ahkak fid >> 1300 tu mas kwen ke hantaran ahkak?

Fid said...

mas kawin
hantaran 5000

yatie chomeyl said...

oooo tinggi jugak mas kawen org kedah noooo

Toshiro Taufik said...

Saya agak skeptikal dengan mas kawin/ hantaran yang tinggi.

Ibubapa si perempuan sepatutnya bersyukur yang si lelaki sanggup memperisterikan anaknya, dan secara automatik yang tanggunganya, iaitu anak perempuanya telah lepas dari tanggungan mereka.

Lelaki bukan nak menghina perempuan dengan mas kawin/hantaran yg rendah.Taraf manusia semua sama. Adalah lebih elok jika wang mas kawin/hantaran yg berlebihan diguna untuk membina hidup pasangan yg baru berkawin.

Teringat filem P.Ramlee(bujang lapuk, rasenye)dimana satu suami mengatakan walapun anak dh 3 tapi belum habis bayar ceti/pinjaman untuk majlis perkahwinan mereka.

Tradisi meletakkan harga mas kawin/hantaran yang tinggi adalah tradisi org melayu yang lebih kepada nak menunjuk2/riak. Rasullah pun tidak meletakkan mas kawin/hantaran yang tinggi untuk anaknya, inikan pula kita manusia biasa.

yatie chomeyl said...

Toshiro Taufik >> terima kasih untuk komen itu. saya setuju yang hantaran ni cuma adat saja, sepatutnya ikut kemampuan suami tu. tapi dalam adat melayu ni dah terbalik pulak. insya Allah sama2 kita didik anak kita supaya x terbeban utk kahwin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...