CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Tuesday, 7 December 2010

Penyakit 'kronik' akibat jangkitan iklan & makanan.~ Kali ni akibat Seafood Paella pulak

Untuk pengetahuan u all, I ni sebenarnya ada sejenis penyakit yang payah nak di ubati. Penyakit ni memang dah lama menular dalam badan I dan setakat ni I belum lagi menemui penawar kepada penyakit I ini.


Penyakit ni boleh menyerang tak kira masa, tapi ia akan menjadi kronik bila I terpandang sesuatu yang boleh mencetuskan virus penyakit ini.


Penyakit yang I maksudkan itu ialah "Penyakit-Mudah-terpengaruh-dengan-iklan-dan-mudah-terliur-dengan-gambar-makanan!". Ngeeeeeeeeeee sengihnampakgigi...dasyat wooo penyakit I ni.


Kecik2 dulu, pantang tengok iklan kat TV, terus mintak arwah ma belikan jugak. Pastu bila dah besar2 ni pun lagi dasyat. Kalau tengok kat iklan TV tu, macam2 iklan makanan yang tunjuk, terus I rasa nak makan jugak. Masa kat USM dulu, bestfriend I selalulah jadi mangsa untuk temankan I keluar untuk beli makanan yang I terliur lepas tengok iklan kat TV. kadang2 iklan biasa2 macam Super Ring tu pon, I boleh terliur sampai terus capai kunci motor dan keluar gi kedai runcit untuk beli jugak, sengal kan?

I punya tahap kronik mudah terliur dengan makanan ni, lebih dasyat dari rasa mengidam yang di alami oleh ibu2 mengandung. Sebab tu, masa I preggy macam2 makanan yang I nak makan. Nasib baik tak de pulak iklan pasal masakan daging unta masa I preggy hari tu, kalau tak...hohoho naya lah incik hubby nak kena cari daging unta kat Jepun neh sengihnampakgigi ngeeeee.


I ingatkan bila duk oversea ni, kuranglah sikit serangan penyakit tu pada diri I, rupa2 nya semakin parah dan virusnya semakin merebak ke seluruh anggota badan ceh!. Minggu lepas penyakit itu telah membuatkan I teringat2 akan kelazatan Seafood Paella yang pernah I nikmati kat Madrid dulu. Penyakit ini bertandang sebab I ternampak gambar Seafood Paella kat sebelah kanan bahagian iklan di FB, ntah apa2 kan..iklan kecik cinonet tu pun boleh buat I jadi tak keruan *dasar perempuan kuat makan yang mudah terpengaruh dengan iklan* haisyy.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhV0sGAhS0tRjdif_vr8tzfNmtGIIFqF93sZQ_byqOMrz2x24wATay5MFBP-mP9VlO4xml2Ey8vEjJs5i2EtSkRuRG3U9LkB5dKCMoGjpBG379Xea-5-KnHBEL7VHxygeklbkRIoc9lTsRu/s1600/Espana_Madrid_day_one+003.jpg
=- my friend and I in front of the trademark for Madrid : a bear and Madrono tree -=


Paella (Sebutan Sepanyol: "paeya" *kalau double "ll" jadi "y" , sebab tu David Villa tu di pronounce David Viya; harap maklum ye murid2 semua) adalah suatu hidangan nasi berasal dari Valencia. Walaupun pada awalnya ia merupakan makanan trademark untuk Valencia, sekarang ni Paella dah di anggap macam hidangan kebangsaan untuk negara Sepanyol. Paella ni enak dinikmati panas2, sebab tu ia di hidangkan dalam kuali paella kat restaurant, makan panas2 sampai melecur lidah gatai eheh.



=- Paella dari sebuah restoran kat Madrid * I dah lupa nama restoran tu* -=

Oleh kerana penyakit kronik ni membuatkan seluruh badan menggeletar, maka terpaksa lah I mencari penawar kepada penyakit ini. Dengan bersemangatnya I nak sebarkan jugak penyakit ni kepada u all, nah amik penawar kepada penyakit kronik ini.

RESEPI SEAFOOD PAELLA

Bahan - bahan

  • 800 grams (long grain) nasi Valencia --> *I guna beras basmathi*
  • 2 genggam kepah kecil
  • 2 genggam siput lala
  • 8 ekor sotong kecil
  • 2 genggam udang basah, saiz sederhana
  • 1 biji lada capsicum hijau
  • 1 biji lada capsicum merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji lemon dihiris
  • 1 T saffron --> * I guna pewarna kuning telur je*

Cara - cara
    1. Didihkan 3-4 liters air bergaram dalam satu periuk besar.
    2. Masukkan kepah dan siput lala lalu didihkan selama 5 minit lagi.
    3. Kerat sotong berbentuk gegelung dan masukkan ke dalam periuk.
    4. Pada masa yang sama , masukkan juga udang yang telah dibersihkan.
    5. Biarkan di dalam periuk selama 10 minit, atau sehingga kepah dan siput lala masak.
    6. Tapiskan kepah,lala,udang dan sotong dan angkat keluar.
    7. Masukkan saffron ke dalam stok rebusan kepah,lala,sotong dan udang tadi dan kacau sehingga warnanya menjadi kuning pekat.
    8. Hiris lada dan bawang dan tumis di dalam 'paella pan' atau periuk leper yang besar jika tiada, menggunakan minyak zaitun. Taburkan sedikit garam.
    9. Setelah garing, kuatkan api kemudian masukkan air stok rebusan, sesudu demi sesudu hingga mencecah 1/2 dari ketinggian ' paella pan'.
    10. Masukkan beras, sedikit demi sedikit seperti 'memberi makan ayam'.
    11. Beras hendaklah dilitupi cukup-cukup dengan air.
    12. Masukkan makanan laut yang telah direbus tadi, dan simpan 6 kepah atau lala untuk hiasan akhir.
    13. Kuatkan api menjadi sederhana kuat dan jaga supaya tidak hangit. Nasi tidak boleh terlalu kering ataupun terlalu lembik.Kadar air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
    14. Teruskan menjaga nasi sehingga masak lebih kurang 20 minit.
    15. Apabila nasi telah masak, letakkan kepah atau lala tadi dalam bentuk bulatan di atas hidangan berselang seli dengan lemon.
# Boleh juga guna ayam sebagai lauk #



Korang kat Malaysia hari ni cuti sempena Maal Hijrah kan?. Kalau rasa nak berhijrah dari sifat malas memasak ke rajin memasak, bolehlah mulakan langkah pertama dengan mencuba resepi ini.

Boleh juga di gunakan untuk masakan istimewa sempena Maal Hijrah. Amboi, kalau new year kalendar masihi masing2 semangat nak celebrate kan, meh kita ubah perspektif sikit...sambut jugak Maal Hijrah dengan meriah, maka masaklah Seafood Paelaa untuk lebih memeriahkan suasana ceeewaaah.


Untuk yang berpuasa hari ni, kalau2 terliur dengan gambar Seafood Paella yang begitu menggiurkan selera korang ini, cepat2 keluar gi pasar beli bahan2 untuk masak seafood paella ni. Nanti lepas asar dah leh start masak untuk juadah berbuka puasa sempena Maal Hijrah 1432H.


Dan paling penting untuk pesakit2 kepada penyakit kronik "Penyakit-Mudah-terpengaruh-dengan-iklan-dan-mudah-terliur-dengan-gambar-makanan", sila lah cepat2 mencari penawarnya dengan cara mencuba resepi ini.


Eh, tapi kalau korang yang nak try resepi ni tanpa sebab2 yang I sebutkan di atas pun, sila lah jangan malu2 untuk berbuat demikian. Resepi ni cepat dan mdah untuk di sediakan, sesuai untuk korang yang selalu sibuk je memanjang *eh, kalau tak sibuk pun boleh juga cuba resepi nih*.


+- Paella air tangan Yatie Chomeyl ; lupa pulak nak letak lemon -+


Pendek dan panjang kata, semua orang boleh mencuba resepi ini. Bila dah cuba, bagitahu I eh, nak cek hasil kerja korang..pastu cikgu nak bagi markah gatai ekekekeke. Selamat mencuba.

Pssssttt : korang ada jugak tak penyakit macam I ni?

18 words of wisdom & comments:

Mama Hanim said...

perhhh..penyakit yg menggoda selera tu..hehe..

syayassir said...

hehehe.. penyakit ye..
tapi body maintain tak pe... hehehe...
ok lah boleh nak try sendiri... :)

Zaila Mohamad said...

samolah nga oghe, kalu terliur makane barat gak, kenolah belajar buat sediri sebab nak make hari2 kat kedai boleh kopak wooo, lagipon kalu sediakan sediri at least terjamin kehalalan & kebersihannya;)

Nurul Izza said...

alooooh... duk ado lala tu, rs nok make lala msk lemak puteh tu.huhuhuhu
mano ado lala lincoln ni eh? huhuhu

oghe pon supo jah, ngado2 tgk makeney..esp makeney hok meme payoh /xdok sini..ngado2 nk make.apokan dayo..huhuhu

Cikmin said...

ok dah bookmak..nanti cikmin try..

p/s penyakit kita sama lah yati..terbaru dok teringin nak makan macaron sekut perancis tu..adoiii..hubby kata tak habis2 ngidamnya...hahaha.mujur boleh masuk tekak macaron mesia..buatnya nak makan yang LEDUREE tu...naya nak ke london pulak.. :P


Entri terakhir Dapat jugak menawan mak'arun

isabelle said...

penyakit tu mmg ada. tinggal decide nak buat kat dapur sendiri ke, nak buat kat dapur restoran ke..hehehe

Gieyana said...

sedapnya food tue...teringinnnnn!

Affieza said...

Mmg ada pn...terasa mcm nk mkn je terus lps tgk iklan tu...huhu

Unknown said...

tie,
kuat makan, tp body slim & ayu..
kalo kakyong sure leh bertambah kembang...

ddfirdaus said...

btol hubby saya pun penah soh saya try paeya ni...nanti boleh try..i love spain food.masih terasa nak yang celop coklat tu..ape name ek..sila ulang cikgu..

Hamizah said...

parah jugok nyakit yatiey nih..hehehe

nieda said...

perghhh...sedapnya.

yatie chomeyl said...

mama hanim >> ni namonyo penyakit cari sendiri hehe

sya >> ada lemak2 tersembunyi gak, tp pandai2 cover ;)

zaila >> btol3x, sini pulop sbb pyh nk cr hok halal sbb tu keno buat sendiri tu

yatie chomeyl said...

izza >> tu lah, keno lah mausk dapur buat sendiri, biarlah x comey janji puas hati hehe

cikmin >. eh samalah, yatie pun duk teringin nak makan macaroon tu..hjg minggu ni nk try buat ;)

isabelle >> kalau i kat msia, i pun gi buat kat dapur restoran je eheh

yatie chomeyl said...

gieyana >> kalau teringin, silah cuba resepi sennag je :)

affieza >> teringin kan...hehehe kiranya bukan akak sorang la ada penyakit ni

k.yong >> ish, mana de slim & ayu nye..ade je lemak terkumpul ni, pandai2 sorok x mau bg nmpk dlm gmbr keh3x

yatie chomeyl said...

dbalkis >> yg celup cekelat tu namanya choco con churros, ada resepinya kat blog cikgu ni ehehehehe

k.hamizah >> meme bahayo penyakit ni kui3x

nieda >> try la buat...i gerenti sedap :D

kew_chop said...

sedapnya napok. nok try gokla..

dlynnaa said...

Salam yatie :-)

Memang menggoda menu terbaru u ni, last time entry churros u tu pun buat i terliur and terus try! tapi tak tau la rasa sama ke tak dgn churros kat spain..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...