CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 10 December 2010

10 Tempat Makan2 Yang Best2 a.k.a sedak2 di Kelantan

Kebiasaannya, masa cuti sekolah paling di tunggu2 oleh bukan sahaja anak2, tetapi mak2 diorang. Bukan apa, biasanya masa cuti sekolah ni lah sekolah ataupun office akan buat lawatan ke negeri Kelantan. Walaupun tujuan lawatan ialah lawatan sambil belajar, tapi percayalah ianya hanyalah semata2 lawatan sambil membeli belah di negeri Kelantan sebab barang2 yang best dan harga yang murah eheh.

Ada jugak yang gi ikut rombongan sanak sedara kahwin kan, sekali harung ambik peluang untuk bershopping jugak.
Memang kalau masa cuti sekolah je, negeri Kelantan akan mengalami traffic jam yang teruk. Kat pusat2 membeli belah dan zon bebas cukai di sempadan Kelantan-Thailand pulak di penuh dengan bas2 rombongan dari macam2 agensi, sekolah dan jugak bas chartered persendirian.

So, hari ni I nak share antara tempat2 makan yang best dan terkenal kat Qelate, khas untuk korang yang baru pertam kali gi Kelantan dan tak tahu kat mana nak cari makanan yang best2.


(1) Nasi Air Mok Su Nab
• Hidangan Nasi Air ialah berbeza dengan bubur nasi, sebab nasi di masak asing2 dari kuah sup tu. Pastu aksesori lauknya yang pelbagai melengkapkan segala rasa masam, masin, manis pada hidangan nasi air nih

• I pernah share resepi Nasi Air kat entry
Nasi Air Kelantan Fukuoka ☺
• Alamat : Restoran Nasi Air Mak Su Nab, Jalan Abdul Kadir Adabi, Berek 12, Kota Bharu, Kelantan.(Peta untuk ke kedai Nasi Air Mok Su Nab: click
here).


=- depan restoran nasi air mak su nab. Pic source: FB -=

=- Hidangan nasi air di Restoran Nasi Air Mak Su Nab. Pic source: FB .-=


(2) Nasi Kerabu Golok
• Menu nasi kerabu rasanya tak perlu di perkenalkan lagi, cuma ada orang yang kadang2 tak boleh nak makan sebab nasi kerabu ni ada yang warna putih, kuning dan juga biru. *sebenarnya warna tidak mempengaruhi rasa pon*.
• Biasanya nasi kerabu boleh je di dapatai di mana2 sebab orang Qelate makan nasi kerabu dan nasi berlauk ayam/ikan untuk sarapan. Kelasss OK orang Qelate, pagi2 dah makan nasi ehehe.
• Restoran Nasi Kerabu Golok ni terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. (Berhampiran Simpang 4 Pasir Hor)

[19012009(004).jpg]
=- depan kedai nasi kerabu golok. Pic source: FB -=


=- nasi kerabu golok. Pic source: FB -=


(3) Restoran New Horizon Garden
• Restoran ni sesuai kalau korang nak makan kat tempat yang agak eksklusif dan sesuai jugak untuk buat apa2 event sebab tempatnya yang agak luas dengan kapasiti yang agak besar

• I paling suka makan ikan siakap 3 rasa dan banana split kat restoran ni, terbaikkkk utk selera I
• Walaupun tempatnya esklusif tapi harganya berpatutan untuk semua

• Senang nak cari restoran ni sebab ia terletak di tepi jalan utama, betul2 tepi traffic light Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. (Berhampiran Simpang 4 Wakaf Che Yeh).

=- New Horizon Garden Restaurant . Pic source: FB -=


(4) Restoran Yati Ayam Percik
• Yati Ayam Percik ni dah terkenal dari masa I kecik2 dulu lagi, masa tu dia berniaga kat pasar malam je sampai sekarang ni dah banyak bukak cawangan kat Kelantan dan juga di Selangor.
• Hidangan nya bukan sahaja ada ayam percik, tapi segala jenis masakan kampung untuk lunch e.g kerabu perut, sup tulang, ikan keli bakar dan banyak lagi yang semuanya memang superbly menyelerakan.
• Restoran Ayam Percik Yati, 847 Jalan Long Yunus (Jalan Pekeliling), Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-747 9867. Business Hours: 12pm-11.30pm (peta ke restoran yati ayam percik: click HERE)
• Cawangan Yati Ayam Percik ada jugak di Bangi, Kajang dan USJ.


=- Yati Ayam percik. Pic source: FB -=


(5) Restoran Syam
• Ini lagi satu restaurant yang agak eksklusif tapi menawarkan harga makanan yang berpatutan untuk semua

• Biasanya di kunjungi masa dinner, siap kena wat reservation sebab selalu full house
• Restoran Syam, 594, Jalan Hospital, 15200, Kota Bharu, Kelantan. Tel. No:
09-7484713 (peta: klik SINI)


=- Restoran Syam. Pic source: FB -=


(6) Kedai Makan Nasi Sumatera
• kedainya agak tersorok dan dah agak lamatetapi masakan nasi sumatera kat sini memang terbaekk
• kedai ni jugak ialah kedai feveret abah I
• Address : Jalan Gajah Mati, Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak bersebelahan dengan Bangunan Kompleks Yakin dan begitu hampir dengan Bulatan Medan Tuan Padang (juga dikenali sebagai Bulatan Jam Besar Kota Bharu).


(7) Ayam goreng celup tepung dan pizza
• untuk yang nak menikmati ayam goreng celup tepung selain drpd di fast food outlet yang terkenal2 tu, bolehlah try RFC, RCH mahupun MFC milik bumiputera
• Ada beberapa cawangan restoran ayam goreng celup tepung di Kelantan
(i) RESTORAN RADIX FRIED CHICKEN (RFC) di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Bandar Baharu Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
(ii) Restoran Radix Chicken House (RCH) di Tingkat 3, Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC), Jalan Buluh Kubu / Jalan Parit Dalam / Jalan Padang Garong, Kota Bharu, Kelantan.
(iii) Muzdalfa Friend Chicken (MFC) di Jalan Dato' Perdana, Kota Bharu. Ia tidak berapa jauh dari Restoran KFC di Bangunan Pusat Beli-Belah Pantai Timur, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu.


=- Restoran Radix Chicken House (RCH) di Tingkat 3, Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC), Jalan Parit Dalam, Kota Bharu (peta: klik SINI) Pic source: FB -=

=- RESTORAN RADIX FRIED CHICKEN (RFC) di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Bandar Baharu Kubang Kerian, Kota Bharu. Pic source: FB -=

=- Restoran Muzdalfa Friend Chicken (MFC) di Jalan Dato' Perdana, Kota Bharu. Pic source: FB-=


(8) Zakini Nasi Kukus
• restoran ni milik suami isteri yang memluakan perniagaan diorang dari 'meals on wheels' cart about 20 tahun yang lalu
• Keistimewaan hidangan kat kedai ni tentu lah nasi kukus nya yang enak di makan dengan berbagai2 jenis lauk pauk untuk makan tenghari.
• Zakini Nasi Kukus, 437, Berek 12, Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-743 9428. Business Hours12pm-11pm (peta: click SINI)

http://www.rasarasa.net/cms/storage/cmsprofile/9d8/com.tms.cms.cmsprofile.Profile_26d2f204-ca90625c-1e68a2b0-1c2fe775/3/mainphoto/z6.jpg
=- Zakini Nasi Kukus. Pic source: rasarasa.net -=


(9) The Red Warriors Station
• kafe /kopitiam yang baru di bukak , dipenuhi warna-warna merah; warna rasmi untuk pasukan bola sepak Kelantan ataupun dengan gelaran Red Warriors.
• Harga makanan standard range untuk kafe/kopitiam.
The Red Warriors Station, Jalan Bayam, berhampiran dengan Stadium Muhammad ke-4, Kota Bharu (peta: klik SINI)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCH4a0w4r00rRF5zHPThAgdpPbVheO2kwjwWJNJ_wfE6TvpFGqPl3-y29lQ79-xnPBoPk0Moj0mvhM7zQGe_7JfSUNnO5h7OcAZTOt5yz7BeR_JCO3zZ7VqhMpdGn4FkOrQoFS5ULHFiU/s1600/KEL+1610+ALZ+13.JPG
=- Kafe The Red Warriors Stations@KTC (Pusat Dagangan Kelantan). Pic source: FB -=


(10) Medan Selera Buluh Kubu
• kat sini ada macam2 jenis juadah yang boleh di pilih mengikut selera masing2. Cukup terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang Kelantan, ayam percik, laksam, serta aneka jenis kuih-muih tradisional yang sedap-sedap belaka.
• pasar malam merangkap medan selera yang merupakan happening spot di waktu malam
• Medan Selera Buluh Kubu terletak di belakang Rumah Pangsa Buluh Kubu di Jalan Maahad Off Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Business hour: 6ptg- awal pagi

=- Medan Selera Buluh Kubu. Pic source: FB-=



Haaaa..apa macam? Ada rasa terliur membuak2 dalam dada ke? Ada rasa air liur meleleh2 di tepi bibir ke?. I harap perkongsian tempat2 makan yang best2 ataupun bak kata orang Qelate, "sedak2" ini sedikit sebanyak boleh membantu orang2 dari luar Qelate untuk merasa keunikan dan keenakan masakan Kelantan. Jom makannn!

Psssssttt : Kat Fukuoka ni, ada gak restoran masakan kelantan i.e. kat rumah I lah ekekekeke.

31 words of wisdom & comments:

Anonymous said...

woww.. bagus ni!!! promote kelate..nanti akak balik Malaysia boleh la try singgah kedai2 yg disenaraipendekkan itu hehe

Ayu Zarina said...

good info..nanti balik kelate..cari semua restoran ni..ekekke

Unknown said...

good info ni kak..new horizon garden tu mmg nampak tgh tggu traffic light..penuh je xpenah nampak lengang :)

Eray Majid said...

yatie nak tambah lagi satu
restoran chim chum...
sgt marvellous......

isabelle said...

u ada share ke kat restoran ayam percik tu?
jgn lupa minta royalti sebab pakai nama u.hehe

Farah said...

i pernah pergi yang nasi air mak nab tu..memang sedap!! sejak dari hari tu jatuh cinta kat nasi air hahaha

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

wah salute la, ni baru betul anok jati kelate...ambo sediri tok tahu habis tempat make ni huhuhhu

Zaila Mohamad said...

bravo yati!! buleh ko buat entry ni tanpa meleleh air liur teringat nak make makane Klate??

kedai makan nasi ulam di KB tupon femes juga, btw kedai nasi air tu memelah sedap, kalu zaila kelik kg mesti g singgah make;)

transformed housewife said...

Restoran Syam tu meme restoran favorite puok2 kito dr dulu.

Fid said...

kamu di jepun kan??hahahah apakah ahdik YC ini sungguh rindukan tanah melayu?

useryna said...

uwaaaaaaaaaaa...1st time menyesal baca entry akak..menyesal sbb tak psal2 teringin nak mkn mknn sedak2 kat mesia..camna ni..ngidam ni kak..huhu

Affieza said...

Wow...byknya tmpt mkn yg best2 kt Kelantan ni. Satu pn sy xpernah g lg...hehe

Oyis said...

yg restoran lama2, dlm half of the list saya dah pegi. yg baru2 mcm radix, muzdalfa, x rajing jejak lg. insya Allah balik ni la try. byk dah kemajuan nmpknya KB, hok restoran syams jln hhospital tu, dulu saya duduk jln hosp lg, x dak pon :P

horizon tu saya gi doh, raya last sblm saya fly ke UK (2 mggu sblm saya fly). tpnya fully booked plak dah, so terpaksa la cari mkn tempat lain. tumpang toilet aje sbb nak memerut, raya la katakan, terlajak byk mkn tupat bekali :P

kedai nasik air mak su nab ngan nasi kukus zakini tu paling teringat. mmg tangkap leleh....

Anonymous said...

alola... sedak2 blako weh!

ddfirdaus said...

la..baru la tau banyak..kalau tau ni sebelum g kltn dulu lg syok..

Unknown said...

tak pernah pergi walau satu pun tempat2 ni.. mesti masuk dlm wishlist ni..

last pegi KB masa tahun 1998...

Hamizah said...

aloh la yatiey wat terliur oghe jah..huhuhu

Unknown said...

wah..sedap2 makanan kat kelate ye,terutama tgk nasi air tu mcm tringin jek,hehee..
tp lum pnah smpai kalate lg..

p/s:lama xsinggah blog YatieChomeyl,nape ey xleh buh link blog ni kat bloglist saye..

Mama Hanim said...

aloss la..n3 ni sgt kijammm wooo.. bab makan2 mmg xleh lwn kelate la dok..hehe..

satu lg tinggal tu..sate ike a.k.a lotceng dpn BSN Pantai Timur.. Mables, rege muroh giler 10sen/cucuk..perhh..

mamashikin said...

semua yg tersenarai di atas sy sudah pergi dan cuba..hahahha..dah org klantan kan..

CuppyCakeMommy said...

kat bangi dah ada yati ayam percik tu..tapi cam tak ummppp sangat lah kan..

btw i tag u kat blog..sila terima skanrang ok

yatie chomeyl said...

fireflies >> try jangan x try ;)

ibuayahdamia >> mem ekeno cari :)

huda >> aah, mmg full house je memanjang

eray >> ooo kat ne tu? nanti nk try cari gak

yatie chomeyl said...

isabelle >> kawan2 i masa skolah dulu sellau ejek2 i yati ayam perciklah ekekekek

farah >> memang sedap gile kan...try la buat sendiri, senang je gak :)

ummi nor >> ambo pong x gi belako lg, p tahu lah ado kedai2 ni

zaila >> meme teringat tp okkk jah la..tehe selero huhuhu

yatie chomeyl said...

k.nur >> lo ni tukar tokey doh, tp sedap jugop supo mulo

ahkak fid >> hahhha..tu la pasal, sbb tu tercetus entry ni

useryna >> alamak...sowiiiiiiiii tak sengaja :p

affieza >> nanti kalau gi kelate, leh la try cari

yatie chomeyl said...

Oyis >> ore pong x gi lagi yg restorna bru2 tu..nti nok try jugop bilo kelik kelate

fa10>> meme ah, sedakkk sengoti!

dbalkis >> takpe, nest time boleh try cari

k.yong >> wah, lama dah tu. nanti yatie blk msia, k yong dtg kelate ye :)

yatie chomeyl said...

k.hamizah >> meme sengajo nok bui terliur hehehe

ibuaznoy >> ada prob dgn RSS feed kot, nti sy fix prob tu ye

mama hanim >> ye ko? ore x ajing mak elokceng tu..sekalo beli lokceng depe rumoh jah..ado pokcik gatih baiskal jual

shikinn >> hebakk3x ehehehe

yatie chomeyl said...

cuppycakemommy >> , nti i amik tag tu..thanks dear

Unknown said...

kelik kg raya cina ni kena terjah ni kedai2 nih...
aduihhh... berkeriut perut tgk makanang ni cik yatie weii..

Nurul Izza said...

hok 10-10 tu, 2-3 jah kenal.hahahha
kade2 mahal jugop deh kt restoran2 tuh.huhuhu tapi gak moksu nab tu sedakla..iskkk terliur!

Tie HT said...

oghe qelatey masok sedak belako.. :)

wan80 said...

lepas makei, karoke plok

taip di google : lagu-karaoke-melayu.blogspot.com

untuk 8 ribu lagu karaoke melayu dan 2 ribu lagu karaoke inggeris

tak perlu tunggu lama2 nk download video karaoke youtube ... terus dapatkan 10 ribu lagu bersama buku lagu ala2 pusat karaoke keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...