Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam. - sumber: Wikipedia -
Memang dah lama gila rasanya tak makan laksam ni. Masa balik Malaysia bulan 6 tahun lepas pun tak makan laksam rasanya. Kawan2 kat sini pun ada request untuk nak rasa laksam Qelate ni. Malangnya sebelum ni, I takde alatan mengukus kat sini; maka request kawan2 untuk makan laksam Qelate di biarkan berlalu di bawa angin begitu sahaja eceh poyo giler .
Bila hubby dah beli kan Set Kukus Tefal, nampak nya takde lah alasan lagi untuk I. Ini merupakan kali pertama I buat laksam sendiri. Masa kat Malaysia dulu2 pun, cuma buat kuahnya je sendiri. Maklumlah, rumah I dengan Kilang Man Laksa kat Talak, Chabang 4 Tumpat tu cuma 10 minit je naik motor.
Resepi untuk Laksam Qelate ni I ambik kat Myresepi; yang di kongsi oleh Yani. Check it out.
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
(1) Untuk Laksam
- 3cwn tpg beras
- 1/2 cwn tpg gandum
- 4cwn air suam
(2) Untuk Kuah Laksam
- >>bahan kuah:
- Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
- Sdkt halia
- Sdkt bwg putih
- Sdkt bwg merah/besar
- Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
- Santan
- Asam keping
- Sdkt garam
- Sedikit gula merah/gula
(3) Bahan ulam
- timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
(4) Untuk Sambal cili:
- cili merah
- belacan
- garam
- limau
Cara-cara
- Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
- Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
- Untuk sambal cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam sikit dan perahkan limau
Macam ini lah rupa Laksam Qelate - Yatie Chomeyl. Untuk percubaan pertama rasa2nya memang agak memuaskan hati lah dari segi bentuk dan rasa *masuk lif tekan butang sendiri ekekeke *.
I bawak untuk kawan2 yang lain rasa masa lepas Solat Hajat 2 minggu lepas tu. Tapi sebab tudung periuk ada 2 je dan tepung beras cuma ada 1 pek je, dapat buat sikit je lah. OK lah kot, untuk kawan2 rasa sikit2 sorang. Dekat 2 jam jugak lah I ambik masa untuk siapkan beberapa gulung laksam2 tu...huhuhu. Nanti kalau ada tepung beras lagi; buleh lah I buat lagi *kot*.
Haaaa tempting tak? *sila jawab ye, kalau tak I merajuk takmo kawan dengan korang*
Kalau tergoda tengok gambar Laksam Qelate Chomeyl ni, sila lah godek2 bahan2 di dapur dan mulakan lah aktiviti ber'silat' di dapur untuk menghasilkan laksam + kuah laksam yang lemak manis itu. Selamat mencuba!.
Pssssttt: kalau I kat Malaysia, jangan haraplah I nak berpeluh2ketiak untuk buat sendiri...ngeeee.
Kalau tergoda tengok gambar Laksam Qelate Chomeyl ni, sila lah godek2 bahan2 di dapur dan mulakan lah aktiviti ber'silat' di dapur untuk menghasilkan laksam + kuah laksam yang lemak manis itu. Selamat mencuba!.
Pssssttt: kalau I kat Malaysia, jangan haraplah I nak berpeluh2
10 words of wisdom & comments:
akak memang suka mkn laksam, tapi tak penah buat sendiri, asik beli ja, nampaknya lepas ni boleh buat sendiri kottt....kottttt aje tuuu
sy suka mkn ni..tp selaluny dpt mkn masa bazaar ramadhan je..hehe
tempting tapi belum cukup utk menggoda kite. masih belum terbukak hati nak rasa laksam..pucat sgt warnanya :p
MY yayang suka sgt mkn laksAm ni..hehehehe
menggoda sungguh laksam tu..weekend ni harus buat...hari tu pernah try buat tapi terkeras..terus merajuk tak buat2..rupanya tersalah adunan..hehehehe
sedap kak.ti!!nk order blh??haha
my feveret! mcm senang nak buat leh la cuba ni,
mama syaza >> kalau yatie kat msi apun, yatie x but sendiri kott ekekekek
nanak >> kat sabah mesti susah sikit nk cari laksam kan?
nadiah >> tu sbb i tak letak smabal banyak2.. coz i xsuka pedas. if my hubby punyer, di aletak smabal banyak..dah x pucat la kaler dia :D
nurul >> leh la buat kan utk yayang lepas ni :)
eliss >> buat2, nanti klu jadi..share gmbr retep deh
paan >> tepung beras habis licin doh; tokleh nok buat doh la :p
farah >> mmg senang pun sbnrnya..cuma i je yg malas nk buat sendiri sblm ni hehe
Post a Comment