CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday 31 August 2011

Pengalaman Qiyamullail di Masjid Fukuoka

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
♪ ♫ "Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa.
Tiba Syawal kita raikan dengan rasa gembira,
Anak muda di rantauan SEMUAnya pulang ke desa"♪ ♫

Errrr..cop cop, bukan semua anak muda di rantauan pulang ke desa; termasuklah kami sekelurga yang masih muda belia ini tetap setia beraya di perantauan lagi tahun ini.


Anyway, entry hari ini bukan nak bercerita pasal sambutan raya di perantauan, entry hari raya lambat-lambat sikit lah ye sebab banyak gila gambar nak pilih. Entry hari ini I nak bercerita tentang memori indah dan detik-detik manis sewaktu qiyamullail di Masjid Fukuoka pada malam 27 Ramadhan 1432H.


Due to the last days of RAMADAN, which are the most important days among the holy month, Fukuoka Masjid arranges an Iktikaf program starting from 20th RAMADAN after Maghrib prayer. Ramai yang ambil peluang untuk tidur di masjid dan kemudian sama-sama bangun untuk solat sunat tahajud.


Masa mula-mula hubby ajak pergi, I was so excited. But then bila fikirkan yang SN susah sikit nak tidur kalau lampu di buka dan I sendiri pun susah nak tidur kat tempat yang tak biasa; so I requested to dear hubby untuk tidur kat rumah dan bertolak ke masjid dari rumah around pukul 1 pagi.


Nasib baik SN tak terjaga pon masa di angkat dari katil dan masuk dalam kereta. Nyenyak je dia tidur sampai kat masjid, Alhamdulillah lega hati mommy. Masa I sampai tu, ramai juga yang dah bangun dari tidur. Seronok tengok anak-anak tidur bergelimpangan kat tepi-tepi ruang solat, bagus betul ibubapa yang menerapkan konsep iktikaf ini dalam diri anak-anak yang masih bersih hatinya itu. The Masjid basement is the place for men's sleeping while the second and third floor are the place for women's sleeping.


Dalam pukul 2.00 pagi, jemaah yang tidur kat masjid di kejutkan dan lepas tu bermula lah solat sunat Tahajud secara berjemaah. Walaupun hari-hari lain, kami buat solat tahajud sendiri di rumah sebelum/selepas sahur, tapi perasaan solat tahajud berjemaah di imamkan oleh Imam dari Mesir yang bacaanya sangat-sangat mengasyikkan.


Alunan bacaan dari imam di hening pagi mendatangkan perasaan sayu yang susah untuk di gambarkan dengan kata-kata. Ketenangan yang tak akan dapat di cari di mana-mana melainkan dengan cara menyerah diri dengan sesungguhnya kepada Allah.


Masa itu barulah tergambar segala dosa silam yang menimbun, segala sikap derhaka dan buruk perangai terhadap arwah ma dan abah, segala kekhilafan yang pernah di lakukan lalu airmata pun laju menuruni pipi tanpa dapat di tahan-tahan lagi. Bahkan esak tangis jelas kedengaran dari kalangan kaum lelaki, dan bertambah sebak lagi bila Imam membaca surah Ar-Rahman, terutamanya setiap kali sampai pada bacaan :


فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"


Solat sunat pada malam itu di akhiri dengan solat sunat witir. Sekali lagi bacaan Imam sewaktu doa Qunut mengundang air mata keinsafan yang bukan sedikit di kalangan para jemaah. Walaupun doa yang di baca dalam bahasa Arab, dan bukan sepenuhnya dapat di fahami tetapi ia tetap meninggalkan kesan mendalam kedalam hati. Tidak terasa letihnya berdiri walaupun bacaan sewaktu Doa Qunut itu di baca agak panjang oleh Imam. Setiap patah doa yang terlahir dari mulut Imam ibarat 'jam loceng' yang menyedarkan diri dari lena yang panjang.


Selepas selesai solat witir, jemaah di masjid beramai-ramai bersahur bersama-sama. Sahur padapagi 27 Ramadhan itu ialah nasi arab, memang sedap makan panas-panas beramai-ramai. Terima kasih atas nikmat rezeki dari Mu ini Ya Allah.


Bila dah siap sahur, I jenguk SN kat tingkat 2 dan kebetulan masa itu SN dah pun terjaga dari tidur tapi sikit pun dia tak menangis. Knowing his reputation as budak manja, selalunya SN akan menangis beria kalau mommy tak ada kat tepi dia bila dia bangun tidur. Tapi pagi itu, SN cuma bangun genyeh mata dan tengok kanak-kanak lain yang tengah tidur kat tepi dia, good boy.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJQJCohnaY3ydmxqOAr7YkC7wm6LC27zV1urt97G2wR-E2Zg2OQNnC7bzTM7pNDjPq295AI_S695O5AwV9xcdh0pfMMP5VTtSIWA-4fkopHtfvFWnUufwurJ7sEch9cTozxCVdPN4aB2M/s1600/blog-10.jpg
+- mommy's boy yang pelik tengok tiba2 dah ada kat masjid tapi tak menangis pun. Good boy -+


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Cuma itu sahaja yang boleh di lafazkan untuk menzahirkan rasa syukur dalam diri kerana di beri kesempatan oleh Allah untuk merasai kemanisan berQiyamullail di Masjid Fukuoka.


Sesekali sewaktu beriktikaf di Masjid Fukuoka, ingatan I terimbau pada kenangan sewaktu di 'paksa' ke Masjid Kg Jal Besar oleh Abah dan Arwah Mama dulu. Terima kasih Abah dan Ma kerana pernah memaksa kami anak-anakmu untuk ke masjid walaupun begitu liat nak membangunkan kami dari tidur. Sekarang baru I faham kenapa perlunya ibubapa 'paksa' dulu anak-anak untuk buat sesuatu kebaikan itu, Insya Allah bila tiba masanya anak itu sendiri akan menyedari hikmah di sebalik 'paksaan' dari ibubapa itu.


Terima kasih Abe Sayang
love kerana membawa isterimu ini untuk sama-sama beriktikaf dan berqiyamullail di Masjid Fukuoka. Terima kasih duhai anak kerana memberi kerjasama sewajarnya di saat mommy benar-benar memerlukannya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq_kOJx-kRyNa4NuKs2HqpVC8sSt9r73iMx7Mc7xDoI9vRgCMWblFiy8bpMScPR3yeZ4huQu3YoPMum-AgyCtZpx00FWN8O6gju2Uwb9liNe5L9ErHPGQv2Lkr2a05n3UJv5QKvhapzws/s1600/blog-6.jpg

+- Mommy ♥ SN ceria walaupun ambil gambar pukul 4 pagi, 27 Ramadhan 1432H, Masjid Fukuoka -+


Terima kasih Ya Allah kerana kemanisan yang tak terhingga ini, daku mohon semoga di kekalkan kemanisan ini sehingga akhir hayatku, Insya Allah. Ameen.



Pssssttt: tidak ada niat nak tunjuk baik sewaktu menulis entry ini, sekadar secebis memori sebagai kenangan di masa hadapan.


~ Thanks for reading this (^-*) ~


7 words of wisdom & comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bestnyer sebab sekurang2 nyer uols ada jugak masjid kat sini x der langsung dulu ada kot now dah kosong bukan masjid lebih kepada dewan kecil jer...sedey taw

p/s::cuerlastt pics raya byk giler ek jelezzz

anumuchan said...

besarnya masjid sana..best2..cni kecik je..so far xde pun lg aktiviti macam tu..sob2

yatie chomeyl said...

lady ayu : amik gmbr sendir bnyk2, tu la yg bnyk gmbr raya tu ehehe

anum : masjid sini besar sbb ramai komuniti muslim, tu pon dh mcm x muat dah

Hanis MY said...

bestnyo qiamullail... bertuah yatiey... alhamdulillah dimanfaatkan sebaik mungkin.. baju rayo dio comey jugop kala biru pulok tu... keney sgt2... very vogue di vasss (tu bukey baju rayo ore pong tah baju jamey bilo haha... paka hok mano ado)

mazni_azis said...

Lama tak berkesempatan qiamullail ramai2 macam ni...

ummuabdullahsyaakir said...

Alhamdulillh,rezeki akk dpt qiamulail berjemaah...peluang baik yang rugi kalau lepaskan.Kat sini ada juga buat pogram macamni tapi mula 20 Ramadhan lagi berkampung di masjid2 kat Cairo.Kalau tempat saya tak banayk masjid yg buat sbb kwsan perkampungan.

yatie chomeyl said...

hanis : alhamdulillah, tu pun dpt sehari jah..kalu dpt tiap2 hari lg best :)

angah : ingat lg x angah join qiyamullail kat kampung ucu dulu dgn arwah ma? :)

ummu AS : kat sini pun mmg start 20 Ramadhan dh berkampung kat masjid tp sbb akak kena gi sekolah tu yg smpt join sehari je tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...