CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday, 4 August 2011

Melawat HANTU sebelum diorang kena ikat

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif


Ini cerita hujung mingu lepas i.e. sehari sebelum berpuasa, hubby and I decided to visit Tenjin Haunted House. Kena pergi sebelum puasa la, sebab bulan puasa kan hantu semua kena ikat :p. Wah, tak sedar diri tu penakut tetap gigih mengikut bila hubby suggest nak pergi rumah hantu. Dasar pompuan bertahi lalat di kaki jelir.


Kebetulan jugak hari Sabtu itu ada jamuan perpisahan dengan visiting Prof yang akan balik ke Malaysia minggu ni. So, lepas dah isi perut kenyang-kenyang kami pun singgahlah kat Tenjin Haunted House tu.



Both hubby and I tergoda dengan ads pasal rumah hantu ini lah --> "Looking for a chill (down your spine) on these hot summer days? If you’ve got the guts, you could take a walk round Tenjin’s new haunted house based on some spooky urban legends. Both short and long courses are available with either sure to bring you out in a nice, refreshing, cold sweat!".

http://2.bp.blogspot.com/-KGLFTyxPQlo/TjjDeTviUpI/AAAAAAAALjc/Be7ZSHHPDEc/s1600/DSCN7423.JPG
+- pukul 6 lebih masa ni, suasana lengang tak ramai pengunjung -+

Japan’s haunted houses or “obake yashiki” are becoming summer hotspots as traditional venues cool down. In Japan, ghost houses are open especially in the summer months in amusement parks. This is linked with the Japanese Buddhism belief that August is the time when spirits return to visit.


Terus rasa tercabar bila baca ads tu dan bersemangat nak buktikan pada dunia yang kami tak takut hantu *poyo, padahal kalu tengok cite hantu I mesti tutup mata guna tangan hubby sengihnampakgigi *. Dah lah tu, tak sedar diri tu penakut pergi pilih yang long course which cost us ¥800(~RM30) per person. Kalau short course B cost ¥600(~RM22) per person.

Long course A berkisarkan lokasi seram di hospital manakala short course lokasi seram di rumah. I sengaja pilih hospital sebab kalau pilih yang rumah, nanti bila balik rumah terbayang2 pulak hantu tu. Kalau pilih yang hospital takpe, sebab bukannya selalu pergi hospital ye tak?.

http://2.bp.blogspot.com/-ZTyyMH-xLxA/TjjEjO1DEKI/AAAAAAAALjs/jP0CuPm5sq4/s1600/DSCN7429.JPG
+- kat kaunter tiket, nak jumpa hantu pun kena beli tiket -+


SN pulak sebelum masuk tu tidur nyenyak atas bahu daddy. Dia cuma bangun dari tidur beberapa minit sebelum kitorang masuk. Awek2 Jepun siap kagum tengok SN relax je nak masuk rumah hantu.

http://2.bp.blogspot.com/-78SwWqyp5TI/TjjDeMRzFlI/AAAAAAAALjM/S65eJ9VcNd4/s1600/blog-1.jpg
+- sedap je SN tidur, tanpa menyedari kejap lagi dia nak di bawa berjumpa hantu -+


Only a certain amount of people are let in at a time, in our case kami bertiga je lah jalan dalam haunted hospital tu masa tu. Sebelum kami masuk, ada 2 pasangan couple Jepun masuk dan I duk bantai gelakkan awek Jepun yang menjerit-jerit tu *sedap gelakkan orang, tak sedar diri tu super duper penakut jugak*.

http://2.bp.blogspot.com/-6K4d81kgJGo/TjjDd-yMgPI/AAAAAAAALjE/tr1BP_Uwwdg/s1600/blog.jpg
+- tu awek Jepun yang kat belakang I tu lah yang masuk sebelum kitorang dan duk terjerit-jerit macam histeria kat dalam tu -+


Sebelum masuk, diorang bagi kitorang baca peraturan kat dalam tu dan yang paling penting, bila dah masuk tak boleh patah balik, kena teruskan je berjalan sampai ke hujung rumah hantu tu. Kat dalam tu tak boleh ambil gambar, so I explain guna perkataan dan image yang I cilok dari google je lah untuk hantu-hantu dalam tu ye.

http://4.bp.blogspot.com/-Qhb8Gsg79us/TjjDeD216WI/AAAAAAAALjU/gmrBT6v2668/s1600/blog-2.jpg
+- kat pintu masuk, muka masing-masing dah cuak -+


Suasana kat dalam tu gelap gelita, lansung tak nampak apa-apa *ye lah, dah nama rumah hantu takkan nak terang benderang pulak*. Sebab gelap, jalan tu kena pegang tali kat tepi dinding. Sebelah tangan I pegang tali, sebelah lagi pegang lengan hubby kuat2. Hubby pulak sebelah tangan pegang tali, sebelah lagi dukung SN. Baru je 2-3 tapak melangkah tiba2 I rasa hembusan angin kat tangan, terus I lepaskan tali dan dua2 tangan peluk lengan hubby kuat2.

http://3.bp.blogspot.com/-unh2gRIp3Gc/TjjDe5ExWWI/AAAAAAAALjk/BkDZhkns_Sc/s1600/DSCN7426.JPG
+- snapshot trailer video hantu kat dalam tu -+

Ada beberapa scene dalam rumah hantu hospital tu i.e :-
(1) Telefon berbunyi

• telefon antik kat atas meja antik, bunyi berdering-dering. memang kami tak angkat la telefon tu. pastu masa nak lalu tepi telefon tiba2 terkeluar jari panjang yang putih melepak di sebali langsir

• kat depan telefon pun ada hantu tapi I tak tengok hantu tu macamana sebab I dah pejam mata masa tu
gatai hahahaha

http://2.bp.blogspot.com/_LPW5gsqWMro/TOIQ2qOdTHI/AAAAAAAAAF8/cpUAmMp5KZc/s1600/ghost+hand.jpg http://youoffendmeyouoffendmyfamily.com/wordpress/wp-content/uploads/2010/07/ghost-town-phone.jpg
== Image source: here and here ==


(2) hantu terbaring tepi jalan
• kat lorong yang sempit tu, ada hantu muka berdarah-darah terbujur kaku sambil suara mendayu-dayu



(3) hantu dalam kereta eksiden

• kereta tu nampak separuh belakang je sebab langgar dinding hospital tu. masa kat sini I dah pejam mata, tapi hantu tu ketuk2 pintu kereta kuat-kuat dan panggil dengan suara sayu "Oide..oide"(maksud: mari sini)



(4) hantu bawah katil hospital

• yang ni super duper seram. hantu berambut panjang merangkak keluar tiba-tiba dan muncul separuh badan dari bawah katil sambil menghulurkan tangan.
• masa hantu tu bergerak dari bawah katil, serius I rasa nak terkencing dalam seluar. kami lari tak cukup tanah sebab takut hantu tu kejar padahal hantu tu cuma memanggil kami dengan suara mendayu-dayu je dari bawah katil tu

http://image.ohmynews.com/down/images/1/internews_213116_1%5B285843%5D.jpg
== image source: here ==

(5) hantu belakang pagar
• yang ni muka tak seram sangat so kami jalan elak-elak tak nak bagi dekat dengan dia. Hantu tu panggil-panggil suruh pergi dekat dia. Bila I pusing belakang, tiba-tiba hantu tu keluar dari pagar dan kejar kami. I menjerit sampai nak tercabut anak tekak dan lari laju-laju.

• Rupa-rupanya ini scene last dan tengah2 duk syok I menjerit tu kami dah sampai kat ruang depan. Malu lah pulak bila orang lain pun dengar sekali jeritan bak halilintar I tu
gatai eheh.

http://www.execte.com/wp-content/uploads/japanese-ghost-houses-300x200.jpg
== Image source : here ==


I dah pernah masuk rumah hantu kat Malaysia dari kecik lagi tapi tak de satu pun yang seram sebab hantu tu cuma orang pakai topeng beli kat kedai. Tapi hantu2 dalam rumah hantu Tenjin ni memang di make-up kan khas sebijik macam dalam cerita Ju On tu. Lagi satu, hantu dalam rumah hantu Tenjin ini tak de lah ambil kesempatan nak raba-raba pengunjung kat dalam gelap tu jelir.


Lepas tu pulak, diorang tak de menjerit-jerit growling buat2 suara hantu tapi diorang panggil dengan suara mendayu-dayu sayup-sayup je kat telinga. Serius rasa nak terkencing dalam seluar. Sampai satu tahap I rasa nak buat-buat pengsan je kat situ so that hubby terpaksa dukung I keluar dan I tak payahlah habiskan route dalam rumah hantu tu.



Yang bestnya, SN tak takut lansung sepanjang dalam rumah hantu tu. Padahal selalunya SN punya tahap takut sama level je dengan mommy. Mungkin dia rasa selamat sebab daddy yang dukung. Bila dah sampai kat exit rumah hantu tu, I yang dukung dia. Masa tu baru lah SN takut dan peluk mommy erat-erat sambil cakap "Obake, kowaii" (hantu, takut).
Agaknya masa tengokhantu2 tu SN tergamam sangat ataupun SN terkejut dengar jeritan mommy yang lagi menakutkan dari suara hantu2 tu gatai ekekeke.


Nasib baik malam tu masa tidur I tak mimpi bukan-bukan ataupun mengigau ke apa. SN pun OK je. Kesimpulannya, walaupun I tahu hantu-hantu dalam haunted house tu cuma orang pakai mekap je, tetaplah menakutkan sebab diri ini memang penakut. Eh, tapi hubby yang berani tu pun macam terkejut-kejut dan takut jugak kat dalam haunted house tu; so kira memang TenjinHaunted House berjaya lah mendatangkan chill dalam diri kami.

http://4.bp.blogspot.com/-wdmXbeKbaZ8/TjjEjY08JrI/AAAAAAAALj0/i0axe75mYZw/s1600/tenjin%2Bhaunted%2Bhouse.jpg
+- gambar yang di tangkap depan poster, diorang jual 500 yen (~RM18) sekeping. beli bila dah keluar dari rumah hantu tu -+

#List of popular haunted house in Japan --> here

Psssstt: tahap ke-penakutan diri ini ialah di tahap kronik sampai pergi toilet pun suruh hubby tungu depan pintu bilik air
jelir eheh.

** semua gambar kami di ambil sebelum masuk, lepas dah keluar kelam kabut berkejar balik rumah tak sempat nak ambil gambar lagi dah sebab nak kejar solat maghrib **


Thanks for reading this (^-*) ~


12 words of wisdom & comments:

Gieyana said...

sure me x leh masuk dlm nie..confirm mau terkucil dbuatnya..consider uols mmg brani..:)

Rai said...

yatie dah pegi obake yashiki kat fujikyu hairando? yg situ lagi ngeri..siap kejar org bagai..seb baik saya tak ketuk ngan lampu suluh..hehehe..

@e_da said...

baca yatie tulis mmg seram tu.. kalau sy mmg penakut la. tak berani.. dulu penah masuk sampai putus gelang tangan.. mana taknya main tarik2 tangan ngan kawan sambil terjerit2 takut.. ehhe

Hanis MY said...

g jupo hatu nak dio...mujo SN tido... kalu tok tido jerik dok dio?

Huda said...

if huda..xnak la masuk..siyes takut tgk cite antu jepun ke korea ke..isk3 :)

isabelle said...

hahahaha...
i terbyg kemaluan membesar bila kantoi menjerit2 x hengat smpi ke hall dpn.

Oyis said...

mcm janji2 jah kito tulis pasal bangsa penakut nih hehee.. kalo ore la, x leh masuk bekali rumah hantu lagu ni. kalo bwk aisyah lg la pangkah. dio tu penakut jgk, ngan fly pon bertempik2 kalo masuk lalat rumah

Affieza said...

Heee...mmg menyeramkan..

Nanak said...

oh tidak...i adalah sgt penakut..

yatie chomeyl said...

Gieyana >> x la berani, tp buat2 berani je

Rai >> amponn , yang tu tobat I terkencing terberak klau masuk huhuhu

@eda >> lenkali mausk dgn org yg berani, so kurang sikit rasa takut tu kot hehe

yatie chomeyl said...

Hanis >> dio bgn sblm jupo hantu..dio xtakut, mommy jah over penakut

huda >> tkut kan cite hantu diorg..seram sbb hantu nya suara slow je

isabelle >> memang malu gila, tu yg I terus dukung SN tiba2 tu,...konon2 nak cakp SN lah yg jerit ngeeee

yatie chomeyl said...

Oyis >> SN pun penakut jugop to kebetule hr tu sbb daddy dukung bekali so dio xtakut. kalu mommy hok dukung, teriok lana la dio sbb aura penakut mommy transfe rko dio kui3x

affieza >> memang, seram gila

nanak >> meh la try dulu hik3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...