CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 25 August 2011

Al-kisah Baju Raya

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-25 dalam bulan Ramadhan 1432H. Macamana amalan?. Macamana kesungguhan mengejar Lailatul Qadar?. Masih membara kah semangat itu atau pun dah semakin pudar di telan keinginan meluap-luap untuk berhari raya?. Teeeeettttt, sama-samalah kita fikirkan.


Tahun ini kami sekeluarga akan menyambut raya di Fukuoka, tak balik beraya di Malaysia. Nothing much to worry or to be sad about *ayat pujuk hati sendiri* sebab kemeriahan beraya di Fukuoka ini pun meriah macam kat Malaysia; seperti yang pernah di ceritakan dalam entry
Dendang Perantau Fukuoka, Yang bestnya bila beraya di perantauan; Ada baby dalam perut Cik Ti ~tsk3x (T_T); Nasi AirKelantan Fukuoka ☺,dan Sesi penutup untuk membuncitkan perut ~ Aidilfitri 1431H.



Walaupun beraya di perantauan, dengan gediknya I request juga baju raya dan dengan sabarnya keluarga mertua menurut kemahuan I. Mula-mula nak suruh adik I tolong belikan, tapi adik I kan 4 orang lelaki. Yang perempuan sorang tu stay asrama, payah lah pulak nak suruh pergi beli baju raya idaman hati. Kalau nak suruh Kak Nur lagi payah sebab Kak Nur online malam je, so mengendeng dekat mak mertua dengan adik ipar lah. Untung jugak ada 3 orang adik ipar perempuan dan 2 orang adik ipar I tu tengah bercuti.



Tengok-tengok kat online shop tapi tak berani nak beli terus sebab takut scam. Kalau ada yang betul-betul pasti tak scam pulak, harga nya macam tak padan dengan poket I.
Since sekarang ini style jubah kaftan dengan kurung moden kaftan tengah "in"; so I request adik ipar belikan design cenggitu lah. Lagipun SN dah stop menyusu, bolehlah mommy nak melaram pakai jubah ataupun baju pelik-pelik sikit sebab dah tak payah fikir macamana nak selak baju untuk susukan dia.

+-Baju kurung kaftan seri permata fasiha. Source: Butik Allinfashion -+

Zaza Sequin Collar Kaftan in Blue
+- Zaza Sequin Collar Kaftan in Blue, Source : FashionValet -+


Lebih kurang macam itulah design yang I berkenan, tapi tak lah beli baju dari FV tu, tak padan dengan poket I rasanya hehe. Walaupun body I ini kira senang nak cari size, tapi ramadhan kali ini rasanya berat badan I turun lagi. Bila baju yang di beli oleh adik ipar & MIL tu selamat sampai ke Fukuoka, alamakkkkkkkk terlebih gedoboh la pulak.


Baju tu saiz 40, memang OK kat bahu dan lengan. Kalau beli saiz 38 nanti bahu macam kecik sikit, angkat ketiak kang koyak pulak lengan baju. tapi bila beli saiz 40; adoyaiiii besar nya kat pinggang ku ini.
Terus sentap, muncung sedepa sebab pakai baju kurung moden tapi shape macam guni beras. Bukan nya sentap kat baju tu, tapi sentap kat diri sendiri sebab siapa suruh kurus sangat, kan dah jadi macam bini popeye *mengata diri sendiri* mrgreen. "Over nya nak sentap bagai, tak reti bersyukur ada baju baru untuk beraya", monolog dalaman hati untuk muhasabh diri.


Nasib baik tempoh sentap itu tak lama sangat sebab ada kawan I kat sini yang ada mesin jahit. Terus mintak tolong dia kecikkan pesak kat baju tu, dan malam semalam dah dapat pun baju yang di alter tu. Elok terletak cantik je kat badan I, dah tak jadi macam guni beras maka muncung pun dapat di sedut semula ke dalam
ihikhik eheh.


Kejadian sentap kepada diri sendiri ini mengingatkan I pada alkisah baju raya masa kecik-kecik dulu. To be honest I memang cerewet dari kecik lagi bab baju especially baju raya. Dulu-dulu at least Arwah Ma akan prepare 3 pasang baju untuk beraya.



Masa kecik-kecik Arwah Ma yang jahit baju I, tapi ada satu tahun tu Arwah Ma jahit baju yang I tak berkenan warna nya *warna hitam* dan juga design kecik kat atas, kembang kat bawah. Merajuk sebab tak berkenan dengan baju tu, padahal umur baru 7 or 8 tahun je masa tu. Last-last tunjuk perasaan, masa raya pertama tak nak pakai baju hitam tu; pakai baju raya tahun lepas untuk raya pertama. raya ke-2 dan ke-3 pakai baju kasual, dress dan gaun kembang-kembang lah kalau tak silap.



Bila dah remaja, hantar baju kat tailor. Ada sekali tu, tailor tu salah jahit baju I, terkecik la pulak. Sentap lagi, terus Arwah Nenek pergi kat rumah tailor tu dan bagi 'syarahan percuma' kat orang tu. Mentang-mentanglah Arwah Atuk bekas penghulu kampung, Arwah Nenek pun kira macam 1st lady la, tu yang boleh pergi bagi 'syarahan' kat tailor tu.



Bila dah makin meningkat dewasa, hantar baju kat tailor tepi rumah kat kampung tu je. Tailor tu memang terkenal la jugak, dan dia ni mak sepupu I lah. Memang best hantar baju kat dia sebab jahitan kemas dan design yang kita nak pun memang di penuhi. Tapi, masalahnya kalau hantar 3 pasang baju, dia akan tanya baju mana untuk raya pertama, baju mana untuk raya kedua. Sebab musababnya dia tanya itu ialah biasanya baju raya kami sekeluarga *Arwah Ma, Makcik,
Kak Nur, Awin and I*; cuma akan di siapkan pada pagi raya sahaja. Biasanya beberapa minit sebelum nak pergi semayang raya baru lah baju tu siap. Adoyaiiii.



4-5 tahun kebelakangan ini sampailah sekarang, I lebih suka beli baju siap je. Senang, cepat dan affordable. Tapi itu lah, bila beli baju yang dah siap ni, biasanya I memang kena alter part pinggang tu especially bila beli baju kebaya atau baju kurung moden. Kalau guna cutting asal, memang baju kebaya tu jadi bentuk guni beras lah kot
jelir.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsuFusiUXjMYmXzBFzDkcAJNnA47AKWa7xPEfkl_8q1fUoYDNbTYSWrIwl3PqnKfE8wVxKMVjBmTu6QkVsF9MkbBEqYHYNaXRkgXxpBkDY6ULEndptHTunEtGzD0xB0yrb49z8QCFZ3ZY/s1600/AIDILFITRI.jpg
+- gaya over, zaman anak dara -+


Untuk raya tahun lepas dan 2 tahun lepas pulak, I pakai baju yang jahit masa kahwin hari tu. Untung jugak buat baju 2-3 pasang masa kahwin, boleh pakai buat beraya, jimat belanja provided that saiz badan tak mengembang sangat lah berbanding dengan mula-mula kahwin.
mrgreen


+- pakai baju kahwin 2008 pada Aidilfitri 2009 & 2010 -+


Memandangkan baju raya tahun ni dah settle untuk kami bertiga (SN pakai baju melayu yang Cik Deja bagi hadiah 2tahun lepas); tinggal I nak cari scarf dengan aksesori nak pakai dengan baju raya je lah. Bila I cakap I tak ada tudung, terus hubby membulatkan mata dia yang tak berapa bulat tu sambil bertanya "Tak ada tudung?????"; serentak dengan itu juga jari dia menunjuk ke arah hanger tudung.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyi6eQIHPbBohpuvCURTSaWrC9e8dt8pE42JI7F7wcVk2WV76wRMYcNMi_uIdurBBv2Fi8PfKadgUTFvo6tKGv-QtlG6rtjZ34fZ7SVAMQH87w0Tek80P4ZgxGULaG_IuVbm-xhmkPASk/s1600/blog.jpg
+- koleksi tudung & Shawl Yatie Chomeyl di Fukuoka -+


Ye lah, fine....I belit je lah dengan mana-mana shawl/tudung yang ada. Poyo beria sangat nak baju raya, tudung raya, aksesori raya bagai tu...sekali sensei tak bagi cuti. Lagipun raya kan jatuh hari Selasa, entah-entah Sensei bagi kerja menimbun-nimbun pulak. Takkan pakai baju raya pastu pergi lab, duduk mengadap komputer je kan...apa kejadahnya pekdahnya?. jelir Ambik kau, padan muka sendiri!.


Pssssstttt: Fuhhh kiri fuhhhh kanan, harap-harap Sensei berkenanlah bagi off day hari raya nanti. Kalau tak, I ponteng je lah *macamlah tak biasa ponteng lab ni kan*
ihikhik .

~ Thanks for reading this (^-*) ~

22 words of wisdom & comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

pewittt lawa oke kaftan itew...oke la kat sana ramai mesian kat sini weols jer so mood nak berbaju raya x rasa pow...buat ai suka koleksi shawl uols tue ....ai kat sini sket jer byk kat mesia....jenis ai beli yg latest design lepas pakai sini 2 bulan dah masuk design baru so rasa ketinggalan plak ngeee...

Nanak said...

harap2 sensei bg offday masa raya nti..hihihi...:)

RinnAzrinah said...

raye di perantauan erk?.. same ler kite... kite kat seberang laut china selatan je... hehee

Umie said...

mmg cun kaftan tu.. aii pun berkenan tp disebabkan masih duk BF takleh le nak melaram...hehehe

weolls plak sensei hubby bg cuti 2 minggu..;-)

Unknown said...

cantik kak baju tu. apa warnanye? tema apa? hehe..

Eray Majid said...

:) xpe..if sensei x bagi cuti..bwk ketupat rendang makan dengan sensei dekat lab...ok kah?

*∽ IZAN ∽* said...

uikss.. banyak koleksi tudung/shawl yatie. K.izan dulu ada 3 lai je.. cream, putih & corak2 1 yg biasa pakai.. nak fancy sgt takut over medatsu.. maklum la low profile ha ha.

anyway.. alaaa.. cam tak biasa je ponteng di pagi raya ha ha. kalo gi kelas pakai baju kurung tau la ada celebrate festive uuhuhu

ddiini said...

uiks...banyok nyo koleksi tudung....mmg beraya ngan bergaya nih...solah dh viva ke???selamat dh?

Hanis MY said...

wahhh comannya baju rayo tak sabar nk tgk real version... ore tokgi rayo pun embassy pg rayo ado meeting huwaaaa...

isabelle said...

hahaha.muncung bejaya disedut balik.keh keh keh.

nasib baik kalo i ckp "takde tudung la.." mrhubby x pernah buntangkan mata. dia sengih2 sbb dah faham sgt, satu gedung pun belum tentu org pompuan kata cukup.hahaha

Almiraz said...

Mak ai byk gile tudung!!! But to tell u the truth i pun byk gak tudung, yg pesyen since 1998 pun ada, yet still mcm takde tudung kan?...nk buat camne, nafsu 9...

transformed housewife said...

baju rayo, baju kaftan tu ko? Next time, royak jahla ko Knur awal2 nok suruh beli baju. Knur bulih ja gi survey pahtu tlg beli. Tudung2 kito dulu pun belana kokna dlm bilik Ti. hehehe

anumuchan said...

banyaknye laaa koleksi tudung akak..huuuuu

sy tak pikir lg nk pakai baju apa raya nanti..bolee tak gitu.isk2..mcm org patah smgt nk raya je..huhuu

Unknown said...

Shopping tetap shopping ye walau di mana beradakan..nak abah kirimkan lemang ke?rendang ke..hehehe

Mencari Blog Perantau

Oyis said...

baju raya aisyah x sampai lg ni pos dari msia, lagu mana nak berayo weh? maka terpaksa la ponteng lab td, gi beli baju gaun hehe... kena justify tu sbb musabab x masuk lab heheh

Fid said...

semoga dapat cuti raya
all the best
selamat hari raya!

yatie chomeyl said...

lady ayu : tp thun ni ramai gak balik raya kat msia, so x meriah macam selalunya la kot

nanak : harap2 nya gitulah

rinnazrinah : selamat beraya di perantauan sob sob (T_T)

yatie chomeyl said...

Umie : tu yg best ny abila dahx BF ni, leh melaram lagi over eheh

huda : tunggu gambar raya lah, br boleh bgtau tema apa :)

eray : mau tersedak sensei kalau bagi makan rendang. org jepun bukannya tahan pedas hehe

yatie chomeyl said...

k/izan : koleksi je bnyk, tapi duk ulang pakai yg sama jugak tiap2 kali keluar

ddini : Alhamdulillah, selamat doh dio :)

hanis : tu buke baju rayo ore, tp pesen gitu la lebih kure :)

yatie chomeyl said...

Isabelle : hubby u mmg memahami betol hehe

almiraz : tu la pasal, pompuan2x

kak nur : kebetule adik solah tengoh cuti, tu sene mitok tulong dio jah

yatie chomeyl said...

Anum : ngape gitu? meh la beraya kt fukuok kalau gitu

abah khalisha : boleh gak, nak alamat tak? eheh

yatie chomeyl said...

oyis : "terpakso" ponteng deh? wakakakakakaka

ahkak fid : selamat hari raya to u jugak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...