CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday 10 August 2011

Sisi gelap tentang DUIT



Semalam kita di kejutkan dengan siaran video seorang penuntut jurusan perakaunan tajaan Mara di kota London telah diserang semasa sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa oleh para perusuh yang juga telah merompaknya. Beliau bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi turut disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London.





Kejadian yang menimpa pelajar itu membuka mata banyak pihak tentang jenayah samun/rompak/curi mahupun penyeluk saku yang berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi juga di negara maju seperti UK.


Kejadian ini juga turut menggamit memori silam sewaktu
master studies suatu ketika dahulu di mana saya dan kawan-kawan turut beberapa kali menjadi mangsa penyamun dan penyeluk saku di bandar-bandar besar di Eropah.


(1) Madrid, Sepanyol

Bukan sekali dua malah berkali-kali kami menjadi sasaran penyeluk saku yang aktif menjalankan aktiviti menyeluk saku terutama sekali di dalam pengangkutan awam seperti metro (train) dan bas. Mereka biasanya mensasarkan golongan pelajar ataupun pelancong yang datang dari luar Madrid.


Penyeluk saku ini biasanya bergerak dalam kumpulan 2-5 orang sewaktu menjalankan 'operasi' mereka. Mereka akan bertindak mengepung mangsa sebelum pura-pura bercakap sesama sendiri dengan nada kuat untuk mengalih perhatian. Apabila mangsa leka, salah seorang akan dengan pantas dan cekapnya menyeluk poket jaket atau poket bag mangsa. Sebaik mendapat apa-apa barang berharga, mereka akan cepat-cepat bergerak ke pintu keretapi dan turun pada stesen berikutnya supaya tidak dapat ditangkap.


Jangan terkejut kalau saya katakan yang penyeluk saku di kota Madrid ini begitu profesional kerana mereka dapat melakukan 'operasi haram' itu dalam masa 15-30 saat sahaja. Pantas bukan?.



Jangan terkejut juga jika saya beritahu yang penyeluk saku ini bukan sahaja terdiri dari golongan lelaki kulit hitam, lelaki imigran dari negara Eropah yang miskin malah saya pernah menjadi mangsa penyeluk saku kanak-kanak perempuan berumur dalan linkungan 10-12 tahun!. (**Fact: In Madrid Spain, police say that 95% of children they pick up for pickpocketing and theft related crimes are under 14 years of age).



Juga jangan terkejut jika saya ceritakan yang saya dan kawan saya hampir menjadi mangsa penyeluk saku dari kalangan wanita mengandung. Kerana kesiankan mereka yang sarat, saya dan Wani bangun untuk memberi kan tempat duduk di dalam keretapi itu kepada mereka. Sewaktu berjalan memberi laluan kepada mereka, kami di himpit dengan perut boyot itu seolah-olah tak muat. Tangan mereka pula sudah mula menjalankan operasi menyeluk ke dalam bag yang kami sandang.


Walaupun agak terperanjat dengan situasi itu, kami terus bertindak pantas dengan merempuh sahaja perempuan-perempuan mengandung itu. Sialan *itu kata hati kami waktu itu*, tidak mampu marah atau berbuat apa-apa kerana kami tidak fasih berbahasa Sepanyol dan tidak mahu memburukkan keadaan.
Selepas itu, beberapa kali juga lah kami bertemu dengan kumpulan wanita mengandung ini yang biasanya akan menaiki Metro (lrt) laluan airport kerana mensasarkan golongan pelancong sebagai mangsa mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8WHLcWSMzkxqaSOBguEdbqkdoUnORCLMfd-yX6-GEGOMGu1sGc7lrykGKGDjkj8uKQwShy4kEesOUDQ45YG9h3_MKVBzmQcd5sPDGnulNABBh6kugbAVoqt6UUcnzzV7z4vSa07f0P64/s1600/P1010021.JPG
+- kalau boleh jangan nampak sangat gaya seorang pelancong, siap bagpack depan belakang. golongan macam ini memang sasaran penyeluk saku, nak-nak lagi yang tengah kusyuk membeli-belah macam orang dalam gambar ini -+



(2) Rome, Itali

Kembara saya dan kawan-kawan ke bandar bersejarah ini di sambut dengan berita duka. Seawal malam pertama ketibaan kami dan sewaktu dalam perjalanan ke hotel, salah seorang dari kami telah di rompak di dalam bas.


Bayangkan kecekapan mereka yang durjana ini berjaya merompak dompet sahabat saya yang di letakkan di dalam poket jaket baju di hadapan sebelah atas dalam masa tak sampai seminit. Sewaktu rakan saya menyedari kehilangan dompetnya, penyeluk saku (pasangan kekasih) bergegas turun dari bas. Kami mengejar mereka dan minta dipulangkan dompet itu. Tapi mereka lebih cekap kerana sekejap sahaja bahan bukti (iaitu dompet rakan saya) telah di hapuskan jadi kami tiada bukti kukuh untuk membawa mereka ke pihak polis.



Di mana-mana sahaja tempat di bandar ini di lengkapi dengan papan tanda dari pihak berkuasa untuk mengingatkan orang awam khususnya pelancong untuk sentiasa menjaga barangan berharga dari sasaran pencuri dan penyeluk saku.


Malah sewaktu sedang asyik bergambar di Colloseum, tiba-tiba sahaja wisel polis di tiupkan ke arah kami. Ingatkan polis marah sebab pijak rumput rupa-rupanya polis cuba memberi amaran kepada kami agar tidak terlalu asyik bergambar sehingga mengabaikan beg sandang yang di bawa dan menasihatkan kami untuk sentiasa memakai beg sandang itu walaupun ketika sedang galak bergambar.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzbalY4_cU-Ct4RZP8VFbQnyfuf4uULSFj56WPJPsJuaINS-h_O-jRIRNkKrbmkAxj0WNotpJrYl9wVxPi3HAg429oGptTiZhddffEp-CEYQ78lhUmvOoOgPPxv7ZtKDEyV9fXvbSr0rY/s1600/P1000697.JPG
+- sebelum ditegur oleh polis di Colosseum, Rome -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfqyEAP3tg1LEp6FLUU8EGAbyRJeUZ7MzsYz51h7hJQyg0kQgAd0bEJEtsRrRzYnBzAVmh1CEHuUolt0v_62UjwPi_nNXvVABQRbSE_Sqy_4MeURQnVAY9LO5HXTUJE-Ygi2_HWEHqibo/s1600/P1000709.JPG
+- selepas di tegur oleh polis di Colosseum, Rome -+


Kalau nak ikutkan, banyak lagi pengalaman saya dan kawan-kawan bertemu dan 'berkenalan' dengan penyeluk saku di bandar-bandar besar Eropah tapi rasanya cukuplah kisah di atas itu untuk di jadikan teladan dan panduan bersama. (**Fact : Barcelona has been named as the riskiest place in the world for holding on to your wallet or purse. Rome came second, followed by Prague, Madrid, Paris, Florence, Buenos Aires, Amsterdam, Athens and Hanoi in Vietnam).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRbitJagiTKjxos9chtB4qLVIk6bnVddfTXhTKUHnRoEWdzmZL1Mj5BQCMOJsnWJ62TmssMz8qZZz7EsZ-O3LgOTQ1vQEdYGYE_1WIJ8eAjJFiNCvM5-RaGxuUwy6PriZ_eLoy_3vlIDo/s1600/IMGP2443.JPG
+- salah satu train station di Barcelona -+


Sedikit tips yang boleh di kongsikan dengan rakan-rakan semua yang mungkin ingin berkunjung ke bandar-bandar ini ialah :-
(1) Jangan letak semua duit + barang berharga dalam poket yang sama. Bahagikan sikit-sikit dan letak di poket yang berlainan.

(2) Jangan letak apa-apa di poket belakang. Kalau boleh pilih pakaian yang ada poket di sebelah dalam (biasanya jaket winter ada poket berzip di sebelah dalam).

(3) Jangan galas beg sandang di belakang bahu sebaliknya galas di depan.
(4) jangan letak bag di atas riba sewaktu duduk di dalam kenderaan awam. Kalau nak letak beg, kepit di celah2 kaki.

(5) Kalau boleh passport simpan kat hotel masa jalan-jalan, bawa salinan sahaja sudah mencukupi.

(6) Sentiasa bergerak dalam kumpulan bersama kawan-kawan, elakkan jalan/berdiri bersendirian terutama di dalam meretapi.
(7) Letak mangga atau sekurang-kurangnya gantung keychain untuk meyatukan kedua-dua zip bag(bagi meyukarkan si penyeluk saku) pada compartment bag yang mengandungi barang berharga.
(8) Pakai money bag/money pouch di pinggang untuk simpan duit dan passport. Bag itu di pakai di dalam baju.

http://www.localtraveltip.com/wp-content/uploads/2011/07/moneybelt.jpg
+- Money pouch for traveler. Image source: local travel tip -+Link

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhr6hsnTZYY3SKpR6BCuWSz1bBQvgmu6U85XeZoTPgNknhVFPyVuJdkY_pXDPQn1cLSrOcYTy9t1jdNN-TxGs8hZAuRxZPGF4ANP3j_nGc_rcS5OIglXsNO58tUN875jnwGkpvSzPZrsxI/s1600/IMGP1542.JPG
+- walaupun tengah posing, bag kena sentiasa letak kat depan. Lokasi: Aranjuez, Madrid -+


Kesimpulannya di dunia akhir zaman seperti sekarang ini manusia sanggup melakukan apa sahaja demi duit sehingga mengenepikan soal halal haram dan moral. Yang kaya terus kaya, yang miskin terus merana, yang jahat terus berkuasa, yang lemah terus di siksa dan yang dhaif terus di tindas.


Semoga kita tidak akan menjadi hamba kepada duit. Ya, memang betul duit penting dalam kehidupan tetapi duit bukanlah segala-galanya yang kita perlukan untuk bahagia. Mari sama-sama kita cari keberkatan dalam duit yang kita dapat dan semoga kita tidak terjebak dalam sisi gelap tentang duit yang boleh menghilangakn nilai kemanusiaan di dalam diri kita.


Sebagai penutup entry, terimalah pantun ini.
"Pergi ke pasar menaiki motorsikal Harley,
Lepas membeli ke kedai kopi,
Duit,pitih,ongkos,wang atau money
Banyak mana pun kita ada, takkan pernah mencukupi".

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpXaSW14Ms0S8JGGKf5-A_8SLCpAfGVDZEyFIWd2g_m1MjyHxbiCYnVGsd2f4JfRrs8b4vfvfHTMNeXr_8owlMC5rhSg5tT1FtopNxpHcGskTSZ06RlEEUkJHLyxDtS6aCmMXCtEFyC2s/s1600/P1010007.JPG
+- Duit setinggi Menara Pisa pun takkan cukup untuk manusia yang di penuhi sifat tamak -+



Psssssttt: Semoga entry ini boleh menjadi panduan buat rakan-rakan yang ingin berkunjung ke bandar-bandar berisiko tinggi seperti yang di sebutkan di dalam entry ini


“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh
[Nor Haryati Yahaya] dan ditaja oleh Adorable Muslimah


~ Thanks for reading this (^-*) ~

23 words of wisdom & comments:

Asmara said...

Betul la yatie, byk homeless dan refugee kat belah europe ni tu yg pencopet merata2. kami penah kene masa kat italy tp hp je hilang. nmpk depan mata pun ada, dlm train gak la budak tu saja menghimpit sorang pakcik tu kene marah terus je keluar kebetulan dia tau train nak berenti kat satu stesyen. mmg dia dah aim muka tourist. mmg byk la dgr kes kawan2 kat uk yg melancong kene pick pocket ni. kawan kami satu family habis hilang pasport semua bagai kat paris, pastu buat report police pun x nak membantu sangat. so mmg kene hati2 kalau nk melancong kat belah2 yg yatie mention tu.

Nur-nba said...

Kasihan melihat mangsa tu.. Bahaya juga ye, tak boleh lekalah kalau macam ni. Tentulah pelancong asing jadi sasaran.

Bagus juga Yatie bagi ingatan untuk pengajaran pada orang lain.

Nur-nba said...

Yatie, mohon izin untuk linkkan entri Yatie ni di blog. Terima kasih banyak ye.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

cian betul adek itew ek...tgk kt fb 2 hary lepas ...dah la cedera kena rompak plak...plus puasa sungguh menguji iman....cian dia moga tabah....wah curlasttt yatie dah sampai itali gitew

munira said...

seramnya yatie.....
pantas tul diorang buat keje kan!
peragut malaysia kene blajar dari diorang le kan :)
taklaa membunuh or mencederakan orang time nak ragut barang hehehehehe

♥MAMASYAZA♥ said...

kesian sgt bila tengok keadaan budak tu. rasa sedih. cepat btol depa mencuri

atoyissan said...

kena cari moneybeg ni..takut gak kan..kalau hilang sume duit nnti..dengan kimi lagi..ayakkk

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kesian kan tngk budak yg kena rompak tu...

aleya said...

dasyat ek..alhamdulillah la dok kat nihon..kawan sy ttinggal iphone dlm densha pon ley jumpe balik..kalo tingglkn beg atas meje kat kedai makn pon xde org nk kebas..hehe

Teratak Hami said...

Memang kesian tengok students tu. Seorang diri and nak melawan pun dah takut agaknya.

Kat Mekah & Madinah pun ada penyeluk saku jugak. Jgn ingat tempat2 suci takde orang buat kerja.

Hanis MY said...

bakpo la tulis entry ni lepas ore balik sini doh hehe... alhamdulillah hari tu g takdok gapo...hampir2 jah mujur beringat...keno kat geneva jah tepat lain ok...bestnyo dulu study sano byk tepak buleh g...

Mama Ammar @ Nor Haryati Yahaya said...

dah katanya kite umat akhir zaman, jadi macam2 musibah berlaku...kite sebagai umatNya kena la sentiasa berdoa agar keselamatan kite terpelihara...nak kata berwaspada & berhati-hati, kalu dah nak jadi tu tak bleh la nak dielakkan...

hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri..lebih baik la ditempat sendiri...

syayassir said...

sebab duit, orang sanggup buat macam2..
kita ni, eloklah berhati2, kan... malang tak berbau...

Oyis said...

mmg teruk pencopet europe ni. saing keno masa gi italy. beg letak di kaw luggage dlm keretapi, tp masa turun tgk x dop doh bag. mako sehelai sepinggang lah kawe tu berjalan2, x dop mood dah nak holiday baju2 semua x dak.
maso gi barcelona sorg2 thn lps tu, Alhamdulillah x keno. mmg takut jgk muga tahu dah barca tu tmpt HOT. tp maybe sbb gi summer school sorg2 tu yg x byk berjalan, gi school-hostel jah hari2. hari last plak naik hop on hop off bus, x turun2 plak tu. kalo mmg niat jln2 kena lebih berhati2 sbb klo berdua bertiga kito ralit berkecek n amik gmbr, maso ni lah demo aim bekali:)

Diana @ BKKC said...

salam ramadhan....gejala menyeluk saku n mencurik di ada dimerata-rata dunia..tak sangka negara yang nampak moden ni lagi berisiko tinggi..

yatie chomeyl said...

Kak As >> police diorg pun dh lali kes2 ni kan kak

k/nur >> sila lah share :)

Lady Ayu >> tu masa bujuang2 dulu, mmg sng nak berjalan sakan eheh

yatie chomeyl said...

munira >> yup, at least yg pencopet kat sana meragut x cderakan org la

mama syaza >> aah dah la puasa, kena belasah ..ken acopet pulak ..sian dia

atoyis >> nak g belah2 sana eh? if nak gi mmg kena pakai moneybeg tu

yatie chomeyl said...

lady zul >> yup, nasib baik Allah masih panjangkan umur dia

aleya >> kat nihon mmg selamat. tinggal apa2 pun insya Allah x di curi

teratak hami >> really? I ingat kat sanna takde. ni baru I tahu

yatie chomeyl said...

hanis >> mem senen nk derat time study sano sbb x keno guno visa pung

Mama Ammar >> betul tu, sama2 kita doa utk keselamatan kta & keluarga kita

sya >> yup, benda cenggini ada je kat mana2

yatie chomeyl said...

Oyis >> lagi sie ko saing tu, dgn luggage hile deh. meme patutlah xdop mood nk derat kalu doh hile gitu

diana >> aah org ingat kat negara maju takde..tp kat sana ramai je pencopet jugak

nieda said...

kt bandar2 maju pun mmg byk penyeluk saku ni. Masa husband study kt UK dulu, dia pun pernah jadi mangsa dgn budak sekolah.

Nur-nba said...

Terima kasih Yatie.. :)

anumuchan said...

xpenah lg smp europe..xtau pulak sane ramai penyeluk saku eh..nice info k.yatie..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...