CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Showing posts with label contests. Show all posts
Showing posts with label contests. Show all posts

Wednesday, 23 October 2013

One year supply of Huggies Dry Pants


Salam,


Last week, I've received a call from Kimberly Clarks' representative to make the arrangement for sending the 24 packs of Huggies Dry Pants to me. I personally requested for the parcel to be send to office as no one is at home during weekdays to collect the parcel.

Yesterday the parcel of 8 large boxes arrived at the office, so I have to put all the 8 boxes in the car *by placing down the back seat* in order to bring it home. Abg SN was very excited to see that our car has turn into a 'truck' (-__-').











SN Jr seems overjoy seeing those stack of boxes although I'm pretty sure that he had no idea what it is. 

As for mommy & daddy, we are extremely happy for at least we could save few hundred bucks on SN Jr's diaper cost *which could then be spent on mommy's new clothes*...hahahha. 


Psssstt : Thanks Huggies Malaysia!. 


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Wednesday, 4 September 2013

Grand Prize Winner for Huggies Dry Pants Blogger Contest

Salam

I received the notification e-mail from Huggies a week before Raya informing that I am the Grand Prize Winner for Huggies Dry Pants Blogger Contest. 

If you miss reading the entry, here's the post --> My mom know what's the best for me


Alhamdulillah...jimat belanja disposable diapers untuk setahun hehe.


Pssssttt : Hadiahnya tak sampai lagi so bulan ni kena beli diapers sendiri lagi hehe.


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Thursday, 31 January 2013

Kasmei H&M GIVEAWAY


Mari-mari adik kakak makcik pakcik..mari duduk rapat-rapat..I nak bukak cerita super duper best ni.

Citer best apa korang tanya?

Cer bawak bersabar sikit, boleh? keh keh keh...



Al kisah nya nak cerita pasal Giveaway dari Kasmei H&M. Untuk yang tak tahu.. Kasmei Hijab ni merupakanb online shop yang menawarkan pelbagai produk untuk wanita dan kanak2. Di antara produk2 nya ialah :- 











Shantekkkk kan hijab2 kat Kasmei H&M ni. Yang bestnya, sekarang ni Kasmei Hijab sedang menganjurkan giveaway yang sangat senang nak join dan terbuka utk semua yang ada FB account.

Cara2 nya senang sangat :-


2) Share this giveaway photo at your FB with your own comment



Haaa cik kak, tunggu apa lagi tu? cepat2...like FB Kasmei H&M pastu share pic GA tu, then comment..senang giloss weh.

Meh kita meh kita pakat2 join. Mana tahu ada rezeki dapat hadiah2 best yang di tawarkan itu. 

Pssssttt : Cepat weh, GA end by 15th Feb 2013!.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Thursday, 19 July 2012

Peatland Photo Contest



The Global Environment Centre (GEC), with support from the ASEAN Peatland Forests Project (APFP), SEApeat Project, Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd and Malaysian Nature Society (MNS) Photogroup, is pleased to announce the launch of a photography contest "Our Precious Peatland"; to promote sustainable management of peatlands in Southeast Asia.

The contest starts from 1 July 2012 until 30 Sept 2012 and it is open to photographers of all nationalities but photos must be taken from the peatlands in Southeast Asia by focusing on biodiversity and livelihood. 

It's a photo contest to raise awareness on Southeast Asian peatlands and the communities living in and around it. The deadline for submissions of digital photographs is 30 September 2012
Photography equipment prizes sponsored by Canon Marketing Malaysia & Canon Opto Malaysia - CANON.


Cash prizes sponsored by the UNs International Fund for Agricultural Development (IFAD) & Global Environment Facility (GEF) and the European Union (EU).


Prizes include:
1st Prize - US$1,000 + Canon EOS 60D (Kit III) EF S18-200 IS
2nd Prize - US$500 + Canon EOS 600D (Kit II) EF S18-135 IS
3rd Prize - US$250 + Canon EOS 1100D EF S18-55 IS
10 Consolation Prizes - Canon IXUS 240 HS


Popular Choice Prizes
1st Prize - US$300
2nd Prize - US$200
3rd Prize - US$100


For more details, visit www.aseanpeat.net/contest


YouTube video: https://www.youtube.com/watch?v=b66b34ZuWts&feature=plcp

=================================================================================

Info tambahan dari I, untuk yang tak tahu "PEATLAND" tu apa, senang citer ia sebenarnya tanah gambut. Kalau nak tahu tempat2 yang ada peatlands kat Malaysia, boleh rujuk kat A Quick Scan of Peatlands in Malaysia.

Ini gambar peatland kat Raja Muda Musa Forest yang I snap few months ago, sebagai rujukan untuk yang tak kenal peatland tu macamana.




Tak semestinya yang ada kamera DSLR saja boleh join. Kalau kamera compact pun, kalau subjek gambar tu menarik..Insya Allah akan ada peluang nak menang.

 Pssssttt : good luck untuk yang nak mengambil bahagian.

~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Friday, 11 May 2012

Can you help me? *sambil kelip2 mata bajet chomeyl*

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
STICKY ENTRY UNTIL 11th MAY 2012: FOR LATEST ENTRY PLEASE SCROLL DOWN 


Adoyai, lenguh2 badan hari ini. Malam tadi sampai rumah dari Osaka dah pukul 12.50 tengah malam dah. Pagi ni kepala pusing berpinar-pinar, maka men-cuti-kan diri sendiri, tak pergi kampus sebab takut pitam on the way ke kampus tu huhuhu. Tak sempat lagi nak mengarang entry untuk cerita jalan2 dan conference di Osaka weekend hari tu; ni baru terhegeh-hegeh nak transfer gambar. 

By the way, hari ini entry pendek je kot; just nak mintak tolong korang yang tengah baik hati yang tengah baca blog ini untuk vote gambarI kat FB Ixalicious.


"Dear family & friends, can you help to vote my pic for the Mother's Day Contest...please pretty please".
 

Like my pic here --> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=428368543841168&set=a.424585467552809.107127.218268578184500&type=3

THANKS IN ADVANCED...LOVE U GUYS..XOXO :)

"Ixalicious will make our mother's day meaningful because we can have extraordinary cake at affordable price..superb!"


Tolong ye kawan2 yang cantik2 manis, chomeyl dan hensem sekalian.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di dahulukan eheh.
~ Thanks for reading this (^-*) ~ 
 

Friday, 4 May 2012

Latest winning from online contests

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Lately sebab perasan macam busy, jarang2 nak join online contest dan GA macam dulu2. Kalau join pun yang senang2 ataupun yang kawan2 rapat kat dunia blogging ni yang organize. Konon2 nya nak support GA yang member2 buat lah *padahal jauh di sudut hati memang nak menang gak lah* eheh.

So, hari ni nak share rezeki kemenangan terbaru kat GA yang I join through my contest blog

• contest anjuran Kak Yong 
• memenangi blaus (purple-black & white) tajaan Take Me Home. I like sangat2, dapat baju baru..yippeee



• menag hadiah saguhati Environsax Bag bernilai RM30
• walaupun tak dapat hadiah utama COACH wristlet tu; tapi I tetap bersyukur sebab at least dapat jugak hadiah. tak sia2 I copy paste dan buat 5 entry untuk join GA ni hehe.
 



Pssssttt : entry ni scheduled post, by the time this entry is published...SN's family tengah pusing2 menacri jalan kat Osaka/Kyoto dah kot eheh. Wish me luck for my presentation tomorrow eh.

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Monday, 5 March 2012

Win COACH Wristlets at BabyIbu




 Tarikh : 1 Mac 2012 sehingga 31 Mac 2012


Bagi Penyertaan Melalui Blog
  1. Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini.
  2. Link BabyIbu dalam bloglist anda.
  3. Membuat entri mengenai contest ini diblog anda - copy paste pun ok.
  4. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan juga semua penaja (no link back will be disqualified)
  5. Follow blog RoseTreat, Mia Fichita, CutestCloset, BabyIbu, TwoLittleJJ, dan Miszhoneynadia.
  6. Tinggalkan link entri anda di entri contest di blog BabyIbu beserta nama pendek dan email.
Syarat Penyertaan
  • Pemenang akan dipilih secara random.
  • Boleh hantar banyak penyertaan (sama ada melalui FB atau blog).
  • Setiap satu penyertaan dikira satu cabutan. Sekiranya melalui blog dan FB maka ada dua cabutan. Sekiranya ada dua kali entri di blog dan dua kali share di FB dikira 4 cabutan.
  • Sekiranya tidak memenuhi syarat di atas maka cabutan seterusnya akan dibuat.
  • Semua keputusan adalah muktamad.

Hadiah


Coach Julia Legacy Stripe Multi-Color Wristlet worth RM250 x 1

COACH Signature Stripe Khaki/Multi Wristlet worth RM220 x 1



Bag Holder worth RM25 x 3

Top Referer

Environsax Bag bernilai RM30


Penaja - Tq So Much

~ Thanks for reading this (^-*) ~
 

Friday, 9 September 2011

Dapat hadiah photobook RM129.00 ... yippeeee

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif
Pagi tadi lepas Subuh I check e-mail sebab dapat notification tentang keputusan JOM PHOTOBOOK GA yang I join bulan lepas dah di umumkan. Sekarang ini sebab dah makin sibuk, tak sempat nak join GA dan Contest banyak-banyak macam dulu, so I sempat join satu contest je setiap bulan, sadis tak?. Kalau dulu siap join 2-3 contest seminggu mrgreen .

Untuk JOM PHOTOBOOK GA; I di minta untuk nyatakan kenapa I layak menang. Here's my entry --> JOM PHOTOBOOK Giveaway by KedaiGambarKami


Saya patut menang JOM PHOTOBOOK Giveaway by KedaiGambarKami kerana :

K- kegilaan bergambar tahap
E- ekstreme
D- dan
A- amalan menyimpan sahaja gambar2 itu dalam hard disk
I- ialah kurang bijak

G- gambar-gambar itu mungkin terdelete
A - atau
M- mungkin ter-format tanpa sedar
B- baiklah kiranya
A- ada usaha untuk
R- umuskan gambar2 itu menjadi satu cerita yang manis


K- ke dalam photobook percuma
A- anjuran GA dari Kedai Gambar Kami
 
M- moga ada rezeki nak menang
I- Insya Allah!


A photobook can preserve the priceless memories in a coffee table quality digital photo album. Get your own photobook from KedaiGambarKami now!.

Cepat-cepat I serbu blog Kedai Gambar Kami untuk check kot-kot ada rezeki nak menang salah satu hadiah yang di tawarkan itu dan scroll laju-laju sampai lah part keputusan GA tu terpapar.


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah juri nampaknya suka dengan sebab yang I nyatakan itu so diorang bagi I menang hadiah utama untuk Kategori B: utk mereka yang BELUM pernah menempah photobook dgn KedaiGambarKami.


First Prize



1 x photobook bersaiz 8.5 x 6 inci softcover, 20 pages bernilai RM129.00!

Pemenang:Yatiey Chomel


Yeay yipeee, syok sangat. Dah lama rasanya tak dapat hadiah dari GA dan contest. Now excuse me ladies and gentelaman, I nak pergi pilih gambar-gambar untuk masukkan dalam photobook tu..lalalalala ♪ ♫ ♪.

Pssssttt: Alhamdulillah, rezeki di hari Jumaat dan rezeki di bulan Syawal.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Wednesday, 10 August 2011

Sisi gelap tentang DUIT



Semalam kita di kejutkan dengan siaran video seorang penuntut jurusan perakaunan tajaan Mara di kota London telah diserang semasa sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa oleh para perusuh yang juga telah merompaknya. Beliau bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi turut disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London.





Kejadian yang menimpa pelajar itu membuka mata banyak pihak tentang jenayah samun/rompak/curi mahupun penyeluk saku yang berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi juga di negara maju seperti UK.


Kejadian ini juga turut menggamit memori silam sewaktu
master studies suatu ketika dahulu di mana saya dan kawan-kawan turut beberapa kali menjadi mangsa penyamun dan penyeluk saku di bandar-bandar besar di Eropah.


(1) Madrid, Sepanyol

Bukan sekali dua malah berkali-kali kami menjadi sasaran penyeluk saku yang aktif menjalankan aktiviti menyeluk saku terutama sekali di dalam pengangkutan awam seperti metro (train) dan bas. Mereka biasanya mensasarkan golongan pelajar ataupun pelancong yang datang dari luar Madrid.


Penyeluk saku ini biasanya bergerak dalam kumpulan 2-5 orang sewaktu menjalankan 'operasi' mereka. Mereka akan bertindak mengepung mangsa sebelum pura-pura bercakap sesama sendiri dengan nada kuat untuk mengalih perhatian. Apabila mangsa leka, salah seorang akan dengan pantas dan cekapnya menyeluk poket jaket atau poket bag mangsa. Sebaik mendapat apa-apa barang berharga, mereka akan cepat-cepat bergerak ke pintu keretapi dan turun pada stesen berikutnya supaya tidak dapat ditangkap.


Jangan terkejut kalau saya katakan yang penyeluk saku di kota Madrid ini begitu profesional kerana mereka dapat melakukan 'operasi haram' itu dalam masa 15-30 saat sahaja. Pantas bukan?.



Jangan terkejut juga jika saya beritahu yang penyeluk saku ini bukan sahaja terdiri dari golongan lelaki kulit hitam, lelaki imigran dari negara Eropah yang miskin malah saya pernah menjadi mangsa penyeluk saku kanak-kanak perempuan berumur dalan linkungan 10-12 tahun!. (**Fact: In Madrid Spain, police say that 95% of children they pick up for pickpocketing and theft related crimes are under 14 years of age).



Juga jangan terkejut jika saya ceritakan yang saya dan kawan saya hampir menjadi mangsa penyeluk saku dari kalangan wanita mengandung. Kerana kesiankan mereka yang sarat, saya dan Wani bangun untuk memberi kan tempat duduk di dalam keretapi itu kepada mereka. Sewaktu berjalan memberi laluan kepada mereka, kami di himpit dengan perut boyot itu seolah-olah tak muat. Tangan mereka pula sudah mula menjalankan operasi menyeluk ke dalam bag yang kami sandang.


Walaupun agak terperanjat dengan situasi itu, kami terus bertindak pantas dengan merempuh sahaja perempuan-perempuan mengandung itu. Sialan *itu kata hati kami waktu itu*, tidak mampu marah atau berbuat apa-apa kerana kami tidak fasih berbahasa Sepanyol dan tidak mahu memburukkan keadaan.
Selepas itu, beberapa kali juga lah kami bertemu dengan kumpulan wanita mengandung ini yang biasanya akan menaiki Metro (lrt) laluan airport kerana mensasarkan golongan pelancong sebagai mangsa mereka.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8WHLcWSMzkxqaSOBguEdbqkdoUnORCLMfd-yX6-GEGOMGu1sGc7lrykGKGDjkj8uKQwShy4kEesOUDQ45YG9h3_MKVBzmQcd5sPDGnulNABBh6kugbAVoqt6UUcnzzV7z4vSa07f0P64/s1600/P1010021.JPG
+- kalau boleh jangan nampak sangat gaya seorang pelancong, siap bagpack depan belakang. golongan macam ini memang sasaran penyeluk saku, nak-nak lagi yang tengah kusyuk membeli-belah macam orang dalam gambar ini -+



(2) Rome, Itali

Kembara saya dan kawan-kawan ke bandar bersejarah ini di sambut dengan berita duka. Seawal malam pertama ketibaan kami dan sewaktu dalam perjalanan ke hotel, salah seorang dari kami telah di rompak di dalam bas.


Bayangkan kecekapan mereka yang durjana ini berjaya merompak dompet sahabat saya yang di letakkan di dalam poket jaket baju di hadapan sebelah atas dalam masa tak sampai seminit. Sewaktu rakan saya menyedari kehilangan dompetnya, penyeluk saku (pasangan kekasih) bergegas turun dari bas. Kami mengejar mereka dan minta dipulangkan dompet itu. Tapi mereka lebih cekap kerana sekejap sahaja bahan bukti (iaitu dompet rakan saya) telah di hapuskan jadi kami tiada bukti kukuh untuk membawa mereka ke pihak polis.



Di mana-mana sahaja tempat di bandar ini di lengkapi dengan papan tanda dari pihak berkuasa untuk mengingatkan orang awam khususnya pelancong untuk sentiasa menjaga barangan berharga dari sasaran pencuri dan penyeluk saku.


Malah sewaktu sedang asyik bergambar di Colloseum, tiba-tiba sahaja wisel polis di tiupkan ke arah kami. Ingatkan polis marah sebab pijak rumput rupa-rupanya polis cuba memberi amaran kepada kami agar tidak terlalu asyik bergambar sehingga mengabaikan beg sandang yang di bawa dan menasihatkan kami untuk sentiasa memakai beg sandang itu walaupun ketika sedang galak bergambar.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzbalY4_cU-Ct4RZP8VFbQnyfuf4uULSFj56WPJPsJuaINS-h_O-jRIRNkKrbmkAxj0WNotpJrYl9wVxPi3HAg429oGptTiZhddffEp-CEYQ78lhUmvOoOgPPxv7ZtKDEyV9fXvbSr0rY/s1600/P1000697.JPG
+- sebelum ditegur oleh polis di Colosseum, Rome -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfqyEAP3tg1LEp6FLUU8EGAbyRJeUZ7MzsYz51h7hJQyg0kQgAd0bEJEtsRrRzYnBzAVmh1CEHuUolt0v_62UjwPi_nNXvVABQRbSE_Sqy_4MeURQnVAY9LO5HXTUJE-Ygi2_HWEHqibo/s1600/P1000709.JPG
+- selepas di tegur oleh polis di Colosseum, Rome -+


Kalau nak ikutkan, banyak lagi pengalaman saya dan kawan-kawan bertemu dan 'berkenalan' dengan penyeluk saku di bandar-bandar besar Eropah tapi rasanya cukuplah kisah di atas itu untuk di jadikan teladan dan panduan bersama. (**Fact : Barcelona has been named as the riskiest place in the world for holding on to your wallet or purse. Rome came second, followed by Prague, Madrid, Paris, Florence, Buenos Aires, Amsterdam, Athens and Hanoi in Vietnam).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRbitJagiTKjxos9chtB4qLVIk6bnVddfTXhTKUHnRoEWdzmZL1Mj5BQCMOJsnWJ62TmssMz8qZZz7EsZ-O3LgOTQ1vQEdYGYE_1WIJ8eAjJFiNCvM5-RaGxuUwy6PriZ_eLoy_3vlIDo/s1600/IMGP2443.JPG
+- salah satu train station di Barcelona -+


Sedikit tips yang boleh di kongsikan dengan rakan-rakan semua yang mungkin ingin berkunjung ke bandar-bandar ini ialah :-
(1) Jangan letak semua duit + barang berharga dalam poket yang sama. Bahagikan sikit-sikit dan letak di poket yang berlainan.

(2) Jangan letak apa-apa di poket belakang. Kalau boleh pilih pakaian yang ada poket di sebelah dalam (biasanya jaket winter ada poket berzip di sebelah dalam).

(3) Jangan galas beg sandang di belakang bahu sebaliknya galas di depan.
(4) jangan letak bag di atas riba sewaktu duduk di dalam kenderaan awam. Kalau nak letak beg, kepit di celah2 kaki.

(5) Kalau boleh passport simpan kat hotel masa jalan-jalan, bawa salinan sahaja sudah mencukupi.

(6) Sentiasa bergerak dalam kumpulan bersama kawan-kawan, elakkan jalan/berdiri bersendirian terutama di dalam meretapi.
(7) Letak mangga atau sekurang-kurangnya gantung keychain untuk meyatukan kedua-dua zip bag(bagi meyukarkan si penyeluk saku) pada compartment bag yang mengandungi barang berharga.
(8) Pakai money bag/money pouch di pinggang untuk simpan duit dan passport. Bag itu di pakai di dalam baju.

http://www.localtraveltip.com/wp-content/uploads/2011/07/moneybelt.jpg
+- Money pouch for traveler. Image source: local travel tip -+Link

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhr6hsnTZYY3SKpR6BCuWSz1bBQvgmu6U85XeZoTPgNknhVFPyVuJdkY_pXDPQn1cLSrOcYTy9t1jdNN-TxGs8hZAuRxZPGF4ANP3j_nGc_rcS5OIglXsNO58tUN875jnwGkpvSzPZrsxI/s1600/IMGP1542.JPG
+- walaupun tengah posing, bag kena sentiasa letak kat depan. Lokasi: Aranjuez, Madrid -+


Kesimpulannya di dunia akhir zaman seperti sekarang ini manusia sanggup melakukan apa sahaja demi duit sehingga mengenepikan soal halal haram dan moral. Yang kaya terus kaya, yang miskin terus merana, yang jahat terus berkuasa, yang lemah terus di siksa dan yang dhaif terus di tindas.


Semoga kita tidak akan menjadi hamba kepada duit. Ya, memang betul duit penting dalam kehidupan tetapi duit bukanlah segala-galanya yang kita perlukan untuk bahagia. Mari sama-sama kita cari keberkatan dalam duit yang kita dapat dan semoga kita tidak terjebak dalam sisi gelap tentang duit yang boleh menghilangakn nilai kemanusiaan di dalam diri kita.


Sebagai penutup entry, terimalah pantun ini.
"Pergi ke pasar menaiki motorsikal Harley,
Lepas membeli ke kedai kopi,
Duit,pitih,ongkos,wang atau money
Banyak mana pun kita ada, takkan pernah mencukupi".

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpXaSW14Ms0S8JGGKf5-A_8SLCpAfGVDZEyFIWd2g_m1MjyHxbiCYnVGsd2f4JfRrs8b4vfvfHTMNeXr_8owlMC5rhSg5tT1FtopNxpHcGskTSZ06RlEEUkJHLyxDtS6aCmMXCtEFyC2s/s1600/P1010007.JPG
+- Duit setinggi Menara Pisa pun takkan cukup untuk manusia yang di penuhi sifat tamak -+



Psssssttt: Semoga entry ini boleh menjadi panduan buat rakan-rakan yang ingin berkunjung ke bandar-bandar berisiko tinggi seperti yang di sebutkan di dalam entry ini


“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh
[Nor Haryati Yahaya] dan ditaja oleh Adorable Muslimah


~ Thanks for reading this (^-*) ~

Friday, 8 July 2011

Biografi: KELAHIRAN blog Sushi Cicah Budu



Aku di lahirkan 29 Disember 2006 dan nama yang tertera di dalam surat beranak ialah Blog Yatie Chomeyl. Kelahiran daku di sambut dengan entry pertama yang terhasil setelah tuan aku merasa terinspirasi dengan hasil tulisan dalam blog Afdlin Shauki, Nizam Zakaria, Allahyarham Yasmin Ahmad dan Patrick Teoh sehingga terhasillah entry Orang2 hebat sebagai entry pertama tanda kelahiran aku ke dunia blog.


Tuan aku semakin consistent dalam menghasilkan penulisan nya ke atas diri ku pada 2008 dan semenjak itu beliau tidak menoleh ke belakang lagi * eh, toleh jugak ke belakang bila ada orang panggil dari arah belakang. kalau tak toleh nanti orang kata beliau sombong pulak jelir *


Gaya penulisan tuan ku ke atas diri ini pada mulanya agak cacamerba. Dahulu beliau cuma menulis tatkala hati di serang rasa gundah. Tapi semenjak kebelakangan ini, aku perhatikan gaya penulisan tuan aku sudah semakin matang; isi kandungan blog juga semakin matang. Lalu beliau bertekad untuk menukar gelaran pada diri aku dengan memanggilku Blog Yatie Chomeyl : Sushi cicah budu.
Barangkali kerana tuan aku tidak mahu aku terlalu hanyut dibuai dengan arus kemodenan di bumi Jepun ini lalu beliau mengukuhkan ingatan ku pada kampung halaman ku yang tercinta di Kelantan.


Secara am nya, isi kandungan pada diri aku selaku sebuah blog Sushi Cicah Budu di bahagikan kepada beberapa segmen utama iaitu:-
1) Segmen Travel & Living : Sedaya mungkin berkongsi pengalaman dan pegetahuan yang di kutip sepanjang berkelana di bumi asing seperti Germany, Spain, Italy, Portugal, Perancis dan Jepun supaya dapat di jadikan panduan kepada sesiapa yang sudi mengunjugi aku.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHwrT8tX6aidTlm1WwEY3j6bvoebM7zzC21eludjtoeYBxj-sv7zDom2EOANbZSjad59VPxRpM23lEZiYe7ol1m-BxiP6xAoooAp7r7bXbhvUyWB_Nd-aDEyyJVKwsmxU9Gz-I5wEMS6w/s1600/Fullscreen+capture+782011+62444+PM.bmp.jpg



2) Segmen Nursery:
kekaguman terhadap Early Childhood Education di Jepun di kongsi dengan semua ibu bapa yang sudi membaca; supaya dapat jadikan sebagai contoh dalam memilih nursery yang terbaik untuk anak-anak mereka.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0TqqIsPoY_2Zk3lbcuSsS-ZUEigjeRfO6efQNojEFjQoHI8-g6thuQ99HRqyOWO8-VYpe3xMpCZDUS8NtYCh6VAoH5H-wmgw_X89LfTI8PNJC1jNCUweuYafBQXaPerheNdE2lc5yEtQ/s1600/Fullscreen+capture+782011+113254+AM.bmp.jpg

3) Segmen Parenthood : perkongsian tips dalam parenthood berdasarkan apa yang di aplikasi kepada anak beliau sendiri. Bukan berniat membangga diri dan perasan diri ini ialah ibu yang hebat, tetapi sekadar berkongsi pengalaman dengan harapan ia dapat memberi manfaat kepada ibubapa lain juga.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCNYYIDFJGxsoiO36nnwejtBaiiv9mt2mXcE-8TYwYk_REarb_I_aTXYrESQNDnqL3jmQYBQslQl4y6qehCxQddUwMFlV0SwqOBZkJHrNytniiLHukv8GLAx0p_0eO80zS1ZIHLCNhyphenhyphenII/s1600/Fullscreen+capture+782011+112941+AM.bmp.jpg


4) Segmen
news & Information : perkongsian berita-berita menarik yang menggemparkan serta perkongsian informasi terkini dengan cepat dan tepat serta telus.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0ykqMk2GkMxcZ-P5QNYsIv7a_GMXylWOmwYdnsXQE65udXghO4bkqeyG5B44PN9pTKcFMIRxuaDs_DF3vSlqOq_QNx5mEzWbA5GA8uhgA4riDMZ0EqyoIfLmwwMtyEG53nRERoGWS0ws/s1600/Fullscreen+capture+782011+112621+AM.bmp.jpg

5) Segmen charity : perkongsian kisah suka duka insan yang di duga dengan ujian berat dan memerlukan bantuan sesama insan. Melalu segmen ini, pemilik blog berharap agar ada insan yang prihatin yang sudi tampil memberi bantuan dari segi material dan juga doa yang tidak putus-putus.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNxktcKSOasDIU1IF2Q-DPFCFe7PFnFlGneGv5UGF-oZK1dl3en_45jWYMuIZjBEt4mya-NpKz672Xtst6XmwkeBt1ht1h3lUjuq94VYyUrZ0-Ki9IasqtE29EZMr2t0dTyffTtlQsLPU/s1600/Fullscreen+capture+782011+112609+AM.bmp.jpg


Selebihnya isi kandungan pada diri aku ialah lebih kurang sama seperti blog personal lain juga. Ada ketikanya tuan aku akan meluahkan perasan sedihnya, ada ketikanya beliau akan berkongsi kegembiraan bila teruja, ada masanya beliau akan bercerita tentang dua orang lelaki kesayangan beliau iaitu hubby & baby SN.

Tuan aku juga turut berkongsi kisah suka duka keluarga beliau dengan diri ku. Terkadang jua tuan aku itu akan menulis entry menghentam orang lain *mungkin beliau beranggapan diri beliau itu dah bagus sangat sibuk2 nak hentam kesalahan orang lain...opppsss termengumpat tuan sendiri pulak*.
siul

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVW28bkut-8Epsksr6oNuo_TJ60TljfM06aIHQYL63OZw7wCSB3e4DxeePnPg7VpXbdFwqcNN5Rvimhx81sXs2_ThXWNhY_pDlsGiRVOLYeNL0jLoT76DSiBRNt69ScmWZ3zuJshku8wM/s1600/Fullscreen+capture+782011+112612+AM.bmp.jpg




Apa yang aku kurang berkenan dengan tuan aku ini kadang-kadang beliau suka menulis entry semata-mata untuk menunjuk-nunjuk barang yang baru di beli, *mungkin kerana beliau perasan barang yang di beli itu macam bagus sangat* (ooppsss sekali lagi termengumpat tuan sendiri
siul). Lalu aku bertindak nekad untuk menasihatkan tuan aku itu tidak sepatutnya ada sifat riak di dalam hatinya jika beliau ingin berkongsi kisah tentang barang tersebut ke atas diri aku selaku sebuah blog. Semoga tuan aku sudi mendengar nasihat ikhlas dari ku itu.


Aku sentiasa mengharapkan agar tuan aku mampu mengambil iktibar dari pesanan Imam Shafie yang boleh di jadikan peringatan bersama.


Tanganku akan hancur di dalam tanah,
Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
Doakan keselamatan aku dari azab.
~ Imam Shafie


Aku ingin tuan aku mengguna pakai pesanan yang di titipkan oleh Benjami franklin yang berbunyi "If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing".


Aku mahu melihat hasil tulisan tuan aku ke atas diri aku sebuah blog meninggalkan impak yang besar kepada sesiapa yang mebaca tulisan beliau. Mungkin impak itu tidak menjadi sebesar impak The Last Lecture dari Randy Pausch.


Mungkin juga impak itu tidak sehebat impak yang terkesan di hati selepas membaca hasil tulisan Nick Vujicic di dalam buku nya Life Without Limits: Inspiration for a Ridiculously Good Life!.
Tapi sekurang-kurangnya, besarlah harapn di hati aku ini untuk melihat hasil buah fikiran tuan aku yang di persembahkan dalam bentuk tulisan pada badan aku ini mampu memberi manfaat kecil buat yang membaca tulisan itu.


Semoga dengan penulisan yang ikhlas dan bermanfaat itu akan membantu beliau di akhirat kelak. Insya Allah.



Oh ya, seperkara lagi aku turut mengharapkan agar percubaan tuan aku dengan menghantar penyertaan demi penyertaan dalam usaha beliau merebut tempat di dalam cabaran untuk memenagi iPad2 tajaan MSK itu akan tercapai.


~ Sekian dahulu riwayat hidup aku sebuah blog dari detik kelahiran sehinggalah berusia 4 tahun 7 bulan ini. Semoga Allah panjangkan usia tuan aku dalam hidup yang berkat supaya aku dapat terus berkhidmat untuk beliau sehingga ke akhir hayatku. ~


jadi ahli shaklee




Pssssttt: “Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh fazya nisa’

~ Thanks for reading this (^-*) ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...