CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Thursday 7 July 2011

"Seth Tan" sebenar dan Solat hajat untuk Norma



Rasa nya ramai blogger yang dah tahu kisah menyayat hati yang berlaku pada Norma, Talib dan Rafiq. Pertama kali membaca kisah sedih ini di blog Fillanie, menitik deras air mata laju menuruni pipi. Kemudian bila I buka blog kakak ipar kepada Norma i.e. Moon; terus
basah lencun pipi di simbah dengan air mata simpati buat mereka sekeluarga.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJwWs5KhFoU8vZlz0vcWzqwZmVX9qHp1kP16wZ8pKUjZM_JUufhmjMeUHA5lmyQDR2OGDByuc_aGzeZU7OL9KeTKYiySQ9PwSPAA9TjPKOHmgCWYGZLFJeE1ggHuzEk4HjUU2-ZNox_Lir/s1600/249310_10150200117956598_754826597_6875746_6859787_n.jpg

Untuk yang mungkin tidak tahu hujung pangkal kisah sedih ini, boleh refer kat link yang I provide kat bawah ini.

1 Mac 2011
Norma di sahkan ada brain tumor

2 Mac 2011
Doc pasang shan di kepala Norma

6 Mac 2011
Talib n Norma's 1st anniversarry

8 Mac 2011
1st operation remove kan tumor operation 10 hour++

14 Mac 2011
Norma HKL day 14

20 Mac 2011
Norma ICU day 5 HKL day 20

22 Mac 2011 Norma HKL day 22

26 Mac 2011
Norma HKL day 25

27 Mac 2011 Norma HKL day 27

28 Mac 2011 Norma HKL day 28

1 April 2011
Norma HKL day 32

3 April 2011
Norma HKL day 34

5 April 2011
Norma HKL Day 36

7 April 2011 Urgent - Norma makin lemah

8 April 2011
Norma HKL day 39

11 April 2011 -
Norma HDW , HKL day 42 - sumbangan utk Rafiq

15 April 2011
Norma HKL day 46

18 April
Norma HKL day 49

25 April 2011 dapat tahu cancer
Norma stage 4

5 May 2011
Norma operate kali ke 5 HKL day 66

10 May 2011 Norma HKL day 71

12 May 2011
Norma HKL day 73

22 May 2011
Norma HKL day 83- Abdul Rafiq is 4 Months

1 June 2011 - Norma di Onkologi , HKL day 96

5 June 2011 -
Norma pulang ke Rumah

15 June 2011 -
Emergency

17 June 2011 -
update I

26 June 2011 -update II Norma

1 July 2011 - Update III

7 July 2011 - Update : Pusat Rawatan Al-Hidayah


Apa yang membuatkan I terharu ialah kesungguhan dan kesetiaan Talib untuk berada di sisi isteri nya yang tercinta walaupun hatinya remuk redam melihat penderitaan yang di tanggung oleh isterinya itu.

Kalau orang cakap Seth Tan itu paling romantik, I yakin dan 100% pasti yang kasih dan cinta Talib buat Norma jauh lebih romantik berbanding kasih dan cinta Seth Tan buat Nora Elena.


Talib:
Kak, Lib tak tahu ar nak kata apa kak (mengadu pada Moon)
Doc kata Radiotheraphy tu tak effect langsung kat canser tu...tak mengecik pun tambah makin membesar ada . Doc tanya Lib sama ada nak proceed ngan radiotheraphy or to give up je ..


Sutan (abang kepada Talib, suami Moon): Lib , hang kena redha n pasrah dengan semua nih Lib tapi at the same time hang kena ikhtiar sedaya yg kiter boleh ...in-case apa apa berlaku pun biar kiter puas hati ...biar kiter kalah dalam keadaan berjuang dari kiter mengalah sekarang . Hang kena kuat Lib kena bantu Norma

Talib tunduk je


Sutan:
Hang maaf kan la dosa dosa Norma kalau ada hang redha la Lib ...hang doa la agar di permudah kan segala nya ..

Talib:
Abg , kami baru kawen ...tak der apa pun Norma buat salah kat Lib ...gaduh pun tak sempat ...apa pun tak sempat bang ...apa pun Lib terima bang Hati Lib remuk bang


Memetik dari blog Moon, Talib & Norma berkahwin last year. Then Norma mengajar kat Pontian, Talib pula kat KL. Jumpa pun sekali sekala. Then Norma pregnant, masa kandungan 7 bulan Norma dah flat dan dah start tunjuk kan tanda2 dia sakit . Allah mmg maha kuasa dia bantu Norma permudahkan bersalin kan Rafiq. Lepas itu kesakitan Norma memang tak dapat di tanggung lagi, masa tu baru keluarga tahu yg dia ada brain cancer .


Memang besar betul ujian untuk mereka. Hope Talib sentiasa tabah dalam menghadapi ujian ini . Allah takkan menguji hamba nya kecuali DIA tahu hamba nya itu mampu menghadapi semua itu .







Nih gamba Rafiq, di ambil dari blog Amy kakak ipar Norma (wife abg Norma)

-+ Rafiq n Cousin Mia -+


Sumbangan kecil dari kita mampu memudahkan usaha mereka dan meringankan beban yang di tanggung itu.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZoOs2BCfF93QG2I805WfbuULnEb1rdnUikCD8dE9XfuHGfz46TE9N9hmmR6PoZXX9eYsJqpTdZ4j-P-k6MgANM4zwCFuBGgk8HCaN-3PxjDRPCbigL-BuJ9PEY5e523Jsx9qRp-yRQxNE/s1600/cardbyTya.jpg
1. Allah won't ask what kind of car you drove, He'll ask how many people you drove who didn't have transportation.

2. Allah won't ask the square feet of your house, He'll ask how many people you welcomed into your home.

3. Allah won't ask about the clothes you had in your closet, He'll ask how many you helped to clothe.

4. Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if you compromised your character to obtained it.

5. Allah won't ask what your job title was, He'll ask if you performed your job to the best of your ability.

6. Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom you were a friend to them.

7. Allah won't ask in what neighborhood you lived, He'll ask how you treated your neighbors.

8. Allah won't ask about the color of your skin, He'll ask about the content of your character.

9. Allah won't ask why it took you so long to seek salvation, He'll lovingly take you to your mansion in heaven,and not to the gates of Hell.

10. Allah won't ask how many people read this, He'll ask if you were ashamed to get more Islamic knowledge and share them with your friends...

Source: MuslimDiary.com



Selain dari bantuan kewangan, mari sama-sama kita buat solat hajat untuk memohon kepada Allah agar di permudahkan segala urusan mereka dan semoga Allah memberi ganjaran yang terbaik di atas kesabaran dan ketabahan mereka menjalani ujian yang getir ini. Semoga Allah memebri kesembuhan kepada Norma agar Rafiq dapat merasa belaian kasih sayang dari seorang ibu yang melahirkannya ke dunia ini *tears*.

“Tuhanmu semua berfirman: Berdoalah engkau semua padaKu, pasti Aku mengabulkan doamu semua itu.” (Ghafir: 60)

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu – hai Muhammad – tentang Aku, maka katakanlah bahwa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa padaKu jikalau ia telah memohonkan itu padaKu,” sampai habisnya ayat. (al-Baqarah: 186)

“Siapakah yang dapat mengabulkan permohonan orang yang dalam keadaan terpaksa – yakni menderita kekurangan, jikalau ia berdoa kepadaNya, dan dapat pula menghilangkan keburukan -yakni penderitaan – dari dirinya itu,” sampai habisnya ayat. (an-Naml: 62)


Psssssttt: Kita mungkin tidak punya banyak wang untuk memberi sumbangan wang yang besar buat mereka, tetapi kuasa doa kepada Allah itu melebihi segala kekayaan yang ada di muka bumi ini. Jom, sama-sama solat hajat malam ini - insya Allah!.

~ Thanks for reading this (^-*) ~

19 words of wisdom & comments:

Hanis MY said...

insyaAllah sama2 kita doa...ore pun sedih sgt baco ni... semoga kita semua dilindungi oleh-Nya insyaAllah

Unknown said...

moga norma tabah hadapi segalanya..huda pun sedih bila baca kisah mereka ni kat blog2..

Tercipta Untukku dan Untukmu said...

ramai gak blogger buat n3 ni tp takut nk baca sbb takut sedih x sanggup tgk penderitaan mereka,,hari ni tergerak hati nk baca Ya Allah kuat betul dugaan mereka,,tgk gambar talib ngan norma dh cukup buat air mata ni jatuh..

Sama2 la kita doa agar penderitaan norma berakhir..kesian rafiq..

isabelle said...

sedihnyaaa...
sob sob

@e_da said...

betul dia seth Tan sebenar.. sy baca ni sambil tgk pic rafiq mmg berjurai air mata

Pija Madzlan said...

Mmm...k.pija antara orang yang tak gamak juga nak baca sbb ramai sangat yg kata sedih...

alinalan said...

tears.. this is 2nd time baca kisah Norma.. selapas pertama kali baca, sentiasa ingin tahu akan perkembangan beliau... Semoga Talib sekeluarga tabah dgn ujian Allah ini.

InsyaAllah sesama kita berdoa Moga Ibu Rafiq cepat sembuh & bersolat hajat.

useryna said...

sob..sob..sedihnya..semoga Allah tabahkan hati mereka dan sembuhkan mereka dari penderitaan..isk3..insaf sangat rasa, kita ni baru sakit sket dah merungut2..orang lain Tuhan uji lagi besar..*lots of tears*

ddfirdaus said...

wahh..terasa sungguh lama x mengikuti cita2 begini..Thanks Yatie..kamu penyebar kebaikan..pahala jua buatmu..

transformed housewife said...

insyallah pakat2 doakan Norma. Knur tok tengok cerito hok ado Seth Tan tu tapi ado jah suami2 hok lg romantik & baik dr SETH TAN tu.

Unknown said...

kakyong dah baca semua.. dr depa nikah, sampai lah....

memang hebat dugaan depa ni.. semoga norma kuat berjuang utk hidup..

& tlg doakan juga utk sepupu kakyong, skrg ni di ICU, pendarahan di otak.. semoga dia mberi tindakbalas positif. Amin..

Umie said...

insyaAllah, DIA sentiasa ada untuk kite bermohon padaNYA... kita doakan yg terbaik buat Norma..utk family dia be strong!

Ina said...

i pun baru terbaca pasal ni beberapa hari lepas. sungguh tulus cinta talib kpd norma. sebak tgk pic rafiq. meleleh2 air mata baca setiap entry berkaitan norma tu. kita doakan yg terbaik utk mereka sekeluarga.

yatie chomeyl said...

hanis >> insya Allah, Ameen

Huda >> harap2 gitu lah.sama2 kita doa kan

adlin.kyra.kyree.moms >> mmg kesian sgt2 kat rafiq :(

yatie chomeyl said...

isabelle >> *tears*

@eda >> yup, besar btol pengorbanan dia

sitisifir10 >> mmg sedih tp bila baca kisah diorg mendtgkan keinsafan dlm diri

yatie chomeyl said...

momma mia >> insya Allah, Ameen

useryna >> yup, kisah mereka buat kita menilai kembali diri sendiri

dbalkis >> xde apa lah, sekadar sedikit perkongsian untuk semua :)

yatie chomeyl said...

k/nur >> tu la, sb sumo ore nk hubby mace seth tan tp sbnrnya ramai jah suami hok jauh lg molek

k/yong >> insya Allah, kita pakat2 doa ye k/yong.

yatie chomeyl said...

Umie >> yup, family diorg mmg tabah..hope diorg sentiasa tabah

Ina >> insya Allah, jom pakat2 solat hajat dan doa untuk norma & keluarga

Miss Moon said...

thanks dear sebab sudi share kan kat ur lovely blog

Moga Allah memberkati usaha kiter and moga ia sedikit sebanyak dapat membantu Norma n Talib

Kak Moon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...