CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Friday, 8 July 2011

KELAHIRAN teknologi telah menjatuhkan KFC?



Teknologi
ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.


Kelahiran teknologi terbaru yang semakin canggih mempengaruhi kelahiran gadget baru yang semakin canggih juga seperti kamera digital, perakam video, telefon berkamera dan sebagainya yang turut berkait rapat dengan teknologi IT.


Kita harus akur, dalam setiap teknologi yang terlahir itu akan ada buruk dan baiknya. Terbaru sekali, dunia internet di gemparkan dengan penyebaran dua video berhubung sikap tidak bertanggungjawab pekerja KFC Malaysia yang tidak mengendalikan proses penyediaan makanan mengikut prosedur kebersihan yang telah di tetapkan.

Video 1: KFC tapak kasut




Video 2: KFC air perahan kain buruk




Tidak dapat di nafikan kewujuan kedua-dua video tersebut telah mengejutkan banyak pihak dan secara lansung memberi kesan kepada perniagaan KFC di seluruh Malaysia. Oleh itu, Encik Mohd Alwi (pengarah operasi KFC Malaysia) melahirkan rasa prihatin beliau di atas kebimbangan penggemar KFC di seluruh Malaysia dengan memberi penjelasan terbuka di dalam video ini.





Berikutan penyebaran kedua-dua video tersebut, menurut beliau pihak KFC telah melakukan siasatan dalaman untuk mengenal pasti pekerja yang terlibat dalam video salah-laku seks penyediaan makanan tersebut. Selain itu, laporan polis juga telah di buat berhubung perkara ini.

Pihak pengurusan KFC juga telah mengambil langkah-langkah drastik bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang lagi dengan cara :-
  • Individu yang terbabit dalam video salah-laku seks penyediaan makanan tersebut telah di berhentikan kerja
  • Kamera CCTV di pasang di bahagian dapur setiap restoran KFC untuk memastikan semua anggota pekerja bertanggungjawab terhadap setiap makanan yang di sediakan kepada pelanggan
  • Mengubah struktur organisasi bahagian dapur di mana seorang penyelia di tugaskan sepenuh masa di bahagian dapur
  • Mengkaji semula proses pengambilan pekerja dan struktur latihan yang di sediakan kepada para pekerja mereka

Justeru, saya melihat ada sisi negatif dan positif yang terlahir dari penyebaran video tersebut. Dari segi negatif, ia telah meninggalkan kesan buruk kepada perniagaan KFC dari segi kepercayaan pelanggan terhadap kualiti makanan yang di sediakan di premis mereka.



Walaubagaimanapun, sisi positif yang terlahir dari penyebaran video ini ialah :-
  • Membuka mata pengguna untuk lebih berhati-hati dengan makanan yang di sediakan di restoran
  • Membuktikan bahawa teknologi kalau di gunakan pada tempatnya, akan membawa manfaat kepada insan
  • Penguatkuasaan dan pelaksanaan struktur pengurusan yang lebih sistematik dari pihak syarikat KFC demi mengembalikan kepercayaan pengguna
  • Melahirkan masyarakat yang lebih peka dengan kebersihan makanan di luar rumah, secara tidak lansung menggalakkan para isteri & ibu untuk lebih rajin menyediakan makanan sendiri di rumah yang terjamin kebersihannya.


Situasi kelahiran teknologi yang melahirkan video tersebut sehingga lah tersebar luas untuk tontonan di seluruh dunia ini boleh lah di simpulkan dengan mudah seperti dalam gambarajah carta alir (seperti yang di aplikasikan di dalam bahasa pengaturcaraan C, C++ & MATLAB) di bawah ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVJJ4HszI0NfIzvOLIElJSdZjtG7189ZuH5GhRTbjItuXEoIRdVkS67M3agHpbQ-ZK9QWlezr7N3eVtqXryleQCN1Px_v8SXS2VGaQyCVZah-yg1t2jktrrtYrK5V6t9Rl01UrZgyX1J4/s1600/Fullscreen+capture+772011+33353+PM.bmp.jpg
+- carta alir -+


Oh, ya satu lagi perkara yang ingin saya tekankan di sini ialah. Kelahiran Cabaran iPad MySuperKids: Cabaran#1 (KELAHIRAN) telah melahirkan semangat bertungkus lumus yang sungguh tinggi di dalam diri saya untuk memenangi cabaran tersebut sehingga terlahirlah beberapa entry dalam usaha saya untuk memastikan impian itu akan terlahir menjadi realiti.

Semoga dengan memiliki iPad2 yang di tawarkan di dalam contest tersebut, ia akan melahirkan diri saya yang lebih positif di masa hadapan.

*dey, berapa banyak lahir daaaaaaaaaaaaaaaa*

jadi ahli shaklee



Pssssttt: “Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh fazya nisa

~ Thanks for reading this (^-*) ~


9 words of wisdom & comments:

Gieyana said...

mcm2 skrg nie kan..tp seriusly kan dulu one of my friend keja as F&B kt one of the hotel, kalau customer complain bout food kan..sure waiter or waitress kt situ taruk mcm2 kt dlm food tue..

Sidratul Muntaha said...

yatie..
currently
kes ni bukan saje jdi kat KFC jelah yatie..
pernh gi mkn kat tmpt2 lain mcm kat pizza hut?!n any other fastfood or dinign restaurant?
sebenarnya benda ni rotation..
last 3 years..
ade memebr pernh keje kat pizza hut bgithu tip tuk elak benda2 gini terjadi..
#jgn fussy sgt sbb confirm la makanan kita kena letak mcm2...

last 15 years ade member keje MRO kat MAS,cabin crew yg tak suke dgn certain aritst kerek mcm jdi kat kes As feminin (kopi dia kena buh ludah byk2 dgn cabin crew)

semuanya sbb sikap.
jgn dilupa jugak,rat2 yg keje those tmpt ni kan budak lepas spm...budak tak lepas sekoalh...

ade yg elok,eloklah..
ade yg tak ok.
jdilah gitu..

#mentaliti budak2 ni harus dijaga.

previous case last 3 years,staff pizza selmaba buh sos dlm stokin dia n ltk as topping pizza dia bila pengurus beso dari obersea dtg request mcm2 n bikin kitchen depa kelam kabut (nak buat KPI la konon2nya)

case solved ke tak?!tentulah tidak even mat salleh yg tak saliih tu pun tak thu.

Cikpid said...

huhuhu..ape2 ajelaa budak-budak ni buat. Saya rasa kan ni bukan sebab KFC..pizza atau McD. This is about attitude.. Budak ni lepas blah dr KFC..keje plak kat hotel ke.. kat restoran mana-mana ke. nanti die buat lagi..

Tapi buat macam tu pada makanan memang teruklaa..

isabelle said...

wpun manager tu dah buat statement, tetap takde perkataan maaf drp kfc.
haihhhh

Aleyn said...

Budak2 ni kan..nak kata tak der akai, ader...nak kata hati tak der, ader.....satu jer depa tak der...iman...

BTW...u nyer entry ni lengkap giler...siap flow chart lagi...dah macam assignment projek lak baca..hehehe

Semoga u menanglah Ipad 2 tu yer...

alinalan said...

ekslusif berita yg best
berapa byk lahir bleh disamakan dgn aksi tangan karam sing

good luck dear!

yatie chomeyl said...

Gieyana >> ye ke? lepas ni I x mo fussy2 lah if pergi makan kat luar

ayu >> aiyoyo, ni yg buat fobia nk makan kat luar ni

cikpid >> yup, nak kena seke budak 2 ni baru tahu

yatie chomeyl said...

isabelle >> aah, sorry seems to be the hardest word

aleyn >> hahha, i bayangkan kengkonon mcm buat programming la, tu yg sertakan sekali dgn flow chart tu ekekeke

momma mia >> karam singh punx sebut banyak kali mcm ni ye dak? ngeeeeeee

nur said...

SM: ERK.. IYE KE SAMPAI BEGITU SEKALI...

BAGUS ENTRY MEMBUKA PEKUNG KFC.. DAN BERHATI2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...