CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday 13 July 2011

Ingat mak-mak tak FIT ke?


Orang cakap bila dah jadi mak ni, kita dah jadi tak FIT dah. Tak FIT di sini bukan bermaksud tak muat nak pakai baju sebelum bersalin *walaupun itulah kenyataannya*. Tak FIT di sini bermaksud tak cergas macam zaman anak dara dulu. Eeewah, siapa lah yang sedap lidah je menuturkan kata-kata sebegitu ye?. *tak de siapa pun, diri sendiri yang pandai-pandai buat assumptions*.



Untuk membuktikan kenyatan itu tidak benar, my friend and I dari kalangan ibu-ibu Malaysian di Fukuoka ini bersemangat untuk bersama-sama dengan si bujang-bujang lain untuk join Fit Day anjuran Aspiring Malaysian Rijal ( AMIR) pada 2-3 Julai 2011 yang lalu. Fit Day ini di buat dengan objektif untuk menyihatkan badan dan juga merapatkan ukhuwah sesama Muslim.




Kalau sebelum ini, kami jadi tukang sorak je kat tepi court tapi kali ini kami bertekad untuk mengharumkan nama Fukuoka di mata Jepun *cewah, ayat poyo habis*. Untuk kepulauan Kyushu, acara di adakan di Kokura-Minami Taiikukan, Kitakyushu which is about 1 and 1/2 hour drive by car from our place.


Acara di jadualkan bermula pukul 9 pagi dan peserta kena ada kat dewan pada 8.45 pg untuk mendengar taklimat. Tapi sebab kami bajet macam kami star, maka masa kami sampai tu taklimat dah pun habis eheh.



Ada 3 jenis permainan yang berlansung iaitu Badminton & Ping Pong untuk wanita dan Bola Tampar untuk lelaki. Fukuoka hantar 2 team untuk badminton, 1 team untuk ping pong dan 2 team untuk Bola Tampar.
Ana & I beregu untuk badminton, Kak Sofiah beregu dengan Nisa' untuk badminton juga dan Norai beregu dengan Puteri untuk ping pong. Team 1 untuk bola tampar ialah team bapak2 dan team 2 untuk bola tampar ialah team budak2 bujang.




(1) Badminton
• ada 4 team yang bertanding, main liga *maksudnya setiap team akan lawan satu sama lain*
.
• Team lawan kami ialah satu team dari Fukuoka sendiri (Kak Sofia & Nisa') dan dua lagi team anak-anak dara dari Yamaguchi

• Juara di tentukan berdasarkan team yang paling banyak menang * ye lah, takkan yang paling banyak kalah pulak*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqdbSwIk1EQ6HE6v8l9tLgx1rcaJ1l3IoACGeKl-raYWkmlsfm9Lo6fpis-0ioCI3I-YZwH_UuT3SwQ0KUHaGg70CZqS5h6THkJxYszo3HpEyh_7w9V0zv-rGA3EqIwnipcd70su-4U_c/s1600/blog-1.jpg
+- bergambar di sisi ahli pasukan lawan dan mata kemenangan/kekalahan -+

• badmniton merupakan acara pertama pada hari tersebut. Memandangkan Ana & I ada peminat fanatik yang sentiasa nak bergayut kat kaki mommy & mama diorang; maka perlawanan kadang2 terberhenti seketika untuk menenangkan peminat-peminat fanatik itu ihikhik eheh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwaizqJ_XjzUPN926xIW2IPs7OyC6QMLXRbx-ZKleWpJ14C77G9SRvIdk6ruXtQuRj5DhpPQR5Qo7Y_vOX7j9NXqm8vI5Y0T18FY7_XwBFT9yKUVmXhSK7g5oQxYRtMPGtO1QWehdyF_o/s1600/blog-3.jpg
+- peminat fanatik yang sanggup lari ke tengah court -+


+- peminat fanatik dapat di tenangkan dengan rasuah refreshment
ihikhik -+

• Ana & I cuba sedaya upaya untuk serius sewaktu dalam perlawanan. Tapi memang dasar si banyak cakap tak reti nak tutup mulut. Asyik duk melawak dan bersembang even masa dalam game. Pulak tu, macam-macam bunyi kedengaran "hiyark, haih, aiyarkkk, smash!"...tapi bunyi itu bukannya datang dari sokongan penonton sebalinya dari mulut pemain sendiri i.e. Ana & I kui3x.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijyaYyTB1fXiK09WDY66nGF32GBFa0ROUuQPtgooeZegxlTlIpvW37WAfRc5b43CVKAv25NXW8HHm0R0CuoHQIwsVJz5Pkhz3-hf4O_-Bkp1vz9l446GK0nsyaYA6DAsOMDXjG11GGfPE/s1600/blog2.jpg
+- aksi-aksi menarik dari regu Ana & I -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgI-ipsaEnFXSwqEX4FTKeCMUf2XZMBkTwc5uyW-MDf-p8YbjI-S2rufbM_Qj40seTox5-oAWC4o4Fb-KJS0v9VTQfIZilTL66mQM36BFDSBpHR0QF7suWBBV-6r7TPhp3I040vk_BgsTA/s1600/blog-2.jpg
+- aksi-aksi Kak Sofia & Nisa' sepanjang perlawanan berlansung -+

• Seperti yang di jangka, incik suami tak de pun nak menjerit-jerit bagi sokongan tepi padang. Cuma hubby & Bad sibuk ambik gambar isteri masing-masing yang tengah berjuang di medan pertempuran *ceh, bajet perang ke apa ntah*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQ8Ut_Hee7wjmXsxFOlrMvrIqWaQIsIeeFImRvDIjiqLDyJHdLnJBxpssGga0qfNXaDB83GUh4FhTkC5XOrRJBzbjctEMZc9XisdLdKryg-5eOsYTHwVXENA9qL0B5fsnTE_5iAd5XViM/s1600/blog-4.jpg

• Bila perasan je ada flash dari kamera, dengan sendiri nya badan ini me-mosing-kan diri walaupun tengah dalam permainan ihikhik eheh.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjWl6Fo1XniaLHjXh0KsOSR9Lc03RD3wvULmVEfTAx22S_hzrkId_Ve7kYViUM1sCLO-e4OrCs-uWzJ6r-lZzc5SzUdBbCJT9aGPAkO-7sy5KysFX7-mZjG6PmNkWOUWOIQy3XxInOotg/s1600/blog-5.jpg
+- sempat posing walaupun sewaktu di dalam permainan. tidak lupa, smpt jugak berborak dan menari kuda kepang di situ -+



(2) Ping Pong

• Fukuoka cuma menghantar 1 team untuk ping pong iaitu regu Norai & Puteri


+- serius habis -+

• ada 3 team sahaja yang bertanding untuk ping pong dan ada 3 hadiah yang di tawarkan. Maksudnya semua yang bermain untuk game ping pong akan dapat hadiah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0Y-oqYb1MS2lUWtVzo88vR85O4dT5_cwv65_bDazLNsmY7vfWc8mzROqMbzRDswqHZZEMW7OLvzybaJPzZGoMxuiThzruRboVBo-IdA9O6Or3N4NDeyuz2w7Dr4G0tTfjygvdHzHZHRs/s1600/DSC_0024.JPG




(3) Bola Tampar
• untuk lelaki sahaja. Fukuoka hantar 2 team iaitu team bapak-bapak dan team anak bujang.


+- "kita tengok je lah, biar dia sorang je yang main" -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNNq3xd5cOMODWa2h2D1hPgMEKb6x1h7sh3kElQK1KkIVeEBdJGGLHt4SDIti6b5JeB0vvxyAJ0Ph5kCp34DVIz8ezCjDEfwjKwtH1HpIgKtYmm0sli0aIcIdywuY0G_5AKQzDfEnSp-E/s1600/DSC_0075.JPG
+- kejarrrrrrrrr -+

• macam biasa kaum isteri sangat bersemangat menyokong suami masing-masing sampai budak-budak bujang dari team lawan merasa terancam dengan suara kami lalu meminta anak-anak dara pasukan mereka untuk sama-sama menyokong. Harus di ingat ye,bini-bini orang ni memang tak malu lah nak menyokong suami sendiri dengan penuh bersemangat tetapi anak-anak dara tu takkan nak terjerit-jerit sokong budak2 bujang yang tak ada sebarang hubungan zahir maupun batin dengan diorang, ye tak? jelir kui3x.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjauua_5lzpm8tNOolVnJbvp4bxtAMjs12N4GWMw8d-kJtngWbfHS91b-nCJBEte6pTvXfaU0U_MVyX-EkKY-ClsFGZbJMKcyVI4H3zrj3GjCO0EvcLtQL-tkp5S6ibjGsutb8jByWIlLs/s1600/DSC_0081.JPG
+- penyokong setia yang meriuhkan dewan -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjm0zhLCV2kYDCrtg-5UPjqjv8y1VJ79w3MG-mdNrKts9dadcEeC7ZnCnwqurn49xrV-gOtPeWcvTmd9IObVcdHsT3VID8xhQNVa9hvdv6JVIHuAYXDFmCBjjBo4Ag-8QAKXLE2qqVYMvA/s1600/blog-8.jpg
+- macam2 style servis ada -+

• Kami (mak-mak) siap guna pendekatan psycology dengan cara memberitahu kepada sang suami siapa 'lubuk' yang patut di beri 'perhatian' lebih dalam team lawan *walaupun sebenarnya, suami sendiri kot yang jadi lubuk untuk pasukan sendiri* ihikhik kui3x.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsA_AKcUNxn1NiWA6f5eCJvBgDt0cP47vHyIDA5iRUh1-qB5HYQYBHOeH5W0KKnEmuuIS3VXsrumy8e_5F54Y7MGDsgCVb7xqQYpPZsTpWyKLUG9f_Rleb5x9qwoQW2GI18BTSIpZzzOU/s1600/blog-6.jpg
+- pengadil dan penjaga garisan yang komited terhadap tugas -+

• Walaupun berdepan dengan lawan yang lebih muda dan cergas, kaum bapak-bapak tetap memberi saingan sengit kepada pasukan lawan. Cuma harap maklum lah bila dah jadi bapak-bapak ni, kadang-kadang ketinggian perut boleh memakan diri. *Kan tak boleh ada bahgian badan yang bersentuh dengan net, tangan dah lepas tapi tersentuh pulak dengan perut, tu yang pasukan lawan asyik dapat mata percuma je tu*.jelir

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfTKp-7_dPOdZxEIzxEyxROFbYL2iNSaE8c0WERwamJTLCYSoE3aJhsHmRvf6dlTs_jf8L9cZfZt1lTznv2sCNN8kDatNRhFWEFUku93VIlnrnrP0TFL9NScIsyGooCx1DDsRzIpVEzuY/s1600/DSC_0107.JPG
+- "tahan nafas tu, jaga perut..jaga perut" -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiw1f79MZDQk8h9iZWfF51-ViDoBDLmr0UMi3coA3fbi9UUY6z16j-R-IqeNm83ED4YtCLBRZA4kDMD8QEp2qvr4N7PuFN1RVcQ01O7-6V7V3vY8B0pwXr2wjECFkCTDgvP723peTSQVCs/s1600/DSC_0069.JPG
+- tak sempat tangan, kaki pun boleh -+


(4) Keputusan & Penyampaian Hadiah
• kedua-dua pasukan bola tampar dari Fukuoka tidak berjaya membawa balik apa-apa hadiah.


+- wajah ceria biarpun MENANGgung kekalahan -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaO2G4yXO7pLo9JUmSD2uLlUEAYkYPTk6T5f4_WgUXJSVQ0Wzjs_sAl5Wb2JCjHVS_o8Tpvi9D88Vy-_WqOuC0Kuc-tVP35GkV9_RYCxUMyvRP5QfjfGpSQ8QIcfbj8pUd2Vu6G1uSMxk/s1600/DSC_0132.JPG
+- pasukan bola tampar Fukuoka -+

• regu ping pong Norai & Puteri berjaya menjaid naib juara. Menerima hadiah medal & hamper.


+- Baby Hana yang tumpang bangga dengan kemenangan tempat ke-2 mama nya -+

• regu badminton yang bajet star (sebab datang lambat ke dewan) iaitu regu Beyonce & Fasha Sandar errrr I mean regu Ana & Yatie Chomeyl ternyata membuktikan bahawa mereka sememangnya star apabila berjaya menjadi Johan , membawa pulang medal & hamper.
~ Malah kedua-dua ibu ini berjaya membuktikan yang sokongan peminat fanatik mereka lah yang membawa mereka menjadi juara. Sewaktu upacara penyampaian medal & hamper untuk mereka, regu Beyonce & Fasha Sandar errrr I mean regu Ana & Yatie Chomeyl turut membawa peminat fanatik mereka bersama-sama sewaktu sesi penerimaan hadiah kui3x.


+- juara beregu badminton (wanita) sedang menerima medal di iringi oleh peminat fanatik yang dah terlentok tidur kepenatan -+ -+

~ Nampaknya tidak sia-sia keinginan membara di hati regu itu untuk membuktikan bahawa status sebagai seorang ibu tidak bererti tahap kecergasan sudah menurun.


+- gold medal -+


Secara keseluruhannya, objektif penganjuran Fit Day ini tercapai iaitu untuk bersukan dan merapatkan ikhwah. Insya Allah tahun depan kalau buat lagi, kami akan join lagi *tiba-tiba bersemangat sebab bajet star jelir eheh*.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnVN9i0LsdpQawwrKku40VvvpXG1N73ONZ2TGJfMN4bbLWi7YGaZ7S7EkV3kcGvaxSL9EstVvGY-t9_bdes4-B62Z4wJcZT3LrM5iyH7PsIwQDGshUWcwTx8piDH_Y4Xi6v_UfdO_k0fQ/s1600/DSC_0127.JPG
+- Persatuan Anak Malaysia Yamaguchi (PAMY) -+

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFXY-oE0sNS2-w-XB7wyAysM723ud-8CYjxBLbB8ayHqQthMp6E5-d7SyCQP-FPK_L19Jb4MI8TzW5FPFXBrikwbK54ODd1lZLi5lmHKxWfpuWM6ziChQURCV3gFyQYKR4nV4POWwKhxY/s1600/DSC_0129.JPG
+- muslimat yang terlibat pada Fit Day Kyushu -+


+- ibu2 dari Fukuoka -+

Pssssttt: bila balik rumah malam tu, terus mengada-ngada mintak hubby sapu minyak angin. Aduhaiiii, sakit urat sana sini.

Thanks for reading this (^-*) ~

16 words of wisdom & comments:

Fid said...

wahhh menarik dan meriah!!peminat fanatik tu tak tahaaaannnn

Qaseh Suhaida said...

mak-mak ni lg fit tau..ye laaa,,nak jaga anak bukan senang terkejar sana berkejar sini

Sidratul Muntaha said...

aku konpius ni tuie..
ko main badminton?!
ish ish..
derajah enam dulu ko ade amik suakn tak?!
ke ko join dancing2 KRU dgn dak 6mawar dulu then aku jadi radio rosak nyanyi lagu tanjung saripah aini...
*praktis joegt2 depan pintu pago sekolah.
wak amid dulu mcm biul jer tgk kiter sume..
nostalgia beb:
linda,shima,kamariah,suzana,sape lagi yer?!
aku lupa la..
che afzan safira..
norizan jemain..
cuna ko recall balik..
aku nak recall,gmbo derajah 6 mana aku pernh ade..
confius ni..
confius..

isabelle said...

hahaha.bersukan mmg semangat.
tapi bila mlm, baru la terasa sengal lenguh sana sini.
tapi plg xboleh blah..yg posing time tgh main badminton tu

anumuchan said...

bestnyaa cam ni..boleh bersukan beramai2..huhu..dkt cni pomp sikit sgt..sobsob

♥MAMASYAZA♥ said...

akak zaman muda2 dulu rajin gak main badminton, tapi sekrg ni bila anak2 ajak main badminton, pukul bulu tangkis pun tak kena, cam hampehh aje

e.l.i.z.@ said...

hahahha nok sukko wehh..toklaki sdiri 'lubuk' tu ahahaha...mugo bini bajet star keh :P

Oyis said...

hebakk yatie. tahniah.

kito pon sakit urat ni, salah buat aerobik terlebih bersungguh kali adeh..

eh, nk tanya la, kalo di jepun kan mmg terkenal dgn ketepatan masa diorg kan, so rakyat kita di sana pon mmg tepat jg ke? maknanya, 8.45 pg tu sharp dah start eh? saja nak tahu, sbb x rajin sampai lg di jepun ni huhu

Unknown said...

dh lama x bersukan bagai :) bestla kak..leh main camni..huda tunggu sukan pelitawanis je la :)

Unknown said...

tahniah... wah bajet star.. kihkihkih

aksi memosingkan diri tu yg tak tahan... ;)

yatie chomeyl said...

ahkak fid >> peminat fanatik tu mmg melekat je kat kaki hehe

Qaseh >> betul2x, tu senaman jugak tu hehe

ayu >> aku kan puteri lilin, kalau x kena pnas xpe..main dlm dewan gini, suka la eheh

yatie chomeyl said...

isabelle >> posing tu mmg dah ada dlm diri gitu

anum >> aah mmg best bila ramai geng, buat aap2 pun syok :)

mama syaza >> budak2 tu lg cergas ye kak? ekekekeke

yatie chomeyl said...

eliza >> bini bajet jah star, tp x star mano bennar pong :p

oyis >> kalu janji dgn or ejepun meme kito tepat on time la. tp kalu janji samo2 msia gak, supo sekalo la jugop..ado kade2 lmbt la hehe

yatie chomeyl said...

Huda >> pelitawanis tu kelab jugak ye?

k/yong >> tu nama dia potogedik, pantang tgk kamera :p

Unknown said...

ramai tu geng mesian kat sana.. kyoto tak seramai tu la nak buat geng badminton.. ada pun duduk jauh kemain masing2

yatie chomeyl said...

k/mas >> ni campur2 dengan kitakyushu, oita, yamaguchi punya geng. if fukuoka saja, x leh nak buat tournament gak kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...