Suasana hening dan sunyi menjelang raya mengingatkan pada kenangan malam raya sewaktu Arwah Ma masih ada. Dalam kesibukan menyediakan juadah untuk hari raya, Arwah Ma tak pernah gagal untuk memastikan kami sekeluarga ke masjid pada malam hari raya untuk sama-sama bertakbir dan untuk menunaikan solat sunat tasbih secara berjemaah.
Abah akan pastikan semua anak-anak bersiap awal pada malam raya supaya dapat ke masjid dan siapa yang siapa paling lambat akan dapat 'tazkirah' percuma di muka pintu masa abah nak kunci pintu rumah *biasanya I lah yang paling lambat siap*.
Sembahyang sunat tasbih adalah sembahyang sebagaimana yang telah diajarkan Nabi saw kepada bapa saudaranya iaitu Saidina Abbas ibnu Abdul Mutalib. Baginda menganjurkan kepada mereka yang hendak melakukan sembahyang tasbih ini, jika mampu lakukanlah setiap malam, jika tidak mampu sekali seminggu, sekali sebulan ,sekali setahun, setidak-tidaknya sekali seumur hidup.
Ia dinamakan sembahyang tasbih kerana didalam sembahyang ini dibaca sebanyak 300 tasbih iaitu 75 kali setiap satu rakaat.
Cara-cara mengerjakan sembahyang Tasbih
Terdapat dua cara untuk mengerjakan sembahyang Tasbih ini
1). 4 rakaat 1 salam
Kalau dikerjakan pada siang hari sembahyang sunat Tasbih ini hendaklah dikerjakan empat rakaat satu malam.
2). 2 rakaat 2 salam
Kalau dikerjakan pada malam hari, maka hendaklah ia dikerjakan sebanyak empat rakaat dua salam.
Cara-cara melaksanakannya
4. Peraturan membaca tasbih-tasbih sebanyak 300 kali (75 kali setiap rakaat) ialah seperti berikut:
(A) 4 Rakaat 2 Salam
(B) 4 Rakaat 1 Salam
5. Sesudah tahiyat akhir, berilah salam
6. Andainya terlupa membaca tasbih disatu-satu tempat, maka boleh digantikan di tempat berikutnya,agar tetap tasbihnya itu berjumlah 300.
KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TASBIH
1. Dosa yang awal
2. Dosa yang akhir
3. Dosa yang lama
4. Dosa yang baru
5. Dosa yang tidak sengaja
6. Dosa yang sengaja
7. Dosa yang kecil
8. Dosa yang besar
9. Dosa yang tersembunyi
10. Dosa yang terang-terangan
Untuk yang tak pernah lagi buat solat sunat tasbih, apa kata mula lakukannya pada malam raya tahun ini. Jom sama-sama mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita dengan mengerjakan solat sunat Tasbih.
Sumber: SINI dan SINI
~ Thanks for reading this (^-*) ~
2 words of wisdom & comments:
tq 4 d info tie...aku lah tue org yg masih blegar2 di alam maya...huhuhu...masok gapo weh tahun nih???
ddini : u r most welcome :)
Post a Comment