CHOMEYL thinker to create CHOMEYLNESS among other CHOMEYLIERS

If you would not want to be forgotten as soon as you are dead, either write things worth reading or do things worth writing --> Benjamin Franklin

This blog is best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome

Wednesday 3 August 2011

Menunjuk kebaikan atau menunjuk-nunjuk?

http://www.murabbi.net/images/smiley/assalamualaikum.gif

Alhamdulillah, kita masih di panjangkan usia untuk menjalani hari ketiga Ramadhan 1432H ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNaKamOEvaFcQn79A1x0QZAZfWPYbS7tKSF9QVcF5PeSdWRqFrmIjTUZR0U2zk2MY3DbzM93qfNlzMmDqS541jukjrUqUJSnug4dpTkVsQv3Jx4BrJFu0gzdMKgwhQmdG0ktn-bRod5gE/s1600/doa+hari+ke3.jpg


Semalam ternampak status di FB sepupu I yang meninggalkan sedikit kesan buat pemikiran di minda. Status itu berbunyi --> "Manusia selalu heboh mencari sesuatu yang bakal di tinggalkan, tak di hebohkan mencari sesuatu yang bakal di bawa".

Ringkas dan padat namun tepat menusuk ke dalam jiwa.



Kalau selalu nya kita update cerita tentang barang yang baru di beli atau baru dapat hadiah kat blog, apa kata sesekali kita menunjukkan kebaikan yang kita lakukan.

Bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi niatkan semoga ada yang berasa cemburu dengan kebaikan itu dan mahu melakukan kebaikan yang sama malah mungkin kebaikan yang di lakukan akan lebih bagus dari kita.



Dari Abu Mas'ud yaitu 'Uqbah bin 'Amral Anshari al-Badri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu." (Riwayat Muslim) - sumber: sini -



Jadi, hari ini I nak mengajak pembaca blog ini yang tengah rasa lemau nak buat kerja dan mengantuk, pergilah ambil wudhuk dan baca Al-Quran seketika. Jom kita buat sasaran untuk khatam Al-Quran di bulan Ramadhan ini, Insya Allah.


3rd Ramadhan = 3rd Juzuk of Al Quran



Diantara keutamaan membaca Al-Qur’an,(sumber: sini) iaitu:

1. Akan mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT

2. Al-Qur’an akan menjadi penolong di hari kiamat

3. Setiap huruf akan mendapat 10 ~ 700 pahala

4. Akan mendapat doa dari para malaikat

5. Akan mendapat ketenangan


Pssssttt: BERSIH kan hati dan anggap perkongsian ini untuk dorongan kepada diri sendiri, semoga Allah jauhkan sifat riak dari dalam diri, Ameen.



“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh [Nor Haryati Yahaya] dan ditaja oleh Adorable Muslimah


~ Thanks for reading this (^-*) ~

14 words of wisdom & comments:

anumuchan said...

bulan puasa ni nk perbykkan baca quran..huhu..selamat berpuasa kak yati :)

aNgAh_aLiFaH said...

selamat berpuasa untuk yatie dan family.. dah hari ke3, a lil late.. semoga ibadah kita semua diterima Allah dan mendapat keberkatan..

Unknown said...

selamat berpuasa yatie :D

syayassir said...

memang kan...
selalu orang takut nak ceritakan kebaikan, takut dikatakan menunjuk2... sedangkan, kebaikan tu lah kalau diceritakan boleh kita jadikan tauladan, kan? lagi bertambah2 pahalanya nanti, InsyaAllah...

Unknown said...

huda pun gitu kak..kang cite lebih2 kang org pikir lain lak..x tahan kalau ade anon yg mengomen bukan2 :)

Sidratul Muntaha said...

same!
mlm tarawih sengsorang sbb anak2 takleh bwk..
pastu sambung ngaji selagi mana dpt.
siang..
tghari2 buat tadarus dgn geng2 staff engine yg pmpuan2 ni.
sehari 1 juzuk.

yatie..
jgn lupa mintak juga Allah terima amal ibadat kita.
itu yg paling penting.

*kena sound bab itu masa tallaqi before ramadhan dengan Imam masjid UIA ni.(pitam aku!)

isabelle said...

tu la..selalu gak takut tercerita kebaikan sendiri. haihh..satu hapa pun x dpt.

Unknown said...

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan..

transformed housewife said...

tu mesti status Anis. Knur suko baco status Anis jugok, mace2 dio tulih.

yatie chomeyl said...

Anum >> yup, kejar pahala byk2

angah alifah >> slmt berpuasa utk angah juga

Rai >> slmt berpuasa. thanks sui jenguk sini :)

yatie chomeyl said...

Sya > tu la, sesekali ken ajuga bercerita kebaikan untuk menorong org lain buat kebaikan juga

Huda >> ignore je anon kalau niat kita mmg ikhlas utk berkongsi kebaikan :)

ayu >> "jgn lupa mintak juga Allah terima amal ibadat kita.
itu yg paling penting" --> thanks utk ingatan ni :)

yatie chomeyl said...

isabelle >> kdg2 org slh fhm, kita cerita sbb nk ajak org lain buat baik jugak..bukan nk menunjuk2

k/yong >> slmt berpuasa utk k/yong yg tgh sakit gigi tu jugak ye.tabah ye

k/nur >> buke status Anis tp status wafiy

Mama Ammar @ Nor Haryati Yahaya said...

Betul tu cik puan yatie chomeyl...sgt la bersetuju ngan entry ni...dibulan mulia ni kite patotnye mengumpul pahala n kebaikan..marilah kite sama-sama beramal ibadat ^-^

yatie chomeyl said...

Mama Ammar >> jom2x, sama2 lah kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...